Anda di halaman 1dari 3

www.zahrein.

com

Kuliah Maghrib
Tarikh: 23 october 2008
Tempat : Masjid Gelugor
Penceramah: Ustaz Ridzwan Abu Bakar
Tajuk : Mushku dan Musuhmu

Karya ini adalah hasil nukila daripada Ustaz Ridzwan Abu Bakar

(Tadabbur ayat 1 Surah Al Mumtahanah)

[1]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh
kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita
rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di
antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran
(Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w)
dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman
kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar
untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang
faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia,
sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu
zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian,
maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.

Ayat ini adalah ayat pertama Surah Al Mumtahanah, surah yang diturunkan di
Madinah, Sebahagian ayatnya turn setelah berlakunya peristiwa Hudaibiyah pada tahun
ke 7 hijrah dan sebahagian lagi diturunkan tentang Fathul Makkah pada tahun ke 8
Hijrah.

Untuk memahami ayat ini dengan lebih mendalam marilah kita cuba menghayati
dengan lebih mendalam, marilah kita menghayati penurunan ayat ini. Ayat ini
diturunkan berkenaan kisah seorang sahabat yang bernama Hatib Abi Baltaah R.A
yang kisahnya tercatat dalam semua kitab-kitab hadith Sirah dan Tafsir. Ringkasan cerita
adalah seperti berikut:

Rasulullah S.A.W telah bersiap sedia untuk membuka Kota Makkah kerana Musyrikin
Makkah telah melanggar janji damai yang ditandatangani di Hudaibiyah, dalam
merancang itu baginda berhasrat supaya pasukan itu akan berangkat dalam keadaan yang
damai dan melakukan kejutan kepada pihak Makkah sehingga tidak berlaku partumpahan
darah dan peperangan yang sengit. Baginda merahsiakan rencana ini melainkan
diberitahunya kepada beberapa orang sahabat yang antaranya ialah Hatib bin Abi
Baltaa’h.

Hatib mempunyai keluarga yang ramai di Makkah, kerana ingin menyelamatkan


keluarganya, maka Hatib telah bertindak menulis surat kepada ahli keluarganya di
Makkah dan mengirimkannya melalui seorang wanita penduduk Makkah, wanita itu
www.zahrein.com

telah membawa surat tersebut dan menyimpannya dalam sanggul rambutnya dan beliau
pun balik ke makkah.

Baginda Rasulullah S.A.W telah diberitahu oleh Allah S.W.T , lalu baginda telah
memanggil Ali bin Abi Talib, AZ Zubair bin Al-Awwam dan Al-miqdad bin Al-Aswad.
Kepada mereka baginda memberitahu bahawa surat itu ada bersama seorang wanita dan
dia berada di satu tempat yang bernama “Raudha Khah”, baginda telah megarah
mereka supaya mendapatkan surat tersebut.

Ketiga-tiga perwira ini telah berangkat untuk mendapatkan wanita tersebut sehinggalah
merka sampai ke tempat yang diberitahu oleh baginda Rasul S.A.W, dan mereka
bertemu dengan wanita tersebut , mereka telah meminta wanita tersebut dari wanita itu
tetapi dia enggan untuk menyerahkannya dengan beralasan tidak ada dalam simpananya,
setelah dipaksa dan diugut untuk tetap mencarinya hatta sekiranya terpaksa
membogelkan dia , setelah merasa ketiga-tiga mereka bersungguh-sungguh untuk
mendapatkannya , maka dia pun menyerahkan kepada mereka bertiga.

Sepulangan ketiga mereka dan meyerahkan surat itu kepada baginda Rasul, baginda
telah mamanggil Hatib dan bertanya. “Apa semua ini wahai Hatib”. Hatib menjawab
“Jangan cepat bertindak keatasku wahai Rasulullah! Aku ada mempunyai ahli
keluarga di Makkah, aku taku sesuatu berlaku kepada mereka lalu aku utuskan surat ini
dengan harapan dapat menyelamatkan mereka , aku tidak melakukan ini kerana
kekufuran atau aku hendak berpaling dari agamaku”. Hatib mengakui kesalahannya dan
memohon ampun dari Allah S.W.T.

Apabila Umar mendengar kisah ini, Umar amat marah dan berhasrat untuk memancung
tengkok Hatib, namun dilarang oleh Baginda Rasul dengan mengingatkan Umar bahawa
Hatib bin Abi Baltaah adalah kelompok “yang telah diampunkan”. Ayat ini diturunkan
kerana peristiwa ini…

Hatib Bin Abi Baltaah adalah ahli Badar dan di kalangan “Khiyar Sahabi”, beliau
melakukan perkara itu bukan kerana ingin memberi wala kepada kafir, namum semata-
mata kerana ingin menyelamatkan keluarga , beliau berijtihad namun ijtihadnya salah.
Ayat ini hanya menjadikan perlakuan Hatib sebagai peluang untuk melarang kaum
Muslimin dari menjadikan kafir sebagai wali mereka dan juga mengancam orang yang
melakukannya.

Irsyadat dari ayat:

1. Larangan untuk menjadi orang kafir sebagai rakan setia , dan larangan ini
berterusan sehingga bila bila , yang dibenarkan adalah hubungan sebagai rakan
biasa yang tetap tidak menganggu gugat agama dan pegagan kita seperti yang
ditegaskan dalam ayat 8 surah yang sama.
www.zahrein.com

Surah Al Mumtahanah Ayat 8


[8]
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang
yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari
kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

2. Setiap orang yang mengambil orang kafir sebagai wali , maka ia akan tetap
berada dalam kesesatan yang nyata, jauh dari kebenaran dan sentiasa berada
dalam kekeliruan.
3. Yang dimaksudkan dengan sesat di dalam ayat ini ialah : hilang arah, hilang
pedoaman dan kerugian yang nyata.
4. Ayat ini mengingatkan orang yang beriman , bahawa mereka bersama dengan
kebenaran, mana mungkin orang yang telah bersama dengan kebenaran tiba-tiba
mencari kedamaian dengan bersetia dengan kelompok yang sesat.
5. Ayat ini mengingatkan tentang kekejaman yang dilakukan oleh musyrikin
Makkah dengan telah menghalau baginda Rasul dan orang yang beriman dari
bumi Makkah semata-mata kerana mereka menyatakan Tuhan kami adalah Allah.
6. Ayat ini mengingatkan bahawa “muwalah” kepada orangh kafir akan
menyebabkan pahala jihad di jalan Allah akan terbatal, demikian juga mereka
akan terhalang dari mendapat keredaan Allah S.W.T.
7. Ayat ini mengingatkan orang beriman dengan kesempurnaan ilmu Allah samaada
perkataan atau perbuatan mereka , semuanya diketahui oleh Allah S.W.T.
8. Ayat ini menetapkan bahawa setiap orang yang bermuawalah dengan orang
kafir berada dalam keadaan yang sesat selama-lamanya.
9. Peringatan dalam bentuk amaran keras kepada setiap orang yang masih sanggup
bermuwalah dengan kuffar bahawa akhirnya mereka akan ditimpakan azab yang
amat pedih.
10. Hubungan antara seorang mukmin dan kafir adalah hubungan “Dakwah” bukan
“Muwalah”

Salam. Hasil nukilah Ustaz Ridzwan bin Abu Bakar.

Anda mungkin juga menyukai