Anda di halaman 1dari 7

Karangan Jenis Cerita Pada tahun lalu, aku menghabiskan cuti persekolahan di kampung bersama datuk dan nenek.

Pada suatu malam , aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh kerana sudah lama tidak berjumpa, kami seronok bercerita. Bila aku sedar malam sudah larut, aku bergegas pulang. Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba-tiba berasa cemas. Walaupun telah lama berjalan, rumah nenek masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di situ. Bulu romaku berdiri tegak. Barulah aku sedar, rupanya aku tersesat jalan. Tiba-tiba di satu selekoh, aku terpandang satu lembaga menuju ke arahku. Aku berasa amat takut sekali. Aku cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat aku melangkah, kakiku terpijak benda tajam, lalu terjatuh. Kemudian, aku tidak sedarkan diri. Bilaku membuka mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk . Menurut nenek, datuk menemuiku terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku. Aku menceritakan kepada mereka apa yang terjadi. Datuk dan nenek tersenyum sesama sendiri. Rupa-rupanya lembaga yang aku takutkan itu adalah datukku sendiri.

Karangan Jenis Autobiografi Aku sebuah basikal Aku berasal dari Negara Matahari Terbit. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan pleastik. Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -kawanku yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku. Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga. Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ. Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.

Karangan Jenis Diari Khamis 9 Februari 2012 7:00pagi : Pada hari Khamis yang lalu,kami akan bertolak pergi ke pantai. Kami akan pergi ke pantai Port Dickson.Kami akan pergi ke Port Dickson selama 1 jam. Setelah itu,kami sudah tiba di pantai Port Dickson yang terletak di Negeri Sembilan.Kami juga akan menyediakan makanan yang ibu sediakan. Selepas itu,saya dan adik akan menukar baju untuk bermandimanda di tepi pantai. Selepas bermandi-manda di tepi pantai,kami akan menjamu selera makanan yang ibu sediakan. Akhir sekali,kami sudah habis makan,kami akan simpan barang dan akan bertolak balik ke rumah.

8:00pagi

8:15pagi 8:30pagi 9:00pagi

: : :

Karangan Surat Tidak Rasmi Faridah Binti Osman 49, Kampung Darau, 22000 Jerteh, Terengganu. 2 Julai 1998. Menemui sahabatku Noorhanim yang berada di Kampung Kuala Besut, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saudari, Saya berharap saudari masih tidak melupai saya. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengajak saudari datang ke rumah saya pada c uti hujung bulan nanti. Untuk pengetahuan saudari, buah-buahan di kebun ayah saya sedang masak. Buah-buahan pada musim ini sungguh menjadi, terutama manggis. Ayah saya memajakkan sebahagian sahaja. Selebihnya ditinggalkan supaya keluarga serta sahabat handai kami sama-sama dapat merasainya. Saya berharap Noor tidak keberatan untuk datang ke rumah saya. Kalau saudari suka , ajaklah keluarga serta kawankawan saudari datang bersama-sama. Boleh mereka sama-sama merasai keenakkan buah manggis, rambutan, langsat serta durian. Saya berharap saudari bersetuju dan memberitahu saya secepat mungkin. Saya akan menunggu kedatangan saudari itu. Sampai di sini sahaja yang sempat saya tuliskan. Akhir kata , sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudari sekeluarga. Semoga kita dapat bertemu nanti. Sekian , terima kasih. Yang benar, Faridah
( FARIDAH OSMAN )

Karangan Surat Rasmi Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Darau, 22000, Jerteh, Terengganu. ________________________________________________________________ Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Darau, 22000, Jerteh, Terengganu. 15 OKTOBER 1998 Tuan, MEMOHON KEBENARAN MEMBUAT LAWATAN Dengan segala hormatnya di maklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Darau akan mengadakan lawatan ke pameran buku yang bertempat di Kampung Raja, Besut. 2. Surat kebenaran ibu bapa telah diedarkan dan sudah pun mendapat jawapannya. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kebenaran daripada tuan untuk ke pameran tersebut. Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami : Tarikh : 17.10.1998 Masa : 10.00 pagi Ahli : 21 orang termasuk 2 guru pengiring Kerjasama daripada tuan amat kami hargai. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, ...................................... ( NORAINI BT. IBRAHIM ) Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu.

Karangan Jenis Dialog ( Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah ) Azman : Siva : Tahniah,Siva,kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu. Terima kasih.Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajarpelajar bukan Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu. Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini.Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas dan lancar.Bagaimanakah cara kamu mempelajari bahasa melayu ? Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku-buku bahasa melayu yang bermutu Di samping itu,saya mempelajari tatabahasa dengan baik.Saya selalu membuka kamus untuk mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri saya menggunakan bahasa baku apabila membaca atau bercakap

Azman :

Siva

Azman : Kalau begitu ,tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan beberapa pelajar Melayu yang lain dalam pertandingan itu.Saya malu,Siva. Siva : Mengapa ? Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu Adalah bahasa ibunda saya.Rupa-rupanya saya silap. Baguslah,Azman,kalau kamu sudah sedar.Sama-samalah kita belajar menguasai Bahasa kebangsaan negara kita Ya,baiklah ,Siva...

Azman :

Siva

Azman :

Karangan Jenis Temu Ramah Anda merupakan sidang redaksi majalah sekolah.Anda telah menemu ramah seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada tahun lepas.Tuliskan temu ramah anda selengkapnya.

Atiah

Selamat pagi saudari.Saya, Atiah sidang redaksi majalah sekolah ingin menemu ramah saudari tentang kejayaan cemerlang saudari dalam peperiksaan UPSR. Sebelum itu saya ucapkan syabas. Terima kasih dan selamat pagi. Sila teruskan temu ramah saudari. Saya akan cuba menjawab semua pertanyaan saudari. Apakah perasaan saudari apabila muncul sebagai murid terbaik dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini? Saya berasa amat gembira kerana segala pengorbanan saya selama ini membuahkan

Atirah :

Atiah

Atirah :

hasil. Atiah : Apakah rahsia di sebalik kejayaan cemerlang saudari ini? Saya tidak mempunyai sebarang rahsia.Setiap hari, saya belajar mengikut jadual waktu yang telah saya tetapkan sendiri. Jika ada masalah, saya akan bertanya kepada guru. Selain daripada itu, ibu dan bapa serta keluarga saya sentiasa memberi dorongan, semangat, perangsang dan tunjuk ajar kepada saya. Bagaimanakah dengan penglibatan saudari dalam aktiviti kokurikulum? Saya ialah Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu dan Setiausaha Kelab Membaca. Dalam permainan, saya mewakili sekolah dalam pasukan badminton dan bola Jaring. Apakah cita-cita saudari pada masa hadapan? Saya akan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan agar dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Harapan saya agar dapat menjadi seorang doktor pada suatu hari nanti. Apakah pesanan saudari kepada rakan-rakan yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini? Nasihat saya kepada mereka agar belajar bersungguh-sungguh. Jangan cepat berputus asa Allah akan menyebelahi mereka yang sentiasa berusaha gigih. Selain itu, mereka harus yakin pada kebolehan diri sendiri. Baiklah saudari, harapan saya semoga saudari terus berjaya dan terima kasih kerana sudi ditemu ramah. Sama-sama.

Atirah :

Atiah

Atirah :

Atiah

Atirah :

Atiah

Atirah :

Atiah

Atirah :

Karangan Jenis Ucapan Yang saya muliakan saudari Pengerusi Majlis, Yang berusaha pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu, guru-guru, para ibu bapa dan hadirin hadirat yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikumwarohmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita semua dapatberkumpul dalam dewan yang permai ini bersempena dengan program anak dan masa depan. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan mengenai sikap terlalu memilih kerjaya yang mengundang kepada pengangguran. Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Kemantapan pemikiran bergantung kepada keteguhan hati dan sikap individu tersebut. Pengangguran yang kian bertambah seperti cendawantumbuh selepas hujan adalah berpunca

daripada sikap keluarga itu sendiri. Ibu bapa adalah asas sesebuah institusi kekeluargaan. Ibu bapa juga adalah orang yang wajib kita hormati kerana tanpa mereka siapalah kita? Tanpa ibu bapa yang mengasuh minda sejak kecil ke arah kebaikan, dapatkah kita menikmati hidup sebagaimana kini? Majoroti penganggur amat tertekan dengan sikap keluarga mereka yang terlalu menumpukan sesuatu perkara tanpa memikirkan masa depan anak mereka sendiri. Ibu bapa yang terlalu memaksa anaknya supaya mencari pekerjaan yang dipandang tinggi oleh orang lain menyebabkan anaknya hilang daya untuk berfikir secara rasional. Seperti yang kita maklum bahawa berfikiran secara rasional amat penting dalam menjamin masa depan individu dan individu itu mampu mendukung negara ke peringkat antarabangsa dan memartabatkan tanah air mereka. Hari ini kesalahan jenayah yang melibatkan golongan penganggur mengikut statistik polis meningkat dengan mendadak. Masalah ni sebenarnya berpunca daripada sikap dan peranan ibu bapa mereka sendiri yang bulat hati dalam memilih pekerjaan untuk anaknya. Sidang hadirin yang penuh visi, Selain itu, sistem politik negara juga menjadi punca kepada masalah pengangguran. Melalui p a r t i - parti politik yang ada dalam negara, ramai graduan yang sanggup mengenepikan t a w a r a n d e m i kepentingan parti politik yang lebih senangi. Sistem politik sepatutnya tidak menyumbang masalah kepada negara kerana ia hanyalah bertujuan untuk memantapkan sistem pentadbiran dan menegakkan hak-hak rakyat. Individu tidak harus terlalu taksub dengan bidang politik. Jika ramai individu pandai menjaga diri dan membawa diri dalam bidang ini, sudah pasti dapat mengurangkan kadar pengangguran yang sentiasa menjadi masalah bagi negara ini. Hadirin yang saya hormati, Masalah dalam revolusi ekonomi yang tidak menentu juga menjadi penyebab kepada meningkatnya masalah pengangguran. Ekonomi negara yang baik amat diutamakan untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.Pengurusan yang tidak sistematik boleh menyebabkan ramai orang ditimpa masalah. Bak kata pepatah, kerana nila setitik habis susu sebelanga.Majikan yang terlalu inginkan kemewahan sanggup mengenepikan graduan-graduan yang mempunyai kreadibiliti yang tinggi dengan mengambil pekerja asing. Sikap ini seharusnya dielakkan bagi memberi jalan kepada orang tempatan yang dibaratkan seperti melukut di tepi gantang, walaupun berada di negara sendiri. Kita sepatutnya berpegang kepada yang benar dan hindarkan diri dari sikap tamak.Marilah kita berfikir sejenak sambil menimbau kembali pada zamankita dijajah oleh orang asing disebabkan oleh sikap masyarakat pada zaman dahulu yang kurang berpengetahuan. Adakah anda semua terfikir betapa seksanya hidup di dalam negara sendiri tetapi ditadbir oleh masyarakat asing. Ini amat berkaitan dengan sikap pihak pengurusan pekerjaan yang mementingkan aliran wang masuk. Tidakkah kita berasa kecewa dengan sikap segelintir orang seperti ini? Dapatkah anda rasakan semangat orang-orang Melayu yang berikhtiar membebaskan diri daripada penjajah? Rujuk semula kepada penganggur, dapatkah penganggur menempis semangat putus asa dan menimba kembali semangat jati diri yang hampir dikaburi permasalahan yang pelbagai? Tanpa gabungan peranan orang lain dan penganggur itu sendiri, semangat tersebut amat sukar dicapai. Bak kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga. Hadirin yang saya kasihi, Selain itu, prosedur untuk mendapatkan pekerjaan juga amat,menyusahkan bagi mereka yang tiada kecekalan hati. Sememangnya, kita harus memandang ke hadapan dan tidak sama sekali

menoleh ke belakang kerana jika menoleh ke belakang walaupun hanya sekali dan untuk pertama kali, kita akan berada jauh daripada apa yang diimpikan. Penganggurseharusnya tidak mudah putus asa dan rajinlah seperti semut dalam mencari perkerjaan. Oleh itu, kita seharusnya mewujudkan persefahaman dan saling bergantungan antara satu sama lain seperti dakwat dengan keras. Dengan itu, wujudlah semangat cintakan negara dan apabila wujudnya semangat tersebut, semestinya setiap individu itu tidak mahu negara mereka ditimpa bencana. Tuntasnya, saya berharap agar anda semua akan berusaha dengan lebih tekun demi masa depan. Sebelum saya mengundur diri suka saya sampaikan serangkap pantun. Ramai penganggur hidup melata; Kerana pendirian tidak tetap; Sikap masyarakat bukan semata-mata; Kerana banyak penyelesaian belum terungkap. Sekian, terima kasih

Karangan Jenis Berita KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di sekitar bandar raya.Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut. Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu.Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut. Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh.Lima orang ditahan dalam serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik. Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut. Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki yang bernama Ah Chong .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan sindiket tersebut.Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai