Anda di halaman 1dari 1

RABAN YANG DILUPAI Oleh: Pokcik nakdesa (nakdesa@yahoo.

com) Tasik Raban yang terletak di Lenggong, Perak bersebelahan dengan Tasik Cenderoh yang memang diketahui merupakan destinasi memancing yang agak popular. Saiz Tasik Raban ini tidaklah sebesar Tasik Cenderoh, tetapi pada penggilat yang arif dengan keadaan sekitar tasik ini boleh menjanjikan hasil yang boleh dibanggakan. Kebetulan setelah selesai urusan pertukaran saya ke Daerah Gerik, saya mengambil kesempatan rehat hujung minggu meneroka penghuni Tasik Raban bersama rakan penggilat yang dikenali melalui forum memancing, iaitu Mochtar dan Reezal. Kami mengambil keputusan menggunakan khidmat sewaan bot yang dipandu sendiri dengan harga yang berpatutan bagi tempoh sehari. Tentang makanan tiada masalah, kalau lapar pada waktu tengah hari singgah aja di belakang gerai-gerai makan yang terdapat di sekitar jeti. Di Tasik Raban ini, anda pasti akan merasa geram bila melihatkan kocakan air yang dilakukan oleh kumpulan sebarau atau Peacock Bass (PB) semasa menghambat ikanikan kecil sebagai makanan mereka. Peliknya, sebarau di sini menghambur air ketika matahari terpacak atas kepala. Pada ketika inilah waktu terbaik untuk menggilat sebarau yang tidak malu-malu menghentam gewang terutama sekali gewang permukaan. Agak kecewa juga pada hari tersebut kurang sabarau menculik gewang kami. Kehampaan kami ditebus dengan kerancakan Peacock Bass yang bersembunyi disebalik rumpai menghentam gewang permukaan kami bertalu-talu. Asyik dan terhibur kami dibuatnya melihatkan gelagat PB seolah-olah pelahap akan gewang kami pada hari itu. Saya sendiri merasa hampa dan terkilan kerana seekor toman berjaya meloloskan diri dan membawa lari terus gewang selaman dengan memutuskan tali utama yang terbelit pada akar pokok mengkuang. Walaubagaimana pun kekecewaan saya ditebus oleh Mochtar yang berjaya menjinakkan induk toman dari sebuah suak yang kami kunjungi. Apapun pada saya Tasik Raban masih boleh menjanjikan keseronokan kepada kakikaki pancing khususnya penggilat gewang berkunjung dan merasai pelbagai spesis pemangsa yang terdapat di sini. Kalau kena pada keadaan, cuaca dan air yang elok, merasalah anda dijamah oleh tiga spesis ikan yang sinomin dengan penggilat gewang.

Anda mungkin juga menyukai