Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Tajwd ( )dari segi bahasanya bermaksud melakukan sesuatu dengan elok yang berasal dari perkataan Jawwada. Pada istilah syarak, tajwid adalah ilmu yang boleh mengenalkan tempat bagi tiap-tiap huruf dengan memberi apa yang patut baginya dari segi sifat-sifat huruf itu seperti menyatakan dan menyembunyikan atau apa yang dimestikan bagi huruf-huruf itu dari sifat-sifat luar dari segi panjang, pendek, tebal, tipis dan sebagainya. Anggaran ilmu tajwid itu ialah menyampaikan dengan sedalamnya kesempurnaan tiap-tiap sebutan dari ayat al-Quran. Para ulama menyatakan yang hukum bagi mempelajari tajwid itu adalah fardhu kifayah tetapi mengamalkan tajwid ketika membaca al-Quran adalah fardhu ain atau wajib kepada lelaki dan perempuan yang mukallaf.

2.0 PENGERTIAN MIM SAKINAH ATAU MIM MATI

Mim Sakinah ialah Mim yang tidak berbaris atau lebih dikenali sebagai Mim mati. Mim Sakinah mempunyai ciri yang sama seperti Nun Sakinah kerana kedua-duanya adalah suara yang keluar daripada pangkal hidung(khaisyum) yang mengeluarkan suara dengung atau sifat ghunnah sebagai satu ciri yang mesti ada Mim dan Nun Sakinah. Kesemua hukum Mim Sakinah dikaitkan dengan perkataan syafawi yang bermaksud bibir kerana huruf mim itu adalah huruf yang keluar melalui pertemuan dua bibir. Mim mati atau mim sakinah adalah mim yang berbaris mati atau sukun ( .)Terdapat tiga hukum bagi kes ini iaitu idgham mutamathilain ( ,) ikhfa' syafawi (

)dan izhar syafawi (.)

HUKUM MIM MATI

IZHAR SYAFAWI MIM MATI BERTEMU


IDGHAM MISLAIN SOGHIR MIM MATI BERTEMU

IKHFAK SYAFAWI MIM MATI BERTEMU

3.0 IKHFA SYAFAWI ()

Terdiri

daripada

satu

huruf

sahaja

iaitu

( .)Ikhfa

bermaksud

tersembunyi. Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf pertama. 3.1 Cara Bacaan Hukumnya apabila mim mati ( )bertemu dengan ba ( ,)maka cara membacanya harus dibunyikan samar-samar di bibir dan didengungkan. 3.2 Contoh-contoh ayat

4.0 IDGHAM MIMI ( )

Idgham mislain bermaksud memasukan bunyi mim mati berserta dengan dengung apabila bertemu dengan huruf Idgham Mislain. Huruf Idgham Mislain hanya satu iaitu mim (.) Apabila mim mati ( )bertemu dengan mim ( ,)maka cara membacanya adalah seperti menyuarakan mim rangkap atau ditasyidkan dan wajib dibaca dengung. Idgham mimi disebut juga idgham mislain atau mutamasilain. 4.1 CARA BACAAN Apabila Mim Sakinah bertemu dengan huruf mim yang berbaris maka hendaklah dimasukkan suara mim Sakinah ke dalam mim yang berbaris itu dengan disertai dengung. Ini dapat dipastikan dengan merapatkan kedua-dua bibir dengan sempurna dan ditekan udara ke pangkal hidung untuk menyempurnakan dengung Mim Sakinah itu. 4.2 TANDA-TANDA Idgham Syafawi bagi Mim sakinah ini dapat dikenal dengan melihat Mim Sakinah itu yang tidak mempunyai sebarang tanda di atasnya seperti : ( ( ) tanpa tanda) diikuti pula mim berbaris yang datang selepasnya mempunyai tanda tasydid seperti ( ( ) bersabdu). 4.3 SEBAB IDGHAM Suara Mim Sakinah digabungkan ke dalam mim yang berbaris kerana kedua-dua huruf yang bertemu adalah dari huruf yang sama makhraj dan sifat-sifatnya.

4.4 PENAMAAN Hukum ini dinamakan idgham kerana penggabungan mim ke dalam mim yang kedua dan dinamakan syafawi kerana kedua-dua huruf ini adalah keluar dari makhraj bibir. Idgham Syafawi juga dinamakan Idgham Mislain Soghir. Perkataan Mislain bermaksud dua huruf yang serupa. Perkataan Soghir pula bermaksud huruf pertama sukun dan huruf kedua berbaris. Jika Idgham ini dinamakan dengan nama Idgham Mislain Soghir, maka ia bermaksud menggabungkan suara mim sukun ke dalam mim berbaris. Dinamakan Soghir kerana ada Idgham yang kabir iaitu menggabungkan dua huruf yang serupa makhraj dengan keadaan kedu-duanya berbaris Idgham seperti : yang dibaca secara . tetapi Idgham seperti ini hanya diamalkan oleh bacaan

riwayat As Susi dari Qiraat Abu Amr Al Basri sahaja dan tidak diterima oelh semua Quraan lain. Maka kerana itu penamaan idgham ini dengan Idgham Syafawi adalah lebih baik berbanding menamakannya dengan Idgham Mislain Soghir kerana ia akan melibatkan perbincangan ilmu Qiraat yang tidak diketahui umum.

4.5 CONTOH-CONTOH AYAT

5.0 IZHAR SYAFAWI ()

Izhar Syafawi bermaksud menyatakan atau menjelaskan bunyi mim yang mati tanpa dengung apabila bertemu dengan huruf-huruf Izhar Syafawi. Terdiri daripada 26 huruf iaitu :

5.1 Cara Bacaan Apabila mim mati ( )bertemu dengan salah satu huruf hijaiyyah selain huruf mim ( )dan ba ( ,)maka cara membacanya dengan jelas di bibir dan mulut tertutup secara jelas dan nyata tanpa dengung. 5.2 Contoh-contoh Ayat

HUKUM QALQALAH 6.1 PENGENALAN Qalqalah ialah satu bunyi melantun ketika menyebut huruf mati. Tetapi bukan semua huruf hijaiyah boleh dibaca dengan qalqalah. Qalqalah hanya mengandungi lima huruf sahaja. Huruf-huruf qalqalah ialah . Qalqalah terbahagi kepada dua bahagian iaitu : 1. Qalqalah Sughra ( 2. Qalqalah Kubra (

)
)

Kedua- dua jenis qalqalah tersebut mempunyai cara bacaan yang agak berbeza dan mempuyai tanda-tanda tertentu untuk mengenalinya.

Qalqalah bermaksud menggetar (membalik), yang bererti huruf-huruf qalqalah itu ketika sukun (mati) harus di baca dengan suara menggetar(membalik). Huruf-huruf Qalqalah ada lima iaitu:

6.2 Qalqalah Sughra (

Qalqalah Sughra ialah huruf-huruf qalqalah tersebut mempunyai tanda sukun/mati sedia ada. Bunyi lantunan untuk qalqalah lebih perlahan atau rendah sedikit jika dibandingkan dengan qalqalah kubra. Contohnya ialah :

a) Qaf (

b) Tha- k(

) :

c) Ba k (

) :

d) Jim (

) :

e) Dal (

) :

6.3 Qalqalah Kubra ()

Qalqalah kubra ialah huruf Qalqalah dibaca dengan sukun mendatang kerana diwaqafkan. Huruf-huruf qalqalah mesti dibunyikan dengan kuat atau besar lantunannya. Contohnya surah Al-Iklas, ayat yang pertama. Ayat tersebut seperti di bawah :

" "
Cuba anda perhatikan pada perkataan

. Huruf merupakan huruf terakhir dan berbaris , huruf

dua dihadapan. Bunyinya ahadun. Apabila mewaqafkan bacaan pada perkataan

yang pada asalnya

berbaris dua dihadapan telah dibaca dengan tanda sukun, bunyinya

ahad. Inilah yang dimaksudkan dengan sukun mendatang. Jadi, pada ayat tersebut mesti dibaca dengan hukum qalqalah kubra ( ,)di mana bunyi lantunannya lebih kuat seolah-olah berbaris di atas. Contoh yang kedua ialah surah al- Masad ayat pertama. Ayatnya seperti dibawah :


Cuba anda perhatikan pada kalimah .Huruf terakhir ialah huruf

dan ianya mesti

dibaca dengan sukun kerana berhenti bacaan padanya. Maka jadilah hukum bacaannya qalqalah Kubra ( )kerana huruf qalqalah dibaca sukun mendatang. Cuma bezanya kali ini ialah huruf tersebut mengandungi tanda sabdu atau syaddah. Bagaimanakah cara untuk membacanya? Caranya ialah anda mesti menekankan makhraj huruf

iaitu

dua bibir

dirapatkan secara ringan. Ini kerana huruf tersebut mengandungi tanda sabdu. Kemudian baru didatangkan bunyi qalqalahnya dengan kuat seolah-olah berbaris atas kerana ianya sukun mendatang.

7.0 PENUTUP

10

Kesimpulanya

11

8.0 RUJUKAN 1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tajwid#Hukum_mim_mati 2. http://paismpn4skh.wordpress.com/2009/09/25/hukum-bacaan-nun-matitanwindan-mim-mati/ 3. ILMU TAJWID(MASRAP SUHAEMI)

12