Anda di halaman 1dari 8

SIPADAN

BABAK I (Kedengaran bunyi kicauan burung dan deruan air sungai). Slide show suasana di tepi sungai/air terjun (Audio burung dan deruan air sungai dimainkan)

(Muzik lagu dimainkan)

(Sipadan dan Ligitan bernyanyi bersama).

MAL :

(Berpantun) Dari mana punai melayang Dari sawah turun ke padi Dari mana datangnya sayang Dari mata turun ke hati

ADANI:

(Berpantun) Bunga seroja bunga melati Mari dipetik berhati-hati Sayang disambar disimpan rapi Untuk dipahat di dalam hati Dinda Ya kanda.

MAL :

ADANI:

MAL :

Sudah sekian lama rasanya kita saling mencurah kasih dan sayang, memberi rasa

cinta dan juga menahan rasa rindu..

ADANI:

(Tersipu malu) Dinda.hamba ini bukannya jejaka senang dan rupa pun tidak lah seindah mana (Ketawa). Apa yang kanda merapuh ni ? Dinda kurang mengerti (Cuba mencari jalan untuk menyatakan hasratnya). Hmmmlagu pun sudah habis kita nyanyikan, pantun juga sudah selesai kanda jualkan Kanda.katakan sajalah..apa yang menganggu fikiran kanda

MAL :

ADANI:

MAL :

ADANI:

MAL :

Sebenarnya memang perkara ini mengganggu fikiran kanda sejak beberapa hari ini Kenapa kanda? Apa yang menganggu fikiran kanda? Ceritakan lah. Hmmsemalam hamba bermimpi. Mimpi bahawa dinda dan kanda berada di satu tempat yang pelik yang tidak pernah kita jumpai. Kemudian, muncul sang raksasa dan membawa lari adinda pergi jauh dari kanda. Kanda mimpi kan hanya mainan tidur sahaja. Lupakan sajalah Yakanda tahu itu. Tapi masih juga hati kanda tidak selesa bila memikirkannya.. Dindabercinta sudah lama, apakata kalau kita teruskan saja perhubungan ini. Kanda ingin masuk meminang untuk menjadikan dinda sebagai tuning kanda.

ADANI:

MAL :

ADANI:

MAL :

ADANI:

(Tersipu malu) Kalau itu lah yang menganggu fikiran abang, dinda sedia untuk menghilangkan gangguan itu.

MAL :

Maksudnya, dinda setuju???

ADANI : (Mengangguk kepala)

MAL :

(Melompat kegembiraan) Yeaahh..!!!

(Sedang Mal melompat kegembiraan muncul kawan-kawan Sipadan mengusik. Sipadan dan Mal yang sedang rancak berbicara tadi terhenti dan kemudian dua-dua tersipu malu. Sipadan dan kawan-kawannya pergi meninggalkan Mal sendirian). (Tanpa mereka sedari, Don dari tadi telah mendengar perbualan mereka).

DON :

(Berdehem) Donapa yang kau buat disini.??

MAL :

DON :

Sungguhlah benar tak terduga, Gagak hitam di rimba Enggang yang dicarinya

MAL :

Apa kah yang tuan hamba maksudkan? Hamba tidak mengerti..

DON :

Sudah gaharu cendana pula Sudah tahu bertanya pula Hamba sudah mendengar seluruh perbualan kanda dengan Adani..(marah) Ohbegitu Ya Don..hamba akan menjadikan Adani itu sebagai tunang tidak lama lagi.. Sudahlahjangan berpura tidak tahu. kanda sendiri tahu kan hamba menaruh hati dengan Adani..

MAL :

DON :

MAL :

(Ketawa) Don? Apa yang tuan hamba katakan ni? Kita sama-sama lelaki..berhentilah berpura-pura tidak tahu Adani itu milik hambahamba yang mengenalinya dahulu..

DON :

MAL :

Don.. Kerana pulut santan binasa Kerana mulut badan binasa Cukup kamu mengarut yang bukan-bukan. Jangan sampai hamba menjadi kurang sabar(menahan marah) Ahh!! Tidakinilah apa yang sebenarnya..Adani itu milik hamba. Hamba mahu memilikinya. Tidak kira apapun yang akan terjadi. Hajat hamba ini pasti akan hamba tunaikanhamba akan memperjuangkan hak hamba ini!!

DON :

MAL :

Don..!!!! (marah) Begini sahaja.jika tuan hamba tidak berpuas hati kita selesaikan sahaja perkara ini bersma-sama ibu bapa Adani. Biar mereka yang memutuskan siapa akan dapat memiliki Adani. Dan pada pertemuan itu nanti hendaklah kita masing-masing menunjukkan bukti-bukti bahawa kita berhak memiliki Adani Adil bukan..??

DON :

Baik..jikalau begitu lagi mudah kerja hamba kerana sudah pasti mereka akan memberikan Adani kepada hamba,,,

(Mereka berdua beredar daipada pentas).

BABAK II (Perkarangan rumah ibu bapa Sipadan) Slide show perkarangan rumah/halaman rumah

(Persembahan silat oleh beberapa orang lelaki sebelum memulakan perbicaraan)

AYAH SIPADAN :

Seperti yang kita semua sedia maklum..pada hari ini..kita akan memulakan sedikit perbicaraan untuk menentukan siapa antara Mal dan Don yang akan memiliki puteri patik, Adani. Kedua-dua mereka hendaklah mengemukakan bukti bahawa mereka berhak memiliki Adani. Dengan adanya bukti-buki itumaka patik dengan rela hati akan melepaskan Adani kepada orang tersebut

HULUBALANG :

Baiklah tanpa membuang masa mari kita mulakan perbicaraan ini. Diminta Don untuk muncul kehadapan dan mengemukakan buktinya

(Don berjalan ke tengah ruang perbicaraan)

DON :

Hamba telah mengenali Adani terlebih dahulu berbanding dengan Mal. Bukankah sepatutnya Adani harus menjadi milik hamba? Lagi pula, sebenarnya nenek Adani telah menghadiahkan Adani kepada hamba.

HULUBALANG :

Baiklah..sekarang Mal..datang ke hadapan dan nyatakan bukti tuan hamba. Seingat hambapernah suatu ketika dulu nenek Adani telah menyatakan bahawa akan memberikan Adani sebagai hadiah kepada hamba. Bukannya kepada Don.

MAL :

DON :

Tidak benar!!! Adani itu milik hambaNenek Adani telah menghadiahkan Adani kepada hamba bukannya Mal..

MAL :

jika benar Adani itu milik tuan hamba..mengapa selama ini tuan Hamba tidak pernah membantah kami bersama?, sedangkan tuan hamba tahu adani dan hamba ibarat merpati dua sejoli..

DON :

(tunduk terdiam)

MAL :

Selama ini hambalah yang menjaga Adani..berada bersamasama Adani dimana juga..menemani dia suka dan dukaJika tuan hamba tidak percaya tanyalah Adani Bohongbohongsemuanya bohong!! Hamba yang patut memiliki Adani..hamba..hamba..!!!

DON :

(Suasana menjadi kecoh. Dengan serta merta cuaca berubah. Angin dan petir saling berganti)

(Muncul roh nenek Sipadan).

(Semua yang ada disitu terkejut melihat kejadian itu) Dengarlah semua wahai cucuku..perbicaraan dan perebutan ini berlaku atas kesilapan nenek untuk menyatakan dengan jelas siapakah yang sebenarnya berhak memiliki Adani sekarang sememangnya sudah terlewat untuk nenek memberi kata putus siapakah antara mereka berdua yang patut memiliki Adani nenek percaya bahawa ibu bapa Adani akan dapat menyelesaikan masalah ini dengan tepat dan adil..percayalahpercayalah.

NENEK SIPADAN :

(Nenek hilang). Baiklah.tidak usahlah kita panjangkan lagi perbicaraan ini. Semakin lama, semakin rumit rasanya. Namun, berdasarkan pemerhatian yang telah beta lakukan selama ini, beta memutuskan untuk memberikan Adani kepada.Mal. Mal telah banyak menemani dan bersama-sama dengan Adani. Jadi sememangnya dialah yang berhak memiliki Adani. Dengan ini, serta merta Adani akan ditunangkan dengan Mal dan sebulan kemudian kita akan mengadakan upacara perkahwinan mereka berdua.

AYAH SIPADAN :

(Mendengar berita itu Don berasa amat kecewa dan kemudian perlahan-lahan meninggalkan kawasan tersebut). (Muzik gembira dimainkan).

TOK KADI :

Aku nikahkan engkau Malaysia bin Tanah melayu dengan Sipadan ligitan dengan mas kahwin seratus ringgit tunai..

MAL :

Aku terima nikahnya sipadan ligitan dengan mas kahwin seratus ringgit tunai

TAMAT

______________________________________________________________________________ MAL fitri DON - waqin ADANI ema Ayah Adani arif HULUBALANG nysa TOK KADI arif

KAWAN-KAWAN SIPADAN fatin, n ajie.

Anda mungkin juga menyukai