n Ali Bin Sina Dilahirkan pada tahun 370 Hijrah / 980 Masihi di Afshanan Bukhara, Turkistan Bapanya adalah seorang pengawas Harmaisan, Bukhara Pada tahun 390 Hijrah / 1000 Masihi setelah bapanya meninggal dunia, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizmi, Jarjan, Rai dan Hamazan. Pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung Amir AlaDaulah di Asfahan Meninggal dunia di Hamazan pada tahu 428 Hijrah/ 1037 Masihi KEPERIBADIAN Tekun mempelajari ilmu o Ibnu Sina pernah membaca berkenaan metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali Taat beragama o Ibnu Sina sering berdoa kepada Allah terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan o Beliau sering pergi kemasjid untuk memohon petunjuk daripada Allah Pintar o Ibnu Sina berjaya menguasai pelbagai ilmu nakliah ketika berusia lapan belas tahun Berinovatif o Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya perubatan PENDIDIKAN Mula mempelajari Al-Quran semenjak berusia 5 tahun dan menghafaz ketika berumur 10 tahun Mempelajari ilmu fekah dan tasauf daripada Ismail Zahid, ilmu hisab dan prinsip-prinsip geometri daripada Muhammad Masah, ilmu falsafah daripada Abu Abdullah Natili serta ilmu sains dan astronomi daripada Al Biruni. Semasa 16 tahun, beliau dapat mengusai ilmu perubatan
KETOKOHAN Kepakaran beliau pernah digunakan untuk merawat orang-orang penting Beliau telah berjaya dalam bidang perubatan dengan beberapa pencapaian iaitu o Penemuan penyakit baru dan puncanya Pengaruh kuman dalam penyakit Jangkitan virus seperti Tibi dan sebagainya Penyakit seperti Rubella, alahan , cacar, penyakit jiwa dan sebagainya o Penemuan dalam bidang farmasi Menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit kronik dan ubat bius o Membangunkan teknologi perubatan Mencipta benang yang khusus untuk mejahit luka pembedahan, picagari dan lain-lain lagi KESAN PENINGGALAN Menggilapkan kembali bidang perubatan yang kian malap pada ketika itu. Beliau memperkenalkan metod pemerhatian dan analisis Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN Ibnu Sina menghasilkan 116 karya dalam pelabagai bidang ilmu pengetahuan Buku-buku tersebut telah dihimpunkan oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Jasanya dihargai dengan institusi pendidikan di Hungary dinamakan Avicenna College (Kolej Ibnu Sina)
IBNU KHALDUN TOKOH SEJARAWAN ULUNG Riwayat Hidup Nama sebenar ialah Abdul Rahman Bin Muhammad Bin Muhammad Lebih dikenal sebagai Ibnu Khaldun Dilahirkan tahun 732H/1332M dan berketurunan Arab Yaman Bapanya seorang sarjana yang terkenal . Sering berpindah randah sejak Tunisia dilanda wabak taun pada tahun 749H(Algeria, Fez, Mesir, Granada, Bougie) Beliau sekeluarga akhirnya menetap di kota Sivile, Sepanyol. Meninggal dunia pada tahun 808H/1406M di Kaherah, Mesir ketika berusia 87 tahun . Keperibadian 1. Tekun mencari ilmu Tekun mempelajari pelbagai ilmu fardu ain dan fardu kifayah sejak kecil . Ketika dewasa, kesibukan beliau dengan tugas pentadbiaran tidak menghalang menuntut ilmu. Beliau bijak membahagikan masa untuk masyarakat dan menuntut ilmu. 2. Berjiwa pemimpin Ibnu Khaldun pernah menjadi pegawai tertinggi istana ketua hakim Negara . Jawatan-jawatan ini diserahkan kepada beliau berdasarkan kecekapan dalam pentadbiran serta keupayaan mengemukakan idea untuk kemajuan Negara . 3. Kreatif Pemikiran Ibnu Khaldun dalam karyanya Muqaddimah Ibnu Khaldun lahir hasil daripada pengalaman dan kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah sebagai bidang ilmu yang sendiri . Buku ini dijadikan bahan kajian oleh sejarawan-sejarawan timur dan barat hingga ke hari ini .
Pendidikan Ibnu Khaldun mempelajari asas agama dan bahasa arab daripada bapanya Abdul Rahman Bin Muhammad, Muhammad Bin Abdul Muhaimin Hadrami, Muhammad Bin Saad Bin Barral Al-Ansari, Muhammad Bin Al-Syawasyi Al-Zarzali dan ramai lagi . Ibnu Khaldun mempelajari ilmu- ilmu fardu kifayah seperti mantik, falsafah, sains dan matematik daripada Muhammad bin Ibrahim Al-Abili. Semasa di Fez, Ibnu Khaldun mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa orang guru yang terkenal seperti beberapa orang guru terkenal seperti Ahmad bin Al-Qassar dan Lisanuddin bin Al-khatib iaitu pengarang kitab Tarikh Gharnatah (sejarah Granada) dan Muhammad bin Abdul Salam. Ibnu Khaldun Tokoh Pelbagai Bidang 1. Ibnu Khaldun sebagai sejarawan a) Ibnu Khaldun menganalisis sesuatu tamadun dari segi permulaan, faktor kegemilangan dan kejatuhan. b) Beliau memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosial, alam sekitar dan geografi. c) Ideanya yang menarik dalam kitab Al-Muqaddimah mendorong para pengkaji dan pemikir untuk mengiktiraf beliau sebagai tokoh sarjan dan sejarawan yang mengatasi sejarawan terkenal sebelumnya seperti Al Tabari dan Al-Mas`udi. 2. Ibnu Khaldun sebagai negarawan a) Ibnu khaldun merupakan negarawan yang banyak berjasa untuk negara. Beliau pernah menyandang jawatan- jawatan penting seperti: I. Setiausaha negara di istana Sultan Abu Ishak bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan. II. anggota Majlis Ilmiah. III. anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin abi Al-Hasan di Fez, Maghribi. IV. duta Granada V. Perdana Memteri (hajib) bougie VI. Ketua Hakim (Qadi Al-Qudhah) Mesir. b) Jawatan-jawatan penting tersebut telah memberi peluang kepada Ibnu Khaldun untuk Berkhidmat kepada Negara dengan berkesan.
3. Ibnu Khaldun sebagai Budayawan a) Ibnu Khaldun merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. b) Pengajian kesusteraannya dengan Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam syair. c) Beliau banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran beliau dalam bidng ini jelas kelihatan dalam kitab AlMuqaddimah ketika beliau membahaskan tentang syair Arab. Sumbangan Ibnu Khaldun Dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran Islam a) Ibnu khaldun banyak meninggalkan sumbangan yang bernilai kepada tamadun manusia. b) Ibnu khaldun berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan,ekonomi,politik dan pendidikan dalam karyanya. c) Beliau telah ,memberi panduan terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun. Beliau berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak di atas hasil kombinasi diantara keunggulan rohani dengan jasmani. d) Ibnu Khaldun merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi,dan pendidikan. e) Kejayaan Ibnu Khaldun itu mendorang para saujana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan dalam bidang-bidang tersebut. f) Sanjungan terhadap beliau hingga ke hari ini.pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar,bengkal dan persidangan ilmiah, serta judul-judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi. g) Sebuah anugerah ilmiah yang berpestij dinamakan semperna nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair Of Islamic Studies di Universiti Amerika. h) Nama Ibnu Khaldun diabadikan dalam sebuah universiti terkemuka di Jakarta Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun
Karya Agung Ibnu Khaldun 1) Penglibatan Ibnu Khaldun selama 20 tahun dalam bidang pentadbiran memetangkan pemikiran dan pengalaman beliau. 2) Hasil kombinasi pengalaman, ilmu pengetahuan, dan kreativiti, beliau menghasilkan karya-karya yang bermutu seperti: a) Al-Ibar Wa DiwanAl-Mubtada Wal Khabar Fi Ayamil Arab Wal Ajam Wal Babrar Wa Man Asarahum Min Zawi Al-Sultan Al-Akbar yang lebih dikenali sebagai Muqaddimah Ibnu Khaldun. b) Al-Takrif Bi Ibni KhaldunWa Rihlatuhu Gharban Wa Syargan. 3) Muqaddimah Ibnu Khaldun lebih berkualiti dan berpengaruh kepada pemikiran manusia. 4) Beliau berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah tanpa fanatik kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya. 5) Beliau menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan sejarah, iaitu a) mambandingkan antara peristiwa-peristiwa dangan berdasarkan kaedah sebab dan munasabah. b) mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan ikhtibar kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku, c) mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku. d) Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku
AS-SAYYID JAMALUDDIN AL-AFGHANI PEJUANG ISLAM YANG GIGIH Biodata 1. Nama beliau ialah Sayyid Jamaluddin Bin Safdar Al- Afghani. 2. Beliau dilahirkan pada tahun 1254 Hijrah bersamaan dengan tahun 1838 Masihi di perkampungan Asad-Asad, Kabul, Afghanistan. 3. Beliau digelar sebagai Sayyid kerana salasilah keturunannya bersambung dengan Saidina Ali Karramallahu Wajhah dan Rasulullah S.A.W. 4. Keturunan beliau juga bersambung dengan Imam Al-Tirmizi iaitu seorang ulama hadis yang terkenal. 5. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani banyak merantau untuk menyampaikan Idea-Idea Islah. Tempat-tempat yang beliau pernah kunjungi ialah Makkah, India, Mesir, Istanbul, Iran, Russia, Baghdad, Paris, dan London. 6. Pengaruhnya yang besar terhadap umat islam menyababkan beliau sering diburu oleh pihak Perancis, Inggeris, dan kuncu kuncu mereka. 7. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani pernah dilantik sebagai anggota Majlis AlMaarif (Kementerian Pendidikan) di Istanbul, Turki. 8. Beliau meninggal dunia pada 5 Syawal 1314 Hijrah bersamaan dengan 9 Mac 1897 Masihi ketika berusia 60 tahun. 9. Idea-idea yang dibawa oleh beliau diteruskan oleh muridnya iaitu Syeikh Muhammad Abduh. Keperibadian 1) Berani memperjuangkan kebenaran. Sayyid Jamaluddin Al- Afghani sangat berani memperjuangkan kebenaran. Beliau petah berpidato untuk menaikkan semangat umat islam supaya bersatu menentang penjajah. Oleh itu, beliau pernah diusir ke India, Turki, dan Mesir. 2) Suka merantau. Sayyid Jamaluddin Al- Afghani suka mengembara untuk mengkaji kedudukan umat islam serta menyebarkan idea islah yang banyak memepengaruhi perkembangan islam khususnya di timur. 3) Seorang yang tekun. Dengan ketekunannya itu membolehkan dia menguasai pelbagai ilmu dan bahasa. 4) Mencintai ilmu pengtahuan. Sayyid Jamaluddin Al- Afghani sangat meminati ilmu pengtahuan menyebabkan beliau merantau ke beberapa buah negara untuk mempelajari pelbagai jenis ilmu. 5) Mempunyai akal fikiran yang cerdas, tajam, dan berpandangan jauh.
Pendidikan 1. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani menghafaz Al-Quran keika berumur 12 tahun. 2. Semasa berusia 18 tahun, beliau dapat menguasai pelbagai ilmu pengatahuan seperti Al-Quran, hadis, fikah, ilmu kalam, tasawuf, nahu, saraf, balaghah, manik, falsafah, matematik, astronomi, perubatan dan anatomi. 3. Beliau bermusafir ke India untuk mendalami ilmu sains dan matematik moden. 4. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani menguasai beberapa bahasa dunia. Contohnya bahasa Afghanistan(Pishto), Parsi, Arab, Turki, Urdu, perancis, Inggeris dan Russia. Sumbangan 1. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani merupakan penggerak utama dalam perjuangan menentang penjajah. 2. Beliau merantau ka beberapa buah negara untuk menyatukan umat islam serta mengembalikan keyakinan mereka supaya mengusir panjajah dari tanah air mereka. 3. Pidatonya yang bernas dan bersemangat dapat menyuntik semangat umat Islam. Sebagai contoh, beliau cuba mengembalikan keyakinan umat Islam di India terhadap kemampuan mereka menentang penjajah. Antara teks pidato beliau ialah : Seandainya jumlah kamu yang beratus-ratus juta ini ditakdirkan menjadi lalat dan nyamuk sekalipun nescaya kamu akan dapat memekakan telinga-telinga orang inggeris dengan suara kamu. Seandainya kamu ditakdirkan menjadi labi-labi atau penyu sekalipun, lalu kamu berenang ke tanah inggeris, bilangan kamu yang seramai ini akan dapat mengepung dan menenggelamkan tanah inggeris, kamu akan pulang ke India dalam keadaan merdeka 4. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani menghasilkan beberapa karya yang berbentuk ilmiah seperti: i) Al-Amal Al-Kamilah ii) Al-Rad Ala Al-Dahriyyin iii) Al-Khatirat; iv) Tamimmah Al-Bayan Fi Tarikh Afghan;
v) Al-Takayyufat Ala Syarh Al-Dawani Lil Aqaid AlAdudiyyah. 5. Beliau juga mengasaskan beberapa akhbar seperti: a) akhbar Al- Urwatul wusqa di Perancis; b) akhbar Misr di Mesir; c) akhbar Al-Tijarah di Mesir; d) akhbar Al-Khafiqin di London. 6. Beliau tidak menghasilkan kitab-kitab besar sebagaimana ulama-ulama lain tetapi idea islah yang dibawanya memberi pengaruh yang besar dalam jiwa umat islam hingga ke hari ini. Idea Islah a) Islah berasal dari kata kerja aslaha yang bermaksud pambaikan. Islah bermaksud pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik. b) Islah sangat penting kepada seseorang untuk memperoleh kejayaan dalam kehidupan. Bentuk-bentuk Islah yang dibawa 1) Idea islah beliau merupakan usaha untuk mengembalikan kecemerlangan umat islam sebagaimana zaman khulafa Ar-Rasyidin. 2) Beliau membina perpaduan islam tanpa mengira bangsa dan budaya melalui gagasannya iaitu Al-Jamiah Al-Islamiah. 3) Beliau mengkritik taklid Al-Ama ( mangikut sesuatu secara membuta tuli) tanpa berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. 4) Beliau menyeru umat islam supaya kembali kepada ajaran islam yang tulen serta sesuai dilaksanakan sepanjang masa dan semua tempat. 5) Beliau cuba menyedarkan umat islam tentang keburukan fanatik kepada sesuatu mazhab hingga memecah belahkan kesatuan umat islam. 6) Beliau berpandangan bahawa umat islam mesti menumpukan perhatian kepada usaha-usaha untuk memerdekakan tanah air dan pemikiran mereka daripada penjajah. Kesan-kesan Islah yang dibawa i) Idea islah Sayyid jamaluddin Al-Afghani disambung oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rasyid Redha. ii) Gerakan islah dari asia barat ini lebih besar pengaruhnya berbanding gerakan islah dari India yang dipelopori oleh Syah Waliyyullah AlDahlawi.
iii) Gerakan islah telah mendorong umat islam mengkaji semula fahaman dan amalan masyarakat serta membetulkannya menurut taksiran AlQuran dan Al-Sunnah. iv) Gerakan ini telah berjaya mengembalikan keyakinan umat islam tentang kemuliaan dan kekuatan yang ada pada mereka. Hasilnya timbul kesedaran di kalangan uamat islam untuk berjuang membebaskan tanah air daripada penjajahan. Keperluan Individu kepada Islah 1) Islah amat diperluakan dalam kehidupan umat islam untuk membangunkan diri dan melaksanakan islam menurut ajarannya yang murni. 2) Islah dapat memberikan keyakinan kepada umat islam tentang kesesuaian islam untuk melaksanakan pada setiap masa dan dalam semua keadaan. 3) Sebagai pelajar, kita mesti bersikap positif untuk melakukan islah untuk memperoleh pencapaian akademik yang lebih baik.
AS-SYEIKH MUHAMMAD ABDUH TOKOH ISLAH AGUNG Biodata 1) Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah. 2) Dilahirkan dalam keluarga petani di Tanta Mesir pada tahun 1265 hijrah bersamaan dengan tahun 1849 Masihi. 3) Pada tahun 1882, Syiekh Muhammad Abduh dibuang negeri kerana tertuduh terlibat dengan pemberontakan Urabi. 4) Semasa menjalani hukuman tersebut beliau pergi ke Perancis. 5) Di Perancis beliau menerbitkan majalah Al-Urwatul Wusqa bersama gurunya Sayyid Jamluddin Al-Afgani. 6) Antara jawatan yang pernah disandang oelh syiekh Muhammad Abduh ialah: a. guru di Masjid Al-Husaini di Mesir. b. Pensyarah di Darul Ulum Mesir. c. Guru di sekolah Al-Sultaniah, Beirut; d. Ketua editor akhbar Al-Waqai Al-Misriyyah di Mesir. e. Ketua Hakim Mahkamah RayuanMesir. f. Mufti Kerajaan Mesir. 7) Syiekh Muhammad Abduh Meninggal dunia Pada tahun 1314 Hijrah bersamaan dengan tahun 1905 Masihi di Iskandariah, Mesir.
Keperibadian a. Beliau memiliki sifat keperibadian yang tinggi. Belaiu berani menyatakan idea-idea islahnya walaupun terpaksa berhadapan dengan rintangan yang besar. b. Beliau seorang yang tegas tetapi penyayang kepada anak-anak muridnya. Beliau menubuhkan Al-Jamiah Al-Khairiah Al-Islamiah untuk membantu murid-muridnya yang menghadapi msalah kewangan. c. Beliau merupakan seorang tokoh ulama berketerampilan. Beliau diberi kepercayaan untuk menyandang beberapa jawatan penting negara seperti hakim Mahkamah Rayuan Mesir, ahli Majlis Perguruan Universiti Al-Azhar Mesir, dan Mufti Kerajaan mesir. d. Berdaya kreatif dalam menghasilkan tulisan-tulisan yang bernas sehingga dapat mempengaruhi pemikiran umat islam.
Pendidikan a. Semasa kecil, Syiekh Muhammad Abduh belajar membaca dan menulis daripada bapanya Abduh. b. Beliau mempelajari serta menghafaz Al-Quran dalam masa 2 tahun. c. Seterusnya beliau mempelajari ilmu bahasa Arab di Masjid Al-Ahmadi. d. Beliau mempelajari ilmu tasawuf dan tatabahasa Arab dari Syiekh Darwisy Khudr dan Syiekh Darwisy. e. Semasa di Universiti Al-Azhar, beliau mempelajari pelbagai ilmu termasuk matematik dan falsafah dengan Syiekh Hasan Al-Tawil. f. Beliau memperoleh ijazah dari Universiti Al-Azhar pada 1877 Masihi. g. Pada tahun 1896 Masihi, beliau berkesempatan bertemu dengan Sayyid Jamaluddin Al-Afghani yang mengunjungi Mesir. Pada kesempatan itu, beliau sempat mendalami bidang akademik dan pemikiran islam. Faktor Syiekh Muhammad Abduh Melakukan Islah dalam Sistem Pendidikan 1. Inspirasi gerakan islah Sayyid Jamaluddin Al-Afghani yang menjurus ke arah mewujudkan integrasi ilmu. 2. Kesedaran Syiekh Muhammad Abduh terhadap keperluan kepada islah dalam kurikulum sekolah dan Universiti yang sudah ketinggalan zaman. 3. Sistem pendidikan semasa itu yang menjurus ke arah taklid buta dan pasif(jumud). 4. Kekurangan praserana pendidikan serta bentuan dari kerajaan Mesir kepada golongan miskin. 5. Kadar gaji guru yang rendah. Metode Islah Syiekh Muhammad Abduh I. Disebabkan proses islah memakan masa yang panjang dan dengan stategi yang baik, Syeikh Muhammad Abduh menggunakan pelbagai metode untuk menyalurkan idea-idea islahnya. II. Antara idea-idea islah beliau ialah: a. melalui proses pengajaran di Masjid Al-Husain, Darul Ulum, dan Universiti Al-Azhar. b. melalui media massa seperti majalah Al-Urwatul Wusqa, akhbar Al-Waqai Al-Misriyyah dan Al-Ahram. c. melalui karya ilmiah beliau seperti risalah Al-Tauhid,Tafsir Juz Amma, Al-Tahrir Fi islah Al-Mahakim Al-Syariah, Al-Islam Wa AlRad Ala Muntaqidih, dan Al-Islam Wal Nasraniah Maal-Ilm Wal Madaniah.
d. Melalui jawatan-jawatan yang disandangnya seperti hakim Mahkamah Rayuan Mesir, ahli Majlis Perguruan Universiti AlAzhar Mesir,dan Mufti kerajaan Mesir. Sumbangan Syiekh Muhammad Abduh dalam Pendidikan 1. Idea-idea yang dibawa oleh beliau telah mengubah pandangan umat islam yang sering terikut-ikut dengan sebahagian sarjana Muslim yang jumud dan pasif. 2. Beliau berjaya memberi gambaran jelas tentang keperluan umat islam kepada islah khususnya dalam bidang pendidikan. 3. Idea islah beliau dalam bidang pendidikan khususnya di Universiti AlAzhar telah memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan ilmu pengetahuan umat islam. Antara idea tersebut ialah: i. mewujudkan mata pelajaran matematik, geografi, algebra, sejarah dan seni khat. ii. mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil. iii. Mewujudkan farmasi khususnya untuk pelajar universiti Al-Azhar. iv. Menyediakan peruntukan untuk gaji guru dari perbendaharaan nagara dan wakaf nagara. v. Memperbaiki asrama pelajar dengan menekankan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan. vi. Beliau meninggalkan beberapa buah karya yang bermutu dan menjadi sumber rujukan utama dalam dunia islam seperti: a. risalah Al-Tauhid b. Tafsir Juz Amma c. Tafsir Surah Al-Asr d. Risalah al-Rad Ala Al-Dahriyyin (terjemahan karya Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dalam bahasa parsi) e. Syarhu nahjil balaghah f. Al-Tahrir Fi Islah Al-Mahakim Al-Syariah g. Al-Islam Wal-Rad Ala-Muntaqidih h. Al-Islam Wal Nasraniah Maal-Ilm Wal Madaniah.
AS-SYEIKH TAHIR JALALUDDIN TOKOH PEMIKIR TANAH AIR Biodata 1. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Tahir Bin Syiekh Muhammad bin Ahmad Jalaluddin. 2. Dilahirkan pada 7 november 1869 Masihi di Ampek Angkek, Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia. 3. Syiekh Tahir berasal dari keluarga berilmu. 4. Bapanya Syiekh Ahmad adalah seorang ulama dan hakim terkenal yang berketurunan melayu Minangkabau. 5. Apabila Syiekh Tahir Jalaluddin kembali dari pengajian pada tahun 1900 masihi, beliau terus menetap di perak. 6. Antara tugas danm jawatan yang pernah disandang oleh Syiekh Tahir Jalaluddin ialah: a. guru di Madrasah Al-Masyhur, Pulau Pinang. b. Guru di Mabrasah Parit Jamil,Muar Johor. c. Guru di Masjidil Haram Makkah d. Mufti negeri Perak e. Mufti negeri Johor f. Nazir sekolah-sekolah agama Johor. 7. Ketika menjadi mufti negeri Perak, beliau mendapat gelaran Syiekh. 8. Beliau meninggal dunia pada 26 oktober 1956 Masihi di Perak. Keperibadian 1. Beliau seorang yang menepati masa.beliau tidak perna terlewat menghadiri kelasnya melainkan keuzuran. Murid-muridnya memahami sikap beliau ini dan mereka berjaya mendisiplinkan diri masing- masing. 2. Cinta kepada ilmu pengetahuan. Beliau suka membaca dan beliau telah menyediakan sebuah perpustakaan kecil di rumahnya. 3. Beliau tekun dan gigih dalam menyebarkan idea islah walaupan sentiasa ditentang oleh para ulama tradisional di tanah air. 4. Seorang yang gigih dan bersungguh-sungguh dalam memajukan masyarakat islam. 5. Seorang yang kreatif dan berminat menghasilkan karya-karya ilmiah. 6. Seorang yang tegas dan memiliki semangat juang yang tinggi.
Pendidikan 1. Semasa berusia 12 tahun, Syiekh Tahir Jalaluddin belayar ke Makkah. 2. Di Makkah, beliau tinggal dengan saudara sepupunya iaitu Syiekh Ahmad bin Khatib. 3. Syiekh Ahmad Al-Khatib merupakan pemimpin Mazhab Syafie di Masjidil Haram. Kesempatan ini diginakan oleh Syiekh Tahir Jalaluddin untuk menuntut ilmu-ilmu agama. 4. Pada tahun 1983 Masihi, Syiekh Tahir Jalaluddin menyambung pelajaran dalam jurusan ilmu falak di universiti Ak-Azhar Mesir. 5. Beliau tekun mempelajari ilmu falak hingga berjaya menguasainya dengan baik. 6. Beliau diberi kepercayaan untuk mengajar di Masjidil Haram. 7. Pada tahun 1899 Masihi, Syiekh Tahir Jalaluddin pulang ke tanah air dan mengembangkan ilmunya serta membuat pembaharuan untuk memajukan masyarakat islam. Idea Islah Syeikh Tahir Jalaluddin 1. Syeikh Tahir Jalaluddin mula tertarik dengan idea Islah semasa beliau bersahabat dengan Sayyid Muhammad Rasyid Redha iaitu anak murid Syeikh Muhammad Abduh di Universiti Al-Azhar. 2. Apabila kembali ke Malaysia, beliau berusaha untuk menyedarkan masyarakat Islam tentang perlunya kebebasan berfikir yang terhindar daripada kongkongan kurafat dan syirik serta penjajah luar. 3. Mesej Islah Syeikh Tahir Jalaluddin ialah : a. Mengajak umat Islam supaya mengamalkan ajaran Islam yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah yang bebas daripada adat lama yang sebahagiannya dipusakai dari agama Hindu. b. Menjauhkan pengaruh negatif dari luar terutama dari barat. c. Berusaha mempelajari pelbagai ilmu fardu ain dan fardu kifayah. d. Menolak taklid (mempercayai sesuatu secara membuta tuli). e. Dalam memperjuangkan idea Islah, beliau telah ditentang hebat oleh golongan ulama tradisional khususnya di Malaysia. f. Beliau juga mendapat kekangan dari pihak penjajah yang merasakan kedudukan mereka terancam dengan kebangkitan orang melayu. g. Akibatnya, pada tahun 1927 Masihi, Syeikh Tahir Jalaluddin di penjarakan selama 9 bulan atas tuduhan menentang Belanda. Namun ia tidak dapat mengikis semangatnya yang kental dalam memperjuangkan Islam.
Metode Syiekh Tahir Jalaluddin dalam Menyampaikan Idea Islah 1. Melalui penerbitan akhbar a. Beliau menerbitkan majalah Al-Imam bersama Sayyid Syiekh AlHadi pada bulan jamadilakhir 1324 Hijrah bersamaan bulan julai 1906 Masihi di Singapura. b. Melalui majalah Al-Imam, Syiekh Tahir jalaluddin menyampaikan mesej islahnya. c. Akibat tekanan daripada pihak penjajah inggeris dan belanda, penerbitan majalah Al-Amam terpaksa dihentikan pada tahun 1908 Masihi. d. Namaun ia meninggalkan kesan mendalam kepada karyawan melayu dan para pembaca seluruh nusantara. e. Berikutan itu, beberapa majalah lain muncul seperti Al-Munir di Indonesia pada tahun 1908 Masihi, Neraca di singapura pada tahun 1911 Masihidan pengasuh di Malaysia pada tahun 1908 Masihi. 2. Melalui jawatan-jawatan yang disandang a. Kesarjanaan beliau semakin terserlah apabila beliau dilantik menjadi mufti Perak dan Johor. b. Beliau menggunakan kesempatan tersebut dengan baik untuk menyebarkan idea islah kepada masyarakat. 3. Melalui proses pengajaran a. Semasa beliau menjadi guru di Madrasah Al-Masyhur Pulau Pinang dan Matrasah Pari Jamil Johor, Beliau mengambil peluang untuk menyebarkan idea islah di kalangan murid-murid dan guruguru. b. Usah beliau mendapat sokongan rakan-rakan serta muridmuridnya. c. Menerusi asuhan mereka lahir tokoh-tokoh pendakwah serta pendokong islah generasi seterusnya seperti Hamka,Haji Agus Salim, Prof. Datuk Dr Zulkifli Muhammad dan Sayyid Syiekh AlHadi.
SUMBANGAN SYEIKH TAHIR JALALUDDIN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN a. Dalam bidang pemikiran 1. Melalui majalah Al-Imam, Syeikh Tahhir Jalaluddin menyalurkan idea Islahnya serta maklumat-maklumat intelektual Islam untuk membebaskan masyarakat Melayu daripada sebarang unsur penjajahan fizikal dan pemikiran. b. Dalam bidang pendidikan 1. Syeikh Tahir Jalaluddin memberi sumbangan yang bermakna dalam bidang pendidikan. 2. Pada tahun 1908 Masihi, beliau menubuhkan Madrasah Al-Iqbal AlIslamiah di Singapura. 3. Penubuhannya menjadi sumber inspirasi kepada penubuhan Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiah di Riau, Al-Madrasah Al-Adabiah, di Sumatera Barat Madrasah Al-Hadi di Melaka dan Madrasah Al-Masyur, Pulau Pinang. c. Dalam bidang ilmu Falak 1. Syeikkh Tahir Jalaluddin merupakan orang yang bertanggung jawab mengembangkan ilmu falak di Malaysia. 2. Kemahiran beliau dalam ilmu falak menyebabkan beliau di gelar Al-Falaki. 3. Walaupun ilmu falak kurang mendapat sambutan ketika itu, namun beliau sentiasa optimis dengan keperluannya sebagai ilmu yang bersifat futurastik. 4. Menjelang akhir tahun 60-an, ilmu falak mula mendapat perhatian khusus daripada pihak kerajaan. Ia mula dengan penubuhan jawatan kecil takwim Islam di bawah pusat Islam. 5. Pusat-pusat pengajian tinggi juga menawarkan kursus falak syerie sebagaimana yang dilakukan oleh jabatan syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1981. d. Dalam bidang kesusasteraan 1. Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan penggiat sastera. Ini terserlah melalui penulisan-penulisannya seperti yang terdapat dalam majalah Al-Imam dan seumpamanya.
HAMKA PERMATA NUSANTARA Biodata 1. Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim bin Syeikh Muhammad Amarullah. 2. Hamka ialah nama singkatan yang manggabungkan nama beliau dengan bapanya. 3. Beliau dilahirkan pada 13 muharam 1362 hijrah bersamaan 16 februari 1908 Masihi di Desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat,Indonesia. 4. Bapanya ialah seorang ulama terkenal yang membawa pembaharuan di Minangkabau. 5. Antara jawatan dan tugas yang pernah disandang oleh Hamka ialah: a. Guru agama di Tebing Tinggi, Medan dan Padang Panjang. b. Pensyarah di Umiversiti Islam Jakarta. c. Pensyarah di Universiti Muhammadiah Padang panjang. d. Rector Perguruan Tinggi Jakarta. e. Pegawai Tinggi Agama Indonesia. f. Ketua umum Majlis Ulama Indonesia. 6. Hamka menerima banyak anugerah daripada pelbagai pahak kerana jasa dan sumbangan beliau. 7. Hamka meninggal dunia pada 24 Julai 1981 Masihi ketika berusia 73 tahun. Keperibadian 1. Hamka merupakan seorang yang petah berpidato. Beliau pernah diberi penghormatan untuk berpidato dalam satu rancangan radio Arab Saudi. 2. Seorang yang berjiwa seni. Ini jelas kelihatan melalui gaya bahasa beliau dalam karya-karya agungnya. 3. Seorang yang berani. Semasa revolusi terhadap pihak penjajah Belanda di Sumatera , Hamka dengan berani mengatur siri pidato untuk membangkitkan semangat umat Islam menentang pihak Belanda.
Pendidikan 1. Hamka mempelajari Al Quran dan asas-asas agama daripada bapanya iaitu Syeikh Abdul Karim. 2. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Desa Padang Panjang dan Sekolah Agama Al Tawalid yang didirikan oleh bapanya. 3. Hamka banyak mengikut pengajian di masjid dan surau yang disampaikan oleh ulama-ulama yang terkenal ketika itu. 4. Hamka suka menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan untuk membaca buku-buku kesusasteraan, falsafah, sejarah dan politik dunia. Kegigihan Hamka mengembangkan dakwah Islamiah di Nusantara 1. Pada usia 17 tahun Hamka menerbitkan sebuah majalah dakwah yang diberi nama Khatibul Ummah. 2. Semasa berada di Makkah pada tahun 1927 Masihi Hamka mengasaskan Persatuan Hindia Timur untuk memberi pelajaran kepada jemaah haji Indonesia. 3. Apabila pulang dari Makkah, beliau menganggotai Persatuan Muhammadiah dan mengetuai cawangannya di Padang Panjang. 4. Pada 1935 Masihi Hamka mengasaskan Kolej Al Muballighin. 5. Pada 1936 Hamka menerbitkan majalah Pedoman Masyarakat . 6. Pada 1935 Masihi Hamka dilantik sebagai anggota pimpinan Pusat Pertubuhan Muhammadiah. Sumbangan Hamka dalam bidang ilmu dan pemikiran 1. Hamka merupakan tokoh ulama yang melakukan pembaharuan yang besar kepada umat Islam di Nusantara. 2. Karya-karya beliau dalam bidang agama menyentuh secara langsung kehidupan umat Islam di rantau ini. 3. Hamka merupakan penyumbang idea islah yang dibawa oleh Sayyid Jamaludin Al Afghani dan Muhamad Abduh di nusantara. 4. Pendekatan Hamka yang sederhana diterima baik oleh masyarakat Islam di Indonesia malah pada peringkat antarabangsa.
Hasil-hasil karya Hamka Bidang Agama Tafsir Al Azhar Tasawuf Moden Pedoman Mubaligh Islam Arkanun Islam Sejarah Umat Islam Revolusi Agama Bidang Falsafah Falsafah Hidup Lembaga Hidup Falsafah Ideologi Islam Ekspensi Ideologi Pandangan hidup Muslim Bidang Sastera Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Dibawah lindungan Kaabah Laila Majnun Mandi cahaya di Tanah Suci Menunggu beduk berbunyi Perjuangan Hamka 1. Seluruh kehidupan Hamka di isi dengan perjuangan . 2. Hamka pernah mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia 3. Beliau juga menubuhkan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah 4. Beliau pernah dipecat daripada jawatan ketua umum Majlis Ulama Indonesia kerana kelantangannya mengkritik kepincangan pentadbiran Indonesia . 5. Beliau juga pernah dipenjarakan bersama tokoh-tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia . 6. Namun semua ujian tersebut tidak mematahkan semangat beliau untuk menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat.