Anda di halaman 1dari 3

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi memanjatkan kesyukuran di atas rahmat dan limpah kurnia-Nya kerana dengan izin dan petunjuk-Nya maka dapat juga kami

menyiapkan Projek Diploma Kejuruteraan Awam yang bertajuk Kajian Kualiti Air di Muara Sungai Melaka sesi 2011/1012. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Cik Siti Nur Farhana Abdul Aziz selaku penyelia Projek Diploma kerana telah bersusah payah memberikan tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat serta maklumat-maklumat penting sehingga Projek Diploma ini dapat disiapkan dengan baik dan sempurna. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kakitangan Jabatan Alam Sekitar di atas bantuan dan pertolongan dalam kerja-kerja pengambilan sampel air di setiap stesen. Tidak lupa juga kepada semua kakitangan Makmal Kimia di atas bantuan dan pertolongan semasa kami menjalankan ujikaji di makmal. Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan seujikaji dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kajian ini. Semoga dengan terhasilnya laporan ini akan memberikan manfaat dan kepuasan kepada semua pihak. insyaAllah.

ABSTRAK

Air merupakan salah satu sumber semulajadi yang sangat penting kepada semua hidupan di muka bumi untuk menyempurnakan cara kehidupan seharian. Manusia memerlukan air untuk minuman, pengairan, perindustrian, pengangkutan, rekreasi, pusat perlancongan dan sebagainya. Satu kajian kualiti air di Hilir Sungai Melaka itu telah dijalankan oleh pengkaji dan pihak Jabatan Alam Sekitar. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kualiti air, punca-punca berlakunya pencemaran di kawasan tersebut dan langkah-langkah membaik pulihnya. Kebiasaan ahli kimia dan sains sering mengelaskan pencemaran sungai dengan melihat kepada kandungan kimianya. Tetapi, sesetengah manusia juga mengelaskan kadar pencemaran sungai itu dengan melihat berapa banyak sisa pepejal terapung yang mengalir di dalam sesuatu sungai tersebut. Kajian akan dilakukan ke atas sebelah parameter-parameter kualiti air yang terdiri daripada BOD, COD, pepejal terampai, kekeruhan dan nitrogen ammonia untuk menganalisis kualiti air sungai yang diperolehi daripada Jabatan Alam Sekitar. Tujuan analisis ini adalah untuk mengetahui keadaan kualiti air di Hilir Sungai Melaka.

ii

ABSTRACT

Water is one of the natural resources vital to all life on earth to complete lifestyle. Humans need water for drinking, irrigation, industrial, transportation, recreation, tourism centers and the like. A study of water quality in the Lower Malacca River was carried out by the researcher and the Department of Environment. The main objective of this study was to determine the level of water quality, pollution sources in the area and repairs measures. Habit of chemists and scientists often classify pollution by looking at its chemical content. But, some people also classify the pollution rate by looking at how much the flow of solid waste floating in a river. The study will be carried out on the water quality parameters of BOD, COD, suspended solids, turbidity and ammonia nitrogen to analyze the water quality obtained from the Department of Environment. The purpose of this analysis is to determine water quality conditions in Lower Sungai Melaka.

iii

Anda mungkin juga menyukai