Anda di halaman 1dari 2

GLOBALISASI BOLEH DIDEFINISKAN SEBAGAI Pendapat golongan para intelektual tentang globalisasi : Disini kita mengambil beberapa pendapat

para intelektual dalam mendefinisikan tentang globalalisasi ini Mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses mengubah kehidupan umat manusia menuju kepada satu masyarakat sahaja. (Prof. Dr. Nurcholish Madjid-2001 ) Globalisasi pemodenan dan pembaratan mencetuskan kehancuran kepada nilai tradisi tempatan memusnahkan alam sekitar ,melakukan homogenisasi budaya dalam kehidupan masyarakat seharian . (Wilfred , F -1997) Didefinisikan sebagai suatu himpunan pengaliran global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti manusia. Objek yang diglobalisasikan boleh jadi fizikal dan bukan fizikal, sama ada dalam bentuk maklumat, idea, nilai, institusi atau sistem. Himpunan proses pengaliran global ini dan bidang aktiviti manusia yang terlibat berkait dan bergantungan sifatnya. (Professor Dr. Datuk Osman Bakar-1998)

SECARA UMUMNYA GLOBALISASI BOLEH DI TERJEMAHKAN SEBAGAI SATU


Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Anda mungkin juga menyukai