Anda di halaman 1dari 9

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 5

SOALAN STRUKTUR

1.Puan Jane mempunyai seorang anak kurang upaya .Dia berhenti kerja untuk memberikan tumpuan terhadap penjagaan anaknya itu. a)Nyatakan satu nilai berdasarkan sikap yang ditunjukkan oleh Puan Jane. ( 1 markah) b)Berikan maksud nilai yang anda nyatakan dalam jawapan (a) di atas. ( 2 markah) c)Encik John,suami Puan jane bekerja sendiri. Beliau melipatgandakan usaha untuk menampung keperluan keluarga. Jelaskan dua nilai yang diamalkan oleh Encik John dalam hal tersebut. ( 4 markah) d)Nyatakan tiga agensi atau pertubuhan yg boleh membantu keluarga Encik John demi masa depan anaknya itu ( 3 m) 2.Kerajaan menetapkan harag barang -barang kawalan seperti beras,gul tepung dan minyak masak.Kawalan ini dilakukan untuk mengelakkan inflasi. a)Huaraikan dua nilai tindakan kerajaan tersebut. ( 4 markah) b)Pada pendapat anda ,selain mengelakkan inflasi,apakah tujuan kerajaan menetapkan harga barang kawalan tersebut? Berikan dua alasan anda. ( 2 markah) c)Nyatakan dua akta yang ada kaitan dengan tindakan kerajaan tersebut. ( 2 markah) d)Nyatakan dua tindakan yang wajar dilakukan oleh pengguna apabila dianiayai oleh penjual. ( 2 markah) 3.Satu petandingan merekacipta corak batik telah dianjurkann oleh Yayasan Budi Penyayang Malaysia. Pertandingan ini menyediakan Piala Seri Endon kepada pemenang sebagai mengenang sumbangan Allahyarham Datin Paduka Seri Endon Mahmood terhadap perkembangan batik di Malaysia. a) Nyatakan satu nilai yang diterapkan dalam situasi di atas. ( 1 markah) b)Berikan maksud nilai tersebut. ( 2 markah)

c)Datin Paduka Syarifah Mazlina dan Nur Amlina Che Bakri merupakan tokoh wanita yang pernah menerima Anugerah Maulidur Rasul di peringkat kebangsaan. Nyatakan sumbangan mereka kepada negara. ( 2 markah) d)Nyataka dua nilai yang diamalkan oleh tokoh-tokoh wanita berkenaan untuk mencapai kejayaaan dalam bidang mereka. ( 2 markah) e)Nyatakan tiga langkah lain untuk menghargai sumbangan kaum wanita yg telah berjasa kepada negara. ( 3 m) 4.a)Huraikan tiga nilai yang sepatutnya diamalkan oleh pemegang kad kredit untuk mengelakkan penyalahgunaan kad tersebut.(6 m) b)Nyatakan tiga cara seseorang itu boleh mengguankan kad kredit secara berhemah.(3m) c)Nyatakan satu akta yang melindungi hak pengguna.(1m)

5. *SARS *Selsema Burung

* HIV/Aids

a)Huraikan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh negara serantau bagi mengatasi masalah di atas.(4 m) b)Nyatakan tiga cara negara-negara serantau dapat bekerjasama dalam menangani masalah di atas.(3 m) c)Nyatakan tiga akibat jika wabak penyakiit tersebut tidak di kawal.(3 m)

6.Undang-undang siber

dikuatkuasakan untuk menangani masalah jenayah.

a)Nyatakan dua akta yang terkandung dalam undang-undang siber.(2 m) b)Jelaskan dua nilai yang sepatutnya diamalkan semasa melayari internet.(4 m) c)Nyatakan dua kebaikan menggunakan internet. (2 m) d)Berikan dua cara ibu bapa dapat memastikan remaja menggunakan internet dengan baik.(2 m)

7.Kempen anti gengsterisme telah dilancarkan oleh kerajaan bagi membenteras kegiatan

membuli yang semakin berleluasa di sekolah. a)Huraikan 3 nilai yang sepatutnya diamalkan oleh remaja untuk menjayakan kempen tersebut. (6 m) b)Selain kempen seperti ini, berikan dua perana n pihak berikut dalam menangani masalah tersebut,.(4 m) i)Kerajaan ii)Sekolah

8.

AKTA PEKERJA 1955

a) Terangkan satu nilai yg berkaitan dengan akta di atas(3 m) b)Nyatakan dua perlindungan kepada pekerja yang terkandung dalam akta tersebut.(2 m) c)Senaraikan dua badan yg mempertahankan kebajikan pekerja di negara ini.(2 m) d)Nyatakan tiga cara majikan menghargai sumbangan pekerja.(2m) 9. Malaysia menjalankan hubungan baik dengan negara-negara anggota ASEAN dan negaranegara yang lain.Negara kita juga turut menjadi anggota kepada pelbagai pertubuhan antarabangsa. a)Nyatakan tiga kepentingan negara kita menjalinkan hubungan baik dgn negara-negara lain.(3m) b)Terangkan dua nilai yg diamalkan oleh Malaysia dalam menjalankan hubungan tersebut.(4 m) c)Nyatakan tiga cara Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan negara lain. (3m) 10. Kerajaan Malaysia telah memanjangkan waktu solat pada hari Jumaat agar pekerja lelaki yg beragama Islam dapat menunaikan sembahyang Jumaat. a)Terangkan dua nilai yg. dituntukkan oleh kerajaaan Malaysia.(4 m) b)Terangkan dua cara kita menghormati keagamaan kaum lain.(4 m) c)Nyatakan satu amalan keagamaan kaum-kaum berikut : i)Orang Islam ii)Orang Sikh(2 m) 11. Jumlah buruh kanak-kanak semakin neningkat *kanak-kanak tidak diberi peluang bersekolah

*penderaan fizikal kanak-kanak semakin berleluasa *semakin ramai kanak-kanak mengalami tekanan emosi a)Terangkan dua nilai sepatutnya diamalkan oleh masyarakat dlm menangani masalah di atas.(4 m) b)Nyatakan dua hak kanak-kanak dalan Deklarasi Hak Asai Kanak-Kanak.(2 m) c)Sebagai ibu bapa ,nyatakan dua cara anda dapat melindungi kanak-kanak mengikut deklarasi di atas.(2 markah) d)Berikan dua punca kanak-kanak didera.(2m) 12. Antara cabaran dalam Wawasan 2020 ialah : *Mewujudkan masyarakat penyayang *Mewujudkan negara Malaysia yg bersatu dan mempunyai matlamat yg dikongsi bersama a)Merujuk kepada cabaran-cabaran di atas,huraikan tiga nilai yg perlu diamalkan oleh rakyat untuk merealisasikan wawasan tersebut.(6 m) b)Nyatakan 4 cabaran lain dalam Wawasan 2020.(4 m) 13.Peraturan berucap di tempat awam: *seseorang tidak boleh mengkritik kerajaan * seseorang tidak boleh menghasut orang lain *seseorang tidak dibebnarkan membengkiitkan isiu-isu sensitive dan perkauman a)Terangkan dua nilai yg berkaitan dengan pernyataan di atas.(4 m) b)Nyatakan tiga kesan sekiranya seseorang melanggar peraturan di atas(3 nm) c)Nyatakan satu akta yg harus dipatuhi semasa berucap di tempat awam.(1m) 14.Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) : *menjamin keselamatn dunia *menggalakkan hubungan baik antara anggota negara *bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa a)Terangkan tiga nilai yg patut diamalkan oleh negara negara anggota PBB. (6m) b)Berikan dua peranan yg boleh dimainkan oleh Majlis Keselamatan PBB.(2 m) c)Senaraikan dua negara yg. mempuntyai kuasa veto dalam Majlis Keselamatan PBB.(2 m)

15.Jenayah cetak rompak telah lama berlaku dan makin meruncing di negara kita.Pihak polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal-Ehwal Penggguna telah berganding bahu untuk membenteras jenayah ini. a)Terangkan dua nilai yg diamalkan oleh kedua dua pihak di atas.(4 m) b)Nyatakan dua tindakan yg diambil oleh pihak berkuasa terhadap penjenayah cetak rompak.(2 m) c)Berikan dua kesan kegiatan cetak rompak terhadap Negara.(2 m) 16.Encik Yusof : Pak Mahmud tidak perlu berbuat apa-apa.Cuma perlu keluarkan RM200 saja. Pak Mahmud akan dapat RM2000 dalam masa dua bulan Pak Mahmud : Wah,banyaknya tuu! Pak Ali : Menarik juga skim ini. a)Terangkan dua nilai yg harus diamalkan oleh Pak Mahmud dan Pak Ali.(4 m) b)Terangkan dua kesan negatif melabur dalam skim tersebut.(4 m)

17.Mengikut Perlembagaan Malaysia .pilihan raya diadakan setiap lima tahun sekali. Calon-calon daripada parti pemerintah dan parti pembangkang boleh mengadakan kempen besama-sama penyokong mereka.Ketika berkempen mereka perlu mengikut garis panduan yg. telah ditetapkan oleh suruhanjaya pilihan raya. a)Terangkan dua nilai yg harus diamalkan oleh calon-calon pilihan raya semasa berkempen.(4 m) b)Nyatakan tiga perkara yg tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat Malaysia mengikut pindaan Perlembagaan Malaysia 1971.(3 m) c)Sebagai seorang murid,bagaimanakah kamu mengamalkan kebebasan bersuara di sekolah?(2 m) d)Nyatakan satu akta yg melarang sesiapa daripada mempersoalkan isu-isu sensitif.(1 m) 18.Kuamaran ialah seorang pemain tenis negara .Dia telah mewakili Malaysia dalam pertandingan di persada antarabangsa.Walaupun telah gagal menjadi johan tiga kali semasa perlawanan akhir diadakan ,dia tidak kecewa.Demi meningkatkan nama negara,dia bermaian dengan besungguh-sungguh sehingga berjaya menjadi johan.Penyokong-penyokong Malaysia menolak sesama sendiri dan menerpa masuk ke gelanggang untuk berjabat tangan dengan Kumaran sehingga pihak polis terpaksa mengarakan mereka keluar. a)Terangkan dua nilai yg ditunjukkan oleh Kumaran sehingga berjaya menjadi johan.(4 m)

b)Terangkan dua nilai yg sepatutnya diamalkan oleh penyokong -penyokong Malaysia.(4 m) c)Nyatakan dua perkara yg mungkin berlaku sekiranya pihak polis tidak mengarahkan para penyokong Malaysia meninggalkan gelanggang.(2m)

19.Antara undang-undang antarabangsa ialah : *Undang-undang Siber *Mahkamah Antarabangsa *Akta Pencegahan Penyeludupan a)Nyatakan dua nilai yg dapat dikaitkan dengan maklumat di atas.(2 m) b)Nyatakan tiga kepentingan undang-undang antarabangsa kepada masyarakat dunia.(3 m) c)Nelayan Vietnam telah didenda sebanyak RM2 000 kerana menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia. Terangkan dua nilai yg sepatutnya diamalkan oleh nelayan tersebut.( 4 m)

Mengadakan rondaan bersama dgn negara jiran di Selat Melaka untuk membenteras kegiatan lanun

Hubungan kerjasama serantau

Mengirim ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Jepun yg baru dilantik

Menghantar bantuan kemanusiaan ke Acheh selepas berlaku tsunami

20.a)Terangkan tiga nilai yg ditunjukkan oleh Malaysia dengan negara-negra jiran.(6 m) b)Nyatakan dua kepentingan hubungan kerjasama serantau.(2 m) c)Nyatakan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh pemimpin negara ketika berunding menyelesaikan konflik antara negara jiran.(4 m)

SOALAN ESEI
Masalah perairan serantau antara Negara YY dan Negara BB -Pendatang tanpa izin(PATI) -Tumpahan minyak -Rompakan lanun -Perebutan pulau

1.Huraikan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh kedua-dua negara tersebut untuk menangani masalah tersebut.Jawapan anda hendaklah disokong dengan penerangan dan contoh atau huraian yang sesuai.(10 markah)

2. Rakyat Malaysia pertama yg memenangi Pertandingan PidatoBahasa Jepun


Noraini Omar,45, merupakan pemidato terbaik dalam pertandingan Pidato Bahasa Jepun bagi warga asing yang dianjurkan oleh Chiba Prefecture Board of Education pada tahun 1996. Berdasarkan pernyataan di atas,huaraikan dua nilai ditunjukkan oleh Noraini dalam menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Jawapan anda hendaklah

disokong dengan penerangan dan contoh atau huraian yang sesuai.(10 markah)

Kempen Budi BahaSa Budaya Kita telah dilancarkan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan mengekalkan nilai-nilai moral yang semakin terhakis dalam masyarakat moden kini.
3. Berdasarkan pernyataan di atas,huraikan dua nilai yang ingin dipupuk melalui kempen tersebut.

Jawapan anda hendaklah disokong dengan penerangan dan contoh atau huraian yang sesuai. (10 markah)

4.Kementerian Pelajaran telah mewajibkan setiap murid untuk menyertai satu unit badan beruniform,kelab atau persatuan serta permainan di sekolah. Huraikan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh murid-murid untuk mengikut arahan tersebut. Jawapan anda hendaklah disokong dengan penerangan dan contoh atau huraian yang sesuai. (10 markah) 5.Pakatan murni ke London yang dianggotai oleh Tunku Abdul Rahman,Tun Sambathan,Tun Tan Cheng Lock dan lain-lain tekah bejaya menuntut kemerdekaan untuk Malaysia pada tahun 1957. Kermerdekaan ini telah dikecapi selama 52 tahun. Huraikan dua nilai yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga tokoh di atas. Jawapan anda hendaklah disokong dengan penerangan dan contoh atau huraian yang sesuai. (10 markah) 6.Vandalisme semakin berleluasa kebelakangan ini dalam kalangan remaja.Huraikan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh remaja dalam menangani masalah tersebut. Jawapan anda hendaklah disokong dengan penerangan dan contoh atau huraian yang sesuai. (10 markah)

Anda mungkin juga menyukai