Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t.

Bersyukur ke hadrat Illahi dengan izin dan limpah

kurnia-NYA, kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Di sini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih terutamanya kepada Puan Siti Rahimah Binti Hamat @ Mamat yang telah banyak memberi tunjuk ajar dalam proses menyiapkan tugasan bagi subjek PSS3110 Pentaksiran Dalam Pembelajaran Pengajian Sosial. Setinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diberikan kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Pasir Nering, Kuala Berang kerana sudi memberi kerjasama serta menyumbang idea-idea yang bernas bagi membantu kami dalam membina soalan objektif dan subjektif berdasarkan matapelajaran Kajian Tempatan. Seterusnya, kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang sudi memberi kerjasama dan keizinan kepada kami untuk mencari maklumat-maklumat tambahan seperti buku,jurnal dan tesis. Akhir kata, kami berharap pensyarah kami iaitu Puan Siti Rahimah Binti Hamat @ Mamat berpuas hati dengan tugasan yang telah kami siapkan ini. Kami juga ingin memohon seribu kemaafan seandainya terdapat kelemahan atau kesilapan sepanjang puan membuat penilaian terhadap tugasan kami. Sesungguhnya segala kelemahan datang dari kami sendiri, dan yang baik itu datang dari Allah S.W.T. Sekian, terima kasih.

viii

Anda mungkin juga menyukai