Anda di halaman 1dari 2

Falsafah Falsafah merupakan satu pegangan atau fahaman atau pun prinsip seseorang terhadap Sesuatu perkara, bidang

dan sebagainya. Ia wujud hasil pemikiran dan pemerhatian serta pengalaman yang telah dilalui oleh seseorang dan dalam kehidupan harian. Aspek-aspek dalam falsafah pula menjadi panduan dan landasan terhadap seseorang dalam membuat keputusan. Kepentingan Falsafah Menjadi Panduan Dan Landasan Dalam Membuat Keputusan Kita perlu membuat sesuatu keputusan terhadap penyelesaian sesuatu masalah dalam kehidupan harian. Maka, kita hrus mempunyai pendirian tersendiri berdasarkan falsafah yang dipegang tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Keputusan yang dibuat juga harus memenuhi keperluan falsafah yang dipegang. Mempunyai Kefahaman Yang Mendalam Dan Sistematik Falsafah membantu pendidik memahami apa yang sedang berlaku dalam pelajaran. Contohnya, pendidik muzik harus menceburkan diri dalam alam esoterik Socrates, Plato, Aristotle, Spencer dan Dewey. Ini membolehkan mereka memikir secara mendalam dan sistematik tentang isu-isu intelek, asas pendidikan dan kehidupan manusia. Stabil Dan Sukar Berubah, Bersifat Statik Pendidik harus tekal terhadap apa yang berlaku di dalam atau di luar bilik darjah. Jika pendidik kerap kali menukar dan mengubah isi pelajaran, ini mungkin akan mengelirukan pelajar. Jadi, falsafah sebagai panduan untuk pengekalan pendidik dalam pengajaran.

Kesimpulan Kesimpulannya, untuk falsafah realisme, pendidik muzik perlu melihat aspek-aspek yang bersesuaian untuk dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaupun terdapat beberapa kelemahan, maka ia boleh diubahsuai dan tidak bergantung semata-mata kepada prinsip yang terkandung dalam falsafah. Dengan aspek falsafah idealisme pula, citarasa muzik manusia telah meningkat. Hanya muzik yang berkualiti dipilih. Ini membolehkan murid mempelajari muzik yang lebih berkualiti secara berkesan. Malah, disiplin juga dipentingkan dan guru memainkan peranan sebagai model kepada pelajar.

Dalam falsafah pragmatisme pula, ia penting untuk menghasilkan pelajar yang berdikari kerana dapat mewujudkan motivasi melalui pengalaman sendiri. Yang penting sekali, dalam pendidikan, segala pengajaran dan pembelajaran yang dirancang haruslah terarah dan adanya hala tuju.

Anda mungkin juga menyukai