Anda di halaman 1dari 6

Pemansuhan PPSMI tidak bermakna Kerajaan mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris.

Sebaliknya, penguasaan bahasa Inggeris pelajar akan dipertingkatkan dengan beberapa langkah menambahbaik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan adalah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Kenyataan ini telah disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika membuat pengumuman mengenai strategi Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) baru-baru ini. Ini termasuklah menambah bilangan guru bahasa Inggeris, menambah waktu belajar bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan, memperkenalkan program sastera kontemporari kanak-kanak untuk mengukuhkan asas penguasaan bahasa Inggeris di peringkat umur yang awal, memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, menekankan komponen tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dan mendedahkan pelajar dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Pihak Kementerian juga telah bersetuju untuk mewujudkan lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Inggeris khusus untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris. Kementerian juga secara dasarnya telah bersetuju untuk menempatkan guru-guru bahasa Inggeris terbaik dan guru-guru yang akan diambil dari luar negara di kawasan luar bandar bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar luar bandar. Insentif khusus akan diberikan kepada guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia untuk berkhidmat di luar bandar. Jawatan pembantu guru bahasa Inggeris juga akan diwujudkan bagi kelas besar, seperti kelas yang melebihi 35 orang murid, untuk meningkatkan contact-time antara guru dan murid. Dengan mewujudkan jawatan guru pembantu bahasa Inggeris ini, tumpuan yang lebih boleh diberikan kepada pelajar-pelajar yang lemah penguasaan bahasa Inggeris. Mereka ini boleh dibimbing secara lebih dekat untuk membolehkan mereka menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik. Dengan melakukan penambahbaikan secara menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, disertai dengan komitmen para guru untuk menggunakan kaedah terbaik dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, Kerajaan menaruh keyakinan bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar kita akan meningkat. Untuk mencapai matlamat ini, warga pendidik perlu melakukan lonjakan berganda untuk menterjemahkan dasar dan strategi pengukuhan penguasaan bahasa Inggeris dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan. Kita sesungguhnya tidak mempunyai banyak masa untuk mencapai matlamat penting ini. Keupayaan negara untuk melahirkan modal insan yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan kompeten terletak di bahu warga pendidik. Pemantapan penguasaan bahasa Inggeris perlu bergerak seiring dengan pengukuhan penguasaan bahasa Malaysia. Untuk tujuan ini, Kementerian Pelajaran akan memberi fokus kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia di kalangan pelajar melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penekanan juga akan diberikan kepada penghayatan dan apresiasi kesusasteraan Melayu bagi pelajar di peringkat sekolah menengah. Keputusan mengembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan juga merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memperkukuh dan memartabatkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan negara. Dengan pelaksanaan keputusan ini komponen Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di Tahap 1 sekolah kebangsaan meningkat daripada 60 peratus kepada 75.6 peratus, manakala di Tahap 2 meningkat daripada 60 peratus kepada 80 peratus. Peningkatan yang sama juga berlaku di peringkat sekolah menengah. Melihat ke hadapan, dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita. Kementerian Pelajaran pada ketika ini sedang melakukan persiapan untuk melaksanakan dasar ini dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam proses transisi pada tahun 2012 nanti. Satu pendekatan soft-landing akan diambil untuk memastikan pencapaian pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di bawah dasar PPSMI tidak akan terjejas. Pihak Kementerian juga telah membentuk enam Jawatankuasa Kecil sebagai persiapan untuk melaksanakan dasar baru ini. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memperincikan aspek latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks, lojistik, personel dan penerangan. InsyaAllah, berkat kefahaman, sokongan dan usaha berterusan seluruh warga pendidik dalam menjayakan dasar baru ini, kita akan dapat mencapai matlamat menambahbaik kualiti pendidikan di negara kita secara berterusan demi kepentingan masa depan negara. 1

Strategi Memartabatkan Bahasa Malaysia P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT Menambah waktu P&P Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT Menggunakan ICT dalam P&P Bahasa Malaysia Menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia Tahniah Tan Sri..inilah yang sudah lama kita tunggu-tunggukan. Sudah tiba masanya bahasa Melayu diaudit penggunaannya dalam agensi dan badan-badan berkanun kerajaan. Malah, kalau dilakukan audit, saya percaya banyak sekali kesalahan bahasa dan ejaan yang dilakukan para penjawat awam sewaktu mereka berucap, menulis memo, menulis surat, menulis minit mesyuarat dan lain-lain aspek penggunaan bahasa. Selama ini kita hanya mengaudit kewangan, pengurusan, kualiti dan perjawatan sahaja sudah sampai masanya tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan penjawat awam disemak dan diteliti kemampuan mereka kita mahu mereka menguasai bahasa Melayu tinggi dan bukan bahasa Melayu pasar. Syabas Tan Sri. Perjuangan yang tidak pernah selesai. KUALA LUMPUR, 10 November Bank Negara Malaysia (BNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disaran menjalankan pengauditan bahasa Melayu melalui penarafan bintang ke atas institusi kewangan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memastikan penggunaannya di sektor itu adalah menyeluruh. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengauditan itu perlu bagi menilai tahap dan mutu penggunaan bahasa kebangsaan dalam semua urusan di institusi kewangan dan GLC. Penarafan ini akan menjadi kayu ukur kepada pencapaian institusi kewangan dari segi penggunaan bahasa Melayu. Kita memahami bahawa penggunaan bahasa asing terutama bahasa Inggeris adalah penting untuk meningkatkan perniagaan dan perdagangan di peringkat antarabangsa, tetapi tidak bermakna kita harus meminggirkan bahasa Melayu, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Simposium Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sektor Kewangan dan Insurans di sini, hari ini, yang turut dihadiri sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin. Muhyiddin menambah, institusi kewangan juga wajar melihat budaya penggunaan bahasa Melayu dalam sektor itu sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat yang perlu dilaksanakan. Sebagai contoh, kata beliau, institusi kewangan boleh memperuntukkan sebahagian daripada keuntungan untuk menjayakan aktiviti dan program yang menjurus kepada pembudayaan bahasa Melayu. Muhyiddin percaya banyak kerjasama strategik antara institusi kewangan dengan badan bahasa dapat diusahakan untuk melaksanakan aktiviti tersebut. GLC sewajarnya mempelopori usaha menyokong agenda nasional untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam bidang kewangan. Dengan itu, inisiatif yang digerakkan oleh DBP dan BNM seperti simposium ini dapat diteruskan oleh penggiat industri kewangan sendiri, katanya. Muhyiddin turut mencadangkan supaya semua institusi kewangan menyediakan kursus berkaitan bahasa bagi melahirkan modal insan yang mahir dalam bahasa Melayu. Utusan Malaysia Sebelum itu, beliau hanya sering melantangkan pelbagai teguran dan bantahan tentang isu-isu kebahasaan menerusi syarahan, wacana ilmu dan media massa termasuk mempertikaikan tindakan mantan Perdana Menteri yang melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sudah pasti cakap-cakap beliau yang begitu lantang akhirnya diterjemahkan kepada tindakan yang lebih nyata sekali gus membina azam yang baharu untuk mengembalikan kegemilangan dan menghapuskan keuzuran DBP dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. Penulis amat bersetuju dengan usaha-usaha sedemikian yang tegas, berani dan rasional memandangkan kedudukan bahasa Melayu yang sememangnya diiktiraf setanding dan sewibawa dengan bahasa moden dunia seperti bahasa Inggeris. Sebagai contoh, sebilangan jabatan dan agensi kerajaan mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris dalam penerbitan dokumen rasmi terutama pelan strategik dan pelan tindakan sehingga mengaramkan peranan bahasa Melayu. 2

Sesetengah penjawat awam lebih kerap ataupun gemar menggunakan istilah-istilah ICT dalam bahasa Inggeris baik dalam mesyuarat mahupun dalam dokumen kerja seperti online, virtual server, web hosting, cloud computing, network dan sebagainya. Kebanyakan sistem aplikasi perkhidmatan secara dalam talian pula ditandai dengan label dan gelaran yang menyembah unsur keinggerisan seperti MyGovernment, MyForms, MyProcurement, myGovXChange, myHealth dan lain-lain. Mereka sepatutnya menolak tanggapan palsu bahawa kekuatan bahasa Melayu tidak mencukupi untuk merencanakan dokumen rasmi yang penting seperti itu sedangkan majoriti penjawat awam dan rakyat merupakan pengguna bahasa Melayu. Era Ketua Pengarah DBP yang berwibawa diyakini merupakan waktu yang terbaik untuk menjernihkan kecelaruan bahasa rasmi dan memimpin sektor awam kembali ke landasan yang betul, iaitu melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Sebagai penjawat awam dan rakyat Malaysia, penulis bersedia untuk 'dirotan' oleh seruan demi seruan beliau mulai masa sekarang supaya meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang ICT sektor kerajaan dan percakapan harian termasuk blog dan media sosial. Selain kajian-kajian Dr. Awang Sariyan, penulis juga berusaha membaiki penguasaan bahasa Melayu dengan merujuk kepada kedua-dua orang pakar bahasa Melayu yang tersohor, iaitu Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim dan Allahyarham Mohd. Asraf Abdul Wahab (Pak Asraf). Diketahui bahawa Dr. Awang Sariyan pernah berguru dengan Dr. Nik Safiah dan juga merupakan anak didik kepada Pak Asraf. Barangkali tidak mustahak untuk mendedahkan sumber yang telah berjasa mengungguli latar belakang beliau. Secara tepat dapat diramalkan bahawa dengan kuasa yang diamanahkan, Dr. Awang Sariyan akan menggegarkan negara kita dari semasa ke semasa dengan usaha dan idea yang belum pernah diketahui untuk menjulang kedaulatan bahasa rasmi dan kebangsaan. Gegaran itu mengingatkan kita kepada zaman Dr. Mohd. Asri bin Zainul Abidin selaku Mufti Perlis yang berani bersuara lantang pada masa dahulu sebelum ditamatkan pinjaman dan pulang ke USM sebagai Profesor Madya.

PUTRAJAYA Seramai lapan peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2012 akan meneruskan perjuangan mereka pada pertandingan akhir yang akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam ini. Lima daripadanya merupakan peserta kategori Antarabangsa manakala tiga lagi kategori Nusantara. Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Penghakiman PABM 2012, Mazlena Mohamad Hussain berkata, kualiti pertandingan kali ini lebih tinggi kerana peserta-peserta dapat berpidato dengan lebih baik. Pihak juri amat berpuas hati dengan kesungguhan pemidato untuk memperbaiki mutu pidato mereka di setiap peringkat pertandingan, katanya pada sesi pengumuman peserta ke pertandingan akhir di sini semalam. Peserta akhir kategori Antarabangsa, Sebghatullah Qazizada, 22, dari Afghanistan berkata, masa yang ada sebelum tirai pertandingan akhir bermula perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mempersiapkan diri. Walaupun saya baru setahun belajar bahasa Melayu, saya berharap dapat berpidato dengan baik.

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T jua kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, pada malam ini, sekali lagi Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu dapat dianjurkan. Untuk itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi selaku tuan rumah atas kesudian mengundang saya bagi menyempurnakan majlis Kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu kali ke lima ini. Tuan-tuan dan Puan-puan, Seperti yang kita maklum, pada tahun lalu, pertandingan ini telah memberikan satu kejutan apabila seorang pelajar dari negara China bernama Zhang Song telah berjaya menjadi johan kategori antarabangsa. Saya difahamkan, kepetahan beliau bercakap, dengan lenggok pidato mempersona walaupun baru setahun jagung mempelajari bahasa Melayu telah membuatkan ramai berasa teruja kerana kemampuan berbahasa beliau menjadi bukti serta perlambangan betapa sebuah negara yang cukup besar dan maju ekonominya seperti China juga berminat kepada bahasa Melayu. Manifestasi keupayaan peserta dari China itu menjadi petanda penting bahawa bahasa Melayu mempunyai tempat yang tersendiri sebagai satu bahasa yang berdaya saing di persada antarabangsa. Dari satu sudut pandang yang lain, penggunaan bahasa Melayu yang indah dan puitis oleh para peserta pertandingan ini
3

yang bukan penutur jati, sebenarnya memberikan sindiran tajam kepada ramai antara kita yang lebih cenderung menggunakan bahasa rojak dan bahasa pasar dalam percakapan harian, seringkali pula sarat dengan campuran bahasa lain dalam urusan penulisan rasmi. Sehubungan itu, pada hemat saya, apa yang penting kita semua harus memiliki pengetahuan dan penguasaan yang baik tentang bahasa kebangsaan. Realitinya, pada hari ini bahasa Melayu penuh dengan nilai ilmu dan nilai ekonominya. Lihat sahaja kepada penganjuran Pidato Antarabangsa ini yang mendapat sambutan hangat oleh begitu ramai penyertaan. Saya dimaklumkan bahawa 49 orang bertanding dalam kategori antarabangsa dan 10 yang lain bagi kategori Asean. Pucuk pangkalnya, pertandingan pidato antarabangsa ini telah menyaksikan bahawa bahasa Melayu telah merantau jauh ke enam benua di segenap penjuru alam. Hakikatnya, tiada siapa bolah menafikan betapa tingginya nilai keantarabangsaan bahasa Melayu itu. Tuan-tuan dan Puan-puan, Kata orang, bahasa itu jiwa bangsa. Leluhur orang-orang Melayu dipersantunkan dalam indahnya gubahan bahasa yang digunakan sebagai mewakili psikologi dan budaya orang-orang Melayu yang begitu halus dan penuh berkias ibarat. Buktinya, sejak turun temurun, orang-orang Melayu sinonim dengan gurindam, pantun, sajak, puisi, fatwa pujangga serta syair. Seperti yang dimadahkan oleh seorang Tokoh Persuratan yakni Tenas Effendi dan Sasterawan Negara Tongkat Warrant, saya adunkan sebagai berikut: Melayu itu kaya falsafahnya Akar budi bersulamkan daya Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Bila mengampu bijak beralas tangan Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Tuan-tuan dan Puan-puan, Lipatan peristiwa lalu juga, menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa dunia pada zaman pemerintahan kerajaan Melayu lama Nusantara. Penggunaan bahasa Melayu amat dititikberatkan dalam setiap urusan pentadbiran, termasuk hubungan diplomatik khususnya dengan pedagang asing sama ada dari timur mahupun Inggeris, Perancis, Portugis serta Belanda dari barat, sekalipun sesama masyarakat nusantara, Arab dan Gujerat. Bukti-bukti kukuh ini telah terakam kemas dalam kitab-kitab rujukan popular seperti Sejarah Melayu, Hikayat Raja Pasai dan Sula-latus Salatin yang jelas menceritakan perihal pemerintah Kesultanan Melayu dahulu yang tidak berkompromi dalam soal bahasa apabila berhubung dengan pihak luar. Bertolak dari situ, sejak zaman kegemilangan Melaka hingga ke tahun 2011 ini, secara sedar atau tidak tempoh 5 kurun telah berlalu. Jangka masa 500 tahun bukan calang-calang waktu. Tampaknya, bahasa Melayu telah melalui susur galur perjalanan yang panjang dan syukur masih kekal terpelihara. Apa yang mustahak, biarlah bahasa Melayu menjadi dinamik bersama perkembangan zaman kerana itulah sifat semulajadi sesuatu bahasa.
4

Tuan-tuan dan Puan-puan, Maka benarlah kata orang, bahasa adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Di dunia pada masa ini terdapat lebih 6,000 bahasa yang masih digunapakai, akan tetapi hanya 20 bahasa sahaja yang dikategorikan dan diberikan taraf bahasa rasmi. Dalam konteks ini kita wajar berasa bangga kerana bahasa Melayu adalah salah satu daripada 20 bahasa itu dan menduduki 10 tangga bahasa terpopular penggunaannya di dunia. Ini bererti, sekiranya digabungkan penggunaan bahasa Melayu dalam gugusan kepulauan Melayu Nusantara, jumlah yang kita perolehi adalah seramai lebih kurang 300 juta orang, dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kelima terbesar dari segi jumlah penuturnya; manakala di satu pihak yang lain pula memberikan penarafan bahasa keempat terbesar di dunia dari segi meluas dan melatanya penggunaan bahasa Melayu itu sendiri. Walau apapun, jumlah penutur sahaja tidak boleh dijadikan ukuran tepat, sebaliknya terdapat beberapa ciriciri lain yang perlu untuk kita penuhi untuk melayakkan bahasa Melayu itu kekal dipanggil sebagai bahasa dunia. Pengaruh sesuatu bahasa memainkan peranan yang dominan untuk memajukan sesuatu bangsa itu apatah lagi dalam usaha kita memartabat dan memperkasa bahasa Melayu ke pentas dunia. Jelas sekali, dalam era globalisasi dan perkembangan dunia ICT yang melahirkan dunia tanpa sempadan ini, bahasa Melayu tidak terlepas daripada pelbagai cabaran dan hambatan. Untuk itu, kerajaan akan sentiasa memastikan dasar-dasar yang digubal sentiasa meyokong ke arah usaha mengembang dan memperkasa bahasa Melayu, sama ada bersifat kenegaraan mahupun keantarabangsaan. Dalam konteks ini, bahasa Melayu yang telah sekian lama menjadi bahasa pertuturan rasmi dan juga bahasa kebangsaan Malaysia akan terus terpelihara, diperkemas dan diperkembangkan di dalam mahupun di luar negara. Seperti yang kita maklum, tawarikh turut menyuratkan bahawa kecemerlangan sesebuah tamadun diasaskan oleh ilmu yang disebarkan dan diterapkan melalui proses penterjemahan yang menghapuskan sempadan bahasa, budaya mahupun masa. Pada zaman kegemilangan Islam semasa pemerintahan Bani Abbasiyyah, aktiviti penterjemahan bergerak aktif dengan penubuhan Baitul Hikmah di Baghdad yang menjadi pusat penterjemahan utama dunia sekitar abad ke-10. Karya dalam bahasa Yunani, Parsi dan Sanskrit diterjemahkan secara besar-besaran sehingga para ilmuwan Islam berjaya memahami dan mengembangkan buah fikiran tokoh seperti Aristotle, Ptolemy, Archimedes dan lain-lain. Manakala di Eropah, kegiatan penterjemahan mula menjadi keperluan pada abad ke-12, contohnya, Adelard, telah menterjemahkan sifir astronomi hasil kerja al-Khwarizmi daripada bahasa Arab kepada bahasa Latin pada tahun 1126. Menyedari hakikat bahawa penterjemahan memainkan peranan yang amat besar dalam membangunkan sesebuah tamadun, maka Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) akan diperkasa untuk meneruskan kelestarian bidang penterjemahan ini. Sehubungan itu, pihak kerajaan akan memberikan sokongan kepada Institut Terjemahan Negara Malaysia bagi memperkaya kepustakaan berbahasa Melayu sebagai wahana pemikiran bangsa Malaysia di samping mengantarabangsakan karya kebangsaan secara berterusan melalui aktiviti penterjemahan supaya setanding dengan karya yang diiktiraf dunia. Setakat ini didapati beberapa karya ulung sudahpun diterjemah ke dalam bahasa Melayu antaranya Siddharta, A History of Mathematics, Culture and Imperialism, The End of History and The Last Man, Revival and Reform in Islam termasuklah The Great Ideas. Terkini, saya diberitahu karya tersohor Jalaluddin al-Rumi bertajuk Masnawi yang asalnya dalam bahasa Parsi sedang dibuat penerjemahannya. Dalam pada itu, seperkara yang agak unik, buku tulisan saya bertajuk Menakhoda Zaman sedang giat diterjemahkan pula ke dalam bahasa Parsi. Bagi tujuan menggalak dan merangsang aktiviti terjemahan terutamanya terjemahan karya-karya besar dunia ke dalam bahasa Melayu dan usaha-usaha pengukuhan keupayaan (capacity building), kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi peruntukan khas kepada ITNM yang mana jumlahnya akan ditentukan nanti. Diharapkan dengan suntikan ini ia akan mampu merancakkan lagi senario terjemahan tempatan. Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian, Akhir kata, saya yakin, dengan mengadakan pertandingan pidato seperti ini, usaha menarik lebih banyak negara untuk menawarkan pengajian bahasa Melayu dapat dicapai. Satu hari nanti kita akan melihat pertandingan ini akan disertai oleh ratusan peserta kerana usaha sebegini mampu melonjakkan bahasa Melayu di persada dunia serta mampu menarik minat pelajar asing mempelajari bahasa Melayu.
5

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pihak yang terlibat dalam perencanaan dan pelaksanaan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu ini. Saranan saya supaya pertandingan yang mempunyai nilai amat tinggi ini tidak hanya tertumpu kepada penganjuran pertandingan pidato sahaja. Ia seharusnya diperluaskan kepada pelbagai program signifikan yang boleh memberikan nilai tambah kepada pembangunan dan pemerkasaan bahasa Melayu. Mudah-mudahan, usaha ini akan membawa impak yang besar dan bermakna bukan sahaja kepada bahasa Melayu tetapi tentunya negara kita Malaysia. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya menyempurnakan Majlis Malam Kemuncak Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2010. Sekian. Wabillahi Taufiq Walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai