Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Saya, Nur Haziqah Binti Ahmad ingin bersyukur kepada Tuhan kerana atas bantuan dan bimbinganNya

saya dapat menyiapkan kerja kursus pendidikan seni visual pada semester kali ini dengan jayanya bersama-sama dengan rakan-rakan sekumpulan yang lain. Tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Ibrahim Md Nor kerana tunjuk ajar dan bimbingan yang telah beliau beri sepanjang proses kami melaksanakan tugasan kerja kursus ini.Selain itu juga,Puan Halijah Ahmad iaitu pensyarah Jabatan Kajian Sosial yang juga merupakan salah seorang pensyarah pembimbing untuk subjek Pendidikan Seni Visual juga turut memberikan tunjuk ajar kepada kami dan memberikan komen dan kritikan yang membina ketika kami melaksanakan tugasan ini.Segala bantuan daripada Encik Ibrahim dan Puan Halijah amatlah berharga dan tidak ternilai. Selain itu, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang membantu kami dalam melaksanakan kerja kursus ini secara langsung dan secara tidak langsung. Setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya dapat mempelajari dan mengetahui asal-usul mengenai arca sebagai contoh arca mobail,arca asemblaj dan arca yang kami buat untuk tugasan kami pada kali ini iaitu arca stabail.Tugasan ini memerlukan kami untuk mengkaji mengenai arca,proses pembuatan arca,bahan-bahan dan media yang boleh digunakan untuk membuat arca.Sumber utama untuk kami mencari maklumat adalah dari internet dan Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Pada bulan Julai yang lalu,kami telah diberikan kerja kursus pendek ini dan kami telah diminta untuk membina sebuah arca yang hanya berasaskan bahan-bahan seperti simen,batu dan pasir.Kami juga telah diminta oleh pensyarah pembimbing kami untuk memilih subject matter dan membuat lakaran arca masing-masing.Kami juga telah diberi penerangan dan taklimat mengenai pembuatan arca.Selain itu juga,kami telah

diminta untuk membayar kira-kira RM30 setiap seorang untuk bahan-bahan arca.Bahan-bahan itu telah ditempah oleh Puan Halijah. Kami juga telah menghadiri bengkel membuat arca.Pada hari tersebut,Puan Khalijah dan Encik Ibrahim telah membuat demonstrasi untuk membuat arca. Pada mulanya, mereka telah membuat demonstrasi membancuh simen. Nisbah simen yang digunakan adalah 2:1.Nisbah pasir adalah 2, manakala nisbah bagi simen adalah 1. Setelah itu,kami juga telah diberi tunjuk ajar untuk melekat guni pada gelung silinder dawai mata punai yang telah siap disediakan. Kami telah menggunakan dawai mata punai untuk mengikat dan melekat guni tersebut pada gelung silinder dawai mata punai tersebut. Kemudian kami telah diarah untuk membasahkan guni tersebut dengan menggunakan air untuk menyapu simen tersebut. Dengan menggunakan teknik

tersebut, simen yang telah disapu tidak akan jatuh. Setelah itu, kami telah menyimen seluruh gelung silinder tersebut. Sebanyak dua sapuan telah dilakukan sebelum kami memulakan idea kami. Sebelum itu, kami juga telah diarahkan untuk membuat mock up bagi arca kami selain membuat lakaran bagi arca kami. Terlebih dahulu,kami perlu meminta persetujuan dan pandangan pensyarah pembimbing kami. Folio pendidikan seni visual bagi arca juga turut kami buat kerana ia merupakan salah satu aspek yang penting dalam kerja kursus projek kami pada kali ini. Subjek matter,lakaran subjek matter dan kajian reka letak merupakan perkara yang terdapat di dalam portfolio kami. Selain itu juga, kami perlu menyatakan penghargaan, pengenalan, refleksi dan borang kolaborasi kami.

Anda mungkin juga menyukai