Anda di halaman 1dari 24

1|Page

Coretan Penulis
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca Cekap Komputer.Pertama sekali,saya Khairil Izwan bin Jamros atau juga dikenali dengan nickname E_peace6679 @ Epeace Tux berasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana akhirnya ebook Panduan Membuat Dual Boot Sistem Operasi Windows dan Ubuntu berjaya disiapkan.Selain itu,saya ingin mengucapkan ribuaan terima kasih kepada mereka yang membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam pembikinan ebook ini. Tujuan utama pembikinan ebook ini adalah untuk memberi panduan kepada mereka yang ingin mencuba membuat dual boot sistem operasi Windows dan Linux(Ubuntu terutamanya).Saya akan menunjukkan kepada anda langkah demi langkah juga disertakan dengan gambarajah bagi memudahkan pemahaman anda.Selain itu,Saya mengharapkan dengan sedikit manfaat yang diberikan oleh ebook ini dapat mendekatkan diri anda kepada sistem operasi Linux dan juga Open Source. Akhir sekali,Saya berharap anda semua terus memberi sokongan terhadap Cekap Komputer dan kami berharap dapat memberikan anda segala ilmu-ilmu yang bermanfaat yang kita dapat kongsi bersama-sama.Salam Cekap Komputer.

Khairilizwan @ Epeace6679 admin@cekapkomputer.com http://www.facebook.com/khairilizwan89

2|Page

Hakcipta terpelihara
Hakcipta ebook Panduan Membuat Dual Boot Sistem Operasi Windows dan Linux ini adalah terpelihara.Anda dilarang sama sekali untuk menjual atau mengubah isi kandung yang terdapat pada ebook ini. Namun anda bebas untuk mengedarkan ebook ini secara PERCUMA tidak kira dalam bentuk softcopy ataupun hardcopy kepada sesiapa sahaja dengan syarat tidak mengubah sebarang isi kandung yang terdapat pada ebook ini.Hargai hasil kerja tangan orang lain.

3|Page

Isi Kandung
Coretan Penulis Hakcipta Terpelihara

BAB 1 :
Langkah langkah persedian sebelum membuat sistem operasi dual boot. 5

Bab 2 :
Membuat Partition Hard Disk Menggunakan Partition Editor (GParted) pada live CD Ubuntu. 6 Partition Hard Disk untuk Sistem Operasi Ubuntu 7 Partition Hard Disk untuk Sistem Operasi Windows 9

Bab 3 :
Format dan Install sistem operasi Windows terdahulu. 12

Bab 4 :
Format dan Install sistem operasi Ubuntu. 15

Penutup IKLAN

4|Page

Bab 1
Perhatian :

Langkah langkah persedian sebelum membuat

sistem operasi dual boot.

Sebelum kita belajar secara lanjut mengenai proses membuat dual boot sistem operasi ini,saya andaikan anda telah biasa melakukan proses instalasi sistem operasi Windows dan Ubuntu.Dalam ebook ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows XP dan juga Ubuntu 10.04.Namun jika anda ingin membuat dual boot Windows 7 dan juga Ubuntu,langkah-langkah yang saya akan tunjukkan dalam ebook ini adalah sama dan boleh digunakan. Jika anda belum pernah atau biasa melakukan proses instalasi sistem operasi,saya cadangkan anda mempelajari proses tersebut terlebih dahulu.Saya tidak akan mengajar proses instalasi sistem operasi dalam ebook ini.

Apa bahan-bahan yang anda perlukan?


Baiklah sebelum anda mempelajari proses ini,terdapat beberapa bahan yang anda perlu sediakan.Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah : 1. Komputer/Laptop 2. CD Installation Windows XP (atau versi Windows lain seperti Windows 7) 3. CD Installation Ubuntu (Anda boleh mendapatkan secara percuma di ubuntu.com)

Nota Penting :

Pastikan anda telah salin/pindahkan data-data penting yang ada pada komputer anda ke dalam external hard disk dan sebagainya.Jika tidak,semua data-data anda akan hilang selepas pembahagian ruangan hard disk (partition) dilakukan.

5|Page

Bab 2 Membuat Partition Hard Disk Menggunakan Partition


:

Editor (GParted) pada live CD Ubuntu.

Pastikan anda telah salin/pindahkan data-data penting yang ada pada komputer anda ke dalam external hard disk dan sebagainya.Jika tidak,semua data-data anda akan hilang selepas pembahagian ruangan hard disk (partition) dilakukan.

Pertama sekali,masukkan cd installation Ubuntu ke dalam CD-ROM komputer anda dan boot sebagai live CD Ubuntu.Live CD Ubuntu bermaksud anda boleh menggunakan sistem operasi Ubuntu tanpa perlu install dan menganggu sistem operasi asal komputer anda. Jika anda kurang memahami mengenai live CD anda boleh merujuk sumber ini : http://ms.wikipedia.org/wiki/Live_CD Setelah anda telah berjaya menggunakan live CD Ubuntu,Klik pada System Administration kemudian pilih GParted.

Kemudian,anda akan dapat lihat saiz untuk cakera keras(hard disk) anda. Baiklah seterusnya,anda harus membuat partition untuk ruangan hard disk komputer anda bagi sistem operasi Ubuntu Linux terlebih dahulu.

6|Page

Partition Hard Disk untuk Sistem Operasi Ubuntu Kemudian,klik pada Device Create Partition Table .Seperti gambarajah di bawah.

Satu tetingkap akan dipaparkan klik Apply.

Kemudian,anda perlu membahagikan ruangan hard disk untuk sistem operasi Ubuntu anda.Saya cadangkan anda menyediakan ruangan hard disk untuk sistem operasi Ubuntu anda minimum 20GB. Anda boleh drag menggunakan tetikus anda untuk membahagikan ruangan hard disk anda.

7|Page

Pada bahagian ini,anda perlu menetapkan beberapa bahagian iaitu : Create as : Primary Partition File System : ext4 (sila pastikan anda memilih ext2,ext3 ataupun ext4 untuk pilihan ini) Kemudian klik Add.

Anda akan dapat melihat ruangan hard disk untuk sistem operasi telah dibahagikan seperti gambarajah di atas.Merujuk gambarajah tersebut, anda telah menjadikan New Partition #1 yang menggunakan file sistem ext4 sebagai ruangan untuk anda install sistem operasi Ubuntu kelak.

8|Page

Partition Hard Disk untuk Sistem Operasi Windows Pada tetingkap yang sama tadi,anda perlu membuat partition hard disk untuk sistem operasi Windows anda.Cara untuk membuat partition hard disk untuk Windows adalah sangat mudah.Pertama sekali,right klik pada bahagian unallocated kemudian klik new seperti dalam gambarajah di bawah.

Kemudia pada bahagian File system,pilih NTFS.Kemudian klik Add

New Technology File System (NTFS) adalah sistem fail yang biasa bagi Windows NT dan dan versi Windows lain selepas itu. Windows versi 95, 98, 98SE dan ME tidak boleh membaca sistem fail NTFS. Walaubagaimanapun, terdapat utiliti atau program alternatif dari pihak ke-3 wujud untuk tujuan ini. Sumber : Wikipedia

9|Page

Merujuk gambarajah di bawah,anda telah menetapkan New Partition #2 sebagai ruangan hard disk untuk sistem operasi Windows anda.

Kemudian,klik pada butang Apply.Rujuk gambarajah di bawah.

10 | P a g e

Tunggu sehingga proses tersebut selesai. Setelah selesai,apa yang anda perlu lakukan ialah restart komputer anda dan keluarkan CD installation sistem operasi Ubuntu anda.

Proses membuat partition pada hard disk komputer anda untuk sistem operasi Windows dan Ubuntu anda selesai.

11 | P a g e

Bab 3

Format dan Install sistem operasi Windows terdahulu.

Setelah anda selesai melakukan proses membuat partition pada hard disk anda,anda harus melakukan proses installation sistem operasi.Namun persoalannya,sistem operasi yang manakah pertama sekali perlu diinstall?Windows ataupun Ubuntu? Tentu sekali soalan ini bermain di fikiran anda. Baiklah pertama sekali,anda haruslah install sistem operasi Windows terlebih dahulu.Saya andaikan anda telah biasa dan pernah melakukan proses installation ini.Saya hanya akan tunjukkan beberapa gambarajah berkaitan proses installation ini.Dalam ebook ini,seperti yang saya maklumkan sebelum ini,saya menggunakan sistem operasi Windows XP.

Format Windows XP terdahulu


Pertama sekali,masukkan CD installation Windows xp anda ke dalam CD-Rom komputer anda kemudian lakukan proses installation yang sama seperti anda melakukan sebelum ini.

12 | P a g e

Anda akan dapat lihat proses installation sistem operasi Windows seperti dalam gambarajah di atas.Kemudian tekan butang ENTER

Tekan butang F8 pada papan kekunci(keyboard) anda.

13 | P a g e

Baiklah pada bahagian ini ( rujuk gambarajah di atas),anda akan dapat melihat terdapat dua partition hard disk yang telah dibina sebelum ini. Partition tersebut merupakan partition yang telah anda buat sebelum ini.Dalam gambarajah di atas,partition Drive E: merupakan partition untuk sistem operasi Ubuntu yang anda tetapkan sebelum ini. Perkataan [Unknown] yang anda dapat lihat di tepi partition tersebut sebenarnya merupakan file sistem untuk linux yang kita telah tetapkan sebelum ini iaitu ext4.Pilih partition untuk fail sistem NTFS dan lakukan proses installation Windows sehingga selesai.

14 | P a g e

Bab 4

Format dan Install sistem operasi Ubuntu.


Baiklah seterusnya setelah proses installation Windows XP selesai dilakukan,kini anda perlu melakukan proses installation sistem operasi Ubuntu.Untuk melakukan melakukan proses installation Ubuntu adalah sangat mudah dan caranya tidak jauh beza dengan proses installation Windows. Pertama sekali,Masukkan CD installation Ubuntu ke dalam CD-Rom komputer anda kemudian boot melalui CD untuk melakukan proses installation (cara yang sama anda lakukan untuk proses installation Windows sebelum ini). Kemudian pilih pada install ubuntu dan tunggu sehingga tetingkap seperti gambarajah di bawah di paparkan.

Pilih bahasa anda kemudian klik forward.

15 | P a g e

Kemudian pada step 2,pilih Time Zone anda.Kemudian forward.

Kemudian klik forward.


16 | P a g e

Baiklah pada step 4 merupakan bahagian yang paling penting sekali.Jika anda silap pada bahagian ini,kemungkinan besar sistem operasi Windows anda akan hilang begitu sahaja.Untuk bahagian ini,anda perlu pilih pada Specify partitions manually (advanced).Ini membolehkan anda menentukan partition yang anda ingin install sistem operasi Ubuntu tanpa mengganggu partition lain (sistem operasi Windows sebelum ini).

17 | P a g e

Seterusnya,anda akan dapat melihat terdapat dua partition yang telah bina sebelum ini.Tentu anda dapat melihat perbezaan partition untuk sistem operasi Windows dan Ubuntu anda.Partition untuk Ubuntu anda menggunakan file sistem ext4 dan file sistem Windows anda menggunakan NTFS. Merujuk gambarajah di atas, /dev/sda1 merupakan partition untuk sistem operasi ubuntu anda.Klik pada partition tersebut kemudian klik Change.

Kemudian,tetapkan pada bahagian berikut seperti gambarajah di atas : Use as : Ext4 Format the partition : Yes Mount Point : /

18 | P a g e

Kemudian klik OK.

Kemudian klik Forward.

Satu tetingkap kecil akan dipaparkan seperti dalam gambarajah di atas,klik Continue.

19 | P a g e

Sila masukkan butiran-butiran berikut kemudian klik forward.

Jika anda telah bersedia untuk melakukan proses installation sistem operasi Ubuntu klik butang INSTALL.

20 | P a g e

Tunggu sehingga proses installation sistem operasi selesai.Apabila selesai,restart komputer anda dan keluarkan CD sistem operasi Ubuntu tersebut.

21 | P a g e

Kemudian apa yang perlu dilakukan?


Tahniah! Anda telah berjaya melakukan proses membuat dual boot Windows dan Ubuntu. Jika anda melakukan langkah demi langkah yang telah saya tunjukkan dalam ebook ini.Anda akan dapat melihat komputer anda kini telah mempunyai dua sistem operasi iaitu Windows dan Ubuntu Linux.

Ketika komputer anda dihidupkan,satu paparan seperti gambarajah di atas akan kelihatan.Anda akan diberi pilihan samada ingin menggunakan sistem operasi Ubuntu ataupun sistem operasi Windows.

- TAMAT -

22 | P a g e

Penutup

Diharapkan ebook ini telah memberi anda sedikit ilmu yang berguna dan boleh dimanfaatkan bersama-sama. Dengan ilmu yang telah saya kongsikan bersama anda di dalam ebook ini,semoga mendekatkan serta membolehkan anda mengenali sistem operasi linux seperti Ubuntu.Ebook ini juga boleh dijadikan rujukan para pelajar dan sebagainya.Semoga anda terus menyokong Cekap Komputer.Kami akan menyediakan beberapa lagi ebook-ebook percuma pada masa akan datang.Salam Cekap Komputer.

Sertai Komuniti Cekap Komputer di Facebook.com!

http://www.facebook.com/cekapkomputer

23 | P a g e

IKLAN
AMARAN: HANYA YANG SERIUS DAN KOMITED INGIN CARI WANG DI INTERNET SAHAJA DI BENARKAN BACA! Revolusi Perniagaan Di Internet Hanya dari Rumah Kini Semakin Popular..Seminit lagi akan merubah persepsi anda tentang "revolusi perniagaan internet global".. Anda mencari perniagaan sebenar di hanya ingin bekerja dari rumah?? Ini yang anda nantinantikan... Sistem website yang mantap dan berkesan. Tidak perlu menjual produk. Disertakan sistem autoresponder yang canggih. 100% dilakukan secara online. Nilai Bonus USD yang tetap iaitu 1 USD = RM3.80 Bimbingan disediakan untuk kejayaan. Pejabat di Malaysia sudah beroperasi dan sah disisi undang-undang. Pembayaran bonus terus ke Akaun Bank Tempatan! Secara mingguan!

Daftar secara percuma dan lihat bagaimana perniagaan kami berkembang!


MASIH TERAWAL! BARU BUKA DI INDONESIA DAN FILIPINA. MALAYSIA MEMIMPIN NO.1 DI ASIA!

Daftar percuma :

http://vpendapatan.com/jutawan/
Awas! ini bukan skim cepat kaya! Namun, dengan usaha bersungguh-sungguh, anda boleh cepat kaya!

24 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai