Anda di halaman 1dari 8

<FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA >

<JANUARI / 2012 >

<HBPE1103>

<PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI>

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

<750909135381002> <750909135381> <0128595682> <hamecca@yahoo.com>

PUSAT PEMBELAJARAN

<PPT SIBU>

Pendidikan Jasmani adalah satu proses pembelajaran dan pengajaran bagi meningkatkan prestasi individu melalui pelbagai aktiviti seperti, aktiviti fizikal yang menitikberatkan penguasaan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor kasar dan halus dan pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk peningkatan produktiviti dan modal insan. John H. Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Barrow (1971,1983) pula menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. Oleh itu dapat kita simpulkan bahawa Pendidikan Jasmani amat penting dalam pembangunan fizikal dan mental individu, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang sedang membesar. Transformasi pendidikan menyaksikan perubahan dari KBSR ke KSSR menunjukkan betapa pentingnya tahap pendidikan di abad ke 21 ini. Pendidikan Jasmani juga tidak terkecuali. Ini kerana kerajaan amat prihatin dengan perkembangan kanak-kanak di Malaysia amnya dan sekolah khususnya. Ini bersesuaian dengan gagasan ke-3 ucapan dasar oleh Y.A.B Perdana Menteri dalam perhimpunan Agung UMNO 2006 iaitu pembangunan modal insan dan Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat. Bagi merealisasikan gagasan ini, sukatan Pendidikan Jasmani diubahsuai kepada penggunaan standard kandungan dan standard pembelajaran dalam kurikulumnya. Selain itu ia tetap mengekalkan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Dua modul utama Pendidikan Jasmani ialah Modul Kemahiran dan Modul Kecergasan. Disini kita hanya akan membincangkan Modul Kemahiran, yang mencakupi tiga aspek iaitu, Aspek Kemahiran Pergerakan, Aspek Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan dan Aspek Kesukanan. Aspek Kemahiran Pergerakan menekankan kesedaran ruang, kesedaran tubuh badan, kualiti pergerakan dan hubungan. Ia meliputi pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan, gimnastik asas, pergerakan berirama, akuatik dan rekreasi. Pangrazi (2001) menyenaraikan berjalan, berlari, melompat, skip, galloping, hoping, leaping dan sliding sebagai pergerakan lokomotor. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, Unit 3 hingga Unit 9 merupakan sukatan bagi pergerakan lokomotor. Sebagai contohnya berjalan. Dalam unit ini guru boleh meminta murid berjalan dalam kumpulan dari pelbagai arah, pelbagai kelajuan dan sebagainya. Selain itu guru juga boleh meminta murid berjalan mengikut arah jam atau lawan jam. Begitu juga dapat dilakukan dalam pergerakan berlari. Dari segi mencongklang (galloping), guru boleh meminta murid menggunakan gelung rotan sambil mencongklang kesana-sini secara bebas atau mengikut skitel. Menggelongsor (sliding) menjadi mudah sekiranya murid telah menguasi pergerakan asas berjalan dan berlari. Murid boleh menjalankan aktiviti seperti menggelongsor mengikut arah tangan guru, ini boleh dilakukan secara individu atau berpasangan. Melompat dengan sebelah kaki (hopping) murid dapat menguasainya melalui permainan ketingting atau melompat dengan sebelah kaki dalam gelung rotan secara berganti antara kaki kanan dan kiri. Bagi

kemahiran melompat pula, murid boleh membuat lakonan sebagai katak, lompatan berhalangan atau lompat bintang. Selain daripada menyeronokkan, murid juga dapat menguasainya. Bagi menguasai lompatan ayunan tali (skipping), murid boleh melakukan aktiviti secara individu atau pun secara berkumpulan. Secara individu, murid boleh melompat secara static atau pun bergerak dengan ayunan perlahan atau laju. Secara berkumpulan pula murid boleh melakukan lompatan serentak dengan tali yang panjang. Seterusnya pergerakan bukan lokomotor. Dalam huraian sukatan pelajaran, ia hanya ada 3 iaitu unit 10 hingga unit 12. Pangrazi (2001) menyenaraikan 8 kemahiran dalam pergerakan bukan lokomotor ini iaitu, Bongkok, Kilas, Pusing, Ayun, Imbang, Regang, Tolak dan Tarik. Mengilas dan memusing boleh dilakukan serentak seperti murid mengilas kekiri dan kanan sambil menerima objek dari kawan dan menyerakannya kepada kawan disebelah. Ini boleh juga dilakukan semasa mengilas kekanan, murid perlu memusingkan tangan dan kaki kiri. Kombinasi menolak dan menarik juga boleh dilakukan serentak atau berasingan seperti berdiri menghadap rakan dan tolak bola yang diletakkan di antara abdomen dan murid secara berpasangan duduk berhadapan dengan lutut difleksi dan kedua belah tangan memegang pasangan lalu menarik dan tahan secara bergilir- gilir. Bgai kemahiran mengayun dan mengimbang, murid boleh diarahkan untuk mengayun bahagian anggota badan ke pelbagai arah dan juga mengayun mengikut muzik seperti menari.

Kemahiran yang seterusnya ialah manipulasi alatan. Kemahiran ini menggalakkan murid berinteraksi dengan bahan atau objek. Kemahiran yang ditekankan dalam manipulasi alatan ini ialah melambung, melantun dan menyambut, menggolek, membaling dan menangkap, menendang, memukul dan menggelecek. Melambung, melantun dan menyambut boleh dilakukan secara berpasangan. Dimana murid akan melantunkan atau melambung bola secara berselang seli dan disambut oleh rakan. Menggolek bola boleh dilakukan dengan mudah dalam kumpulan kecil dan murid akan beratur dalam sati garis lurus serta murid yang paling hadapan akan menggolek bola di celah-celah kaki kumpulannya dan bergerak kebelakang. Seterusnya murid yang berikutnya melakukan perkara yang sama. Bagi kemahiran membaling dan menangkap pula guru boleh meminta muri berkerja berpasangan dengan membaling bola dari pelbagai aras ketinggian dan menangkapnya. Menendang boleh dilakukan dengan menyediakan skitel sebagai sasaran murid dan menendang bola dari pelbagai jarak. Memukul pula boleh dilakukan dengan menggunakan raket samada memukul belon atau bulu tangkis ke atas dan dilakukan secara rali. Menggelecek boleh dikategorikan kepada 2 iaitu menggelecek dengan tangan dan kaki. Dengan tangan seperti permainan bola keranjang, murid mengelecek bola di antara rakan-rakan manakala rakan-rakan yang lain melantun bola setempat. Begitu juga boleh dilakukan semasa menggunakkan kaki, selain dari ptu penggunaan skitel atau gelung juga boleh dilakukan bagi tujuan menggelecek. Seterusnya ialah kemahiran gimnastik asas. Kandungan kemahiran dalam gimnastik 3

asas ialah kawalan badan dan sokongan, hambur dan mendarat, ptaran dan hayunan. Ini dilakukan dengan membuat pergerakan asas dengan manipulasi alatan seperti scarf, reben dan sebagainya. Dilakukan seperti berjalan kehadapan, kebelakang dan lonjakan berpusing. Boleh juga dilakukan dengan muzik atau tanpa muzik. Mengimbang diri di atas kerusi atau tali dan juga menggunakan trampoline bagi menghambur dan mendarat. Kemahiran pergerakan berirama pula merupakan semua pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan iringan muzik dan murid bergerak mengikut tempo yang betul. Sementara kemahiran akuatik lebih berfokuskan kepada keselamatan di air dan teknikteknik asas renang seperti apungan. Akhir sekali ialah rekreasi. Dalam rekreasi murid akan didedahkan sebagainya. Aktiviti yang terdapat dalam setiap unit ini menjurus kepada pencapaian standard pembelajaran berdasarkan ansur maju. Guru perlu merangsang murid dengan dengan permainan-permainan tradisional, aktiviti-aktiviti rekreasi dan

mengemukakan pertanyaan yang membolehkan murid berfikir dan membuat keputusan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Penggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran masteri perlu diutamakan supaya murid dapat dan mencapai standard pembelajaran dalam menguasai kemahiran

setiap proses pengajaran dan dilaksanakan semasa atau

pembelajaran dijalankan.

Seterusnya pentaksiran akan

diakhir proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung bagi mengukur pencapaian murid dan objektif pembelajaran.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1.

Mata pelajaran dan Kelas: Pendidikan Jasmani Tahun 2 Zaba

2.

Tema / tajuk: Rekreasi dan kesenggangan / Galah Panjang Masa: 8.00 8.30 pagi Standard pembelajaran : 1.11.2 2.10.3 5.4.3

3. 4.

5.

Objektif pembelajaran: Berkebolehan bermain permainan tradisional.

6.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran: 1. Memanaskan badan. (5minit) a. larian setempat b. regangan 2. Penyampaian standard pembelajaran seperti: (5minit) a. Jenis-jenis permainan tradisional b. tugas setiap individu dalam setiap permainan berpasukan 3. Permainan kecil. (10 minit) I. II. Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil. Peraturan permainan dalam galah panjang : a. Permainan dimainkan dalam kawasan gelanggang yang disediakan. b. Undian akan dilakukan untuk menentukan pasukan yang akan memulakan permainan. c. Sebelum permainan dimulakan ketua pasukan penyerang 5

akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. d. Pemain boleh mula menyerang secara individu atau beramai- ramai. e. Selepas undian, kumpulan yang bertahan akan menjaga gelanggang dengan berpijak di atas garisan yang dilukis. f. Ketua bertahan, akan menjaga garisan tengah dan bebas bergerak ke mana-mana garisan. g. Setiap pemain penyerang hendaklah melepasi kesemua garisan hingga garisan belakang dan kembali semula ke garisan hadapan. h. Jika salah seorang ahli pasukan penyerang dicuit, pasukan itu akan dikira mati dan pasukan bertukar peranan. i. Jika salah seorang ahli pasukan penyerang berundur ke belakang setelah melepasi garisan dan keluar gelanggang, pasukan itu dikira mati dan bertukar peranan. j. Jika salah seorang ahli pasukan penyerang berjaya melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan, satu mata akan diberikan. Tukar peranan. k. Pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan dikira pemenang

4. Menyejukkan badan.(5 minit) a. belari setempat perlahan lahan b. regangan 7. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Keusahawanan- fleksibiliti, berdaya tahan

8.

Bahan Bantu Belajar : skital dan masking tape.

9.

Penilaian pengajaran dan pembelajaran: Lembaran kerja- Warnakan pergerakan yang terlibat dalam permaianan galah panjang. (5 minit)

10.

Refleksi : i. 25 daripada 30 murid dapat mencapai standard yang ditetapkan. ii. Lima orang murid diberi aktiviti pemulihan semasa P&P.

Lembaran Kerja Nama : ....................................... Kelas : ..................... Tarikh : .................

Warnakan pergerakan yang terlibat dalam permainan galah panjang.

Menyambut

Mengayun

Mengelak

Berlari

Membaling

Mengacah

Melompat

Menari

Mengawal

Menggolek

Menendang

Melangkah

RUJUKAN Barrow, H. M. (1983). Man and his movement: Principles of his physical education. Philadelphia: Lea & Febiger. John H. Jenny. (1961). Physical education, health education, and recreation: introduction to professional preparation for leadership. New York. The Macmillan Company. Victor Paul Dauer, Robert P. Pangrazi. (1981). Dynamic physical education for elementary school children. New York. The Macmillan Company. Fouzee Hj. Abdul Aziz. (1999). Pendidikan Jasmani dan kesihatan, Tahun 2. Dewan Bahasa dan Pustaka. Guy Bailey. (2003). The ultimate homeschool physical education game book. Educators Press. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Aktiviti fizikal: dimuat turun pada 3 Mac 2012 dari:

http://www.mysihat.gov.my/V2/Promosi/images/stories/Modul_Program_Kesihata n_2011/Modul_Aktiviti_Fizikal_4.pdf