Anda di halaman 1dari 23

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

EKONOMI MALAYSIA ZAMAN PRAPENJAJAHAN Sistem ekonomi di zaman prapenjajahan secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: *Ekonomi maritim (maritime economy) *Ekonomi tani (peasant economy)

EKONOMI MARITIM
Ekonomi maritim tertumpu di kota-kota seperti Melaka; Kegiatan perdagangan antara penduduk tempatan dengan pedagang dari negeri China, India dan Timur Tengah berlaku dengan meluas; Melaka pada ketika itu menjadi pusat perdagangan yang penting; Penduduk tempatan yang terlibat dalam kegiatan perdagangan pada zaman pra-penjajahan ini kebanyakannya terdiri daripada golongan bangsawan, sedangkan penglibatan rakyat umum adalah kurang.

EKONOMI TANI
Ekonomi tani lebih dihubungkan dengan rakyat umum yang tinggal di kawasan luar kota (pendalaman); Kegiatan utama adalah pertanian, perikanan, dan perhutanan; Pengeluaran dalam ekonomi tani pada awalnya adalah untuk tujuan sara diri (subsistence); Sistem pasaran tidak begitu kompleks. Berlaku banyak pertukaran barangan antara anggota komuniti dalam sistem barter;

EKONOMI TANI
Dalam ekonomi tani, tanah menjadi faktor pengeluaran utama. Tanah dapat dibuka dengan agak mudah bergantung kepada keperluan dan tenaga yang ada; Organisasi tenaga kerja dalam masyarakat tani berlandaskan keluarga dan komuniti setempat. Tenaga kerja komunal dizahirkan dalam institusi-institusi berderau, seraya, gotong royong, dll.; Pada umumnya struktur masyarakat tani (peasant tani) banyak memperlihatkan ciri-ciri sama rata (egalitarian). Perbezaan kelas tidak ketara.

EKONOMI MALAYSIA SEMASA PENJAJAHAN


Kedatangan penjajah mematikan ekonomi maritim di kalangan penduduk tempatan (yang dikuasai oleh golongan bangsawan). Penjajah (Portugis, Belanda, & Inggeris) mengambil alih kegiatan ekonomi tersebut dari tangan golongan bangsawan berkenaan; Penjajah memperkenalkan sistem ekonomi tunai (cash economy) di mana pengeluaran adalah untuk tujuan pasaran (market) dan bukan untuk sara diri seperti dulu; Apabila pengeluaran mempunyai dua motif iaitu untuk pasaran dan untuk sara diri, maka sistem ekonomi yang diamalkan disebut sebagai sistem dwiekonomi (dual-economic system);

EKONOMI MALAYSIA SEMASA PENJAJAHAN


Pada masa penjajahan, Inggeris memperkenalkan tanaman tunai khususnya getah. Penanaman getah dilakukan secara besar-besaran dalam sistem estet; Kekurangan tenaga buruh dalam sistem estet ini diatasi dengan membawa masuk pekerja asing secara besar-besaran dari India; Kegiatan perlombongan juga diusahakan secara besar-besaran oleh Inggeris dengan menggalakkan kedatangan ramai pekerja asing, khususnya dari negeri China;

EKONOMI MALAYSIA SEMASA PENJAJAHAN


Dengan pengenalan ekonomi tunai ini, penduduk di kawasan pendalaman atau di luar bandar sekaligus terserap (incorporated) ke dalam sistem ekonomi kapitalis melalui hubungan pasaran (market relations). Sistem ekonomi kapitalis ini beroperasi di peringkat antarabangsa dan di peringkat nasional dan daerah; Dalam sistem ekonomi kapitalis faktor pengeluaran utama adalah modal, dan penguasaan ke atas modal (termasuk penguasaan ke atas barangan modal atau capital goods) menjadi motif utama bagi semua pihak;

EKONOMI MALAYSIA SEMASA PENJAJAHAN


Dengan terserapnya penduduk ke dalam sistem ekonomi kapitalis, maka struktur masyarakat mengalami perubahan besar. Perbezaan kedudukan ekonomi antara penduduk menjadi bagitu ketara. Mereka yang menguasai modal berada pada hiraki yang tinggi dalam sistem susunlapis masyarakat (social stratification).

JURANG EKONOMI ANTARA SEKTOR & PENDUDUK


Secara teori, kegiatan ekonomi boleh dibahagikan mengikut sektor, iaitu sektor tradisi dan moden; Sektor tradisi merangkumi kegiatan primary dalam bidang pertanian, perikanan dan perhutanan, sedangkan sektor moden pula merangkumi kegiatan secondary dalam bidang industri, pembuatan barangan, perniagaan, perdagangan dll., dan kegiatan tertiary dalam bidang perkhidmatan, pengangkutan, hiburan, pelancongan, dll.; Telah menjadi kenyataan bahawa kegiatan di sektor tradisi membawa pulangan bertambah kurang (decreasing returns) berbanding dengan kegiatan di sektor moden yang membawa pulangan bertambah lebih (increasing returns);

JURANG EKONOMI ANTARA SEKTOR & PENDUDUK


Ini disebabkan faktor-faktor berikut: hasil keluaran sektor tradisi tidak anjal, pengeluaran di sektor tradisi bersifat musim (seasonal), alat-alat pengeluaran di sektor tradisi tidak boleh digunakan sepenuhnya, dan harga hasil keluaran sektor tradisi tidak tetap dan selalu berubah mengikut permintaan di pasaran dunia. Faktor-faktor sebaliknya beroperasi bagi sektor ekonomi moden; Telah juga menjadi kenyataan bahawa negara-negara maju di dunia menumpukan sebahagian besar (iaitu lebih daripada 90%) daripada kegiatan ekonomi mereka pada sektor moden, berbanding dengan negara mundur yang masih terikat dengan kegiatan ekonomi di sektor tradisi (50-70%);

JURANG EKONOMI ANTARA SEKTOR & PENDUDUK


Berdasarkan di atas, dapat disimpulkan bahawa penduduk yang terlibat dalam kegiatan ekonomi moden mempunyai pendapatan lebih banyak (lima kali ganda) dan taraf hidup mereka lebih tinggi daripada penduduk yang terlibat dalam kegiatan di sektor tradisi; Jadi, jurang ekonomi & kemajuan yang wujud antara sektor juga merupakan jurang ekonomi & kemajuan antara penduduk.

JURANG EKONOMI ANTARA PENDUDUK


Di Malaysia, penduduk bumiputera secara tradisinya terlibat dalam kegiatan ekonomi dalam sektor primary. Penduduk bukan-bumiputera, terutamanya kaum Cina pula terlibat dalam aktiviti ekonomi di sektor secondary dan tertiary Kegiatan ekonomi penduduk mengikut sektor, 1970 Sektor Primary Secondary Tertiary Bumiputera 67.6% 30.8% 37.9% Bukan-Bumiputera 32.4% 69.2% 62.1%

[Sumber: Malaysia (1990)]

JURANG EKONOMI ANTARA PENDUDUK


Oleh kerana kegiatan ekonomi di sektor tradisi secara relatifnya tidak begitu menguntungkan, maka pendapatan bumiputera pada umumnya adalah lebih rendah daripada pendapatan yang diperolehi oleh kaum bukan-bumiputera; Pendapatan Min Bulanan Penduduk di Semenanjung Malaysia Mengikut Kaum, 1970 Kaum Melayu Cina India
[Sumber: Jomo & Gomez (1997)]

Jumlah Pendapatan RM 170 RM 390 RM 300

JURANG EKONOMI ANTARA PENDUDUK


Household Income in Pen. Malaysia by Ethnicity 1111
11 1 11 1 11 1 11 1 11 1 Ringgit Malaysia 1 1 1 11 1 11 1 1 1 1 11 1 11 1 Series1

Malays

Chinese Ethnic Groups

Indians

[Source: Perumal (1989) and Snodgrass (1980)]

JURANG EKONOMI ANTARA PENDUDUK


Milik Saham/Modal Penduduk Malaysia Dalam Syarikat Berhad Mengikut Kaum 1970

Melayu/Bumiputera China Indian Syarikat Nominee Orang Asing


[Sumber: Jomo & Gomez (1997)]

02.4% 27.2% 01.1% 06.0% 63.4%

JURANG EKONOMI ANTARA PENDUDUK


Ownership of Shares in Limited Companies, 1111

1 %

1% 1

Bumiputera Non-Bumiputera Foreigners

1% 1

Sumber: Jomo & Gomez, 1997

JURANG EKONOMI ANTARA PENDUDUK


Sehubungan dengan di atas, kadar kemiskinan di kaum bumiputera juga lebih tinggi jika dibandingkan dengan kalangan kadar kemiskinan di kalangan kaum bukan-bumiputera; Kadar Kemiskinan Penduduk Malaysia Mengikut Sektor 1970 Sektor Luar Bandar (Sektor Tradisi) Bandar (Sektor Moden)
[Sumber: Malaysia (1991)]

Peratus 58.7% 21.3%

JURANG EKONOMI ANTARA PENDUDUK


Keadaan ketidakseimbangan ekonomi antara sektor dan kaum ini adalah berpunca sebahagian besarnya daripada tindakan penjajah ekoran daripada dasar pecah dan perintah yang diamalkan semasa penjajahan ; Bumiputera, khususnya orang Melayu tidak digalakkan oleh penjajah untuk turut menceburkan diri dalam sektor ekonomi moden atas alasan orang Melayu tidak berminat berbuat demikian; Malah, dalam ekonomi di sektor tradisi pun, orang Melayu tidak dibenarkan untuk mengubah bidang tumpuan mereka ke arah pertanian (penanaman getah) yang lebih menguntungkan bagi mengelak persaingan terhadap sistem estet mereka ;

JURANG EKONOMI ANTARA PENDUDUK


Penduduk bumiputera di sektor tradisi juga tidak dibekalkan dengan prasarana fizikal dan kemudahan sosial, perubatan, dll., yang semuanya merupakan indikator kemajuan dan pembangunan;

Klinik Desa

Jalan Raya

Bekalan Letrik

Bekalan Air

JURANG EKONOMI ANTARA PENDUDUK


Dari segi pendidikan, penjajah Inggeris juga mendiskriminasikan penduduk bumiputera di sektor tradisi luar bandar dengan hanya memperkenalkan pendidikan 3M bertujuan mengajar mereka supaya menjadi petani dan nelayan lebih baik daripada ibu bapa dan datuk nenek mereka. Pendidikan untuk kemajuan dan untuk mobiliti sosial hanya dikhaskan kepada anak-anak bangsawan Melayu dan juga kepada anak-anak kaum bukanMelayu yang bekerjasama dengan pihak penjajah Inggeris ketika itu;

MCKK

JURANG EKONOMI ANTARA PENDUDUK


Pada hakikatnya, jurang ekonomi antara sektor dan juga antara penduduk adalah jurang perkauman, di satu pihak mereka yang mempunyai kedudukan ekonomi lebih baik adalah kaum bukan-bumiputera dan di pihak lain, mereka yang terperangkap dalam kemiskinan dan penderitaan adalah penduduk bumiputera.

SEKIAN & TERIMA KASIH Insya Allah Jumpa Lagi Minggu Depan

Anda mungkin juga menyukai