Anda di halaman 1dari 6
SULIT JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR TAHUN 2011 02/2 TINGKATAN TIGA BAHASA MELAYU Kertas 2 Julai 2 jam Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU. 1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. 2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian : Bahagian A(i) dan Bahagian A( Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja 3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk Bahagian D. 4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas Jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian’ tambahan daripada pengawas peperiksaan, Di Dehiara ole AKRAM NEGERETERENGGANL KERAIAAN NEGERITERENGGANU Dengan Kerjasama: MPSM Negeri Terengganu TERENGGANU NEGERI ANJUNG ILMU Percetakan Yavasun tslam Ter [Lihat halaman sebelah 022 SULIT wow.smbeadg.com sur 3 02/2 Bahagian A(j) : Ringkasan [20 markah | Baca petikan di bawah dengan ‘eliti dan tulis sebuah ringkasan tentang \angkab-langkah penjagaan jantung. Panjangnya ringkasan anda hendakiah tidak melebihi 80 pata perkataan, ‘Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Jantung merupakan organ yang amat penting dalam tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bemyawa. Serangan jantung merupakan salah satu punca ulama kematian dalam Kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan jantung boleh dielakkan dengan syarat kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Kegemukan sering mencetuskan pelbagai risiko seperti peningkatan paras lemak, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi memastikan jantung berfungsi dengan baik. Bagi sesiapa yang ingin ‘mengurangkan berat badan, mereka boleh mengelakkan makanan berlemak seperti mentega, keju dan makanan bersantan. Begitu juga dengan pesakit jantung, mereka disarankan meminimumkan pengambilan makanan berlemak. Sebaliknya, perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah- buahan. Selain itu, kita juga dinasihati agar tidak mengambil alkohol. Hal ini bukan sahaja ‘menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya kepada tubuh, lebih- lebih lagi jantung, Garam menyebabkan hipertensi yang dapat meningkatkan risiko terjadinya serangan jantung. Lantaran itu, untuk menjaga Kesihatan kita disarankan agar dapat mengurangkan pengambilan garam. Bersenam secara teratur juga, merupakan cara terbaik menjaga kesihatan dan dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Risiko mendapat penyakit jantung juga seting dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera. Langkah menghindari risiko stres juga sangat dituntut agar seseorang tidak terkena penyakit jantung. Berdasarkan penelitian, orang yang merokok memiliki peluang dua kali ganda menghidap ‘masalah jantung berbanding dengan orang yang tidak merokok. Oleh itu, sekiranya anda berhenti ‘merokok, risiko itu akan beransur menurun. Dalam kebanyakan kes serangan jantung, simptomnya bermula dengan sakit dada seperti dihempap sesuatu yang berat. Jangan menganggap remeh rasa pening kerana hal ini juga menjadi petanda penyakit jantung. Kepenatan sepanjang hari juga memberikan isyarat kegagalan jantung berfungsi dengan sempumna. Sesungguhnya penyakit jantung tidak berlaku dengan tiba-tiba. Masalah ini mengambil ‘masa bertahun-tahun untuk bermula secara tidak disedari. Oleh itu, setiap insan perlu berusaha menghindarinya agar kehidupan akan lebih terjami (Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Penyakit Kronik Meragut Iebih 300 Jiwa Setahun’, Berita Harian,12 Jun, 2010) 02/2 [Lihat sebelah SULIT wow.smeadg.com suur 3 oe BAHAGIAN A (ii): Pemahaman {10 markah } Berdasarkan petikan Bahagian A(j) jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Berikan maksud rangkai kata menganggap remeh dalam petikan. [2 markah ] 2. Apakah simptom-simptom seseorang yang menghidap penyakit jantung? {4 markah ] 3. Pada pendapat anda, nyatakan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk membantu seseorang yang menghidap penyakit jantung? [4 markah } 02/2 [Lihat sebelah SULIT. wew.smbeadg.com

Anda mungkin juga menyukai