Anda di halaman 1dari 1

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kerling terletak di Daerah Hulu Selangor.Sekolah ini terletak di antara Kuala Kubu Bharu dan Kalumpang. Pada tahun 1925 terdapat dua buah bangunan kayu yang terletak di Ladang Kerling.Salah satu bangunan terletak dibahagian selatan.Manakala satu lagi dibahagian Pusat Ladang.Bangunan di kawasan selatan telah dibina dan dikendalikan oleh pentadbiran ladang.Kedua-dua bangunan ini kemudiannya dikenali dengan nama Sekolah Tamil Ladang Kerling. Pada mulanya hanya 15 orang murid sahaja belajar di sekolah ini.Pengurusan sekolah dan tahap pelajaran murid telah diuruskan oleh En.Jesudass. Pada tahun 1960 kedua-dua bangunan ini telah disatukan.Nama sekolah ditukarkan menjadi SJK(T) Ladang Kerling. Sejak tahun 1973 bilangan murid semakin bertambah.Pada tahun 1978 bangunan baru telah dibina (dua tingkat) dengan kerjasama PIBG,MIC dan Pentadbiran ladang.Bangunan ini mempunyai 6 buah bilik darjah,sebuah pejabat,stor sukan dan kemudahan tandas untuk guru dan pelajar.Sebuah kantin telah dibina pada tahun 1986.Pada tahun 2008 sebuah bangunan PRA Kerajaan Sekolah telah dibina. Bilik ICT hampir siap dengan bantuan PIBG,Persatuan Bekas Murid dan pihak sekolah.Pada tahun 2010 peningkatan dalam Akademik dan penyeraan dalamaktiviti kokurikulum telah menyumbangkan untuk mendapat Anugerah Baiah (NKRA). Berikut adalah Guru-Guru Besar yang berkhidmat di sekolah ini: 1925-1938 En.Jesudass 1939-1944 En.Suppiah 1945-1953 En .Pemulu 1954-1967 En.M.Muniandy 1968-1972 En.M.Batumalai 1972-1982 En.G.Subramaniam 1983-1985 En.G.Radha Krishnan 1986-1991 En.R.Muniandy 1992-1995 En .V.Sithambaram 1995-1998 En.P.Arumugam 2002-2007 En.Ayyasamy 2007-sekarang Pn.P.Thanavali