Anda di halaman 1dari 10

Kisah Pemude , Jande dan dot dot dot

Di sebuah kampung, ada seorang pemuda yang sangat miskin dan miskin...dan miskin. Kenapa saya ulang sampai tiga kali? Teruskan membaca baru dapat rasa betapa miskinnya pemuda ini. Kasihan! Pemuda ini tidak mampu membeli makanan sehingga beberapa hari tidak makan. Dia tiada rumah dan menjadi 'tetamu tetap' di sebuah masjid di kampungnya kerana tempat tinggalnya memang di masjid. Oleh kerana kebanyakan masa hariannya di masjid, dia seringkali mengikuti majlis-majlis ilmu di masjid itu; kuliah, tazkirah, ceramah dan apa-apa sahaja majlis ilmu di sana. Itulah keistimewaan pemuda ini. Walaupun miskin dan kelaparan, menghadiri majlis ilmu adalah rutin hidupnya. Suatu hari pemuda ini berasa sangat lapar. Sungguh kasihan kerana dia tidak mampu membeli apa-apa makanan. Hampir mati akal dia memikirkan bagaimana ingin mengisi perutnya kerana dia benar-benar kelaparan. Sehinggalah terdetik di dalam hati... "Urm, bagaimana jika aku menyelinap masuk ke rumah orang-orang kampung dan mencuri makanan mereka? Aduh! Aku merasakan benar-benar dalam keadaan darurat. Mungkin dalam keadaan darurat begini menjadi keringanan buatku untuk mencuri," pujuk hatinya ketika risau jika ia dalam keadaan berdosa. Pemuda miskin ini nekad. Ditunggunya sampai hari semakin gelap dan dia mula bergerak perlahan-lahan ke sekitar kampung. Dipanjatnya dari bumbung ke bumbung yang lain demi mencari sesuap dua makanan. Akhirnya, setelah berusaha memanjat, sampailah dia ke sebuah rumah. Gelap. Sunyi. "Ah, sudah tentu penghuninya tiada sekarang. Baik aku masuk!" Dia pun dengan segera menyelinap masuk dengan harapan tekaannya benar. Ya, dia memang benar kerana sungguh rumah tersebut tidak berpenghuni buat sementara waktu. Berbekalkan kesamaran cahaya dari celahan tingkap, pemuda ini menuju ke dapur dan terlihat sebuah periuk. Ketika membuka tudung periuk itu, dia terkejut. Sebiji TERUNG! Itu sahaja yang dijumpainya. Pemuda itu lantas mengambil terung tadi dan mula menggigitnya kerana benar-benar kelaparan walaupun ia hanya sebiji terung. Setelah sekali menggigit, tiba-tiba dia tersentak. "Ya Allah! Apakah yang aku sedang lakukan. Malu aku pada-Mu Tuhan! Mana mungkin aku mencuri harta orang lain sedangkan aku adalah orang yang yang menjadi tetamu di masjid, menjadi tetamu dalam majlis-majlis agama. Tidak sepatutnya aku bertindak sebegini. Aku takut akan-Mu wahai Tuhan yang melihat segala tindak tandukku. Ampuni aku, aku amat takut akan balasan-Mu" Sepantas kilat dia meletakkan semula terung yang telah selamat digigitnya sekali dan menyelinap keluar, hilang dalam kegelapan.

Esoknya... Penduduk kampung mulai keluar masjid setelah tamatnya kuliah pada petang itu. Hanya beberapa orang yang masih di dalam masjid membaca Al-Quran. Seorang wanita masih berdiri di perkarangan dalam masjid dalam keadaan yang resah. Wanita tersebut pantas mendekati tok imam yang telah memberikan pengisian petang itu. "Tok Imam, tolong bantu saya. Saya benar-benar buntu..." rayu wanita itu. "Ya Allah, kenapa dengan kau wahai anakku. Ceritakanlah... jika aku boleh membantu, InsyaAllah aku akan membantumu." "Aku ini seorang janda. Suamiku telah meninggal dunia," esakan mulai kedengaran. "Beberapa hari lepas, aku telah diganggu oleh pemuda-pemuda kampung ini dan sungguh aku merasakan tidak selamat dan terasa terancam." Tok Imam itu terdiam. Kerutan jelas di dahinya. "Aku... aku ingin tok imam membantuku mencarikan seorang suami untukku kerana aku tidak ingin lagi terus diganggu oleh pemuda-pemuda di sini," ujarnya. "Apa benar kau ingin aku membantu mu?" tanya imam tua tersebut. Wanita tersebut mengangguk. Imam tua itu merenung ke sekeliling masjid. Lantas matanya terpaku pada pemuda miskin yang sedang bersandar di tepi tiang. "Wahai pemuda, mahukah kamu ke mari?" Perlahan-lahan pemuda itu melangkah mendekati Tok Imam dan wanita tersebut. "Sudikah kau mengahwini wanita ini?" pantas imam tua itu menyoal. "Ya Allah, adakah ini hanya khayalanku? Aku ingin berkahwin, tapi percayalah, untuk membeli sebuku roti pun aku tidak mampu, apatah lagi untuk menanggung orang lain!" jujur pemuda itu menjawab. "Usah khuatir wahai pemuda. Aku tidak perlukan hartamu. Aku sudah ada rumah yang arwah suamiku tinggalkan untukku. Aku tidak memerlukan hartamu. Aku hanya perlukan seorang lelaki yang boleh menjaga dan melindungiku dari ancaman luar," balas wanita tersebut. Diam. Lama pemuda itu berfikir. Dia kemudian mengangguk perlahan. Setelah bernikah disaksikan beberapa tetamu masjid, tok imam itu berkata; "Sekarang pulanglah kamu bersama suamimu ini. Semoga pernikahan ini mendapat keberkatan-Nya dan dapat menyelamatkan kamu daripada gangguan orang."

Setibanya di rumah, wanita itu terus bertanya kepada pemuda miskin yang telah selamat menjadi suaminya. "Adakah kau ingin makan? Aku akan menyiapkannya untukmu, wahai suamiku." Pemuda itu hanya mengangguk. Dalam fikirannya sekarang bukan tertumpu pada makanan (walaupun pada hakikatnya ia memang kelaparan) tetapi rumah wanita tersebut. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Seolah-olah dia pernah berada di situ sebelumnya. "Kenapa aku seperti mengenali rumah ini?" soalnya dalam hati sambil berkerut. Oh tidak! Janganjangan... "Silalah makan dahulu," kata si wanita sambil menghidangkan sesuatu. "Ya Allah... adakah aku bermimpi? Ini adalah terung yang telah ku gigit semalam. Ya Allah..apakah tandanya ini?" "Maaf wahai suamiku. Aku hanya ada terung ini yang sempat ku rebus semalam. Aku terkejut kerana ia telah digigit. Pelik, siapa yang telah mengigitnya sedangkan tiada sesiapa di rumah ini sewaktu ku keluar," jelas wanita itu dalam kesayuan kerana tidak mampu menghidangkan yang terbaik untuk suaminya. "Wahai isteriku. Mahukah kau mendengar suatu kisah? Se.. sebenarnya aku lah yang telah menyelinap masuk ke rumahmu semalam dan menggigit terung ini," akui pemuda itu ikhlas. Berubah wajah wanita itu. "Maafkan aku. Semalam, aku sangat kelaparan. Sudah beberapa hari aku tidak makan dan aku tidak mampu untuk membeli apapun. Aku bertekad untuk mencuri makanan di luar. Ku fikir aku benar-benar dalam keadaan darurat. Namun, setelah selamat mengigitnya sekali, aku merasa benar-benar tersedar dan merasakan sangat takut kepada Allah yang menjadi saksi perbuatanku. Aku malu... aku takut akan azabnya atas kelalaianku. Maafkan aku," ujar pemuda itu sambil tertunduk menangis. "Tidak mengapa suamiku. Aku sudah memaafkanmu. Akan tetapi ketahuilah bahawa aku benar-benar cemburu akanmu. Tahukah kau mengapa?" soalnya. Pemuda itu berhenti menangis lalu merenung isterinya. "... kerana sifat TAQWA mu! Kerana takutkan Allah, kau berhenti daripada terus melakukan dosa dan berterus-terang padaku. Sekarang, tidakkah kau sedar? Kerana sifat TAQWA yang ada pada dirimu itu, Allah membalasnya semula bukan hanya dengan terung yang telah kau gigit semalam, tapi seluruh isi dalam rumah ini termasuk diriku kepadamu, telah menjadi milikmu secara halal. Tidak perlu lagi kau mencuri. Semuanya telah Allah hadiahkan semula kepadamu kerana KETAQWAANmu itu," ujar wanita itu sambil tersenyum. Pemuda miskin itu cepat-cepat bersujud tanda mensyukuri hadiah Allah kepadanya.

Jika pembaca dapat menilai kembali kisah ini daripada asal, apakah 'main point' yang saya ingin sampaikan? Ia adalah tentang TAQWA. Kerana takutkan Allah, pemuda itu telah meninggalkan semula terung yang digigitnya ke tempat asal. Dia malu kepada Allah, dan dia benar-benar takut Allah akan menghukumnya. Kerana TAQWA yang ada padanya, Allah membalasnya semula bukan sahaja terung yang selamat digigitnya tanpa izin, tetapi termasuk tuan empunya rumah dan isi rumah tersebut kepadanya. Semuanya secara HALAL tanpa perlu rasa ragu-ragu. Akan tetapi bukan harta dunia yang dikejar, tetapi rasa takut yang berterusan kepada Tuhan yang Maha Melihat, yang Maha Mengetahui dan yang Maha Pengasih, dalam melakukan sesuatu walaupun ia hanya sekecil-kecil hal (dalam kisah ini: mencuri sebahagian kecil terung!). Sesungguhnya beruntung bagi orang-orang yang bertakwa kerana kasih sayang Allah yang berlipat ganda bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak.

cocok!!

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan.

berita terkini !

berita utama .. seekor kambing sedang meragut makcik yg sedang menari sambil bermain dgn cucu'y yg mseh koma kerana tercekik tulang biawak yg sedang menjamu selera di R n R dengkil.. oleh sebab itu..kita semua terpakse mngambil kptsn untuk mmbiarkan saje PMR di batalkan.. tp...sye bkn pengarah lembaga kementerian..soO bnde cm nie xmgkin berlaku...

berita yang dipinggirkan.. anak jiran sebelah rumah makcik syae pnye mak dy punye menantu punye kakak sdre belah bpak mertue dy pnye ank pompuan yg ketiga telah mati akibat terpelanting dari tingkap kapal terbang yg cube untuk mndrat kerana pilot'y di serang sakit jantung dan...kedue2 mgse mseh hidup tnpe sebarang kecederaan pon..oleh kerana itu..pmr mseh blom bole di batalkan kerana alasan yg xmunasabah!! macam keling lha berita nie!!

"aku dah xnk jd pemberita lgie!!" huh!

Seloka FB

Ada kisah yang ingin ku kongsi, Kisah mengenai dunia teknologi,

Bagi yang tidak tahu apa itu FB, Mohon Google search dengan sendiri.

Kawan-kawanku ramai yang ada FB, Ku kenali di sekolah rendah hinggalah universiti, Mudah bagi kami untuk berkomunikasi, Semuanya terletak di hujung jari.

Pelbagai usia pengguna FB, Tak kira tua, dewasa dan remaja muda mudi, Bila ditanya tujuan buat FB, Jawabnya banyak ilmu hendak dikongsi.

Bagusnya jika bijak menggunakan FB, Dapatlah saling berkongsi ilmi, Namun yang hairannya lain yang jadi, Ilmu tidak dikongsi, dosa yang dicari.

Bukankah tujuan hidup duniawi, Banyakkan ibadah untuk bekalan diri, Tapi sayangnya manusia zaman kini, Dosa yang sudah banyak ditambah lagi.

Salah guna FB memakan diri, Maksiat berganda dimurkai Ilahi, Antara punca pergaduhan suami isteri, FB digunakan dengan tujuan tak bererti.

Zaman sekarang melalui FB, Ramai yang berkenalan dengan kekasih hati, Wajah-wajah yang menawan mencuri hati, Entahkan sama di alam realiti?

Yang hangat bercinta buat ayat geli-geli, I love you, I miss you di wallpost setiap hari, Kata update status via Blackberry, Takkan lah dah tak ada kredit nak SMS lagi?

Dinding pula penuh dengan luahan hati, Mencarut di status tidak sedar diri, Lebih malu sekiranya si gadis yang memaki, Merendahkan martabat si empunya diri.

Gunalah FB untuk saling menasihati, Kongsilah ilmu-ilmu yang diketahui, Bukan sahaja anda berbakti,

Pahala yang dicari pasti menanti!

Selitkan ayat-ayat Quran dan hadis Nabi, Jadikan status di wall FB, Carilah kalam-kalam hikmah yang mendidik diri, Moga dapat menjadi penghias diri.

Ataupun, uploadlah video dan CD, Masukkan link tazkirah di dinding FB, Mudah dikongsi, ilmu pun diperolehi, Untuk dijadikan bekalan akhirawi.

Wahai Muslim Mukmin sejati, Marilah bersama kita bersatu hati, Ikutilah sunnah perjuangan nabi, Dakwah diberi, nikmat dikecapi.

Sampai di sini kisahku kali ini, Moga sedikit sebanyak dapat mencuit hati, Tidak rugi memanfaatkan teknologi, Jauhkan diri daripada godaan duniawi.

Maaf andai ada yang terhiris hati, Aku sekadar ingin menasihati, Salam ukhwah ya akhi wa ukhti, Hingga kita bertemu lagi.

penjual insuran !
satu hari di kelas 1 cerdik, guru bertanyakan pekerjaan bapa mereka. ali, muthu, ah chong dan robert menjawab seperti berikut.

Ali: ayah saye seorang pemandu teksi, cikgu.

Muthu: ayah saye makenik kereta, cikgu.

Ah chong: ayah saye jual kereta, cikgu.

Robert: ayah saye membunuh orang, merompak duit mereka, makan rasuah dan memeras ugut, cikgu. (bercakap dengan bangga)

cikgunya terperanjat dan berjumpa dengan ayah robert. dengan muka yang sedih, ayah rober menjawab.

Ayah robert: saye ni penjual insurans cikgu, tapi mcm mane saye nak terangkan pada budak brusia 7 tahun?

Pd mlm jumaat si suami memberi tazkirah kepada si isteri sebelum menunaikan kewajiban sebagai lelaki.. Suami: Menurut Ulama, kalo kita berhubungan intim 1x pd malam Jumaat (sunnah rasul), bererti kita telah membunuh 40 setan. Isteri: Macam tu bang, Kalau main 2x bang?? Suami: Bererti kita membunuh 80 Setan Isteri: Kalo 3x bang ??? Suami: 120 setan Isteri: Kalo 4x bang ??? Suami: 160 setan Isteri: Kalau 14x pulak bang ??? Suami: Itu kau nak BUNUH AKU..SETAN!!!....

Anda mungkin juga menyukai