Anda di halaman 1dari 5

1.

Sinonimi Sinonim adalah item leksikal yang mempunyai dua atau lebih makna yang sama atau hampir sama. Perkataan sinonim berasal dari perkataan Greek (sunonumon) yang bermaksud membawa nama yang sama. Dalam setengah-setengah keadaan, sinonim boleh digunakan dalam kebanyakan konteks, tetapi bukan semua konteks (Asha Doshi, 2004). Sinonimi adalah perhubungan makna yang paling biasa dalam sesuatu bahasa. Penggunaan kamus dan thesaurus sinonim adalah satu contoh perhubungan makna sinonimi yang baik (Jackson dan Z Amvela, 2000). Secara kasarnya, terdapat dua jenis sinonim, iaitu sinonim biasa dan sinonim intim. Sinonim biasa adalah item-item leksikal yang boleh ditukarganti penggunaannya dalam beberapa konteks (bukan semua). Manakala sinonim intim pula adalah item-item leksikal yang boleh ditukarganti pengunaannya dalam semua konteks. Walau bagaimanapun, sinonim intim adalah sangat jarang didapati dalam mana jua bahasa. Ini kerana mana-mana bahasa tidak mampu untuk mempunyai beberapa item leksikal untuk satu konsep. Sekiranya ini berlaku, item-item leksikal itu akan melalui penyempitan makna atau digugurkan dari bahasa tersebut (Asha Doshi, 2004; Jackson dan Z Amvela, 2000). Umumnya, kita boleh katakan bahawa ada beberapa cara di mana makna sinonim boleh dibezakan. Dalam konteks tata hias yang dipaparkan dalam malajah Impiana, sinonim boleh dibezakan berdasarkan tahap penggunaan formal atau tidak formal, kegunaan dalam konteks teknikal atau daftar kegunaan, dan konotasi. Item-item leksikal yang digunakan dalam sesuatu konteks biasanya dipengaruhi oleh keadaan konteks berkenaan, sama ada ianya formal atau tidak formal. Terdapat item leksikal yang hanya digunakan dalam konteks formal, ada yang hanya digunakan dalam konteks tidak formal, dan ada yang boleh digunakan dalam kedua-dua konteks (Jackson dan Z Amvela, 2000). Oleh kerana majalah perhiasan Impiana adalah bahasa bertulis yang disasarkan kepada golongan kelas pertengahan, bahasa yang digunakan adalah lebih formal, berbanding majalah hiburan. Berikut adalah contoh pasangan sinonim yang mana satunya digunakan dalam konteks formal dan lagi satunya digunakan dalam konteks kurang atau tidak formal yang boleh didapati di dalam konsep tata hias: Contoh 1.1 : Sinonim dalam konteks formal dan kurang/tidak formal

telus pandang dekor kontemporari aksesori rimba natural premis eksklusif

jarang perhiasan terkini perhiasan tambahan hutan semula jadi bangunan khusus

kamar

bilik

Sinonim juga didapati dalam konteks teknikal atau daftar kegunaan bidang tata hias, di mana item-item leksikal yang digunakan adalah khusus dalam bidang ini. Ini adalah perlu untuk menerangkan sesuatu konsep dan perkara dengan tepat dan terperinci (Asha Doshi, 2004). Berikut adalah contoh-contoh daftar kegunaan tata hias dan sinonimnya dalam tahap bahasa harian: Contoh 1.2 : Sinonim dalam konteks daftar kegunaan

retro motif geometri primari skema minimalis maksimalis interior segmen

lama corak bersegi utama perancangan ringkas mewah dalaman bahagian

Cara lain bagi membezakan sinonim ialah dengan melihat tahap konotasi item-item leksikal berkenaan. Walaupun sesetengah item leksikal mempunyai maksud denotasi yang sama atau hampir sama, maksud konotasinya mungkin berbeza (Asha Doshi, 2004; Jackson dan Z Amvela, 2000). Contoh-contoh pasangan sinonim yang mempunyai makna konotasi yang berbeza dalam konteks tata hias adalah: Contoh 1.3 : Sinonim dari segi konotasi

warna kesesuaian moden susun atur berdaya cipta sentuhan

rona (mempunyai sentuhan bahasa seni dan kesusasteraan) keserasian (berkaitan perasaan harmoni) kontemporari (masa kini, sekarang) tata atur (bertertib dan mengikut peraturan tertentu) kreatif (tidak semestinya mencipta sesuatu yang baru) kucupan (mewujudkan ekspresi romantis dan peribadi)

selesa tidur gaya

santai (mempunyai elemen rehat) beradu (biasanya digunakan merujuk kepada kerabat diraja, tetapi di sini berekspresi seni) aliran (lebih kepada jenis stail/tema yang dipilih)

Secara amnya, sinonim dalam konteks tata hias yang didapati dari majalah Impiana adalah disebabkan kegunaan formal dan tidak formal. Oleh kerana bahasa bertulis majalah ini adalah lebih formal dari bahasa pertuturan, kebanyakan item leksikal yang digunakan adalah formal. Selain daripada itu, konteks daftar kegunaan dalam bidang tata hias ini juga menghasilkan banyak sinonim. Disebabkan bidang tata hias ini adalah khusus kepada seni reka bentuk dalaman dan seni hias taman, banyak item leksikal yang digunakan adalah spesifik dan berkaitan dengan bidang ini, yang tidak digunakan dalam bahasa harian. Didapati juga bahawa penulisan dalam majalah ini adalah sangat berseni. Item leksikal yang dipilih oleh penulis mempunyai konotasi dan ekspresi seni. Ini mungkin kerana bidang tata hias ini adalah dianggap sebagai salah satu cabang seni. Ketiga-tiga perkara ini, iaitu laras bahasa formal atau tidak formal, daftar kegunaan dan konotasi dalam contoh 1.1, 1.2 dan 1.3, telah menghasilkan sinonim dalam konteks tata hias dalam Bahasa Melayu. Didapati juga bahawa sinonim atas sebab perbezaan dialek adalah sangat jarang di dalam majalah ini. Ini mungkin disebabkan bahasa yang digunakan adalah variasi Bahasa Melayu standard yang neutral, tiada unsur dialek daerah atau negeri. Eufemisme juga tidak digunakan dalam majalah ini mungkin kerana ianya tidak perlu dalam menyampaikan maksud, yang tiada unsur tabu atau pantang larang dalam masyarakat kita.

2. Hiponimi Perhubungan makna Hiponimi adalah hubungan hirarki antara item leksikal, di mana makna sesuatu leksim adalah sebahagian dari leksim yang lain. Hiponimi berasal dari perkataan Greek yang bermaksud nama yang di bawah. Ia dapat dilihat terutamanya apabila kita menjalankan klasifikasi dalam bidang tertentu (Asha Doshi, 2004). Oleh yang demikian, perhubungan ini melibatkan sesetengah item leksikal yang mempunyai makna yang lebih luas daripada item leksikal yang lain. Terdapat dua jenis perhubungan hiponimi, iaitu hubungan hiponimi sejenis dan meronimi (Baskaran, 2003; Jackson dan Z Amvela, 2000; Yule, 1994). Hubungan hiponimi sejenis adalah hubungan hirarki yang mana item leksikal yang di atas mempunyai makna yang paling umum dan boleh digunakan untuk merujuk item-item leksikal yang di bawahnya. Ia juga dikenali sebagai superordinat. Item-item leksikal yang di bawahnya pula mempunyai makna yang lebih spesifik dan mempunyai unsur makna item leksikal yang di atasnya. Item-item leksikal ini dikenali sebagai subordinat atau hiponim. Hubungan di antara hiponim-hiponim ini dikenali sebagai ko-hiponimi (Asha Doshi, 2004; Jackson dan Z Amvela, 2000). Antara contoh hubungan hiponimi yang terdapat dalam bidang tata hias adalah seperti berikut: Contoh 2.1 : Hiponim warna (rona)

Hirarki dalam contoh 2.1 adalah tidak sempurna atau lengkap kerana terdapat pelbagai jenis warna di dunia ini dan setiap satu jenis itu terdapat pelbagai tona. Walau bagaimanpun, secara asasnya, kita dapat lihat bahawa item leksikal yang paling atas, iaitu superordinat, dalam hirarki ini (warna) adalah makna yang paling umum dan boleh digunakan bagi merujuk semua item leksikal yang di bawahnya. Item-item leksikal di bawah dan paling hampir dengan superordinat ini (biru, hijau, kelabu, merah, perang dan kuning) adalah hiponimnya. Sebagai contoh, biru adalah hiponim bagi warna, tetapi biru adalah superordinat bagi hiponim-hiponim biru kapur, biru merah dan biru merak. Jika di lihat dari bawah hirarki ini, merah jambu adalah sejenis merah, yang mana merah adalah sejenis warna. Meronimi pula adalah hubungan hirarki antara item leksikal di mana item leksikal yang di bawah (subordinat atau juga dikenali sebagai meronim) adalah sebahagian daripada item leksikal yang di atas (superordinat). Item leksikal superordinat adalah merujuk kepada keseluruhan entiti yang dirujuk dan subordinat adalah merujuk kepada bahagian-bahagian tertentu kepada entiti ini (Baskaran, 2003; Jackson dan Z Amvela, 2000). Antara contoh meronim yang terdapat dalam konteks tata hias ini adalah seperti berikut: Contoh 2.2 : Meronim bagi kediaman (rumah)

Dalam contoh 2.2 di atas, jika dianalisa dari bawah hirarki ini, dapur basah dan dapur kering adalah sebahagian dari dapur dan dapur pula adalah sebahagian dari rumah. Item leksikal superordinat di sini (rumah) tidak merujuk kepada maksud umum bagi meronim di bawahnya seperti hiponim, tetapi mewakili entiti keseluruhannya. Ringkasnya, ruang tamu bukanlah sejenis rumah tetapi sebahagian daripada rumah. PENUTUP Sebagai penutup, terdapat beberapa jenis hubungan makna dalaman (sense) di antara leksimleksim dalam sesuatu bahasa, dan dalam bidang tata hias Bahasa Melayu sinonimi dan hiponimi adalah yang paling luas. Dalam perhubungan sinonimi, laras bahasa formal atau tidak formal, daftar kegunaan dan konotasi menghasilkan sinonim. Hiponim pula banyak berkaitan dengan warna dan tona warna, dan bahagian-bahagian kediaman. BIBLIOGRAFI Asha Doshi. (2004). Leksikologi: Perhubungan makna dan Proses pembentukan perkataan. Fakulti Bahasa dan Linguistik: UM Baskaran, L. (2003). General Linguistics: Semantics. Fakulti Bahasa dan Linguistik: UM Campin Reka. (2004). Tata Bahasa: Bahasa Melayu. Retrieved 20th Feb. 2004 from http://tatabahasabm.tripod.com/tata.htm, Impiana. (2004, Januari). Shah Alam: Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. Jackson, H. dan Z Amvela, E. (2000). Words, Meaning and Vocabulary: An introduction to Modern English Lexicology. London: Cassell. Yule, G. (1994). The Study of Language: An introduction. Cambridge: Cambridge University Press.