Anda di halaman 1dari 2

TEMA

Pengorbanan sepasang suami isteri dalam menjalani kehidupan berumah tangga

HURAIAN:
1. Novel ini mengisahkan pengorbanan sepasang suami isteri,iaitu papa(Jeffri) dan mama(Intan Maliana).Kisah mereka bermula dengan tindakan mama yang sanggup untuk mengandung lagi.Keputusan ini merupakan satu pengorbanan yang sangat besar kerana berdasarkan pengalaman lepas,mama mengalami komplikasi yang teruk ketika melahirkan anak pertamanya,Julia. 2. Mak Cik Noraini dan Cikgu Suzie menasihati mama agar tidak meneruskan impiannya untuk melahirkan anak,tetapi mama tetap dengan pendiriannya.Papa mahukan anak lagi.Oleh itu,mama sanggup berkorban demi kasih akan papa. 3. Julia yang mengetahui hal itu turut berasa tertekan setelah mendengar pelbagai cerita daripada Mak Cik Noraini dan perbualan mamanya dengan Cikgu Suzie. 4. Setelah mama melahirkan,kedua-dua anak kembarnya meninggal dunia,manakala mama koma.Akhirnya,mama dibawa pulang dalam keadaan masih tidak sedarkan diri dalam beberapa bulan. 5. Papa sanggup berkorban dan menjaga mama dan dibantu oleh Mak Cik Noraini.Papa sentiasa berharap agar mama segera sembuh tetapi dalam masa yang sama,papa mendirikan rumah tangga dengan muridnya,Aisyah.

Anda mungkin juga menyukai