Anda di halaman 1dari 1

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

1/4 Pertama 19 hingga 23 Mac 2012 Minggu Pertama di SK Dusun Nanding

Pada hari pertama, saya bersama pasangan pasangan praktikum melapor diri kepada Puan Fatimah, Penolong Kanan HEM, SK Dusun Nanding, Hulu Langat. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Pada minggu pertama ini Guru Besar tidak berada di sekolah kerana sedang menghadiri mesyuarat guru besar seluruh daerah Hulu Langat. Selepas waktu rehat kami diperkenalkan kepada guru-guru dan staf sokongan. Selepas kami dibawa oleh Guru Penolong Kanan berjalan di sekeliling kawasan sekolah kami pun berjumpa dengan Puan Halijah Binti Abdul Hamid, guru pembimbing praktikum kami. Puan Halijah Binti Abdul Hamid memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang jadual waktu, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semester. Pada hari kedua saya diberikan kelas ganti yang pertama untuk menggantikan guru yang tidak ada. Saya masuk kelas ganti 6A waktu Kajian Tempatan. Pada masa itu saya masih cuba untuk menyesuaikan diri pada sekolah tersebut. Pada hari ketiga saya juga diberikan kelas ganti untuk mengantikan guru yang tidak berada di sekolah. Pada hari ini jugak Guru Pembimbing saya Puan Halijah Binti Abdul Hamid memberikan kunci bengkel Kemahiran Hidup. Guru Pembimbing kami meminta untuk menceriakan lagi bengkel Kemahiran Hidup ini. Pada hari keempat saya dan pasangan praktikum saya membersihkan bengkel Kemahiran Hidup. Selain itu, guru pembimbing kami Puan Halijah menunjukkan projek kayu yang akan dihasilkan untuk tahun 4 dan 5. Pada hari kelima saya dan pasangan praktikum saya berbincang untuk menyediakan rancangan pengajaran harian dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang akan digunakan pada minggu kedua.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan Nama Tarikh : ............................................. : ............................................. : .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan Nama Tarikh : ............................................. : ............................................. : .............................................