Anda di halaman 1dari 5

ABA2005 SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG RAMBUTAN JALAN STESYEN, 31250 TG RAMBUTAN, PERAK.

TEL/FAKS : 05-5332950 / 05-5330751

KERTAS KERJA KECERIAAN KELAS TAHUN 3 CEMERLANG & MAKMAL SAINS SKTR 2011

DENGAN KERJASAMA: NORAZMI B MOHAIDIN MOHD AZRUL AZUAN B MOHD ASRI NORLIZA BT SALLEH DAN JUGA GURU-GURU SKTR YANG TERLIBAT

KECERIAAN KELAS TAHUN 3 CEMERLANG DAN MAKMAL SAINS

PENDAHULUAN: Persekitaran kelas dan sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan kelas dan sekolah adalah penting bagi meningkat mutu pendidikan kerana mempunyai iklim kelas dan sekolah yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya Visi dan Misi sekolah. Di masa yang sama semangat kecintaan terhadap kelas dan sekolah dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi kelas.

RASIONAL: Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait rapat dengan iklim dan suasana di dalam bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai kecemerlangan , sekolah mestilah memastikan bahawa bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa kesemasa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amat sesuai diadakan secara berterusan bagi memastikan pelajar sentiasa berada di dalam keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama dan pertandingan yang sihat diantara pelajar tentunya akan menghasilkan

kecemerlangan dalam akademik dan disiplin pelajar . Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

MATLAMAT: Memastikan bilik darjah sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat pembelajaran supaya pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Disamping itu juga pertandingan bilik darjah bersih dan ceria akan melahirkan rasa tanggungjawab dan kerjasama di antara pelajar di dalam sesebuah kelas.

OBJEKTIF: 1. Memastikan bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria 2. Menjadikan bilik darjah sebagai bilik ilmu dimana setiap bilik darjah dikehendaki menyediakan sudut bacaan masing-masing. 3. Membina rasa tanggung jawab dan kerjasama diantara pelajar di dalam kelas 4. Membina semangat persaingan yang sihat diantara kelas-kelas 5. Memberi pendedahan kepada Ketua kelas dan AJK Keceriaan bilik darjah mengenai pengurusan dan kepimpinan. 6. Menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang selamat sepanjang pelajar berada di sekolah.

SASARAN: Kelas Tahun 3 Cemerlang dan Makmal Sains

PELAKSANAAN: Tarikh Tempat : 25 Julai 29 Julai 2011 : SK Tanjong Rambutan

ANGGARAN PERBELANJAAN: Buku bergambar Plastik A4 Tali raffia Kertas warna JUMLAH RM 5 X 2 RM 2 RM 1 RM 3 = RM 10 = RM 2 = RM 1 = RM 3 = RM15

*Pembalut meja dan cat disediakan oleh pihak sekolah

PENUTUP:

Diharapkan program keceriaan kelas yang akan kami jalankan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya agar kelas-kelas yang terlibat ini, berserta dengan murid-muridnya, akan menerima manafaat-manafaat yang dapat dikekalkan dan memberikan kebaikan kepada mereka hingga ke hujung tahun, atau hujung persekolahan mereka, bahkan mungkin hingga hujung hayat mereka, insyaAllah.

Disediakan oleh,

_______________________ (Nor Azmi b. Mohaidin) Guru Pelatih IPG Kampus Ipoh

Disahkan dan diluluskan oleh :

__________________________ (Pn. Hjh. Faziah bt. Md Kassim) Guru Besar, SK Tanjong Rambutan

Anda mungkin juga menyukai