Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR

PISMP TESL (SR) PROGRAMME 3rd CYCLE

PPISMP FOUNDATION COURSE YEAR 1 SEMESTER 2, JUNE 2010 INTAKE

AGAMA ISLAM
NAME INDEX NUMBER I/C NUMBER GROUP ACADEMIC TUTOR : AZROY BIN NORAZLAN MAHENDIRAN : 2010212350142 : 910722075593 : FP 2.6 (F) : USTAZ ABU HISYAM BIN YUSOF

DATE OF SUBMISSION : 3 MAY 2011

PENDIDIKAN ISLAM
Islam merupakan agama yang mudah difahami oleh semua lapisan masyakat. Selain itu juga,agama islam merupakan agama yang tidak memaksa penganutnya. Aqidah islam merupakan perkara yang wajib diketahui dan difahami secara mendalam oleh umat islam. Selain itu juga mereka seharusnya mempercayai akidah islam tanpa sebarang syak atau ragu-ragu.untuk mempelajari tentang akidah islam secara mendalam, kita boleh merujuk sumber-sumber seperti Al-quran,Al-hadith dan kitab-kitab agama.penyelewengan terhadap ilmu akidah menyebabkan penerangan terhadap ilmu akidah menjadi sedikit rumit kerana segelintir masyarakat telah mengalami pemesongan akidah yang serius. Definisi akidah adalah perkara yang wajib diakui dengan hati dan jiwa tanpa sebarang syak wasangka. Akidah merupakan perkara teras dalam agama islam. Tanpa akidah yang kukuh, umat islam akan hanyut dari landasan yang benar. Akidah terdiri dari dua iaitu akidah suci dan akidah fasad. Akidah suci merupakan akidah yang diturunkan oleh Allah manakala akidah fasad adalah akidah yang telah diselewengkan. Kepentingan akidah kepada umat islam adalah sebagai pendorong agar melakukan perkara yang baik disisi Allah yang esa. Umat islam yang tidak takut terhadap balasan tuhan akan dimasukkan kedalam nereka. Amalan yang dilakukan bukan kerana Allah tidak akan diterima pahala amalan tersebut dan ianya menjadi sia-sia belaka. Kesimpulannya kita haruslah mendalami konsep akidah islam supaya dapat mengelakkan diri kita dari terjerumus kepada perkara-perkara yang menyebabkan kita dilaknat oleh Allah s.w.t. Kita boleh mengambil iktibar dari kisah-kisah yang pernah berlaku pada zaman nabi berkaitan dengan keteguhan akida para sahabat sebagai contohnya, Bilal bin Rabah yang telah diseksa kerana menganut agama islam namun keteguhan imannya menyebabkan beliau tidak berganjak dari jalan Allah yang benar. Istilah aqidah di dalam istilah umum dipakai untuk menyebut keputusan pemikiran yang mantap,benar mahupun salah, baik ataupun buruk. Jika keputusan pemikiran yang mantap itu benar, maka itulah yang disebut aqidah yang benar, seperti keyakinan umat Islam tentang ke-Esa-an Allah. Dan jika salah, maka itulah yang

disebut sebagai aqidah yang batil atau salah, seperti keyakinan kaum Nasrani yang percaya Allah itu adalah salah satu dari tuhan mereka(konsep trinity). Istilah aqidah juga digunakan untuk menyebut kepercayaan yang mantap dan keputusan yang tegas yang tidak boleh dihinggapi dengan perasaan was-was. Iaitu apa-apa ideologi yang diikat kuat oleh sanubarinya dan dijadikannya sebagai madzhab atau pegangan hidup. Jadi, Aqidah Islamiyyah adalah keimanan yang teguh dan bersifat pasti kepada Allah dengan segala pelaksanaan ke-wajiban, bertauhid dan taat kepada-Nya, beriman kepada Malaikat-malaikat-Nya, Rasul-rasul-Nya, Kitab-kitab-Nya, hari Akhir, takdir baik dan buruk dan mengimani seluruh apa-apa yang telah shahih tentang Prinsip-prinsip Agama (Ushuluddin), perkara-perkara yang ghaib, beriman kepada apa yang menjadi ijma (konsensus) dari Salafush Shalih, serta seluruh berita-berita qathi (pasti), baik secara ilmiah maupun secara amaliyah yang telah ditetapkan menurut Al-Quran dan As-Sunnah yang shahih serta ijma Salafush Shalih. . Aqidah Islam yang betul dan lurus juga boleh dikatakan dengan mengikut dan percaya dengan hati dan juga perbuatan terhadap Rukun Islam. Ahli's sunnah wal-jama'ah adalah segolongan manusia yang beriman kepada Allah swt dan berpegang teguh dengan 'itiqad dan ajaran Nabi Muhammad saw serta para sahabat baginda, serta para tabi-'in, dan para tabi' tabi-'in.

Apabila dikatakan segolongan manusia yang beriman kepada Allah swt, maknanya tidak semua manusia yang mengaku bahawa tiada Tuhan yang sebenar-benarnya yang wajib disembah melainkan Allah, berpegang kepada itiqad yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Hanya golongan Ahli's sunnah wal-jama'ah sahaja yang memelihara keaslian 'itiqad yang dibawa oleh Rasulullah saw. Hal ini bukan suatu yang memeranjatkan kerana Rasulullah saw telah pun memaklumkan kepada para sahabat ketika hayat baginda bahawa umat baginda akan berpecah kepada 73 firqah dimana hanya satu firqah sahaja yang benar dan selamat disisi Allah.

Dalam kitab Bughyatul Mustarshidin disebut bahawa 72 golongan yang sesat tersebut boleh dikategorikan kepada 7 golongan yang besar iaitu,

Pertama, kaum Syiah yang keterlaluan melebihkan dan memuja Sayyidina 'Ali dan keluarganya; sehingga mereka tidak mengakui khalifah-khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman. Kaum Syiah ini telah berpecah menjadi dua puluh dua golongan.

Kedua, golongan Khawarij yang terlalu berlebihan membenci Sayyidina 'Ali. Sehingga ada diantara mereka yang sanggup mengkafirkan beliau. Pada pandangan mereka, orang-orang yang melakukan dosa besar menjadi kafir. Mereka ini kemudiannya berpecah menjadi dua puluh golongan.

Ketiga, kaum Mu'tazilah yang mempunyai fahaman bahawa Allah tidak mempunyai sifat-sifatnya, dan bahawa manusia melakukan amalnya sendiri dengan bebas merdeka, dan bahawa Tuhan tidak boleh dilihat dalam syurga, dan bahawa orangorang yang melakukan dosa besar diletakkan antara syurga dan neraka; mereka juga beranggapan bahawa Mi'raj Nabi S.A.W. adalah dengan roh sahaja. Kepelbagaian fahaman menyebabkan mereka berpecah pula kepada dua puluh golongan.

Keempatnya ialah kaum Murji'ah yang mempunyai pegangan bahawa sesiapa yang melakukan dosa, maka itu tidak mendatangkan mudharat apabila ia sudah beriman, sama juga seperti seseorang yang kafir dimana kebajikan yang mereka dilakukan itu tidak memberi manfaat kepada mereka. Mereka ini kemudiannya berpecah kepada lima golongan.

Kelimanya ialah golongan Najjariyah yang mempunyai pegangan bahawa perbuatan manusia dijadikan oleh Tuhan dan Tuhan tidak mempunyai sifat. Mereka berpecah kepada tiga fahaman lagi.

Keenamnya ialah kaum Jabbariyah yang mempunyai keyakinan bahawa manusia tidak terdaya apa-apa; usaha atau ikhtiar manusia tidak ada sama sekali. Fahaman ini tidak

bercambah atau berpecah.

Ketujuhnya ialah kaum Musyabbihah, iaitu kaum yang mempunyai pegangan bahawa Tuhan mempunyai sifat-sifat sebagaimana yang ada pada manusia, umpamanya Tuhan ada tangan, ada kaki, duduk atas 'Arsy, naik tangga dan turun tangga dan sebagainya. Fahaman ini juga tidak bercambah atau berpecah.

Dengan itu maka jumlah mereka semuanya adalah 72 golongan. Kesemua fahaman ini telah menyimpang dari ajaran Rasulullah saw yang asal. Hanya golongan ahli's Sunnah wal-Jama'ah sahaja yang tetap mengekalkan segala ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Tetapi disini saya ingin menekankan tentang firqah atau aqidah Syiah yang sudah jauh menyimpang dari kebenaran yang nyata. Seperti yang dinyatakan, Syiah adalah golongan yang terlalu taksub memuja Sayyidina 'Ali dan keluarganya; sehingga mereka tidak mengakui khalifah-khalifah Abu Bakar, 'Umar ,'Uthman dan Sayyidatina Aisya.Syiah mempunyai banyak cabangnya dan antara yang paling terkenal ialah Rafidhah, Imammiyah, Zaidiyyah, Batiniyyah, dan Assariyyah. Di sini saya hanya ingin menghurai panjang tentang dolongan Syiah yang paling besar dan umum yakni Syiah Rafidhah. Sepanjang apa yang saya dapat dari pembacaan saya di sumber-sumber tertentu, Syiah Rafidhah ini telah dicetuskan oleh seorang yahudi yang ingin memecah belahkan umat islam yang bernama Abdullah bin Saba Al-Himyari, yang menampakkan keislaman di zaman kekhalifahan Utsman bin Affan. Ia menekankan sikap ekstrim di dalam memuliakan Ali, dengan suatu slogan bahwa Ali yang berhak menjadi imam (khalifah) dan ia adalah seorang yang mashum (terjaga dari segala dosa) (Majmu Fatawa, 4/435). Selain itu, saya akan menyatakan tentang pandangan pandangan Syiah Rafidhah terhadap aspek-aspek tertentu seperti saya nyatakan di bawah; Tentang Al Quran, Di dalam kitab Al-Kaafi (yang kedudukannya di sisi mereka seperti Shahih Al-Bukhari di sisi kaum muslimin), karya Abu Jafar Muhammad bin

Yaqub Al-Kulaini (2/634), dari Abu Abdullah (Jafar Ash-Shadiq), ia berkata : Sesungguhnya Al Quran yang dibawa Jibril kepada Muhammad (ada) 17.000 ayat. Tentang shahabat Rasulullah,Diriwayatkan oleh Imam Al-Jarh Wat Tadil mereka (Al-Kisysyi) di dalam kitabnya Rijalul Kisysyi (hal. 12-13) dari Abu Jafar (Muhammad Al-Baqir) bahwa ia berkata: Manusia (para shahabat) sepeninggal Nabi, dalam keadaan murtad kecuali tiga orang, maka aku (rawi) berkata: Siapa tiga orang itu? Ia (Abu Jafar) berkata: Al-Miqdad bin Al-Aswad, Abu Dzar Al-Ghifari, dan Salman Al-Farisi kemudian menyebutkan surat Ali Imran ayat 144. (Dinukil dari Asy-Syiah Al-Imamiyyah Al-Itsna Asyariyyah Fi Mizanil Islam, hal. 89) Tentang Imamah (Kepemimpinan Umat),Imamah menurut mereka merupakan rukun Islam yang paling utama3. Diriwayatkan dari Al-Kulaini dalam Al-Kaafi (2/18) dari Zurarah dari Abu Jafar, ia berkata: Islam dibangun di atas lima perkara: shalat, zakat, haji, shaum dan wilayah (imamah) Zurarah berkata: Aku katakan, mana yang paling utama? Ia berkata: Yang paling utama adalah wilayah. (Dinukil dari Badzlul Majhud, 1/174) (Di petik dari Internet) Adapun juga dalam doa mereka yang menunjukkan kesesatan mereka yang nyata, doa ini saya ambil dari sumber internet dan juga buku Apakah itu Syiah dan doa itu di baca di dalam solat mereka dan doa tersebut seperti saya tuliskan dibawah berikut; Ya Allah, semoga shalawat selalu tercurahkan kepada Muhammad dan keluarganya, laknatlah kedua berhala Quraisy (Abu Bakr dan Umar), setan dan thaghut keduanya, serta kedua puteri mereka(yang dimaksud dengan kedua putri mereka adalah Ummul Mukminin Aisyah dan Hafshah) (Dinukil dari kitab Al-Khuthuth Al-Aridhah, hal. 18, karya As-Sayyid Muhibbuddin AlKhatib). Dan demikianlah kebatilan aqidah puak Syiah Rafidhah yang sememangnya jauh tersasar dari siratul mistaqim yakni jalan yang lurus. Dan ini amat bercanggah dengan

aqidah ahlu sunnah wal jamaah. Walhal, saya akan mentelitikan perbezaan-perbezaan antara syiah dengan ahlu sunnah wal jamaah. Pertamanya, syiah Rafidhah menghalalkan nikah mutah (menghalalkan yang haram). Tetapi bagi Ahlu Sunnah wal Jamaah, nikah Mut'ah adalah halal mengikut nas al-Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W dan diamalkan pada zaman Nabi S.A.W dan zaman khalifah Abu Bakar- sepertimana pengakuan sahabat Jabir bin Abdullah dalam riwayat Sohih Muslim, " Kami para sahabat di zaman Nabi SAW dan di zaman Abu Bakar melakukan mut ah dengan segenggam korma dan tepung sebagai maharnya, kemudian Umar mengharamkannya kerana kes Amr bin khuraits." Di sini dengan jelas kita Nampak perbezaan fahaman antara yang hak dan batil. Keduanya, kita dapat lihat dari segi solat jamak yakni mencantumkan dua solat dalam satu masa. Syiah Rafidhah mengharuskan jamak solat dalam apapun keadaan sekalipun dan ini bermakna tidak ada peraturan bagi melakukan solat jamak tersebut. Perbezaan di sini boleh dilihat secara jelas kerana Ahlu Sunnah wal Jamaah hanya melakukan solat jamak dalam semua keadaan berdasarkan riwayat contohnya dalam Sahih Muslim daripada Ibn Abbas dalam bab solat jamak. Rasulullah S.A.W menjamak antara Zuhur dan Asr serta antara Maghrib dan Isya tanpa ada sebab, sama ada takut, uzur (sakit) atau musafir. Ketiganya, puak Syiah menolak keras hukum qias. Dengan terang lagi bersuluh menunjukkan mereka tidak mengamalkan apa yang Allah perintahkan malah mereka mengamalkan apa yang Allah larang. Walhal, ini amat bercanggah dengan fahaman ahlu sunnah wal jamaah (yang mengikut ajaran Al-Quran dan As-Sunnah) kerana bagi mereka sumber perundangan Islam adalah al-Quran, Hadis dan Aqal, qias ditolak sebagaimana hukum wanita yang berada dalam keadaan haidh diharamkan melakukan solat tetapi tidak qadha solatnya tidak boleh diqiaskan dalam hukum puasa dimana wajib qadha puasanya yang tertinggal ketika haidh. Dalam al-Quran Iblis laknatullah alaihi melakukan qias asal kejadian adam dari tanah manakala Iblis dari api (mengikut Iblis) sepatutnya dia lebih mulia dari Adam tetapi mengapa Allah SWT memerintahkan Iblis sujud kepada Adam. Dalam hal ini qias bukan kaedah yang benar dan tepat menentukan hukum.

Keempat dan terakhirnya, Syiah menerima hadis yang diriwayatkan sebahagian Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun mengatakan para sahabat yang merawikan hadis itu kafir tetapi Ahlu Sunnah wal Jamaah hanya menerima hadith yang sesuai dengan Kitabullah dan menolak riwayat yang bertentangan dengan Kitabullah kerana tidak mungkin hadith Nabi S.A.W bertentangan dengan Kitabullah. Dan bvegitulah sedikit sebanyak perbezaan antara Syiah Rafidhah dengan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Oleh hal demikian terdapat juga kesan-kesan syiah kepada masyarakat setempat. Salah satunya, terjadinya perpecahan dan perbalahan dalam segelintir masyarakat. Contohnya, di Iran yang terkenal dengan Negara Syiah, di mana mereka amat membenci puak Sunnah yang di anggap seperti puak Wahabi. Di Iran, jika puak sunnah di jumpai,mereka akan bunuh dengan cara yang kejam. Dan ada satu kes di mana seorang ayah dan juga suami yang kehilangan isteri dan anaknya yang di bunuh dengan tidak berperikemanusiaan disebabkan nama mereka sahaja iaitu Aisya dan Umar. Betapa keji dan jahilnya mereka dan oleh itu perbalahan tidak akan selesai dan tetap akan berterusan. Selain itu, masyarakat setempat akan menjadi kucar kacir dan ini kita boleh lihat di Negara kita sendiri yang dikatakan aman tetapi hakikatnya hancur. Terdapat segelintir puak Syiah di Malaysia dan pada tahun 2000, mereka telah di serbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor di sebuah rumah di Banggi,Kuala Lumpur kerana telah mengadakan perjumpaan haram. Oleh hal demikian, masyarakat setempat akan menjadi tidak bersatu padu kerana beraggapan terdapat pengamal ajaran sesat di dalam masyarakat mereka. Justeru itu, fahaman Syiah boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan dalam masyarakat kini. Bayangkan Nenek Moyang berppegang kepada fahaman syiah tetapi anak cucu berpegang kepada ajaran Sunnah. Ini akan menimbulkan konflik dalaman antara hubungan kekeluargaan. Seterusnya, fahaman Syiah boleh mencemarkan ajaran islam yang sebenar dan membuatkan masyarakat menjadi keliru di antara pegangan ahli sunnah wal jamaah

yang di bawa oleh Nabi S.A.W dengan yang telah tercemar dengan pegangan yang telah direka-reka oleh manusia yang tak bertanggungjawab. Demikian itu, masyarakat juga akan menjadi satu masyarakat yang berlumur dosa kerana telah mengamalkan ajaran yang batil seperti Syiah. Mereka akkan memperakukan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan menghalalkan apa yang haram. Oleh hal demikian, jenayah-jenayah seperti rogol dan bunuh akan meningkat secara mendadak dalam kalangan masyarakat setempat. Umat Islam perlulah memahami konsep Islam yang sebenar dan memahami konsep akidah secara lebih mendalam lagi. Hal ini amat diperlukan oleh seorang muslim dalam membentuk diri ke arah menjadi mukmin yang sejati. Ramai orang Islam zaman kini yang hanya meletakkan Islam sekadar dinamanya sahaja, namun hakikatnya, mereka jahil dalam ilmu agama. Mereka ini adalah golongan yang mempersendakan agama suci Allah S.W.T. Golongan ini juga akan kelu dan tidak dapat berkata apa-apa jika diminta menghuraikan serba sedikit tentang agama kerana mereka sememangnya berpengetahuan cetek dalam bidang agama tetapi berpura-pura mengetahuinya tanpa ada sebarang inisiatif untuk berusaha memperoleh lebih banyak ilmu lagi. Sifat tawakal yang tinggi kepada Allah,perlu wujud dalam diri umat islam masa kini,lebih-lebih lagi dalam keadaan umat islam zaman kini yang semakin mencabar kekuatan akidah. Sesungguhnya hanya kepada Allah sahajalah kita bertawakal dan berserah kerana hanya Dialah yang mengetahui akan setiap hikmah disebalik sesuatu penciptaan. Doa adalah senjata utama orang mukmin. Oleh itu,kita dianjurkan agar sentiasa

berdoa memohon hidayah Allah dalam setiap perbuatan yang kita lakukan agar jauh dari kemurkaan Nya. Tanpa kita sedari,setiap perbuatan dan amalan kita terarah kepada perkara yang boleh merosakkan akidah, Justeru itu, doa adalah penawar terbaik dalam pembentukan dan pemantapan akidah seorang mukmin supaya kita akan menjadi seorang

mukmin yang benar-benar sejati seterusnya hidup kita akan diredhai dan diberkati oleh Allah S.A.W.. Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana yang baik adalah antara langkah pengukuhan akidah yang kerap dianjurkan,sehingga kawan dianggap sebagai cermin diri kita yang mana ia memantulkan diri kita sendiri. Ini bermaksud, jika kita bergaul dengan orang yang soleh maka kita juga akan menjadi soleh seperti apa yang terpantul di dalam cermin tersebut dan juga sebaliknya. .Apabila kita mendekati orang soleh ini,secara tidak langsung akan menberi kesan yang besar dalam diri kita khususnya pada kehidupan akhirat yang kekal abadi.