Anda di halaman 1dari 20

TOPIK 6 TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

6.1 KONSEP KESEPADUAN DALAM PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI


Matapelajaran Pendidikan Jasmani yang menekankan bidang perkembangan diri individu melalui objektif yang berlandaskan pembangunan fizikal, pembangunan motor, pembangunan kognitif serta pembangunan sosial, emosi dan afektif. Pembangunan fizikal melibatkan aktiviti pembangunan kuasa fizikal dalam individu dengan membangunkan pelbagai sistem organ dalam tubuh badan individu. Mempunyai prestasi yang lebih baik dan lebih sihat jika sistem organik tubuh badan dibangunkan dan berfungsi dengan baik. Pembangunan motor melibatkan pembangunan kesedaran tubuh badan, perlakuan pergerakan fizikal yang baik menjimatkan tenaga serta bergerak dengan cekap. Boleh membekalkan seseorang individu dengan kebolehan melakukan sesuatu kerja dengan kadar kecekapan yang tinggi. Membangkitkan keseronokan dalaman dan secara tidak langsung membolehkan individu menyesuaikan diri dalam kumpulan dengan lebih sempurna. Perkembangan fizikal, sosial, mental dan emosi adalah aspek-aspek yang diberikan tumpuan dalam perkembangan diri individu dalam matapelajaran pendidikan jasmani. Aspek ini dilihat berupaya menyumbangkan kepada pembentukan individu yang seimbang dan menyeluruh.

6.1.1 Penyerapan atau Kesepaduan Matapelajaran Lain dalam Pendidikan Jasmani Pengajaran Pendidikan Jasmani disampaikan dengan kaedah bersepadu dengan matapelajaran yang lain. Konsep integrasi atau kesepaduan ini selaras dengan matlamat Pendidikan jasmani iaitu mewujudkan masyarakat yang menyeluruh. Kemahiran daya cipta guru dalam membuat perancangan dan memikirkan kesepaduan adalah penting kerana ia akan menjadikan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan serta menimbulkan kesan-kesan pembelajaran yang maksimum. Miller dan Cheffer (1974), telah memperkenalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam gimnasium yang boleh digunakan untuk memperkembangkan asas-asas bahasa. Pelajar mempelajari bahasa melalui perkaitan perkataanperkataan dan ayat-ayat dengan objek, simbol dan pengalaman yang mereka hadapi. Pelajar mendengar dan memahami segala yang mereka lihat dan dengar. Arahan-arahan yang diberikan perlu ringkas dan jelas dengan menggunakan bahasa yang betul supaya dapat difahami oleh murid-muridnya.

6.1.1 Penyerapan atau Kesepaduan Matapelajaran Lain dalam Pendidikan Jasmani Contoh penyerapan matapelajaran lain dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani boleh lakukan dengan cara berikut:

(i) Bahasa penulisan mengenai sukan, sikap yang positif, kecergasan, pengekalan aktiviti dan jurnal permakanan yang berkaitan dengan kesihatan. (ii) Kajian sosial perkaitan sukan dengan sejarah dan permainan daripada pelbagai sosio budaya. (iii) Matematik pengiraan markah di dalam sukan iaitu mencampur, menolak, membahagi dan mendarab bagi mendapatkan sesuatu keputusan. (iv) Sains pendedahan kepada konsep pergerakan, otot, tuas dan fungsi-fungsi tubuh manusia. (v) Muzik penghasilan bunyi yang bersesuaian untuk pergerakan manusia. (vi) Lukisan melukis pelbagai simetri dan bentuk yang dapat dilakukan oleh badan manusia semasa melakukan aktiviti serta melabel tubuh manusia.

6.1.2 Amalan dan Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir merupakan sub kemahiran yang perlu dimasuk dalam mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Antara aspek kemahiran berfikir ialah membuat kategori, menerangkan setopik, mengusul periksa andaian, membuat ramalan, mencipta metafora dan mencipta definisi. Matapelajaran ini juga mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah.

6.1.3 Penerapan nilai


Nilai-nilai murni yang terdapat dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani adalah selaras dengan kehendak matlamat matapelajaran ini. Antara nilai diterapkan ialah semangat kesukanan, permainan bersih, toleransi, semangat berpasukan, disiplin, berdaya saing, kepemimpinan dan penyertaan. Pembangunan afektif yang melibatkan elemen-elemen sikap, apresiasi dan nilai dapat dipraktikkan di dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Pendidikan Jasmani penekanan terhadap sikap bekerjasama dalam aktiviti fizikal, mengiktiraf sumbangan kegiatan fizikal terhadap kesihatan, penggunaan masa lapang, memiliki sikap positif, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan. Nilai ini merupakan aspek yang positif yang akan menjurus kepada pembentukan masyarakat yang seimbang adil dan menyeluruh.

6.2 SUSUNAN UNIT DAN TAJUK PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani (1998) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menjelaskan tentang dasar, tujuan, aspek-aspek pengelolaan dan pentadbiran serta rangka pelajaran bagi Pendidikan Jasmani.

6.2.1 Kesesuaian Isi Pelajaran dengan Objektif Kandungan matapelajaran perlu menekankan kepada kecergasan yang bersesuaian dengan ciri dan keperluan murid. Pendekatan yang dicadangkan adalah pembelajaran melalui aktiviti. Penyertaan aktif setiap murid dalam kelas Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan. Murid perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental, membentuk perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina dan selamat.

6.2.1 Kesesuaian Isi Pelajaran dengan Objektif Pengalaman Pendidikan Jasmani merangkumi tiga aspek penting, iaitu: (i) Penglibatan murid secara aktif dan selamat (ii) Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan rakan. (iii) Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti bahawa pembelajaran telah berlaku.

6.2.2 Kesinambungan Isi Pelajaran Kesinambungan isi pelajaran adalah penting kerana objektif matapelajaran Pendidikan Jasmani ialah menekanan terhadap ketigatiga domain.

Fizikal Aktiviti fizikal tertumpu kepada aspek struktur anatomi individu. Mengandungi dua aspek iaitu aspek keseimbang dan pergerakkan.

6.2.2 Kesinambungan Isi Pelajaran


Motor Melibatkan kepada aspek perihal kualiti pergerakkan individu di mana perlakuan adalah mencapai tahap berkemahiran. Ia melibatkan beberapa faktor yang asas seperti: - Imej tubuh - Kawalan objek - Orientasi spatial (ruang) - Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor - Perkembangan kemahiran - Kecergasan Permainan Merupakan platform untuk individu mengaplikasikan aspek-aspek fizikal, motor dan kecergasan.

6.2.3 Kesesuaian Isi Pelajaran dengan Kemudahan dan Peralatan


Faktor-faktor utama yang perlu diteliti dalam melaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. 1. 2. 3. Jumlah Masa Pengajaran yang Terhad Tahap satu menjadi Tiga Waktu dan mengekalkan dua waktu untuk Tahap II. Masih tidak mencukupi. Perlu perancangan. Persekitaran Pengajaran Saiz kelas, peralatan dan kemudahan perlu diberi perhatian untuk memasikan kejayaan kelas. Latar Belakang Guru Keupayaan guru mengajar penting untuk menjayakan pengajaran, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting untuk mempastikan objektif tercapai. Latar Belakang Pelajar Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan dikalangan pelajar memerlukan perancangan, tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyetopikkan mereka kurang minat terhadap Pendidikan Jasmani.

4.

6.3 PENYEDIAAN RANCANGAN KERJA TAHUNAN Merupakan rancangan untuk melaksanakan sukatan pelajaran secara terperinci mengikut keperluan kelas yang diajar oleh seseorang guru. Rancnagan kerja hanya merupakan sebagai panduan untuk mempastikan pengajaran tidak tersasar dari objektif asalnya.

Kepentingan menyediakan Rancangan Kerja Tahunan yang fleksibel: (i) Mempertimbangkan keadaan di sekolah secara menyeluruh. Mengambil kira peralatan dan kemudahan yang terdapat di sesebuah sekolah. Dengan ini seseorang guru dapat memenuhi keperluan yang khusus mengenai matapelajaran yang akan diajarkannya.

6.3 PENYEDIAAN RANCANGAN KERJA TAHUNAN

(ii) Rancangan Kerja Tahunan boleh menjadi panduan untuk mempastikan Pendidikan Jasmani diajar sebagai proses yang berterusan. Pelajaran yang dirancangkan itu dapat diserapkan dengan matapelajaran yang lain bersama dengan unsur-unsur maju (progression). (iii) Dengan perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan alternatif. Rancangan tahuhan juga menolong memastikan Pendidikan Jasmani diajar sebagai satu proses yang berterusan. Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yang sama boleh disusun supaya mengikut prinsip ansur maju.

6.3.1 Format Rancangan Kerja Tahunan Garis panduan menyediakan rancangan kerja tahunan Pendidikan Jasmani. 1. Penyelarasan Rancangan Kerja Tahunan (RKT) perlu dirancang secara menyeluruh dan bersinambungan walaupun Rancangan Kerja Tahunan dibahagi kepada penggal persekolahan. Guru hendaklah menyediakan pilihan kegiatan yang serta lengkap misalnya kegiatan yang menunjukkan sifat ansur maju dan kesinambungan. 2. Objektif Sebelum seseorang guru dapat merangka rancangan kerja tahunan, objektif matapelajaran hendaklah difahami terlebih dahulu. 3. Kemudahan Pendidikan Jasmani Kemudahan seperti padang atau kawasan lapang yang berhampiran dengan sekolah, jenis dan bilangan peralatan Pendidikan Jasmani. Kemungkinan menggunakan peralatan reka ganti (improvised apparatus) hendaklah difikirkan juga.

6.3.1 Format Rancangan Kerja Tahunan


4. Keperibadian murid-murid Rancangan kerja tahunan yang dirancangkan itu mestilah sesuai dengan muridmurid. Khususnya: (a) Latar belakang murid-murid Pengetahuan mereka seperti jenis kegiatan yang telah mereka pelajari dan tahap kemahiran mereka dalam kegiatan ini perlu diberi perhatian. (b) Minat serta kesediaan murid Rancangan itu mestilah sesuai dengan umur, kemampuan muridmurid.

5.

Keperincian Mestilah menyatakan butir-butir tentang pelajaran yang dirancangkan. Dicadangkan bahawa catatan dibuat di dalam ruangan dengan teratur di bawah tajuk-tajuk yang dicadangkan.

6.3.3 Kesesuaian Strategi dan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang selalu digunakan dalam matapelajaran ialah akses kendiri, terarah kendiri dan pelbagai kecerdasan murid. Setiap strategi menuju ke arah pemupukan nilai serta pemahaman unsur pergerakan dihubungkaitkan dengan kemahiran asas. Amalan rutin kecergasan perlu dilakukan dalam suasana riang dan menyakinkan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dengan keadaan persekitaran murid dan sekolah.

6.3.3 Kesesuaian Strategi dan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Mosston Teaching Physical Education (1981 2nd Edisi), membicarakan secara mendalam kaedah-kaedah mengajar. Kaedah-kaedah mengajar adalah satu spektrum strategi pengajajran (spectrum of teaching strategies) yang merangkumi kaedah arahan hingga kaedah belajar penggerak diri( selfinitiated learning). Menurut Mosston, kesesuaian sesuatu kaedah itu hendaklah mengambilkira objektif pelajaran dan proses pembelajaran yang murid-murid akan sertai.

6.3.3 Kesesuaian Strategi dan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


Beberapa kaedah yang biasa diamalkan dalam Pendidikan Jasmani: (a) Kaedah Langsung atau Arahan (b) Kaedah Tugasan (c) Kaedah Resiprokal atau Bertindakbalas (d) Kaedah Penyelesaian Masalah (e) Kaedah Ekletik atau Gabungan

6.3.3 Kesesuaian Strategi dan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


Bagi memilih kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai aspek-aspek ini perlu diteliti:
1. 2. 3. Pengurusan kelas semasa pengajaran (termasuk kemudahan Pendidikan Jasmani) Penglibatan murid-murid dalam proses pembelajaran. Pengalaman pembelajaran dari segi sosial, kognitif dan psikomotor. Kesesuaiannya dari segi kematangan, umur dan kemampuan murid.

4.

Anda mungkin juga menyukai