Anda di halaman 1dari 2

Minggu Bilangan jurnal Tarikh peristiwa Tajuk jurnal

: Kelima :5 : 26/2/2012 1/3/2012 : Penguasaan murid terhadap sesuatu topik

MASALAH Sepanjang minggu ini saya dapati terdapat sebilangan pelajar yang masih belum dapat menguasai sesuatu topik yang diajar dalam satu masa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini sedikit sebanyak menyukarkan para guru untuk menepati serta memenuhi objektif serta hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. ANALISIS MASALAH Setelah dikaji didapati pelajar-pelajar ini tidak memberi tumpuan semasa guru mengajar di hadapan kelas selain membuat perkara lain seperti berangan dan bersembang bersama rakan di dalam kelas. Berdasarkan kepada Teori Bandura, pembelajaran melalui pemerhatian merupakan bentuk asas kepada tingkah laku manusia. Pembelajaran secara pemerhatian berlaku apabila seseorang itu memberi tindak balas terhadap pemerhatian yang telah dibuat terhadap sesuatu yang dipanggil sebagai model. CADANGAN Bagi mengatasi masalah ini, saya bercadang untuk mengubah cara penyampaian dan pengajaran saya terutama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar menjadi lebih inovatif dan effektif untuk menarik perhatian pelajar-pelajar terutamanya ketika fasa set induksi bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan jayanya.

Selain itu, saya juga akan memberikan perhatian yang lebih dan khusus kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah ini untuk menarik semula minat dan perhatian mereka semasa sesi pembelajaran berlangsung. Saya akan memastikan mereka menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap pembelajaran yang diajar dengan cara membuat pemerhatian di atas apa yang ditunjukkan. Merujuk kepada teori Bandura, terdapat empat elemen asas dalam proses pembelajaran secara pemerhatian. Elemen-elemen asas tersebut adalah attention, retention, reproduction, reinforcement dan motivation. TEMPOH PENYELESAIAN Saya akan berusaha selama seminggu agar P & P pada minggu hadapan dapat berjalan dengan lancar. TINDAKAN SUSULAN Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan mengemaskini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan berpanjangan.

Di semak oleh guru pembimbing,

Di semak oleh pensyarah pembimbing,

( EN ZAHARI BIN MOHD ZAIN)

( TUAN HJ SHAARI BIN NAWI )