Anda di halaman 1dari 6

Assalamualaikum dan selamat sejahtera , terima kasih kepada tuan pengerusi majlis, yang dihormati Pengetua SMK Delima

Satu, ketua- ketua jabatan, guru-guru dan para pelajar yang dihormati sekalian. Bersyukur kita atas limpah dan kurnianya kerana dapat kita berkumpul dalam Program Intelek Remaja yang dianjurkan oleh badan khas sekolah Smk Delima Satu, tahniah atas penganjuran program ini, diharap program ini akan menjadi batu loncatan kepada minda para pelajar untuk terus tekun dan rajin dalam menimba ilmu. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput saya dan memberi

kepercayaan kepada saya untuk memberi sedikit motivasi ceramah kepada para tunas remaja kita ini. Hadirin sekalian, Pada pagi yang mulia ini saya akan memberi satu ucapan yang bertajuk Globalisasi Pendidikan melalui penekanan minda kelas pertama. Jika kita imbas kembali kepada rentetan penglobalisasian pendidikan dalam tempoh sepuluh tahun ini terdapat pelbagai perubahan dan pendekatan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia antaranya ialah PPSMI iaitu pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Kemudian penyelarasan tadika dan pra sekolah ke dalam sistem pendidikan

Malaysia dan yang terbaru pembubaran PMR dan UPSR dalam sistem pendidikan Malaysia yang masih dalam perbincangan. Kesemua revolusi pendidikan ini hanyalah mempunyai satu tujuan, iaitu menjana pendidikan negara ke tahap yang lebih baik. Pendidikan berkait rapat dengan tahap minda masyarakat dan negara. Melalui konsep globalisasi pendidikan menerusi penekanan minda kelas pertama adalah membina dan membimbing minda pelajar untuk berevolusi untuk bergerak sendiri berdasarkan hasil pembelajaran yang diberi. Minda kelas pertama adalah seseorang yang mempunyai sikap yang mahmudah seperti berwawasan, kreatif, berani
2

menerima teguran, berkepimpinan, bertanggungjawab dan berani maju ke hadapan. Ciri- ciri tersebut adalah ciri seorang pelajar yang mampu membina negara kita dengan lebih maju melalui penekanan minda kelas pertama. Bukan mudah untuk memupuk minda kelas pertama dalam masyarakat pelajar kita kerana adanya pengaruh dari minda kelas ketiga yang mempunyai sifat songsang dari minda kelas pertama. Jika kita lihat saranan Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu dasar pandang ke timur adalah bertepatan dengan penekanan minda kelas pertama kerana negara maju seperti Korea, Jepun dan China

amat menekankan pendidikan dengan lebih serius malah masyarakat pelajar mereka berlumba-lumba untuk menjadi terbaik. Bukan untuk membandingkan tetapi jika kita melihat secara kasar, peratus kecemerlangan pendidikan negara kita memang meningkat akan tetapi kita boleh melihat sejauh mana kecemerlangan pelajar kita. Mereka hanya cemerlang pada bidang akademik, akan tetapi sahsiah dan kecemerlangan diri belum lagi mereka capai. Seharusnya, kecemerlangan pendidikan haruslah selaras dengan kemajuan intelek dan minda pelajar. Misi untuk menjana minda kelas pertama dalam kalangan pelajar adalah untuk
3

menghasilkan pelajar yang cemerlang dari sahsiah dan juga sikap. Hadirin yang dihormati sekalian, Pembangunan modal insan yang dibincang dalam RMK-9 turut memberi tumpuan kepada aspek keinsanan yang terbina menerusi falsafah hidup, agama dan moral. Ciri-ciri modal insan itu merangkumi penguasaan dan nilai ilmu yang tinggi, sikap proaktif, berakhlak luhur, tidak mementingkan diri dan memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat dan negara. Sehubungan itu, inisiatif RMK-9 untuk meningkatkan lagi akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti kepada semua

peringkat perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Inisiatif ini diharap dapat membuka mata dan minda agar lebih proaktif,dinamik dan berpengetahuan untuk melakukan pembaikan dan inovasi, di samping pemantapan asas akhlak dan keinsanan yang kukuh.

Selain itu, minda kelas pertama tidak terbentuk dalam persekitaran sinonim dengan hedonisme, ampuisme dan rasuah. Minda kelas pertama tidak bercambah jika ukuran ilmu hanya diasaskan kepada jenis sijil dan tahap kelayakan akademik. Dalam persekitaran merangsang pembangunan minda kelas pertama,

Strategi yang dirangka ini hanya akan berkesan jika mereka bebas dari beberapa elemen seperti desakan politik, birokrasi, individualisme dan egoism . Elemen tersebut boleh membuatkan minda pelajar menjadi kurang prihatin terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka. ukuran ilmu dan pencapaian ialah kegigihan, iltizam, sumbangan konkrit dan gaya hidup berasaskan kepentingan nilai ilmu. Oleh itu, kita sebagai warga Malaysia haruslah menyokong strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk kebaikan kita bersama dan untuk para pelajar

sekalian, timbalah ilmu seperti kita akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah kita seperti kita akan menemui ajal esok kerana modal insan yang baik bukan sahaja dari sudut minda pertama akan tetapi dari ibadahnya.

Refleksi

saya membuat beberapa penyelidikan terhadap rmk-9 negara yang ada menyentuh pendidikan melalui pembentukan modal

Kerja kursus yang diberikan adalah membuat satu ucapan umum yang mempunyai penekanan kepada globalisasi minda kelas pertama. Kemudian kami harus menyampaikannya dengan format ucapan yang betul.

insan.

Pengucapan awam dibuat di hadapan penonton untuk memberi keadaan sebenar sesebuah pengucapan awam dibuat. Ini memberi kami pengalaman untuk mengatasi darah

Melalui beberapa perjumpaan dalam kelas pensyarah telah memberi tunjuk ajar dan petua tentang bagaimana seseorang itu memberi ucapan. Selain itu, saya juga dapat menambah keyakinan diri dalam sesi pengucapan awam. Saya tahu saya boleh membuat ucapan akan tetapi tunjuk ajar pensyarah adalah sebab utama saya boleh membuat pengucapan awam.

gemuruh kami dan cara untuk mengawal keadaan dalam situasi penonton yang tidak menentu.

Secara keseluruhan, tugasan ini melatih kami untuk lebih berkeyakinan dalam memberi ucapan di khalayak ramai.

Melalui tugasan ini juga saya dapat menyediakan bahan ucapan yang relevan dengan tema yang diberi. Globalisasi pendidikan melalui penekana kelas minda pertama adalah tema yang diberi, dalam ucapan yang dibuat
6

Anda mungkin juga menyukai