Anda di halaman 1dari 4

CONTOH-CONTOH SOALAN-SOALAN TAMADUN BAHAGIAN A 1. Sains sosial mempunyai asas yang logikal dalam menghuraikan sesuatu fenomena soasial.

Jelaskan (4 markah) 2. Pemikiran sains soasial berkembang pada Zaman Kebangkitan Semula di mana keupayaan manusia berfikir dan membuat penaakulan perlu diambil kira untuk membina pengetahuan. Senaraikan EMPAT perubahan yang dibawa oleh rationnalisme semasa Zaman Kebangkitan Semula. (4 markah) 3. Terangkan perkembangan ekonomi masyarakat Barat pada abad ke-19. (4 markah) 4. Pemikiran dari disiplin sosiologi dan antropologi adalah tergolong dalam perspektif fungsionalisme, konflik dan interaksionanisme. Berikan DUA sifat perspektif fungsionisme. (4 markah) 5. Menurut Kassim Ahmad (1984), Teori Sosial Moden Islam adalah dibahagikan kepada tiga peringkat atau zaman iaitu zaman klasik, pertengahan dan moden. Jelaskan secara ringkas tentang ciri-ciri perbezaan di antara era klasik dan era moden. (4 markah) (JUMLAH MARKAH : 20)

BAHAGIAN B SOALAN ESEI Bahagian B mengandungi LIMA(5) soalan. Jawab TIGA (3) sahaja. Soalan: 1. Pengajian tentang kehidupan manusia dan masyarakat adalah penting untuk menilai tahap kualiti kesejahteraan manusia dan masyarakat sama ada di kawasan bandar atau luar bandar. a. Senaraikan EMPAT fungsi manusia dalam masyarakat sebagai agen pembangunan. (4) b. Jelaskan kepentingan kesejahteraan manusia dan masyarakat di negara maju dan di negara yang sedang membangun dalam meningkatkan kualiti kehidupan manusia dalam kehidupan bermasyarakat. (8) c. Etika sebagai salah satu cabang falsafah adalah merangkumi kelakuan yang betul dan berdasarkan kehidupan yang baik. Analisis pernyataan ini. (8) (Jumlah : 20 markah)

2. Ilmu Sains Sosial mengkaji tentang masyarakat dan budaya dengan menggunakan beberapa konsep asas dalam bidang pengajiannya. a. Apakah yang dimaksudkan dengan struktur sosial? (4) b. Sejauh manakah sub-budaya dan kejutan budaya adlah berbeza berdasarkan pengalaman kamu sendiri? (8) c. Bincangkan tentang konsep interaksi sosial secara ringkas. (8)

3. Sains sosial adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji tentang segala aspek perubahan manusia, masyarakat dan kebudayaan untuk memahami pola tingkah laku yang ada pada kelompok manusia. a. Senaraikan EMPAT elemen yang termasuk dalam proses mental di dalam disiplin psikologi. (6) b. Bidang sosiologi mempunyai skop kajian dan fokus yang paling luas dalam kebanyakan disiplin sains sosial. Jelaskan. (8) c. Bandingkan di antara kaedah dan matlamat bidang sejarah dan antropologi. (6) (Jumlah: 20 markah) 4. Sumbangan ahli sarjana dan pemikir sains sosial dalam pembinaan negara bangsa dan masyarakat berbilang etnik adalah penting untuk merealisasikan pembangunan negara. a. Jelaskan bagaimana sarjana tempatan menyumbang idea mereka dalam pembinaan korpus ilmu. (6) b. Bincangkan tentang senario orientasi ahli sains sosial di Malaysia. (8) c. Analisa kerelevenan ilmu sains sosial dalam konteks pembinaan negara. (6) 5. Dalam zaman pertengahan, zaman kebangkitan semula dan zaman Pencerahan, sains sosial belum berkembang menjadi satu bidang ilmu. Walaubagaimanapun, pemikir umum telah mula membincangkan secara rasional aspek kehidupan dalam masyarakat. a. Huraikan secara ringkas DUA faktor yang menggalakkan perubahan cara berfikir dalam masyarakat di Eropah. (4) b. Bandingkan kesan perubahan cara berfikir tersebut dalam Zaman Pertengahan dan Zaman Pencerahan. (8) d. Bincangkan sumbangan penulisan ahli falsafah politik di Eropah mengenai isu kemasyarakatan. (8)

BAHAGIAN C (Soalan Esei) ARAHAN: Bahagian C mengandungi DUA (2) soalan sahaja. Jawab SATU (1) soalan sahaja. Soalan : 1. Televisyen merupakan peranan yang penting dalam proses sosialisasi. Kajian menunjukkan bahawa menonton televisyen boleh menjana minda sementara ada juga yang menyatakan bahawa televisyen boleh menyebabkan tahap pencapaian akademik merosot, tingkahlaku yang ganas dan pasif. a. Hujahkan peranan televisyen dalam proses sosialisasi dengan menggunakan idea daripada pemikir fungsionalis. Berikan contoh bagi menyokong hujah anda. (10) b. Sebagai seorang pengkaji masyarakat, bagaimana kamu hendak mengkaji peranan televisyen dengan menggunakan perspektif konflik? Berikan contoh bagi menyokong hujah anda. (10) 2. Malaysia merupakan sebuah masyarakat plural dengan kepelbagaian Kumpulan etnik yang tinggal bersama. Pluraliti dalam keadaan tertentu boleh menyumbang kepada kestabilan atau kesinambungan kepelbagaian bangsa, sosial dan latarbelakang budaya dalam satu masyarakat. Bagaimanapun, pluraliti juga boleh menjelaskan tentang kepelbagaian interaksi sosial manusia dengan menggunakan simbol dan bahasa isyarat untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan satu sama lain. a. Sebagai seorang pengkaji masyarakat, bagaimana kamu hendak mengkaji masyarakat plural dengan menggunakan perspektif interaktionis? Berikan contoh bagi menyokong hujah anda. (10) b. Nilaikan masyarakat plural dengan menggunakan idea daripada pemikir fungsionalis. Berikan contoh bagi menyokong hujah anda. (10) (Jumlah : 20 markah) KERTAS SOALAN TAMAT SELAMAT BERAMAL
makrifat1972@yahoo.com