Anda di halaman 1dari 6

Sistem Sosial Dalam Islam

Sosial bermaksud pergaulan serta hubungan manusia dan kehidupan kelompok manusia terutama dalam masyarakat yang teratur. Manusia merupakan makhluk sosial di mana mereka akan hilang sifat kemanusiaannya jika tiada perhubungan dan pergaulan sesama mereka di dalam kehidupan. Al-Quran menekankan hubungan manusia dengan Allah yang disebut ibadat dan juga hubungan manusia sesama manusia yang dikenali sebagai muamalat atau sosial. Pengertian muamalat yang digunakan sebagai istilah dalam ilmu Islam adalah lebih luas daripada pengertian yang biasanya diguna pakai orang. Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam . Menurut perspektif Islam hubungan manusia sesama mereka meliputi undang-undang kekeluargaan, undang-undang sosial dan undang-undang jenayah. Apabila muamalat membawa erti sebagai tata pergaulan hidup atau sosial maka dengan sendirinya kekeluargaan dan jenayah termasuk di dalamnya. Mengikut kajian ilmu Islam sebaiknya muamalat diertikan sebagai tata hubungan manusia sesama manusia sebagai lanjutan kepada ibadat khusus yang merupakan hubungan manusia dengan Allah.

Media Sosial
Sistem sosial pada masa ini banyak dipengaruhi oleh multimedia seperti pengunaan facebook dan twitter untuk berhubung dengan keluarga, sahabat serta kenalan. Media sosial ini mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran haruslah memanfaatkan media sosial dengan perkara-perkara yang positif dan berfaedah. Contoh keburukan media sosial adalah seperti peristiwa Medan Tahrir di Mesir di mana kita mengetahui penggunaan media sosial facebook sebagai demonstrasi bagi menjatuhkan pemimpin mereka. Manakala kebaikan media sosial pula adalah sebagai tempat untuk berkongsi maklumat serta ilmu dan bahkan untuk meraih pendapatan di kalangan pengguna media sosial.

Asas asas Sistem Sosial Islam

Al Qur'an dan al Sunnah telah menggariskan beberapa asas utama kehidupan sosial bagi manusia, di antaranya: 1) Bekerjasama Untuk Kebaikan Bekerjasama antara satu sama lain untuk melaksanakan kebajikan dan tidak bekerjasama untuk dosa dan kezaliman. Firman Allah yang mafhumnya: "Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran." (Al Ma'idah: 2) 2) Hubungan Sesama Manusia adalah Satu 'lbadah Segala bentuk perhubungan di antara manusia, adalah dengan tujuan untuk melaksanakan keta'atan kepada Allah. Firman Allah yang mafhumnya: "Hai orang orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenarbenar taqwa kepada Nya; dan janganlah sekali kali kamu mati melainkan dalam keadaan sebagai muslim. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (al Din) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai." (Ali 'Imran: 102-103) Menjaga perjanjian dengan manusia dan bersatu padu di dalam masyarakat adalah perintah perintah Allah. Menta'ati perintah Allah adalah 'ibadah kepada Nya. 3) Tujuan Membina Masyarakat ialah untuk Menegakkan 'Aqidah Tauhid Dasar kehidupan bermasyarakat adalah untuk menegakkan kepemimpinan Islam yang menyeru dan menegakkan asas asas 'aqidah tauhid kepada seluruh masyarakat. Firman Allah yang mafhumnya: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar, Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.." (Al Hajj: 41)

4) Tidak Merosakkan dan Tidak Membantu dalam Merosakkan Masyarakat Dasar kehidupan bermasyarakat ialah untuk menghindarkan sebarang kerosakan terhadap sesiapa di dalam masyarakat sama ada dari segi i'tiqad, jiwa, 'aqal, keturunan dan harta benda. Firman Allah yang mafhumnya: "Jangan kamu berbuat kejahatan di permukaan bumi sesudah ia menjadi baik." (A1 A'raf: 56)

Pergaulan bebas
Yang di maksdukan dengan pergaluan bebas ini ialah seperti:Budaya ini datangnya dari budaya barat di mana orang bebas untuk melalukan hal-hal di atas tanpa takut meyalahi apa yang ada dalam masyarakat. Dimana perbazaan budaya timur mengangap semua itu adalah hal tabu. Seks bebas Pengunaan Dadah Kehidupan malam (lepak)

Siapakah yang korban-korban yang telah terjerumus dalam pergaulan bebas? Kalangan remaja iaitu, pada para anak-anak lelaki atau perempuan yang mulai mengalami perubahan bentuk badan atau pemprosesan menjadi anak ramaja secara perlahan seperti bentuk lekuk badan yang berubah. Pergaulan bebas itu terjadi dimana saja ,seperti di sekolah,lingkungan rumah,teman sepermainan,teman sekolah,teman kuliah,dll. Karena bagi para anak-anak yg beranjak dewasa sangatlah lemah

pendiriannya,,mudah terpengaruh buruk dlm pergaulan bebas Pendidikan yang tidak cukup, kurang pengawasan daripada orangtua, lupa untuk beribadah untuk mempertebalkan iman

Kenapa ia di tegah?
Mengapa ditegah?

1- Islam sangat berhati-hati menjaga sifat semulajadi manusia. 2- menutup segala lubang-lubang maksiat 3- Mengelakkan fitnah yang mana memberi kesan yang besar dalam kehidupan. 4- Perbuatan ini termasuk dalam muqaddimah zina. 5- Menonjolkan ciri2 kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan atas segala darjat. 6- Menolak bentuk pergaulan diatas ciri2 kebinatangan dalam proses pembentukkan masyarakat. 7- Melahirkan keperibadian dan generasi manusia yang tinggi etika.

Kesan-kesan Masalah Gejala Sosial


Kesan Ke atas Individu Individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling Kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Kesan Ke atas Keluarga Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja.

Kesan Ke atas Masyarakat Perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Kesan Ke atas Negara Negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan Menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala social

Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah

Kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak

Batasan hubungan antara lelaki dan perempuan


Hubungan sesama jenis, dalam masyarakat manapun tidak terlalu berbahaya kerana potensi timbulnya penyimpangan tidak terlalu besar. Namun dalam hubungan pergaulan antara seorang lelaki dan seorang wanita sangat menimbulkan penyimpangan. Kerana alasan inilah Islam memberikan batasan yang sangat ketat. Beberapa ketentuan dasar dalam hubungan antara laki-laki dengan perempuan di dalam al-Quran dan hadis nabi saw, adalah sebagai berikut

1) Batasan Memandang dan Aurat

Islam memerintahkan agar orang beriman baik laki-laki maupun wanita menahan pandangannya ketika menghadapi sesuatu yang potensial terhadap fitnah. Itulah alasannya mengapa Islam melarang seseorang saling berpandangan dengan lawan jenisnya. Larangan ini didasarkan kepada ayat al-Quran dan hadis nabi Dan katakanlah kepada orang-orang yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah maha mengetahui terhadap apa yang mereka lakukan (an-Nur:30)

2) Larangan khalwat dan safar tanpa disertai mahram.

Aturan kedua yang sangat ditekankan oleh Islam adalah berdua-duaan dengan lawan jenis. Larangan ini terdapat di dalam hadis nabi saw

Dsari Ibnu Abbas, ia berkata, Aku mendengar nabi saw berkhutbah, beliau berkata, janganlah seorang laki-laki berkhalwat dengan seorang wanita, kecuali bersama dengan mahramnya. Dan janganlah seorang wanita mengadakan perjalanan panjang (safar) melainkan bersama mahramnya. Lalu ada seorang lelaki ada yang berdiri lalu berseru, Wahai rasulullah saw, sesungguhnya isteriku keluar rumah kerana ada keperluan (berhaji) sementara aku sudah mendaftarkan diri untuk ikut ke dalam peperangan ini dan ini. Rasulullah bersabda, Pulanglah, lalu berhajilah bersama isterimu (HR al-Bukhari dan Muslim)

3) Larangan bersentuhan kulit Di dalam sebuah hadits, Aisyah ra berkata, Demi Allah, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat (janji setia kepada pemimpin). (HR. Bukhari).

menyentuh lawan jenis yang bukan mahramnya merupakan salah satu perkara yang diharamkan di dalam Islam. Dari Maqil bin Yassar, ia berkata, Rasulullah saw bersabda, Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi, (itu) masih lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (HR ath-Thabrani)

Meskipun Islam telah membatasi dengan aturan yang sangat ketat, tetapi tetap juga meberikan peluang untuk menjalinkan hubungan antara lelaki dengan wanita. tetapi, hubungan ini adalah hubungan yang bersifat umum, seperti pendidikan, jual beli, perubatan dan lain-lain. Adapun hubungan khusus antara lelaki dan wanita, seperti saling mengunjungi, belajar bersama, dan yang semacamnya.

Anda mungkin juga menyukai