Anda di halaman 1dari 1

D. LATIHAN: Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif. 1.

Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka. 2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar. 3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. 4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut pada pagi tadi. 5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas. 6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul. 7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti. 8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar. 9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa depan. 10. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan datang. 11. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut. 12. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di mahkamah. 13. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan yang dibuatnya sendiri. 14. Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak yang sedang membaca buku. 15. Jiran saya sedang mengisi sampah-sarap ke dalam plastik untuk dibuang.

Anda mungkin juga menyukai