Anda di halaman 1dari 2

Definisi Jiran jiran 1.

orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang tetangga Ayat: jirannya ialah keluarga Cina yang telah memeluk agama Islam; kawan sejiran kawan-kawan yang rapat; berjiran 1. tinggal berhampiran dengan rumah seseorang bertetangga negeri-negeri yang berjiran negeri-negeri yang berhampiran (berdekatan) kejiranan 1. yang berhubungan dengan jiran atau hidup sebagai jiran Ayat: pertalian sejarah dan kejiranan adalah amat penting dan perlu diambil kira dalam sebarang usaha promosi dalam ASEAN; jalinan kejiranan antara keluarga di kawasan setinggan.

(B.4) Hubungan jiran pada hari ini semakin merosot. Beri pendapat anda. Semangat kejiranan pada masa ini semakin merosot. Kebanyakan masyarakat hari ini suka hidup mementingkan diri sendiri. Pada masa dahulu, hubungan jiran sangat baik. Ada banyak faktor yang menyebabkan hubungan jiran semakin kurang pada masa ini. Antaranya ialah kesibukan bekerja. Ramai masyarakat terutamanya di bandar keluar bekerja. Mereka pergi bekerja awal pagi. Kemudian mereka balik ke rumah pada lewat petang. Mereka tidak ada masa untuk berjumpa dengan jiran. Oleh sebab itu, hubungan jiran pada masa ini semakin longgar. Selain itu, amalan seperti bergotong-royong di kampung-kampung juga semakin berkurangan. Ramai orang lebih suka menonton televisyen. Dengan menonton televisyen, mereka dapat berehat. Mereka juga boleh menonton bermacam-macam rancangan televisyen. Hal ini adalah satu sebab semangat kejiranan semakin kurang. Seterusnya, sesetengah jiran pula tidak suka berkawan dengan jiran. Perkara ini berlaku kerana ada masyarakat yang baru berpindah rumah. Mereka berasa malu untuk berbual denga jiran di sebelah rumah. Sikap ini sangat buruk. Jika ada kecemasan, sudah tentu orang lain tidak akan menolongnya. Budaya tolong-menolong sepatutnya diamalkan dalam hidup berjiran. Hal ini menyebabkan jiran tetangga yang lain takut untuk berbual mesra dengan mereka. Jika mereka tidak bertegur sapa, akhirnya mereka tidak mengenal jiran. Jiran hendaklah bersikap peramah antara satu sama lain. Kadang-kadang mereka tidak boleh berbual dalam bahasa Melayu.

Faktor lain yang menghalang semangat kejiranan ialah perbezaan bahasa. Mereka kurang fasih berbahasa Melayu. Mereka juga tidak mahu berbual disebabkan agama yang berbeza. Di taman perumahan, terdapat jiran yang taraf hidupnya berbeza antara satu sama lain. Jiran yang kaya, selalunya akan memandang rendah kepada jiran yang miskin. Jiran yang miskin pula akan berasa rendah diri kepada jiran yang kaya. Keadaan ini akan menyebabkan hubungan jiran tidak baik.

Kesimpulannya, semangat kejiranan amat penting dalam masyarakat. Masyarakat bandar dan luar bandar mestilah mempunyai hubungan jiran yang baik Jiran sangat penting kepada kita. Sebagai contoh, semasa kita sakit, kemalangan dan lain-lain kita perlu pertolongan. Jiran boleh membantu kita jika kita susah.Oleh itu, Jiran Sepakat Membawa Berkat.

Anda mungkin juga menyukai