Anda di halaman 1dari 1

PANDUAN PENULISAN MODUL PGSR TAHUN 2011 1.

Modul pembelajaran ini adalah untuk menggantikan jam interaksi bersemuka di IPG semasa cuti sekolah. 2. Modul pembelajaran akan digunakan oleh pelajar PGSR ketika mereka berada di sekolah sebagai bahan pembelajaran kendiri. 3. Format modul mesti mengikut format yang diselaraskan oleh Pusat Pembangunan Akademik, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. 4. Topik/tajuk yang dipilih dalam modul tidak akan dikuliahkan. 5. Satu kredit diperuntukkan untuk pembelajaran melalui modul yang menggantikan pembelajaran secara kuliah/tutorial (interaksi bersemuka). 6. Jumlah jam kuliah interaksi bersemuka yang digantikan dengan modul adalah seperti contoh yang berikut: Pecahan Kredit dan Jam Kredit dan Jam Pembelajaran Kredit Pembelajaran dengan Modul Secara Interaksi Bersemuka Mengikut Pro forma Kursus Pecahan Kredit Kredit Jam Jam Kredit 3(3+0) 1K 15 jam 2K (Teori) 30jam 1K 1K (Teori) 45jam 3(2+1) 15 jam +1K(Amali) 3(1+2) 1K 15 jam 2K(Amali) 60jam 3(0+3) 1K 30 jam 2K(Amali) 60jam 7. Panel penulis modul perlu memilih topik-topik yang sesuai daripada pro forma kursus untuk dimodulkan. 8. Topik-topik yang dipilih mesti mudah difahami oleh pelajar program melalui pembelajaran kendiri. 9. Agihan topik-topik yang dimodulkan ditunjuk dengan jelas dalam 08 Agihan Tajuk (cara penulisan rujuk contoh 08 Agihan Tajuk yang dilampirkan) 10. Modul yang dihasilkan harus menjurus ke arah menggalakkan pelajar PGSR melakukan pembelajaran kendiri dengan membuat rujukan-rujukan tambahan pelbagai sumber. 11. Aktiviti-aktiviti yang sesuai yang dapat menggalakkan pembelajaran kendiri disediakan. Dua latihan disediakan pada akhir modul ini sebagai latihan. 12. Bahasa yang digunakan mesti interaktif dan mesra pengguna.

Pusat Pembangunan Akademik Kementerian Pelajaran Malaysia 07-11-2011