Anda di halaman 1dari 5

www.mytijarah.

co m

PENEKANAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH DAN KURIKULUM BARU SEKOLAH MENENGAH (KBSR/KBSM) Sekolah Rendah a) Kurikulum Baru Falsafah Pendidikan KBSR Rasional pelaksanaan KBSR ialah pendidikan murid-murid sekolah rendah adalah bercorak asas, bersepadu dan menyeluruh. Murid-murid harus mendapat kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman secara langsung. Pengalaman murid-murid harus dirancang dengan teliti dan sistematik. Aktiviti pembelajaran harus menggembirakan murid-murid. Penggunaan bahan pengajaran yang menarik. Proses penilaian hendaklah dijalankan untuk aktiviti penggayaan dan pemulihan. Aktiviti belajar secara berkumpulan harus digalakkan kepada muridmurid. Pendidikan sekolah rendah sewajarnya menjadikan murid-murid seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani. Matlamat dan objektif KBSR Penguasaan Bahasa Melayu dengan memuaskan kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu pengetahuan. Penguasaan Bahasa Melayu iaitu berkomunikasi,membaca dan menulis. Penguasaan dan mahir dalam matematik. Menguasai kemahiran belajar dan berfikir. Menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Penggabungjalinan Penggabungjalinan merupakan satu proses penyampaian beberapa kemahiran di dalam satu mata pelajaran. Beberapa kemahiran akan diperoleh murid secara berpadu dan serentak. Organisasi pembelajaran adalah fleksibel tetapi kemahiran utama tetap diberi penekanan yang lebih. Interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid lebih rapat.
www.mytijarah.co m

www.mytijarah.co m

Penyerapan Penyerapan merupakan proses menyatukan isi atau kandungan daripada beberapa mata pelajaran. Ilmu pengetahuan boleh juga diserapkan ke dalam kemahiran. Pemulihan Pemulihan merupakan program untuk murid-murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran asas dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pendekatan alternatif akan digunakan oleh gum kepada murid-murid ini. Pendekatan pemulihan banyak menggunakan kad-kad, bahan-bahan maujud, carta-carta yang menarik, barang-barang permainan dan alat pandang dengar. Aktiviti pemulihan dijalankan secara individu dan kumpulan. Penggayaan Penggayaan merupakan program untuk murid-murid yang cepat menguasai sesuatu kemahiran asas. Aktiviti yang dirancang lebih mencabar keupayaan murid-murid. Pendekatan penggayaan banyak menggunakan lembaran kerja yang lebih mencabar, bahan-bahan bacaan tambahan dan aktiviti permainan yang menarik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan adalah dalam bentuk yang membolehkan murid belajar sendiri Aktiviti penggayaan dapat mengelakkan murid-murid yang cerdas menjadi bosan dan boleh menimbulkan masalah disiplin. Penerapan Nilai Murni Penerapan nilai murni bertujuan mendidik murid-murid secara menyeluruh dan harmoni dari segi kognitif, efektif dan psikomotor. Nilai-nilai murni yang boleh diterapkan ialah kerajinan, baik hati,kebersihan, patriotisme,hormat-menghormati, keadilan dan sebagainya. Penerapan nilai-nilai murni hendaklah dilakukan secara langsung dan tidak langsung. Penerapan nilai-nilai murni boleh dilakukan melalui percakapan, kelakuan, contoh teladan dan sebagainya. Prinsip penerapan nilai-nilai murni hendaklah menekankan pada penghayatan dan amalan.
www.mytijarah.co m

www.mytijarah.co m

b) Kurikulum Baru Sekolah Menengah KBSM digubal bagi meningkatkan mutu pendidikan negara. KBSM adalah lanjutan daripada KBSR dengan memberi penekanan pada perkembangan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pemerolehan Ilmu Pengetahuan Dalam KBSM, pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni yang disampaikan adalah untuk membolehkan murid menghadapi cabaran hidup dan digunakan untuk mendapatkan pengetahuan tambahan. Tujuan ini dapat dicapai melalui pelbagai aktiviti seperti simulasi, main peranan, kerja projek dan kajian kes. Pelajar disemai semangat ingin belajar. Budaya membaca juga dipupuk supaya murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Peningkatan Daya Intelek Dengan pelaksanaan KBSM diharapkan pelajar dapat menyatakan idea, fikiran dan pendapat yang jelas, objektif, kreatif dan rasional dalam semua situasi. Daya intelek pelajar dapat di tingkat melalui teknik pengajaran dan pembelajaran main peranan inkuiri dan penemuan, simulasi dan pelbagai teknik pengajaran yang lain. Pemupukan dan Penerapan Nilai Proses pemupukan dan penerapan nilai boleh dilakukan secara langsung ataupun secara tidak langsung. Pemupukan dan penerapan nilai boleh dilakukan dalam kandungan mata pelajaran. Nilai-nilai yang hendak dipupuk merangkumi unsur rohani,kemanusiaan, kemasyarakatan dan kewarganegaraan. Contoh nilai-nilai muri ialah hemah tinggi, berdikari, kebersihan fizikal dan mental, rasional dan patriotisme serta semangat bermasyarakat. .

www.mytijarah.co m

www.mytijarah.co m

Penggunaan dan Penguasaan Bahasa Melayu Penguasaan Bahasa Melayu dengan baik amat ditekankan. Pelajar yang gagal Bahasa Melayu tidak mendapat Sijil Pelajaran Malaysia. Peranan guru adalah penting dan mesti menggunakan bahan yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah membetulkan kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh pelajar dalam semua mata pelajaran dan situasi. Pelbagai aktiviti hendaklah dirancang untuk membolehkan pelajar menguasai Bahasa Melayu seperti pertandingan syarahan, perbahasan dan forum. Kesepaduan Antara Mata pelajaran Pelaksanaan KBSM menjurus kepada kesepaduan antara mata pelajaran. Pelajar dapat memperoleh ilmu pengetahuan dan menimbulkan keseronokan dalam mempelajari mata pelajaran lain. Pelajar juga dapat melihat perkaitan antara mata pelajaran. Pembelajaran pelajar akan menjadi lebih mudah dan bermakna. Guru mesti dapat mengenal pasti perkaitan antara mata pelajaran supaya pengajaran dapat dijalankan dengan baik.

Penguasaan Kemahiran Belajar KBSM amat menekankan penguasaan kemahiran belajar supaya pelajar boleh berdikari dan menyediakan mereka kepada budaya pendidikan seumur hidup. Antara aktiviti pengajaran yang menggalakkan kemahiran belajar ialah membuat perbandingan, mereka cipta, membuat hipotesis, sumbang saran dan membuat analisis. Guru mesti menguasai kemahiran menyoal dan mengemukakan soalan-soalan yang dapat memberi cabaran kepada pelajar. Soalan juga boleh menjurus kepada inkuiri penemuan yang memerlukan pelajar berfikir tentang sebab-akibat, membuat perbandingan, membuat ramalan dan hipotesis.

www.mytijarah.co m

Anda mungkin juga menyukai