Anda di halaman 1dari 7

Disini pengertian Tasawwur ialah memahami sesuatu perkataan tanpa ada hukuman ke atasnya

samada secara nafi atau ithbat. itu membawa maksud kekal,tiada berubah-ubah dimana hukum
itu berlaku sejak dari azali lagi. Seperti kita tasawwurkan makna alam iaitu tiap-tiap yang wujud
yang lain daripada Allah taala.
Firman Allah s.w.t :
'4 _4^Ec ;}E` 4-UE g4OEOO-
4O-4 O}7O4O +.- _ ~
;O4^- *. _ 4 -+O4- 4pOU;4C
" Dan jika kamu tanya orang-orang kafir itu siapa yang menjadikan langit dan bumi nescaya
berkata mereka itu Allah yang menjadikan" ( Surah Luqman : Ayat 25 )
Dari sudut pengertian nafi membawa maksud menolak atau membangkang atau tidak diterima
sama sekali. Ithbat pula bererti menetapkan menerima atau diterima.Tasdiq ialah
hak.nyata,benar iaitu percaya (iktikad) dengan hati, dilafazkan (ikrar) dengan perkataan dan
diamalkan dengan perbuatan.
Tasdiq tersebut mestilah dengan redha, tidak ragu, tidak ingkar dengar semua ajaran Islam di
atas dasar ilmu yang yakin, bukan di atas dasar syak atau ragu.Disinilah kita mendapatkan
makna tasdiq itu iaitu mendapatkan sesuatu kejadian serta kita hukumkan atasnya sama ada
dengan nafi atau ithbat seperti kita kata alam ini baharu dan ini bukan qadim(sedia ada).

PEMBAHAGIAN HUKUM DALAM SYARIAT.
Dan bahawasanya hukum itu iaitu (

) menthabitkan suatu pekerjaan atau menafikan


dia seperti kita kata bermula alam ini baharu pada ithbatnya atau alam ini bukan qadim pada
nafinya dan bahawasanya


yang hukum dengan ithbat itu atau dengan nafi itu adakalanya syarak dan adakalanya adat
dan ada kalanya akal
PENGERTIAN HUKUM
Hukum adalah (

) menetapkan suatu bagi suatu atau menafikan


daripadanya, seperti kita menetapkan putih pada kain atau kita menafikan putih pada arang.
Bahagian hukum pada umumnya hukum terbahagi tiga:
1) Hukum syarak ialah undang-undang yang diturunkan oleh Allah kepada manusia melalui
para rasul seperti wajib sembahyang lima waktu, haram melakukan zina dan lainnya.
2) Hukum akal ialah ketetapan yang didapati melalui akal seperti satu separuh daripada
dua dan lainnya.
3) Hukum adat ialah ketetapan yang didapati melalui percubaan dan kebiasan seperti api
boleh membakar dan lainnya.

1) HUKUM SYARAK

Ertinya : Hukum syarak ialah undang-undang yang diturunkan oleh Allah kepada
manusia yang berkaitan dengan kelakuan atau perbuatan orang mukallaf sama ada
secara tuntutan atau secara pilihan atau secara wadhie.

Melalui perantaraan para rasul seperti wajib sembahyang lima waktu, haram
melakukan zina dan lainnya. Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya
dilakukan,Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan,perbuatan-
perbuatan yang diberi pilihan (yakni terserah kepada manusia sama ada ingin
melakukannya atau meninggalkannya)

- Hukum syarak itu terbahagi kepada empat bahagian.

i) WAJIB
Yang dituntut secara jazam iaitu tuntutan mesti iaitu wajib.Perintah Allah yang
menuntut melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang pasti(mesti)
Contohnya firman Allah(s.w.t)


Ertinya : Dirikanlah kamu solat dan keluarkanlah zakat.
Ayat ini memahamkan kepada kita bahawa hukum solat dan mengeluarkan
zakat adalah wajib.

ii) Nadb(Mandub) Sunat :
Titah perintah Allah(s.w.t) yang menuntut kita melakukan sesuatu perbuatan
dengan tuntutan yang tidak pasti.

Contohnya firman Allah(s.w.t)


Ertinya : Maka bebaskanlah hamba abdimu dengan cara tebusan,andainya
kamu mengetahui perkara itu baik.
Didalam ayat ini memahamkan kepada kita bahawa hukum memerdekakan
hamba dalam ayat ini adalah sunat,kerana tuannya bebas menggunakan hak
miliknya.


iii) Tahrim(haram) Perintah Allah(s.w.t) yang menuntut meninggalkan sesuatu
perbuatan dengan tuntutan secara pasti(mesti).

Contohnya firman Allah(s.w.t)


Ertinya : Janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah(s.w.t)
kecuali dengan kebenaran.(surah Al-isra ayat 33)
Dari ayat ini dapat difahami hukumnya haram membunuh orang yang tidak
bersalah begitu juga haram hukumnya menghampiri zina sebagaimana
firman Allah(s.w.t)


Ertinya : Janganlah kamu menghampiri zina.

iv) Makruh(karahah) :
Perintah Allah(s.w.t) yang menuntut meninggalkan sesuatu perbuatan dengan
tuntutan yang tidak pasti.

Seperti firman Allah(s.w.t)

Ertinya : Janganlah kamu mendermakan barang-barang yang tidak baik.
Disini terkandung hukum makruh atau kurang elok menderma barang-barang
yang kurang baik untuk dijadikan sedekah.

v) Ibahah(harus)
Iaitu perintah Allah yang membolehkan kita untuk membuat pilihan untuk
melakukan sesuatu atau meninggalkannya.

Misalnya dari firman Allah(s.w.t)


Ertinya ; Dan apabila kamu sudah selesai bertahalul dari memburu ihram haji
atau umrah,bolehlah kamu berburu.
Dalam ayat ini mengandungi hukum harus memburu bagi orang yang tidak
Berada didalam amalan(pekerjaan) haji atau umrah.


Ertinya : Ibarat daripada mendirikan oleh syarak akan tanda atas suatu hukum daripada
demikian segala hukum yang lima dahulu itu.

Hukum Wadhie ialah perintah Allah yang berkaitan dengan dijadikan sesuatu itu sebagai sebab
atau syarat atau penegah.atau nyata betul atau salah.Beberapa perkara yang berhubung
dengan bahagian hukum syarak maka tiap-tiap satu bahagian hukum wadhie terkandung
didalam tiap-tiap satu bahagian hukum syarak.

Hukum wadhie itu ada lima perkara :
1) Syarat
2) Mani
3) Sebab
4) Sahih
5) Fasad.

SYARAT
Keadaan atau suasana yang jelas lagi tepat,dipastikan dari tiadanya,tiada hukum dan dari
adanya tidak pasti ada hukum atau tiada.Dengan ibarat lain,bahawa syarat dan hukum
berkaitan dari segi ketiadaan.Tetapi ketika syarat wujud,kemungkinan hukum wujud atau tidak.

Contoh :
I) Wudhu merupakan syarat bagi sah solat dan jika tidak ada wudhu solat tidak
sah,akan tetapi ketika wudhu ada mungkin solat itu tidak sah kiranya sebahagian
daripada syarat-syarat lain itu tiada.
II) Seperti haul (lalu masa setahun) menjadi syarat wajib zakat maka tiada haul, tidak
wajib zakat dan tidak semesti ada haul mewajibkan zakat.

Rumusan : Syarat ialah sesuatu yang menjadi syarat sahnya sesuatu perbuatan atau
amalan,apabila syarat tersebut tiada,maka perbuatan dan amalan itu dikira tidak sah dengan
sendirinya juga mengakibatkan tiada ada hukum yang mempunyai kesan syarak.


2) Mani(Penegah atau Halangan)
ialah keadaan atau suasana yang jelas lagi tepat,dipastikan dari adanya tiada hukum dan dari
tiadanya tidak pasti ada hukum atau tiada.Dengan ibarat lain bahawa apabila penegahan ada
nescaya hukum tiada,tetapi kiranya pengegah tiada makan hukum mungkin ada atau tiada.

Contoh : Perbuatan membunuh orang yang diwarisi merupakan penegah atau halangan kepada
wujud hukum mendapat pesaka daripadanya.Dari contoh ini andaninya ada penegah atau
penghalang iaitu perbuatan membunuh,sudah tentu hukum iaitu berhak mendapatkan pesaka
tidak wujud.Tetapi ketika tiada penegah maka keadaan hukum mungkin wujud.Kiranya syarat-
syaratnya sempurna dan mungkin tiada wujud kiranya syarat-syaratnya tidak sempurna.

Sebab
ialah keadaan atau suasana yang jelas lagi tepat,dipastikan dari adanya ada hukum dan dari
tiadanya tiada hukum atau dengan ibarat lain bahawa sebab dan hukum dua perkara yang
sangat berkaitan.Andainya sebab itu wujud nescaya hukum pun ikut wujud.Demikian juga
sebaliknya.

Contoh :
i) Masuk waktu solat merupakan sebab wajib mendirikan solat,ertinya solat itu wajib
ditunaikan ketika waktunya sudah masuk.
ii) Melihat bulan ramadhan menjadi sebab wajib berpuasa.

Sahih ialah sesuatu suasana atau keadaan perbuatan yang boleh menghasilkan kesan-kesannya
yang dimaksudkan,sama ada ia berbentuk amal ibadat atau kira bicara seperti solat itu sah
dengan makna lulus.

Contohnya ialah solat,kiranya ditunaikan dengan syarat yang sempurna,ia dihukumkan sah
serta dapat mewujudkan kesan iaitu bebas daripada tanggungjawab,berhak mendapat pahala
dan tidak akan dituntut membuat lagi.
Fasad
Sesuatu perbuatan yang tidak dapat menghasilkan kesan-kesannya yang dimaksudkan sama
ada ia berbentuk amal ibadat atau kira bicara.

Contohnya ialah solat jika tidak cukup syarat-syaratnya adalah dihukum fasad atau batal serta
segala kesan-kesannya tidak tercapai(ia belum terlepas dari tanggungjawap itu).Iaitu apabila
seseorang itu melakukan solat dengan meninggalkan beberapa syarat dalam solat seperti
ketiadaan satu rukun solat dan seumpamanya.

Anda mungkin juga menyukai