Anda di halaman 1dari 10

STRATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGERTIAN Proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru ( formal ) atau tanpa guru ( non-formal ). Tiga komponen utama dalam perlaksanaan kemahiran belajar iaitu: I. Kemahiran belajar II. Strategi metakognitif III. Kemahiran maklumat

OBJEKTIF I. Menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru. II. Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran. III. Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri. IV. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan & kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan.

I. Kemahiran Belajar Kemahiran mendengar Kemahiran membaca Kemahiran mencatat nota Kemahiran menulis Kemahiran mengingat

II. Strategi Metakognitif i. Merancang apa yang dipelajari. ii. Memantau kemajuan pembelajaran diri. iii. Menilai apa yang dipelajari.

III. Kemahiran Maklumat i. Sumber Pembelajaran ii. Proses mendapatkan maklumat iii. Kemahiran mendapatkan maklumat

1. Modul Belajar Cara Belajar

Pembelajaran berkesan dengan bimbingan minimum. Meningkatkan kefahaman terhadap pelajaran. Meningkatkan motivasi.

Memberi peluang pembelajaran yang sama.

Mewujudkan suasana pembelajaran seronok dan mencabar.

Meningkatkan kreativiti dan imaginasi.

Membolehkan pembelajaran kendiri.

Mengakses maklumat yang sukar diperoleh.

Meningkatkan kemahiran ICT. PENGERTIAN KEPENTINGAN ICT DALAM P&P Satu kaedah P&P yang menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan.

2. Modul Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)

3. MODUL PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN (KMD)

DEFINISI Satu kaedah yang membuat gambaran tentang apa yang telah berlaku, dan membuat pertimbangan tentang apa yang akan berlaku.

KEPENTIGAN

Murid dapat: Berfikir secara kritis dan kreatif Membuat keputusan tentang masa depan Membina sikap dan nilai positif tentang masa depan Berkomunikasi secara berkesan tentang masa depan Mempunyai pengetahuan tentang masa depan Membuat kajian dan menguruskan maklumat tentang masa depan

Guru dapat: P & P berpusatkan murid Berperanan sebagai fasilitator Pelbagai teknik dan kaedah digunakan Wujudkan suasana kreatif

Cara Pelaksanaan: Guru merancang aktiviti yang melibatkan teknik KMD. Memilih tajuk dan tema yang sesuai dengan teknik KMD. Berbincang dengan murid untuk memperkembangkan idea secara kritis dan kreatif. Membimbing murid mencapai kajian masa depan dalam hasil kerja seni.

4. MODULPEMBELAJARAN AKSES KENDIRI (PAK)

Definisi Pembelajaran akses kendiri merupakan satu pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid mengakses sumber pembelajaran dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. Ia merupakan satu pendekatan yang memusatkan kepada murid. Murid belajar sendiri dengan menggunakan akses di bawah pengawasan dan bimbingan guru.

Objektif Memperoleh kemahiran belajar dalam mata pelajaran Berusaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. Belajar mengikut keperluan dan gaya pembelajaran sendiri. Mentaksir sendiri pencapaian mereka. Mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri. Mengenalpasti bahan yang sesuai mengikut kebolehan dan minat masing-masing.

Ciri-ciri Pembelajaran lebih fleksibel, selesa dan tanpa tekanan. Bahan PAK dan bantuan fasilitator mudah diakses. Pemilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas. Kemudahan yang membolehkan murid belajar secara bersendirian atau dalam kumpulan. Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan murid. Membolehkan murid mentaksir pencapaian sendiri. PAK dilaksanakan di bilik atau sudut yang dikhaskan dan pusat mudah alih.

PAK menekankan 3 aspek penting iaitu: a) Pembelajaran secara individu Program pembelajaran yang mengambil kira keperluan dan apa yang diminati murid. b) Pembelajaran Arah Kendiri Satu proses pembelajaran di mana murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka dan belajar bagaimana untuk belajar. c) Pembelajaran Sendiri Satu proses pembelajaran yang murid bertanggungjawab sepenuhnya atas semua keputusan berkaitan dengan pembelajarannya. Murid menentukkan sendiri apa yang hendak dipelajari mereka.

5. MODULPEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL


Definisi Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Modul ini merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on

Murid Dapat menghubungkaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian. Boleh memindahkan kemahiran. Boleh meneroka dan mendapatkan bukti. Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit Dapat belajar secara kerjasama.

Guru Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya. Dapat menghubungkaitkan prinsipprinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjayaan. Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional.

KEPENTINGAN Cara Pelaksanaan i. Motivasi Pengenalan , isu perbincangan , alat bantu mengajar. ii. Pemahaman Penerangan konsep dan perbincangan kelas , bacaan dan melakukan contoh kajian iii. Kemahiran Aktiviti hands-on , penyelesaian masalah iv. Penilaian Ingat kembali fakta utama , penilaian kemajuan

6. TEORI KECERDASAN PELBAGAI (TKP)

Definisi TKP merupakan satu teori tentang kefahaman bahawa murid memiliki kombinasi pelbagai kecerdasan, dan kombinasi ini berbeza di antara individu untuk menyelesaikan masalah.

Kepentingan TKP Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid. Mempelbagaikan cara penilaian. Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara berlainan. Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan meyedari bahawa potensinya tidak terbatas. Mewujudkan suasana lolaboratif di sekolah Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam P & P. Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui P & P yang mengembirakan.

Kecerdasan LogikMatemetik

Kecerdasan VerbalLinguistik

Kecerdasan Kinestetik

Kecerdasan VisualRuang

Kecerdasan Muzik Jenis Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan Interpersonal

Kecerdasan Intrapersonal

Kecerdasan Naturalis

7. MODUL PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

Definisi Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif dan menyesuaikan maklumat yang diterima dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada untuk membina pengetahuan baru

Kepentingan

Lebih Yakin Lebih Faham Lebih Berfikir

Lebih Ingat

Lebih Gembira

Lebih Kemahiran Sosial

Elaborate Meluaskan konsep kepada bidang bidang lain

Engage Merangsang rasa ingin tahu

Explain Menerangkan konsep & maksud perkataan

Evaluate Menilai pemahaman pelajar

Explore Memenuhi rasa ingin tahu

Format Pendekatan P & P Secara Konstruktivisme

8. MODUL PEMBELAJARAN MASTERI

Konsep Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan P & P supaya murid dapat menguasai setiap unit pembelajaran berdasarkan kemampuan sendiri dalam tempoh masa mencukupi yang diperuntukkan sebelum melangkah ke unit pembelajaran seterusnya. Cara Pelaksanaan i. ii. iii. iv. Menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajran. Mengajar dengan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai. Menilai dengan ujian diagnostik, formatif, dan sumatif. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.

Prinsip Pembelajaran Masteri i. ii. iii. iv. v. Perancangan P & P yang strategik dan jelas. Semua murid dapat dapat belajar mengikut kemampuan sendiri. Murid dapat menguasai unit pembelajaran mengikut urutan. Latih tubi yang mencukupi Masa yang mencukupi diperuntukkan untuk menguasai setiap unit pembelajara.

Peranan dan Tugas dalam Pembelajaran Masteri

i. ii. iii.

iv.

v. vi.

GURU Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai. Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti P & P untuk pembelajaran masteri. Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari. Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar melalui ujian diagnostik. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan. Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.

i. ii. iii. iv.

v.

MURID Tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai Belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi Betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar Memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai Membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi

9. PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH (PKS)


Definisi PKS adalah satu proses mengesan perkembangan, kemajuan dan pencapaian pelajar secara menyeluruh dan berterusan. Tujuan PKS i. ii. iii. iv. Megesan secara berterusan tahap penguasaan murid sari segi pengetahuan, kemahiran dan penghayatan nilai. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam proses P & P. Membolehkan guru mengambil tindakan susulan untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid. Megetahui keberkesanan pengajaran guru.

Terdapat 2 jenis penilaian iaitu: i. Penilaian formatif - Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses P & P. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Oleh itu , guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta pontesi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. ii. Penilaian sumatif - Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester / tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan . Perlaksanaan PKS Merancang Menentukan hasil pembelajaan dan instrumen penilaian. Membina Instrumen Membuat jadual , penentuan , membina soalan atau instrument. Melaksanakan Penilaian Pemehatian /lisan / penulisan.

Melapor ( jika perlu )

Menganalisis Maklumat

Merekod

10. KEMAHIRAN BERFIKIR

Definisi Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif merupakan satu proses mengunakan minda sama ada untuk membuat pertimbagan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

Kompenen Kemahiran Berfikir

1 -

Pemikiran Kritis Kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu nilai dan bersifat evaluatif (yang boleh dinilai). Mencirikan Membanding dan membeza Mengumpul dan membeza Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan Menganalisis Mengesan kecondongan Menilai Membuat kesimpulan

2 Pemikiran Kreatif Kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif Menjana idea Membuat inferens Menghubung kait Meramal Membuat hipotesis Mensintesis Mengitlak Menganalogi Membuat gambat mental Mereka cipta

3 Kemahiran Menaakul Kemahiran digunakan untuk meningkatkan keberkesanan. Penaakulan secara induktif Penaakulan secara dedutif Strategi Berfikir Mengkonsepsikan Mengenal pasti contoh atau maklumat Mengenal pasti ciri sepunya.

Anda mungkin juga menyukai