Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGU PERTAMA 30 JANUARI 2012 03 FEBRUARI 2011 PERISTIWA Sepanjang proses P & P subjek Kemahiran Hidup, saya

a mendapati terdapat beberapa orang murid yang sering menunjukkan tingkah laku yang kurang diingini oleh saya. Mereka juga tidak mendengar kata saya. Selain itu, keadaan kelas juga tidak bersih. Sukar untuk P & P dijalankan kerana kurang selesa. MASALAH Kelakuan murid tadi, mengganggu tumpuan dan P & P hari tersebut. Saya juga khuatir, ia akan berlarutan dan menjejaskan prestasi murid lain dan juga prestasi mereka. Mereka seakan-akan main-main dlam kelas. PUNCA MASALAH Saya kurang jelas mengenai punca permasalahan ini. Terdapat pelbagai kemungkinan mengenai punca masalah ini. Antaranya, mungkin mereka inginkan perhatian guru, mungkin mempunyai konflik dengan rakan sekelas, guru ataupun keluarga. KELEMAHAN Saya akui, saya masih baru dan lemah mengenai kawalan kelas. Murid tersebut masih dalam kelas dan masih menunjukkan perkara yang sama. KEKUATAN Saya telah mencuba penegasan negatif. Jika masih berkelakuan sama, saya akan membawanya ke guru disiplin. Selain itu, saya juga menggunakan penegasan positif iaitu, member ganjaran bintang kepada sesiapa yang berkelakuan baik dan menurut kata guru. Mereka memberikan kerjasa yang baik.

PENYELESAIAN MASALAH Saya telah menggunakan beberapa langkah mengikut turutan. Pertama, saya menegur mereka seperti memujuk. Kedua, menegur dengan nada tegas. Ketiga, saya mendenda mereka. Saya juga menggunakan peneguhan positif dan negatif. TEMPOH PENYELESAIAN MASALAH Penyelesaian yang saya lakukan adalah untuk jangka masa pendek sahaja. Ianya bermula ketika P & P dan tamat sebelum habis P & P. Walaubagaimanapun, saya akan cuba memberikan yang terbaik. Saya akan berusaha menangani masalah ini dan saya akan menyenaraikan langkah-langkah yang sesuai bagi menangani permasalahan. Saya juga akan merujuk guru-guru yang berpengalaman. RUJUKAN Saya telah membuat perbincangan dengan beberapa rakan mengenai masalah ini, dan cuba mencari pendekatan dan strategi yang sesuai bagi menyelesaikan masalah murid ini. Jadi saya telah membuat penyelidikan daripada pelbagai sumber seperti buku psikologi kanak-kanak dan mendapat khidmat kaunselor yang terdekat. Menurut (Ahmad Mahzan Ayob, 1983) : Tatatacara yang teratur yang digunakan oelh manusia untuk menambahkan ilmu pengetahuan baru, dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan.

REFLEKSI Saya mengambil permasalahan ini sebagai sesuatu yang positif. Perkara ini merupakan pengalaman yang bermakna dalam profesionalisme perguruan. Sebagai guru pelatih, kita perlu menyahut cabaran-cabaran seperti ini dan cuba menanganinya agar kita dapat menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada anak bangsa kita. Inilah masanya saya cuba mencari yang terbaik dan cabaran-cabaran sedemikian akan mematangkan seseorang guru. DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

Muhammad Zulhakim bin Hazaha

Anda mungkin juga menyukai