Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2011

HBAE3303

PENGENALAN SEJARAH SENI

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

740719125570002 740719-12-5570 0198697843 jumiatisupu@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

IPGM KAMPUS TAWAU

HBAE3303

1.0

Pengenalan Sejarah seni merupakan rakaman dan juga catatan peristiwa yang telah berlaku pada masyarakat zaman dahulu. Sejarah seni melibatkan kehidupan, budaya, aktiviti, tempat, situasi dan masa. Perkembangan seni amat berkait dengan budaya, masa, tempat dan situasi. Perkembangan revolusi berjalan seiring dengan perkembangan sejarah seni di Eropah. Karya seni pada abad ini, meluas ke hampir seluruh wilayah Eropah,terutama di Jerman, Itali, Perancis, Russia, Britain. Hasil seni zaman ini menyatu dan saling memberi pengaruh sehingga membentuk kesatuan seni sama aliran. Terdapat tiga revolusi penting yang telah mengubah masyarakat di Barat pada zaman dahulu, iaitu : I. II. III. Revolusi Industri di Britain (1760) Revolusi Industri di Amerika (1775) Revolusi Industri di Perancis (1789)

Zaman revolusi ini juga dikenali sebagai Zaman Penyedaran (The Enlightenment Era @ The Age of Reason Era). Zaman tersebut digelar demikian kerana perubahan berkeanaan memberi kesan secara menyeluruh. Bukan sahaja perubahan berlaku dalam hal-hal, keagamaan, politik, ekonomi dan masyarakat, tetapi perubahan banyak berlaku dalam bidang kesenian. Salah satunya iaitu pengaruh raja atas perkembangan seni telah berakhir. Selain itu, pengaruh gereja ke atas karya-karya seni juga semakin berkurang. Hubungan gereja dengan seniman tidak lagi terjalin kuat. Di samping itu, muncul pengelompokan dalam kehidupan budaya iaitu kelompok seniman, industriawan, ilmuwan, pekerja dan buruh fabrik. Golongan pengiat seni mula mencipta karya-karya berdasarkan kata hati mereka sendiri tanpa pengaruh luar lagi. Pada zaman inilah perkarya mula memperkenalkan gaya individu ( personal style). Sumber kewangan juga tidak lagi terhad dari institusi gereja, hartawan dan golongan bangsawan. Para pengkarya sudah mendapat sumber kewangan melalui komersial iaitu hasil jualan karya-karya mereka.

HBAE3303

Perubahan-perubahan karya berlaku di negara-negara Eropah seperti Perancis, England dan Itali. Di Perancis contohnya, catan-catan easel yang kecil telah menggantikan karya-karya awam yang besar. Catan-catan yang dihasilkan di Perancis bukan saja untuk golongan bangsawan semata-mata tetapi juga ada untuk golongan pertengahan. Hogarth menghasilkan tema-tema kemasyarakatan dan Gainsborough Di England, aliran Inggeris juga berkembang. Pelbagai jenis karya dihasilkan contohnya Reynolds menghasilkan potret dan landskap. bangsawan dan kelas pertengahan. Karya-karya dihasilkan untuk golongan raja,

2.0

Perkembangan Karya Seni Era 1750-1900 Pada abad ke-18, tercetusnya perkembangan sains dan teknologi di negara-negara Barat. Contohnya terciptanya mesin wap yang memudahkan kerja-kerja di kilang-kilang dan ladang. Perkembangan teknologi ini juga telah mempengaruhi keadaan sosial masyarakat Barat dan memberi kesan langsung kepada karya-karya seni pada zaman berkenaan. Masyarakat pada zaman itu sudah mula bergaul secara bebas dan terbuka. Sistem demokrasi dan sistem sekular telah mula diamalkan serta diperjuangkan secara terbuka. Maka para pengkarya seni juga mula membuat perubahan dengan lebih bergaul dengan masyarakat dan tidak terikat kepada cara klasik lagi. Para seniman telah menjadi jurucakap serta perantara dengan golongan atasan.

HBAE3303

Kebanyakan seniman pada abad ke-18 dan ke-19 terdiri dari golongan yang berpendidikan dan terpelajar dan mempunyai latar belakang seni. Kenyataan ini juga memberi kesan besar terhadap hasil dan karya seni yang dihasilkan oleh pelukis berkenaan. Kebanyakan karya-karya pelukis zaman ini adalah sangat bermutu, berkualiti dan mempunyai mesej yang jelas dan menonjol. Antara contoh seniman ialah Paul Gauguin, salah seorang pelukis Post-Impressionists, lahir di Paris, merupakan anak kepada seorang jurnalist . sebelum bergiat cergas dalam seni Paul Gauguin adalah pembantu broker pada tahun 1871. Salvador Dali pula lahir dari golongan kaya di Cadaques,Costa Brava Sepanyol pernah belajar di School of Fine Arts di Madrid. Pablo Ruiz Y Picasso dilahirkan tahun 1881 di kota Malaga, Sepanyol. Ayahnya juga seorang seniman dan juga seorang guru seni. Bakat Pablo muncul dalam usia muda sudah jadi pelukis terkenal pada umur belasan tahun. Selain itu, perkembangan industri juga telah wujud golongan perkerja yang ramai di kawasan-kawasan perindustrian. Situasi ini juga memberikan pengaruh besar kepada golongan penggiat seni. Golongan penggiat seni juga mula menghasilkan karya-karya yang berlatarbelakangkan golongan pekerja di samping motif-motif yang sedia ada seperti landskap dan potret. Suasana politik zaman ini juga memberi kesan kepada pengkarya seni di zaman itu. Sebagai contoh Pablo Picasso menghasilkan catan yang berkaitan dengan masalah politik dengan menghasilkan karya masyhurnya "Guernica" (1937). Catan ini dihasilkan berdasarkan peristiwa pengeboman Guernica, di negari Basque oleh Jerman dan kapalterbang tentera Itali bagi menentang tentera nasionalisme sepanyol pada 26 April 1937, semasa perang tercetus di Sepanyol. "Guernica" (1937)

HBAE3303

Abad ke-19 merupakan abad penting dalam perkembangan seni lukis kerana merupakan era peralihan antara tradisi kepada moden. Banyak aliran seni muncul pada abad ini. Sebelum abad ke-19, stail seni lazimnya dikelompokkan dalam satu abad, seperti Renaisance pada abad ke-15 dan ke -16, Baroque mewakili abad ke-17dan Rococo bagi abad ke-18. Telah muncul tiga era utama pada abad ke-19 iaitu : I. Seni Sebelum Zaman Perang Dunia Pertama yang terdiri dari era Neo-klasik, era II. III. Romantisme, era Realisme, era Impressionisme dan era PostImpressionisme. Seni Selepas Zaman Perang Dunia Pertama terdiri dari era Fauves dan era Ekspressionisme. Seni Akhir Abad ke-19 yang terdiri dari era Kubism dan era Futurism.

3.0

Aliran Neo-Klasik Neo-Klasik boleh didefinasikan seperti berikut, neo bererti baru atau the sences new, Manakala klasik pula membawa maksud unik, sumber rujukan, piawaian, standard, baik, terpuji, terutama dan sebagainya. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa gerakan neoklasik ini bermatlamat menghidupkan dan mengembalikan zaman kegemilangan seni klasik yang terdapat pada masa itu. Gaya aliran neo-klasik lahir hasil tindakbalas terhadap fenomena seni Racoco yang dikatakan menyimpang dari kaedah seni klasik dengan sebutan

HBAE3303

ugly dan mengalami penurunan nilai dalam karyanya. Maka Neoklasik berkeinginan untuk mengembalikan dan memurnikan idea klasik, dengan mempelajari, menggali, dan mengembangkan kaedah-kaedah kuno Yunani dan Romawi klasik. Gerakan ini mula wujud pada penghujung abad ke-18 dan berkembang pada awal abad ke-19. Di Perancis dan Amerika, aliran ini telah menggalakkan Revolusi. Zaman neo-klasik berkembang seiring dengan pengaruh persekitaran termasuklah politik, ekonomi, sosial dan revolusi industri pada masa itu. Era Neo-Klasik adalah antara 1750 hingga 1790. Neo-klasik pada fasa ini

merupakan era dan masa yang paling penting kerana pendedahan dengan tokoh-tokoh seni terawal yang menjadi pelopor gerakan ini seperti Benjamin West dan Jacques Louis David. Di sekitar tahun 1790 hingga 1830 ialah sebagai alat propaganda, seni menjadi suatu alat penyampai maksud propaganda pada zaman Rom, Perancis dan empayer Napolean khususnya. Tahun 1830 dan seterusnya seni neo-klasik terus berkembang dan menyumbang kepada seni moden dan sebagai perintis kepada seni moden. Perkembangan ini beterusan sehingga terlahirnya gerakan romantisme. Pelukis terkenal zaman ini ialah Jacques-Louis David.

3.1

Jacques-Louis David

Jacques-Louis David Jacques-Louis David dilahirkan pada 30 Ogos 1748 di Paris Perancis. Beliau meninggal dunia pada 29 Disember 1825 di usia 77 tahun di Brussels, Belanda. Jacques-

HBAE3303

Louis David adalah warganegara Perancis dan merupakan pelukis aliran Neo-Klasik yang terkenal. Karya-karya beliau adalah berbentuk lukisan dan catan. Pada tahun 1780-an dia menghasilkan banyak catan yang bertemakan sejarah. Catan Jacques-Louis David iaitu Oath of the Horati (1784), melambangkan kegagahan kaum dan pengorbanan yang dilakukan demi untuk negara.

Oath of the Horati (1784) Jacques-Louis David 4.0 Aliran Romantisme Aliran seni ini berkembang sekitar akhir abad ke- 18 dan awal abad ke-19. Manifetasinya pelbagai, justeru itu satu definisi khusus suka dicapai. Namun begitu, pokok prinsip utamanya ialah suatu kepercayaan terhadap nilai-nilai pengalaman individu. Seniman-seniman Romantik meneroka nilai-nilai instuisi atau dalaman, serta menukar kecenderungan publik daripada neo-klasik yang umum, kepada suatu ekspresi yang lebih bersifat peribadi. Menurut ahli falsafah Jerma G. W. F. Hegel dalam Lectures on Aesthetics, dalam seni Romantik, bentuk ditentukan oleh dalaman atau inti makna yang mewakili seni itu, Muliyadi Mahamood (2001) Istilah Romantisme telah wujud pada pertengahan abad ke-18. Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu. Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan. Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura. Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu

HBAE3303

gaya zaman klasik. Penggunaan garisan luar yang terang. Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan pemerintahan beraja. Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam kelam. Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada zaman itu. Di antara pelukis-pelukis yang utama Romanticisme ialah Francis Goya di Sepanyol, Theodore Gericault dan Eugene Delacroix di Perancis.

4.1

Eugene Delacroix Ferdinand Eugene Victor Delacroix, yanglebih dikenali sebagai Eugene Delacroix,

merupakan pelukis yang berasal dari Perancis yang mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap gerakan Romantik. Beliau dilahirkan pada 26 April 1789 di Perancis dalam keluarga yang sememangnya cenderung dalam bidang seni lukis. iaitu Baron Pierre-Narcisse Guerin. Pada usia 24 tahun Delacroix sekali lagi bertuah kerana mendapat bimbingan seorang ahli arkitek dan hiasan Adolphe Theirs. Seawal penglibatan beliau dalam dunia seni lukis, Delacroix sememangnya telah terpengaruh dalam gerakan Romantik oleh seorang artis juga sahabatnya Frederic Chopin. Eugene Delacroix dikenali sebagai master of color. Beliau sangat tertarik Memulakan pembelajaran pada usia 17 tahun di bawah jagaan orang penting dalam Pendidikan Seni

dengan lukisan lanskap aliran Romantik Inggeris dapat mencungkil teknik yang digunakan untuk mengembangkan lagi keunikan serta pendekatan terhadap warna, yang menjadikan satu-satu lukisan itu sukar untuk dilupakan. Kesan dari kesenian serta peristiwa, ditambah lagi teknik lukisan beliau itu, ia telah mencetuskan satu pengalaman yang hebat bagi pengamat hasil lukisan beliau. Di dalam buku Readers Digest Family Treasury Of Great Painters And Great Paintings(1965), penulis George Kent menulis bahawa Eugene Delacroix telah membuka

HBAE3303

pintu kepada Seni Moden. Di dalam buku tersebut beliau bukan sahaja mempunyai teknik melukis yang ideal dan pantas tetapi juga mempunyai teknik sapuan warna yang lembut teliti. Di samping itu lukisan beliau yang memprotes tentang pembunuhan masal orangorang Greek di pulau Chios membuatkan George Kent mengangkat Eugene Delacroix sebagai pelukis yang bertanggungjawab dalam membuka pintu ke arah seni moden.

The Massacres at Chios (1824) Eugene Delacroix Lukisan The Massacres at Chios mengisahkan tentang peperangan yang berlaku pada abad ke-19. Orang-orang greek yang ingin membebaskan negara mereka dari jajahan Turki. Memandangkan ia merupakan peristiwa semasa maka beliau adalah merasakan adalah penting untuk dilukiskan mengikut penilaian beliau sendiri. Serangan tersebut agak ganas menyebabkan pulau hangus terbakar sebilangan penduduknya terkorban. Kedua-dua kejadian ini menarik minat Delacroix untuk dilukiskan dalam aliran Romantik yang menggambarkan pembunuhan yang kejam.

5.0

Aliran Realisme Aliran seni Realisme boleh didefinisikan sebagai usaha kesenian meniru alam sekeliling dengan menggunakan berus warna. Pelukis-pelukis aliran reaslisme bukan saja mempunyai kemahiran yang tinggi tetapi juga mempunyai pengamatan yang tajam dalam

HBAE3303

memindahkan subjek yang dilihat ke atas kanvas.

Pelukis-pelukis realis menentang

prinsip-prinsip Neo-Klasik dan Romantisme. Mereka ingin menggambarkan subjek-subjek sebenar dan betul dalam kehidupan seperti kepayahan hidup masyarakat kelas bawahan. Dalam konteks ini, karya-karya mereka bersifat satira dan kritikan. Landskap dan kehidupan harian (xatan-catan genre) penting bagi mereka. (Muliyadi Mahamood, 2001). Di antara pelukis-pelukis Realisme yang utama ialah Corot, Millet, Daumier dan Courbet.

5.1

Honore Daumier Honore Daumier dilahirkan di Marseilles, Perancis pada tahun 1808 dan membesar

di Paris. Ayah beliau merupakan seorang tukang, memasang kaca jendela dan bergiat dalam kesusasteraan tetapi tidak berjaya. Beliau mempunyai pengamatan dan memori yang dianggap super. Ini kerana beliau melukis pemandangan spontan aktiviti harian manusia. Beliau tidak memerlukan model untuk dilukis cukup hanya memerhatikan gelagat manusia kemudian menyimpan dalam memori beliau tanpa tertinggal satu unsur pun. Semua ini ditulis dengan lebih terperinci lagi dalam buku Readers Digest Family Treasury Of Great Painters And Great Paintings(1965) tulisan Thomas Cravin.

The Third-Class Carriage The Third-Class Carriage atau dikenali sebagai Le Wagon de troisieme classe mengisahkan tentang keluarga. Tiga generasi dipersembahkan dalam lukisan ini muda, pertenngahan umur dan golongan tua yang hampir memenuhi kitaran kehidupan manusia.

10

HBAE3303

Catan ini menonjolkan muka si ibu yang manis, rupa si nenek yang memperlihatkan kerja keras yang telah dilalui sepanjang hidupnya.

6.0

Aliran Impressionisme Aliran muncul pada abad ke-19. Impressionisme bermakna hasil catan yang

dihasilkan adalah berdasarkan pada apa yang sebenarnya dilihat di depan mata dan bukannya apa yang ditafsirkan oleh minda yang penuh dengan imaginasi. Ini bermakna pelukis menghasilkan catan berdasarkan pada pengamatan dan pemerhatian secara terus pada suasana ataupun pada objek yang sebenarnya tanpa melakukan sebarang penambahan atau pengubahsuaian. Imresionis juga menentang ide Romantis bahawa seni meluahkan meluahkan perasaan. Seni foto dan seni cetak potongan kayu Jepun adalah antara Ciri-ciri aliran pengaruh-pengaruh luar yang wujud di dalam Impressionisme. Impressionisme adalah seperti berikut: Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. Warna bertindih-tindih. Tidak melukis secara detail. Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam. Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam. Aliran ini condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat Antara pelukis yang terkenal pada zaman ini ialah Edouard Manet, Claude Monet, Camille Pissaro, Pierre Auguste Renoir, Edgar Degas, Mary Cassat dan juga pengarca Auguste Rodin.

6.1

Pierre-Auguste Renoir

11

HBAE3303

Pierre-Auguste Renoir dilahirkan di Limoges, Perancis, pada 25 February 1841. Beliau mula melukis seawal usia 13 tahun sewaktu bekerja sebagai pelukis tembikar di Parisian Factory. Sekitar tahun 1860 an Renoir menyertai studio yang dimiliki oleh artis dari Switzerland iaitu Charles Gleyre dan seterusnya menemui rakan yang akan sama mewujudkan gerakan Impressisonisme iaitu Monet, Bazille dan Sisley. Pada 1869 Renoir menghabiskan masa bersama Monet di tepian Sungai Seine, pada ketik inilah mereka mengembangkan teknik terkenal mereka dengan menggunakan warna yang cerah yang menjadi asas gerakan Impressionis

Luncheon of the Boating Party Luncheon of the Boating Party Luncheon of the Boating Party juga dikenali sebagai Le djeuner des canotiers dihasilkan dipuncak karier Renoir dalam Impressionis dalam tahun 1881. Luncheon of the Boating Party adalah salah satu hasil Renoir yang menunjukan kehidupan sosial dari zaman awal hidupnya. Remoir mengambil masa enam bulan untuk mneyiapkan karya ini dan ia menjadi salah satu lukisan yang menjadi pujaan ramai pelukis. Dalam lukisan ini Renoir bijak mengaplikasikan pakaian dan keadaan untuk mewujudkan satu suasana perjumpaan petang dengan kawan-kawannya.

12

HBAE3303

Renoir dengan gaya yang mantap menggunakan bentuk, ruang, warna dan jalinan dalam suasana ini. Figura dan botol menambahkan unsur bentuk dalam lukisan ini dan teknik overlappingdi antara figura mewujudkan ruang. Pergerakan wujud melalui bahasa badan dan ekspresi dari muka subjek yang dilukis.

7.0

Aliran Post-Impressionisme Realiti itu sentiasa baru dan tegas karya aliran ini bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk dan bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan. Para pengkarya melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat. Pelukis melukis sebagai pernyataan dan simbol diri. Perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain. Warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis. Vincent van Gogh dilahirkan di Holland dalam tahun 1853. Seorang kanak-kana yang tidak mempunyai minat dalam bidang seni tetapi semasa beruisa 16 tahun dia mula bekerja di Hague Gallery. Selepas beberapa kali berpindah hinggalah beliau sampai ke London dan Paris beliau hilang minat untuk menjadi pelukis professional dan bekerja sebagai mubaligh di sebuah gereja di Belgium. Setelah beberapa lama selepas Van Gogh meninggalkan gereja beliau aktif semula sebagai pelukis. Van Gogh yang berhasrat untuk melukis figura akhirnya selesai menghasilkan karya utama dalam kariernya The Potato Eaters pada tahun 1885 yang membuktikan kejayaan. Pada tahun 1886 beliau berpindah ke Paris dan beliau yang begitu terpengaruh dengan aliran Impressionis dan Post Impressionis berpeluang melihat karya artis seperti Gauguin, Pissarro, Monet, dan Bernard. Dia mengaplikasikan karya yang cerah, warna yang galak dalam karya dan digabungkan dengan tekniknya. Dua tahun selepas itu dalam

13

HBAE3303

tahun 1888, Van Gogh berpindah lagi ke Arles yang kemudian menyertai sahabat baru Gauguin. Pada waktu itulah beliau dapat menghasilkan karya yang menjadi salah satu pengenalan bagi diri beliau iaitu Sunflowers.

Starry Night Starry Night dihasilkan pada tahun 1889, Van Gogh menggunakan warna putih dan kuning untuk menghasilkan kilauan bintang dan menjadikan langit malam satu penegasan. Garisan menegak yang ditunujukan pada pokok cypress dan menara gereja dpat membahagikan komposisi lukisan tanpa menjejaskan langit malam yang menjadi tumpuan. Van Gogh beerjya menggunakan warna sebagai media menyampaikan emosi. 8.0 Fauves Aliran ini bermula awal abad ke-19 di Paris, Perancis. Karya-karya aliran ini memperlihatkan penggunaan warna tanpa batasan. Lazimnya warna-warna panas, meriah dan ceria seperti kuning, jingga serta merah digunakan dalam karya-karya landskap, figura manusia, alam benda dan pemandangan dalaman. Istilah Fauvisme diperkenalkan oleh pengkritik seni Louis Vauscelles. (Muliyadi Mahamood, 2001). Aliran ini banyak dipengaruhi daripada Zaman Post-Impressionism. Aliran seni ini sangat mementingkan aspek-aspek keindahan dan tidak menitikberatkan mesej yang hendak disampaikan. Di antara pelukis-pelukis utamanya ialah Matisse, Derain dan Vlaminck.

14

HBAE3303

8.1

Henri Emile Benot Matisse Dilahirkan pada 31 Disember 1869 di utara Perancis yang dikenali sebagai Le

Cateu-Cambresis, Bohain. Matisse membesar dalam suasana yang terpencil yang tidak mengalami perubahan sejak zaman pemerintahan Roman. Kewujudan landasan keretapi telah menyebabkan Bohain wujud dalam peta industri, tetapi penduduknya masih menggunakan kuda atau berjalan kaki untuk pergi ke satu-satu tempat. Mattise mula menjadi pelukis dalam keadaan yang tidak dijangka. Pada tahun 1889 beliau mendapat penyakit apendiks dan dalam tempoh penyembuhan beliau dari pembedahan ibu beliau telah memberikan sekotak warna sebagai mengisi masa lapang beliau. Bermula dari saat itu Matisse menyedari bahawa melukis merupakan karier yang sesuai bagi beliau dan bukannya sebagai pegawai dipejabat perundangan seperti yang dirancang oleh bapanya sebelum ini. Ibu Matisse menjadi penasihat dalam mengajar tentang peraturan dalam seni lukis tetapi lebih mengutamakan untuk menghayati emosi diri. Pada tahu 1891 beliau ke Paris untuk mempelajari bidang seni di Acadmic Julian di bawah tunjuk ajar William-Adolphe Bouguereau.

The Dinner Table (1897)

15

HBAE3303

The Dinner Table (1897) merupakan hasil karya Matisse yang pertama, beliau menghabiskan musim sejuk untuk menyiapkan lukisan ini.

9.0

Aliran Ekpresionisme Karya-karya aliran ini terhasil dari luahan perasaan dan perasaan tidak puas hati yang diterjemahkan dalam bentuk visual untuk menjadi tatapan masyarakat. Menolak ciriciri tradisi klasik. Seni aliran ini adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. Karya-karya aliran ini, menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek. Penggunaan warna yang digunakan adalah dramatik dan tidak ada imej yang jelas. Kebanyakan catan mempunyai kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus. Pelukis yang terkenal ialah Wassily Wasilyevich Kardinsky. Karya beliau yang terkenal ialah Farewell 1903.

Farewell 1903 Wassily Wasilyevich Kardinsky

16

HBAE3303

10.

Aliran Kubisme Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Aliran Kubisme

menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan. Aliran ini cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi. Catan aliran ini terkenal dengan penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar dan mewujudkan warna yang bertenaga.

10.1

Pablo Picaso Beliau merupakan pelukis dan juga pengarca berbangsa Sepanyol. Beliau

merupakan pelukis yang terkenal pada era seni lukis abad ke 20. Beliau merupakan pengasas kepada aliran Kubisme yang mengetengahkan pelbagai gaya dalam a=hasil seninya. Antara karya beliau yang terkenal ialah Cubist Les Demoiselles d'Avignon (1907) dan Guernica (1937), sebagai penghayatan beliau terhadap pengeboman Guernica semasa Perang Saudara Sepanyol.

17

HBAE3303

Les Demoiselles d'Avignon, 1907 Lukisan ini dihasilkan pada tahun 1907. Ia dipanggil sebagai lukisan yang paling inovatif selepas hasil karya oleh Giotto. Pengurangan dalam penggunaan ruang amat menakjubkan dan letakan wajah menjadi pencetus bagi karya ini. Sama seperti aliran revolusi yang lain karya ini telah mengejutkan banyak pihak dan menjadi tanda kewujudan aliran Kubisme.

10

Futurisme Aliran ini merakamkan pengalaman pergerakan manusia, masa dan juga elemen ruang yang

diubahsuai menjadi pergerakan yang berulang-ulang dalam satu karya seni. Antara pelukis yang terkenal ialah Giocomo Balla. Beliau merupakan seorang pelukis dari Turin, Itali. Dilahirkan pada 24 Julai 1871 dan meninggal dunia pada 1 March 1958 . objek yang digunakan. catan yang terkenal ialah Dynamism of Dog on a Leash 1912. Catan ini menunjukkan pergerakan imej dan

Dynamism of Dog on a Leash 1912 Giocomo Balla

18

HBAE3303

11.

Rumusan Abad ke-19 dianggap sebagai satu era peralihan daripada budaya tradisi kepada moden.

Semasa pertengahan abad ini, banyak aliran baru yang muncul seperti Impresionisme dan Post Impresionisme. Aliran-aliran yang dibawa adalah berikutan perubahan corak dan gaya baru pelukis yang bergerak seiring dengan perubahan dan kemajuan teknologi. Peristiwa-peristiwa seperti peperangan, revolusi, dan kehidupan mas yarakat banyak mempengaruh karya-karya pelukis zaman berkenaan. Pelukis lebih berani dan menghasilkan karya dengan menggunakan gaya peribadi yang tersendiri sebagai tanda kepada kewujudan dan kegemilangan suatu era ke satu era yang lain. Berdasarkan gaya karya yang dihasilkan dalam setiap aliran telah memberikan ganjaran kepada kita bahawa pelukis-pelukis era abad ke-19 mula mengetepikan aturan serta amalan seni klasik seni visual yang telah dipraktikkan oleh setiap pelukid pada era sebelumnya.

19

HBAE3303

RUJUKAN Meggs, P.B. (1998). A History of Grafic Design (3rd ed.). New York: John Wiley. Muliyadi Mahamood. (2001). Sejarah Seni Zaman Pertengahan hingga Abad ke 20. Kuala Lumpur: Univision Press Sdn. Bhd. Muliyadi Mahamood.(1992). Aliran Seni Moden. Shah Alam: KSSR, ITM. Muliyadi Mahamood.(1995). Seni Lukis Dalam Peristiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wahiza Abdul Wahid. (2000). Sejarah Seni Lukis & Seni Reka. Kuala Lumpur: Univison Press Sdn Bhd. http://www.frontpainting.com/definition-realism.html http://www.artble.com/artists/eugene_delacroix/paintings

20

HBAE3303

21