Anda di halaman 1dari 18

http://mathideasinprimaryschool-sarmiza.blogspot.

com/

5. Pyramids and prisms : Pyramids : iaitu rajah yang mana tapaknya ialah sebarang polygon dan permukaannya mestilah beberntuk segitiga dengan bucu yang sama. Pyramid dinamakan berdasarkan bentuk tapaknya. Pyramid juga mempunyai puncak(apex). Prisms : iaitu rajah yang mempunyai dua permukaan yang selari diatas dan dibawah yang disebut sebagai tapak,ianya juga merupakan polygon kongruen. Sepertimana pyramid,prisma juga dinamakan berdasarkan bentuk tapaknya. 6. Cones and cylinders : Cones : ialah sebuah bentuk dimana ianya menyerupai pyramid dan prisma tetapi mempunyai tapak yang berbentuk bulat,manakala sisi/tepinya melengkung dan mencondong ke arah bucu(apex). Cylinders : mempunyai dua tapak yang berbentuk bulat yang sama saiz. Ianya mempunyai bahagian sisi yang melengkung yang menghubungkan dua tapak itu tadi. 7. Spheres and maps : Spheres : adalah satu siri set titik dalam ruang yang mempunyai jarak yang sama dari titik pusat. Penyatuan semua sfera dalamannya membentuk `solid sphere’. Jejari : jarak dari pusat bulatan ke seberang titik pada lilitannya atau dari pusat sfera ke permukaannya . Diameter : jarak yang melintangi suatu rajah satah atau satu bulatan pada titik yang paling lebar. Diameter bulatan atau sfera adalah dua kali jejarinya. Maps : iaitu peta yang diambil atau di lukis daripada bumi yang berbentuk sfera yang dapat menterjemahkan keseluruhan kedudukan dan jarak pada bumi. Cara penyalinan semula ini

Ada tiga cara untuk tujuan ini antaranya ialah : Cylindrical projection¬ Conic projection¬ Plane projection¬ Symmetric figures 1. 3. The van Hiele Theory (Theory in Development of Learning Geometry) . Reflection symmetry for space figures : transformasi geometri 3-D dimana image akan terbentuk seperti pantulan didalam cermin dimana paksi simetri yang akan memisahkan bentuk tersebut.pusat putaran dilabelkan sebagai O. 4. 2. Rotation symmetry for plane figures : transformasi geometri dimana suatu rajah digerakkan secara kekal di sekitar suatu titik tetap. Jika titik tersebut.garis atau satah ke suatu kedudukan bersimetri disebelah yang lain. Setiap titik asal bentuk tersebut mempunyai jarak yang sama dari garis itu tetapi disebelah yang lain pula. Satu garisan dilukis melalui sesuatu bentuk.dipanggil ` map projections’. Reflection symmetry for plane figures : transformasi geometri bagi suatu titik atau set titik dari sebelah suatu titik .walaupun putaran dilakukan tetapi kedudukannya adalah sama berdasarkan darjah putaran yang telah ditetapkan. Manakala reflection yang menggunakan cermin rajah yang terbentuk didalam cermin mempunyai bentuk yang dan dikenali sebagai image.maka untuk sebarang titik P pada rajah tersebut yang bergerak ke titik P’ setelah diputarkan. Rotation symmetry for spce figures : transformasi geometri 3-D dimana objek yang diputarkan akan berada pada tempat asalnya .

peringkat menggambarkan cirri-ciri bentuk iii ) Tahap 2 (Relationships)-peringkat mengelas dan membuat generalisasi terhadap ciri-ciri bentuk iv) Tahap 3 (Deduction)-peringkat membentuk pembuktian dan definisi berdasarkan pengkelasan v ) Tahap 4 ( Axiomatics)-peringkat meneroka pelbagai system geometri Terdapat tiga peringkat awal yang perlu diterokai semasa pendidikan rendah. Mereka mengenalpasti bentuk-bentuk ringkas seperti bulat. segiempat. tiga bucu. segiempat ada enam permukaan dan sebagainya. kanak-kanak belajar mengenal jenis bentuk dan menamakan bentukbentuk yang ada di sekeliling mereka. Manakala bagi peringkat kedua adalah keupayaan kanak-kanak untuk menggunakan perkataan-perkataan yang lebih spesifik terhadap ciri yang ada pada bentuk tersebut seperti segitiga ada tiga sisi. sepasang suami isteri dari Belanda yang telah banyak tahun mengkaji bagaimana kanak-kanak membentuk pemahaman terhadap Geometri Euclid. Pada peringkat pertama. Mereka telah menamakan lima peringkat pemahaman geometri: i ) Tahap 0 (recognition)-peringkat mengenal dan menamakan bentuk ii ) Tahap 1 (analysis). kon.Teori perkembangan pembelajaran Geometri ini telah dicipta oleh Dina van Hiele-Geldof dan Pierre Marie van Hiele. Pengetahuan mengenai bentuk ini terbina sebelum alam persekolahan bermula lagi. . kiub dan sebagainya.

) Learning and Teaching Geometry. (1986). VA: National Council of Teachers of Mathematics.uk/mathemapedia/Van_Hiele_Levels POSTED BY SARMIZA BT CHEK MORAT AT 9:25 AM 0 COMMENTS EMAIL THIS BLOGTHIS! SHARE TO TWITTER SHARE TO FACEBOOK . Spatial Perception and Primary Geometry. Lindquist (Ed. Characterizing the van Hiele levels of development in geometry. J. van Hiele. tak sekata. geometri yang berbeza boleh dikelaskan mengikut ciri-cirinya yang tersendiri. 17 (1) 31-48. M.org. capah dan sebagainya. pp 127-135. Kesimpulannya. 2011 from http://www.html Retrieved January 13. In M.edu/euclid. J. Journal for Research in Mathematics Education. 2011 fromhttps://www. bersudut tegak. RUJUKAN Del Grande. peringkat di mana kanak-kanak berupaya ataupun boleh membuat pengkelasan terhadap ciri bentuk yang telah diketahui serta memperkembangkannya ke dalam istilah-stilah yang lebih spesifik seperti sekata.org/wiki/Geometry Retrieved January 13.mathsisfun. 2011 from http://farside.com/geometry/index. Namun begitu ianya berkaitan di antara satu sama lain dalam pelbagai cara.html Retrieved January 13. Developmental Psychology Series.ph.wikipedia.ncetm. 2011 from http://en. Reston. condong. K-12. Structure and Insight: a theory of mathematics education. (1986).Bagi peringkat yang ketiga adalah. P. Burger W.utexas. & Shaunessy J. London: Academic Press Retrieved January 13. (1987).

Menurut garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM 1990) dalam format KBSM spesifik untuk subjek Matematik. 1992). Ini adalah sejajar dengan falsafah pendidikan negara didalam melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek. Matlamat utama yang perlu dicapai ialah memperkembangkan pemikiran mantik. Pengajaran dan pembelajaran matematik berbeza dengan mata pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh (Nik Azis. . Setiap pendidik matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para pelajar. (NCTM.LAPORAN PROJEK GEOMETRI Pengenalan Pendidikan merupakan satu bidang yang mencabar di mana ia berubah mengikut tuntutan dan keperluan semasa. bersistem. Pendidik merupakan individu yang penting di dalam menggalas cabaran dan tanggungjawab selaku pemegang amanah di bidang ini. Para pendidik Matematik disarankan agar merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang aktif dikalangan pelajar. di antara matlamat utama ialah untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami konsep. 1980 ) . rohanil. analitis. Matematik adalah satu perkara yang hidup dan berkembang Matematik juga adalah asas yang penting dalam kehidupan seorang individu. kreatif dan kritis. berkemahiran dalam penyelesaian masalah dan berkebolehan mengaplikasikan ilmu pengetahuan metematik supaya individu tersebut dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menghargai kepentingan Matematik. disamping menguasai kemahiran – kemahiran asas yang berkaitan dengan Matematik. Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselve to the improvement of student learning as their primary professional objective. emosi dan fizikal.

Bentuk dilihat sebagai satu. Ironinya. Teori beliau mempunyai hieraki aras pemikiran bermula pada usia awal kanak-kanak sehinggalah dewasa yang terdiri dari 3 aras pertama yang merangkumi tempoh normal pembelajaran. berbanding daripada pelbagai gabungan bentuk. o Aras Pertama adalah Visual di mana tahap ini bermula dengan pemikiran nonverbal. Pada tahap ini. segi tiga. minat terhadap kepelbagaian bentuk dan objek seperti garisan. Pada tahap ini.Pelajar akan menamakan bentuk pada apa yang mereka lihat dan tidak ada penjelasan tentang bentuk tersebut. Terdapat alasan lain kenapa kita harus belajar manipulasi geometri iaitu minat terhadap geometri sentiasa ada apabila kita memerlukan jawapan tentang peristiwa dan fungsi tentang kejadian alam sejagat. Menurut Van Hiele ( 1950 ). o Aras Ketiga adalah Deduktif Formal. pada tahap ini pelajar masih tidak dapat mengaitkan turutan logik dan perkaitannya. pembangunan teori pemikiran spatial dalam geometri mendorong pemahaman serta kemahiran pelajar dengan arahan-arahan yang menjurus kepada aras-aras pemikiran semulajadi geometri pelajar.pelajar tidak memahami bahawa segitiga sama sisi yang mempunyai 3 sisi yang sama panjang juga mempunyai 3 sudut yang sama besar. melihat kestabilan bangunan dan lain-lain lagi sering menjadi asas kepada pengembangan terhadap pengetahuan geometri. Sebagai contoh.Mempelajari ilmu geometri mendedahkan kita tentang kewujudan alam ini dengan mendalam. dan segi empat yang begitu dekat dengan kehidupan manusia secara semulajadi selari dengan fenomena memandu di jalan raya. o Aras Kedua adalah Diskriptif. Mereka juga perlu membina bahasa yang sesuai untuk mempelajari sesuatu konsep yang baru.pelajar dapat mengaitkan turutan logik bentuk.pelajar boleh mengenali dan menghuraikan bahagian-bahagian bentuk. Mereka mampu melihat bahawa ada perhubungan antara satu sama lain . bulatan.Walau bagaimanapun. Mengajar ilmu geometri pula melatih akal fikiran kita untuk menjana pemikiran yang kritis dan terperinci.

Di sinilah titik permulaan kajian ini yang berlatarbelakang kepada penerokaan pemikiran konsep geometri di kalangan pelajar sekolah rendah. Terdapat beberapa alat bantuan mengajar yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan konsep geometri seperti contoh lukisan dan pepejal sebenar . mereka boleh memahami kenapa segiempat sama adalah juga tergolong dalam bentuk segiempat . Objektif projek yang akan dijalankan ialah : a. projek ini ingin menerokai pemikiran pelajar terhadap konsep geometri dan cara mereka mentafsir serta mengaitkan geometri terhadap persekitaran hidup dan mempersembahkannya dengan menggunakan daya kreativiti murid itu sendiri. Walau pun begitu.dalam suatu bentuk.teorem dan alihannya. b. Untuk mengukur sejauhmanakah tahap pemahaman pelajar di dalam bidang geometri . Mereka juga mampu mengaplikasi serta menerangkan perhubungan antara bentuk dan seterusnya membuat definisi. Kefahaman ini hanya boleh dibina oleh pelajar melalui aktiviti manipulatif yang memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka pemahaman mereka tentang konsep geometri. Ramai di kalangan pelajar tidak dapat membuat pentafsiran yang betul terhadap konsep pemahaman tentang geometri kerana mereka kurang didedahkan dengan latihan manipulatif. Sebagai contoh. Dalam konsep geometri ianya memerlukan pelajar mempunyai daya kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu keadaan bentuk. Situasi permasalahan harian tidak hanya melibatkan angka-angka bulat malahan situasi dalam kehidupan seharian ada yang melibatkan bentuk.definisi.. Projek ini juga memberi pendedahan kepada murid untuk menerokai konsep serta meningkatkan pemahaman tentang geometri dengan aktiviti disediakan yang diharapkan boleh dikuasai oleh murid secara maksima semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk melihat sejauh mana penghayatan pelajar terhadap bentuk-bentuk geometri dan dan menyedari kaitannya dengan persekitaran c. Untuk mengkaji sejauh mana pelajar dapat menggunakan kreativiti mereka dalam memahami konsep apa itu geometri. Sehubungan dengan itu.pada tahap ini pelajar masih belum mampu memahami peranan aksiom.

Pelajar diberi peluang untuk menjalankan eksperimen matematik melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan terhadap bentuk-bentuk geometri dengan sendiri. Melalui pengalaman empirikal yang telah dilalui oleh pelajar. membantu untuk menajamkan pemahaman terhadap konsep dan sifat sesuatu objek geometri. ataupun tidak mampu untuk mengaplikasikan maklumat tersebut kepada situasi yang berbeza. rupa dan bentuk. Ia juga membolehkan pelajar menyelesaikan masalah dan mengaplikasikannya dalam situasi dunia . 1981. Pembelajaran geometri memberikan pengalaman dalam membantu pelajarmemperkembangkan pemahaman terhadap sesuatu ciri. kajian ini akan cuba menjawab soalan – soalan yang berikut iaitu :i. 1988). Bagaimanakah pelajar menghubungkaitkan dan mengaplikasi konsep geometri dengan persekitaran ? Tinjauan Literatur Menurut NCTM ( 2000 ) mempelajari geometri bukanlah hanya sekadar belajar tentang maksud ataupun andaian tentang konsep geometri tetapi mempelajari kebolehan untuk menganalisa ciri-ciri bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi di dalam bentuk-bentuk geometri. pemikiran di dalam ruang dan model geometri untuk menyelesaikan masalah. Fuys et al. Kaedah yang sedemikian tidak memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam proses kemahiran berfikir bagi topik geometri. Apakah yang pelajar faham tentang geometri ? ii. keliru. visualisasi. Menurut Schuman (1991) apabila pelajar belajar memanipulasi bentuk-bentuk yang dihasilkan dengan pengalaman sendiri maka pelajar dikatakan dapat belajar dengan lebih berkesan di mana pembelajaran terhadap pemahaman terhadap sesuatu konsep dapat diperkukuhkan melalui celik akal. Pelajar yang belajar secara menghafal cenderung untuk melupai maklumat-maklumat yang telah dihafal.Secara khusus. Kebanyakkan pelajar mempelajari geometri di dalam bilik darjah adalah secara hafalan (Mayberry. Disamping itu adalah diharapkan pelajar ataupun murid dapat menghujahkan tentang perhubungan geometri bagi mengenalpasti kedudukan dan ruang didalam perhubungan geometri seterusnya mengaplikasikan transformasi dan menggunakan simetri.

Projek yang juga merupakan kajian ini menggunakan rekabentuk kualitatif bagi mencapai objektif kajian. Pelajar –pelajar ini merupakan pelajar yang diajar oleh pengkaji dan ini memudahkan interaksi serta . Kebiasaanya pengajaran geometri di sekolah rendah murid hanya memberi penekanan terhadap mengenalpasti bentuk dan ciri sesuatu bentuk geometri melalui gambarajah tanpa melibatkan konsep yang lebih kompleks di mana. Kebolehan mengenalpasti sesuatu bentuk geometri.sebenar. prosedur pengumpulan maklumat. memerlukan pemahaman pelajar terhadap hubungan atau perkaitan antara bentuk dan ciri sesuatu geometri. Data kajian diambil dari hasil pemerhatian dan aktiviti yang dilaksanakan oleh para pelajar. Dibawah ini menunjukkan kerangka konseptual tentang kajian projek yang dilakukan : Murid mempersembahkan hasil fahaman konsep dan kewujudannya yang berkaitan dengan persekitaran Murid meneroka dan memahami konsep geometri. populasi dan sampel kajian. Fokus terhadap projek ini adalah untuk menerokai pemikiran pelajar terhadap konsep geometri dan sejauh mana pelajar dapat menyedari kaitan geometri dengan persekitaran melalui tugasan-tugasan yang diberikan kepada mereka. instrumen kajian. tidak bermakna bahawa pelajar tersebut menguasai tentang ciri-ciri asas sesuatu bentuk. Pembelajaran tentang konsep geometri dan penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah adalah perkara penting di dalam pendidikan matematik. Pengkaji membuat kesimpulan tentang sejauh mana murid dapat menggunakan bentuk-bentuk geometri dengan menggunakan kreativiti mereka sendiri. Metodologi Bab ini akan membincangkan metodologi projek yang digunakan semasa penyelidikan. Dalam kajian ini sampel kajian terdiri daripada 20 orang pelajar tahun 5 dari sebuah sekolah di Taiping. Perbincangan meliputi rekabentuk projek.

Dapatan Kajian Dalam kajian yang telah dijalankan terhadap 5 kumpulan murid. seperti berikut : 1) Kumpulan pertama : Mereka menyatakan bahawa geometri ialah : § Adalah bentuk-bentuk yang dipelajari. Pelajar diberi maklumat dan mereka perlu melukis diatas kertas yang disediakan cara maklumat itu dipersembahkan. § Untuk dekorasi dan permainan . Seterusnya langkah yang kedua penyelidik akan membuat pembacaan yang meluas mengenai tajuk kajian yang dibuat. instrument kajian pelajar terdiri beberapa instrument yang dicadangkan iaitu melalui lukisan pelajar(pemahaman mereka tentang geometri). Dalam kajian ini . meneroka permainan geometri di laman web dan juga aktiviti yang melibatkan pelajar untuk tajuk geomerti.pentadbiran pengkaji dengan sampel kajian semasa kajian ini dilaksanakan.Jambu. Taiping. Pelajar-pelajar melaksanakan aktiviti secara berkumpulan dan terdapat 5 kumpulan semuanya. Langkah seterusnya ialah penyelidik menjalankan kajian sebenar di Sekolah Kebangsaan Kpg. Untuk menjawab persoalan kajian iaitu. Aktiviti melibatkan bagaimana pelajar melihat situasi persekitaran mereka dalam bentukbentuk geometri. Bagi melancarkan kajian ini. Langkah terakhir ialah menulis laporan hasil kajian yang telah dibuat. beberapa langkah yang perlu diikuti oleh penyelidik iaitu menyediakan kertas cadangan sebagai langkah pertama. apakah yang pelajar faham tentang geometri serta bagaimanakah pelajar menghubungkaitkan dan mengaplikasi konsep geometri dengan persekitaran ? Pengkaji mendapati setiap pelajar mempunyai pandangan dan pendapat yang tersendiri mengikut pemahaman mereka. Aktiviti ini dijalankan semasa ko-kurikulum selama 3 jam bagi satu sesi dan dijalankan selama 2 minggu. Melalui lukisan dapat dilihat bagaimana pelajar mempersembahkan penggunaan bentuk-bentuk kepada satu gambaran yang lebih bermakna mengikut kreativiti mereka. didapati bahawa hasil dapatan daripada setiap sampel pelajar ini mempunyai idea yang sama dan ada juga idea yang berbeza terhadap kajian ini.

. Kumpulan kedua dapat menghasilkan bentuk-bentuk geometri yang lebih bermakna dan menghasilkan idea-idea yang sangat kreatif cuma penggunaannya terhad kepada papanpapan tanda dan bentuk-bentuk yang khusus sahaja. § Saiznya berbeza-beza walaupun bentuknya sama. Di dalam proses menjalankan akriviti-aktiviti yang telah diberi. 4) Kumpulan keempat : Kumpulan ini pula menyatakan bahawa geometri ialah : § Bentuk-bentuk yang ada di persekitaran kita. Cara idea yang dipersembahkan oleh kumpulan ini mempunyai persamaan dengan kumpulan yang kedua cuma kumpulan ini dapat mengaitkan dengan persekitaran yang lebih pelbagai.§ Geomerti adalah 2D dan 3D Kumpulan ini mempunyai idea yang lebih kurang sama dengan kumpulan-kumpulan yang lain mengenai bentuk geometri. 3) Kumpulan ketiga : Pelajar ini pula menyatakan bahawa geometri ialah : § Menjelaskan tentang maklumat bentuk § Mewakili objek-objek persekitaran § Mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. 2) Kumpulan kedua : Kumpulan ini pula menyatakan bahawa geometri ialah : § Bentuk-bentuk 2D dan 3D § Bentuk-bentuk ini terdapat di papan-papan tanda di jalan raya. mereka menunjukkan skop penggunaan geometri yang terhad dan hanya menyusun bentuk-bentuk kepada susunan yang berbentuk hiasan sahaja. § Digunakan dalam bahan-bahan binaan § Boleh digunakan sebagai acuan untuk membuat kuih.

Aktiviti ini juga dilakukan untuk melihat bagaimana pelajar ini dapat pelajar mengaitkan geometri dengan kehidupan..guru mendapati bahawa pelajar mempunyai pemahaman yang tersendiri tentang konsep geometri.§ Banyak bentuk digunakan dalam kehidupan seharian. . Pelajar – pelajar ini diberikan peluang untuk membuat aktiviti secara berkumpulan dengan setiap kumpulan diberikan tugasan-tugasan mengikut peringkat-peringkat yang telah ditetapkan. Berdasarkan kepada hasil kajian dan dapatan oleh guru mendapati bahawa beberapa kumpulan mempunyai idea yang agak sama dengan kumpulan lain. hanya sekadar lukisan. terdapat beberapa orang pelajar yang mempunyai idea yang agak kreatif dan bernas. 5) Kumpulan kelima : Kumpulan ini pula menyatakan bahawa geometri ialah : § Semua bentuk yang ada disekeliling adalah geometri § Merupakan susunan bentuk-bentuk § Geometri 3D boleh dipegang dan geometri 2D tidak boleh dipegang. Kesimpulan Pelajar mula diperkenal dan didedahkan dengan geometri semenjak dari pendidikan tahap prasekolah. Kumpulan ini dapat menyatakan ciri-ciri geometri dengan lebih spesifik berbanding dengan kumpulan yang lain dan dapar mengaplikasikannya secara lebih luas dan bermakna lagi. Ini dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka tentang geometri dengan idea yang berbeza. Sewaktu peringkat awal projek dijalankan. Kumpulan kelima mempunyai idea yang sama dengan kumpulan keempat.

'w.KumpulanBudimanSdnBhd.KualaLumpur. J. gambar rajah ataupun melalui kepelbagaian aktiviti melukis. Penerangan melalui video juga boleh membantu para pelajar untuk melihat bagaimana proses dalam pembelajaran geometri di samping aktiviti yang melibatkan pelajar itu sendiri.Cadangan : Semasa membuat tugasan yang diberikan masih ramai pelajar yang tidak dapat mengaitkan konsep geometri dengan persekitaran secara kreatif. Sebagai contoh. Oleh itu. guru disyorkan supaya membuat penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk geometri terutama yang berkaitan dengan kehidupan sebenar. Mok Soon Sang(1996). (1981). Rujukan Mayberry. guru boleh menggunakan alat bantu mengajar yang lebih menarik seperti carta. . Doctoral Dissertation. An investigation of the van Hiele levels of geometric thought in undergraduate preservice teachers. University of Georgia . Pengajian Matematik UntukDiplomaPerguruan.

com/od/basicmath/qt/teachingarea. Kuala Lumpur: DBP.nctm.umt.pdf http://www.com/browse/theory+0f+van+hiele+1950+ http://www.math.org/standards/content. Bromley. Discovering geometry with a computer . Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. D.Nik Aziz Nik Pa (1992). & Green.htm http://www. H.using Cabri-géomètre.reference.about. England: Chartwell-Bratt.edu/tmme/vol1no1/TMMEv1n1a3. Schumann. http://homeschooling.aspx?id=17278 POSTED BY SARMIZA BT CHEK MORAT AT 9:03 AM 0 COMMENTS EMAIL THIS BLOGTHIS! SHARE TO TWITTER SHARE TO FACEBOOK Home Subscribe to: Posts (Atom) ABOUT ME SARMIZA BT CHEK MORAT PELAJAR SEMESTER 4 UPSI VIEW MY COMPLETE PROFILE FOLLOWERS RECENT VISITORS BLOG ARCHIVE . Kent.

....... Get this at widgia...• o       ▼ 2011 (6) ▼ April (6) LET TRY PROBLEM SOLVING ACTIVITIES SOLVE PROBLEM SKILL ORIGAMI PENULISAN PEMBENTANGAN GEOMETRI LAPORAN PROJEK GEOMETRI TIME.com WEATHER TODAY Weather Ipoh MY VISITORS .. Calendar TIME.

Powered by Best Free Counters MY BLOG LIST • • • • • • • KHADIJAH ISHAK VASANTHI VELAYUTHAM MARLINDA KHALID MA NORALASIKIN YUSNITA MUNIAR AIDA ABDUL SHARIFAH NUR AIN MINI ASSIGMENT • • • • • • • FLASH MIND REDEAR TRAPEZIUM SUDOKU TANGRAM BRIDGES ERIC THE SHEEP ORIGAMI GROUP PRESENTATION • • • • KHADIJAH & YUSNITA AIDA & SARMIZA MA NORALASIKIN & MARLINDA AIN & VASANTHI DEVELOPMENT OF MATHEMATICAL THINKING • • • • ARTIKEL 1 ARTIKEL 2 ARTIKEL 3 ARTIKEL 4 .

FUNDAMENTAL ALGEBRAIC. GEOMETRY AND STATISTIC IDEAS • • • • • ARTIKEL 1 ARTIKEL 2 ARTIKEL 3 ARTIKEL 4 ARTIKEL 5 ELEMENTS OF GEOMETRIC CONCEPTS • • • • • ARTIKEL 1 ARTIKEL 2 ARTIKEL 3 ARTIKEL 4 ARTIKEL 5 ELEMENTS IN ALGEBRAIC CONCEPTS • • • • ARTIKEL 1 ARTIKEL 2 ARTIKEL 3 ARTIKEL 4 ELEMENTS IN STATISTICAL CONCEPTS • • • • ARTIKEL 2 ARTIKEL 3 ARTIKEL 4 ARTIKEL 5 EXPLORE THE GAMES • • • • • MATH GAME IQ TEST BRAIN METRIX TEST MATH MATH MINDS .

pdf .wordpress.com Powered by Blogger.GuidedWays.• • • • • MATH IQ LET IMPROVE YOUR ALGEBRAS TEAS YOUR IQ QUICK MATH MAT MAN HADITH SEARCH Search: Search in Hadith in Download Islamic Softwares FREE | Free Code Powered by www.com/2010/08/kenali-bentuk-3d. http://pkgkalumpang2.files.