Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERTANDINGAN FORUM REMAJA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH JELEBU TAHUN 2012

1. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera 2. Kata Alu-aluan 2.1 Yang Berusaha Puan Hajah Rodiah binti Mohd Jan, Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu,

2.2 Yang Berusaha Puan Hajah Haniah binti Jambi, Pengetua SMK Pertang merangkap Timbalan Pengerusi Pengelola Pertandingan Forum Remaja Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Jelebu 2012, 2.3 Encik Mohd Adnan bin Ismail, Penolong PPD Kokurikulum Akademik PPD Jempol dan Jelebu, 2.4 Encik Padzlan bin Rosu, Yang Dipertua PIBG SMK Pertang, 2.5 Encik Mohd Ibrahim bin Isa, GPK Kokurikulum SMK Pertang, 2.6 Guru-guru penolong kanan, 2.7 Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola Pertandingan, 2.8 Para hakim, 2.9 Guru-guru pembimbing, 2.10 3. Guru-guru, para peserta pertandingan, murid-murid, dan seterusnya para hadirin yang dihormati.

Segala pujian dan rasa syukur buat-Mu ya Allah atas limpah rahmat yang Engkau kurniakan, serta atas izin-Mu jua, kami dapat menjayakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Forum Remaja Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Jelebu Tahun 2012 pada petang ini. Untuk makluman para hadirin yang dimuliakan, matlamat pertandingan Forum Remaja diadakan adalah untuk mewujudkan dan menyediakan suasana penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan murid sekolah, dan akhirnya melahirkan satu model penggunaan bahasa baku yang sempurna dari segi tatabahasa, sebutan, dan gaya. Selain itu, pertandingan ini juga merupakan gelanggang untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan berhujah dan mengungkapkan buah fikiran dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan. Demikianlah, sekapur sirih matlamat pertandingan ini diadakan.

4.

Para hadirin yang budiman, demi keberkatan majlis kita pada hari ini, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadil Ustaz Samsul Fuad bin Situ untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan. ... Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadil Ustaz kerana memimpin bacaan doa sebentar tadi. Mudah-mudahan majlis kita pada hari ini diberkati Allah SWT hendaknya.

5.

Seterusnya majlis menjemput Yang Berusaha Puan Hajah Haniah binti Jambi, Pengetua SMK Pertang merangkap Timbalan Pengerusi JK Pengelola Pertandingan Forum Remaja Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Jelebu Tahun 2012 untuk menyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ... Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Pengetua SMK Pertang atas ucapan beliau sebentar tadi.

6.

Para hadirin yang dihormati, berikutnya marilah kita bersama-sama mengikuti ucapan Yang Berusaha Puan Hajah Rodiah binti Mohd Jan, Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu dan seterusnya menyempurnakan Majlis Penutupan Pertandingan Forum Remaja Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Jelebu Tahun 2012. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan. ... Demikianlah tadi ucapan dan penyempurnaan penutupan Pertandingan Forum Remaja Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Jelebu Tahun 2012 oleh Yang Berusaha Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

7.

Para hadirin yang dimuliakan, majlis kita diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah Haniah binti Jambi, Pengetua SMK Pertang merangkap Timbalan Pengerusi Pengelola Pertandingan Forum Remaja Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Jelebu Tahun 2012 menjemput dan mengiringi Yang Berusaha Puan Hajah Rodiah binti Mohd Jan, Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu untuk menyampaikan sijil dan hadiah.

Kita mulai dengan penyampaian sijil dan cenderamata kepada para hakim. Dijemput Encik/Puan ... Seterusnya penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta pertandingan. Dijemput wakil daripada pasukan Sekolah ... Para hadirin yang dihormati, kini tibalah kemuncak majlis kita pada hari ini, iaitu pengumuman keputusan Pertandingan Forum Remaja Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Jelebu Tahun 2012. ... Tahniah diucapkan kepada para pemenang. 8. Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Hajah Haniah binti Jambi, Pengetua SMK Pertang untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha Puan Hajah Rodiah binti Mohd Jan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Pengetua SMK Pertang atas penyampaian cenderamata itu tadi. 9. Tamatlah sudah majlis kita, Salah dan silap harap maafkan; Lalai dan alpa fitrah manusia, Kesempurnaan jua milik-Mu Tuhan Sebelum tirai majlis ditutup, kami mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis kita pada hari ini. Dijemput Yang Berusaha Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu, para tetamu kehormat, ahli-ahli jawatankuasa pengelola pertandingan, para hakim, guru-guru pembimbing, dan para peserta pertandingan untuk menikmati jamuan di kantin sekolah kami. Akhir kata, kami akhiri majlis ini dengan ucapan wassalamualaikum warahmatullah. Sekian, terima kasih.