Anda di halaman 1dari 2

kesatria

fokus kepada bidang pemerintahan atau administrasi negara terdiri daripada para raja, adipati, patih, menteri, pemimpin tentera, dan kakitangan kerajaan. Ciri-ciri golongan Kesatria ialah minda seorang perwira, berdarah panas, berani dalam perang, pemurah dan seorang pemimpin yang baik. memiliki kewibawaan cinta kepada tanah air dengan mempertahankan kesejahteraan masyarakat dan negara berdasarkan Dharma. melindungi golongan Brahmana, Waisya dan Sudra.

Vaisya / Waisya
Perkataan "Waisya" berasal dari kata yang bererti "untuk hidup" Disimbolkan dengan warna kuning. Terdiri daripada para pedagang, petani, nelayan dan lain-lain lagi. Mempunyai watak yang tekun, hemat, berkelayakan dalam melahirkan kemakmuran dan keamanan kepada masyarakat. Saudagar-saudagar hendaklah ketahui undang-undang perniagaan dan peraturan memakan riba (bunga). Mengetahui cara menabur benih, membezakan di antara tanah yang baik dengan tanah yang tidak baik, ketahui secukup-cukupnya akan peraturan menimbang dan mengukur. Mereka harus mengetahui upahan kuli dan bahasa orang lain dan apa yang diperlukan untuk memelihara barang-barang, serta semua yang bersangkutan dengan penjualan dan pembelian.