Anda di halaman 1dari 22

Penulisan Al Quran Pada Zaman Saidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A.

Selepas Rasulullah s.a.w wafat, para sahabat telah melantik Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. menjadi khalifah yang pertama. Pada zamannya telah berlaku beberapa peperangan antaranya ialah peperangan al-Yamamah yang berlaku pada tahun 11 Hijrah. Dalam peperangan tersebut ramai tentera Islam yang menghafaz al-quran telah gugur syahid. Sejarah mencatatkan sehingga 700 orang yang menghafaz al quran telah gugur syahid dalam peperangan tersebut. Peristiwa ini telah mendorong Saidina Umar bin Al-Khattab r.a. beberapa kali mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. supaya diadakan usaha pengumpulan al-quran kerana dibimbangi al-quran akan terhapus kerana ramaiQurra' yang gugur syahid. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a yang pada mulanya tidak bersetuju, akhir bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengarahkan Saidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al quran yang telah ditulis dan dihafaz di zaman Rasulullah s.a.w dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang lain. Maka terkumpullah al quran yang pertama dalam bentuk lembaran suhuf. Setelah Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. wafat, suhuf tersebut telah disimpan di rumah Saidina Umar bin al-Khattab r.a. dan apabila beliau wafat, lembaran suhuf itu disimpan pula oleh Ummul Mukminin Saidatina Hafsah bin Umar al-Khattab r.a. iaitu isteri Rasulullah s.a.w.

Penulisan Al Quran Pada Zaman Saidina Uthman Bin Affan R.A.

Pada masa pemerintahan Khalifah Saidina Uthman bin Affan r.a. Islam telah berkembang luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk Armenia, Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam di wilayah-wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca alquran menurut kaedah-kaedah bacaan para sahabat yang masyhur antaranya: Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit r.a. dan Saidina Umar bin Al-Khattab r.a. Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan Saidina Uthman bin Affan dan Abu Darda' r.a. Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan Saidina Umar bin Al-Khattab r.a., Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit r.a, Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Abu Musa al-Asha'ari, r.a. Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan Abdullah bin Mas'ud, Saidina Ali bin Abi Talib, r.a. Saidina Uthman bin Affan r.a, Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit r.a. Pada tahun 25 hijrah satu perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan muslimin mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan al-quran. Keadaan yang tidak begitu sihat ini telah disampaikan oleh seorang sahabat yang bernama Huzaifah bin al-Yaman kepada Khalifah Saidina Uthman bin Affan r.a.. Huzaifah telah mencadangkan supaya Khalifah Saidina Uthman bin Affan mencari jalan untuk menyatukan kaum muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi perbalahan dan perselisihan tersebut. Khalifah Saidina Uthman bin Affan telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. dan dibantu oleh beberapa orang anggota yang lain yang terdiri

dari:

Abdullah bin Zubair

Said bin Al-'As

Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam r.a.

Lembaran-lembaran suhuf al-quran yang diambil dari simpanan Saidatina Hafsah binti Umar AlKhattab r.a. dijadikan mushaf. Ketika ahli-ahli Jawatankuasa ini menjalankan tugas, Saidina Uthman bin Affan memberi nasihat dan meletakkan panduan bahawa asas rujukan di dalam penulisan al quran ini hendaklah berdasarkan bacaan Qurra''. Jika terdapat perbezaan pada bacaan mereka, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang-orang Quraisy kerana al quran itu diturunkan menurut bahasa Quraisy. Menurut pendapat yang muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak 6 mushaf al quran. Sebuah mushaf untuk Saidina Uthman bin Affan dinamakan "Mushaf-al Imam" dan mushaf yang lain dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah. Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk wilayah-wilayah berkenaan, bahkan dihantar bersama-samanya seorang imam(qari) yang adil dan mutqin di dalam bacaan al quran untuk mengajar penduduk berkenaan. Mereka dari daripada: 1. Abdullah bin Saaib r.a. ke Mekah 2. Al-Mughirah bin Abi Syibab r.a. ke Syam 3. Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami r.a. ke Kufah 4. Amru bin Qais r.a. ke Basrah 5. Zaid bin Thabit ke Madinah Selepas itu, Saidina Uthman bin Affan r.a. memerintahkan supaya semua lembaran alquran yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan. Walau bagaimanapun, perbezaan bacaan yang ada hingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam mushaf yang ditulis pada zaman Saidina Uthman bin Affan r.a. kerana bacaan telah diterima dari Baginda Rasululah s.a.w. secarmutawatir. Usaha-usaha pengumpulan al quran yang dilakukan pada zaman Khalifah Saidina Uthman bin Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam terutamanya dari segi: Dapat menyelamatkan umat Islam dari perpecahan. Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin tentang penulisan al quran Dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan tulisan

Dapat menyatukan wajah-wajah qiraat melalui satu mushaf Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang ada sekarang.

http://www.slideshare.net/harszzz/ahli-lajnah
Ahli lajnah Presentation Transcript

1. KEPENTINGAN MENGENALI RASM UTHMANI OLEH: DATUK HJ.MOHAMMAD BIN HASHIM AHLI LAJNAH TASHEH AL-QURAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2. MUQADDIMAH Al-Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, melalui pengantaraan Jibril a.s ditulis dalam mushaf, dipindahkan kepada kita secara mutawatir dan menjadi ibadat sesiapa membacanya. 3. Mengikut kiraan Hakim Muhammad Auwad (bangsa Mesir ) bahawa Al-Quran Rasm Uthmani yang terangkum dari cantuman 28 huruf hijaiyah mempunyai 30 juzu, 60 hizib , 240 rubu, 114 surah, 6,236 ayat, 77,437 kalimah, 323,671 huruf, 50,681 titik, 19,253 tanda tashdid ,1,771 tanda mad , 94,243 baris fathah ,38,886 baris kasrah , 40,804 baris dhammah dan 2,664 lafaz Al-Jalalah . 4. SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN Meskipun terdapat beberapa perselisihan ulama mengenai tarikh mulanya ayat-ayat al-Quran mula diturunkan, pada keseluruhannya mereka hampir-hampir sepakat mengatakan bahawa al-Quran mula diturunkan pada 17 Ramadhan tahun 41 dari kelahiran Nabi Muhammad SAW ( malam Isnin 16 Ogos 619 Masihi ) 5. CARA PENURUNAN AL-QURAN Diturunkan dalam dua peringkat: Peringkat Pertama Secara serentak dari Luh mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia. Firman Allah SWT dalam ayat 1 dan 22 surah al-Buruj yang bermaksud: bahkan yang mereka dustakan itu al-Quran yang mulia yang tersimpan di Luh Mahfuz alBuruj:1-2 6. SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN 2. Peringkat Kedua Penurunan beransuransur dari B aitul Izzah ke dada Rasulullah SAW dalam tempoh 23 tahun(22 tahun 2 bulan 2 hari ). Firman Allah SWT: dan berkatalah orang-orang kafir mengapa alQuran itu tidak diturunkan kepadanya iaitu (Muhammad) secara serentak. Yang demikian itu(beransur-ansur) supaya kami perkuatkan hatimu dengannya dan Kami membacakannya secara tartil al-Furqan ayat: 32 7. KHALIFAH UTHMAN SEBAGAI PENGASAS KAEDAH RASM UTHMANI Ilmu Rasm al-Quran merupakan satu ilmu yang membahaskan kaedah serta cara penulisan huruf-huruf dan kalimah-kalimah al-Quran. Ilmu ini juga dikenali sebagai Rasm Uthmani. Penyeragaman kaedah penulisan Rasm Uthmani adalah untuk mengekal dan memelihara ketepatan bacaan qiraat tujuh atau sepuluh yang mutawatir daripada Rasulullah SAW.

8. KELEBIHAN RASM UTHMANI Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak kelebihan antaranya: - Mengikut sunnah Rasulullah SAW, - Mengikut tulisan alQuran yang asal, - Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang sebenar, - Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenisjenis bacaan), - Sebagai hujah kepada bahasa al-Quran yang fasih. 9. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat , Salah satu dari mukjizat al-Quran, Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir, Salah satu dari rukun bacaan alQuran al-Karim Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas, Ditulis mengikut bacaan Rawi(riwayat). 10. TAHAP PENULISAN AL-QURAN Tahap Pertama. Belum diletakkan sebarang tanda. Tahap Kedua. Ditandakan titik ( ) yang dipelopori oleh abu alAswad al-Duali(meninggal pada tahun 69 hijrah pada zaman khalifah Marwan bin alHakam) 11. Tahap Ketiga. Mula ditandakan dengan titik(yang dipelopori oleh Yahya bin Yamar dan Nasyr bin Asim al-Laisy dengan perintah gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof al-Thaqafi. Tahap Keempat. Mula diletakkan dengan tanda-tanda baris(harakah) 12. Tahap Kelima. Ditambah dengan tanda-tanda wakaf dan lain-lain tanda lagi. Tulisan al-Quran dengan menggunakan khat naskh mula dicetak buat pertama kalinya di Hamburg Jerman pada tahun 1694 Masihi(1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam yan lain sehingga ke hari ini. 13. PEMBAHAGIAN RASM Terbahagi kepada dua: Rasm Qiasi / Imlai Iaitu penulisan kelaziman pengucapan / pertuturan. Rasm Istilahi / Uthmani. Menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan hamzah. 14. HUKUM MENGGUNAKAN RASM UTHMANI Ulamak bersepakat mengatakan ketika menulis ayat-ayat al-Quran adalah wajib menulisnya mengikut kaedah Rasm Uthmani. Diantara alasannya: Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat kerana mengikut sunnah Khulafa ar-Rasyidin. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: kamu ikutilah sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapat hidayah selepasku dan peganglah ia dengan bersungguh-sungguh riwayat Abu Daud alTarmizi 15. KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI 16. PENGENALAN RASM UTHMANI/RASM ISTILAHI Satu kaedah penulisan yang unik dan istimewa. Kaedah ini dikatakan kaedah yang diajar oleh Rasulullah SAW sendiri. Sekiranya kaedah penulisan ini tidak bersumberkan daripada Rasulullah SAW dan para sahabat r.a, sudah tentu ia tidak sesuai lagi digunakan dalam penulisan mushaf kerana secara zahirnya seolah-olah terdapat beberapa kesalahan yang berlaku dalam penulisan. Jelasnya terdapat banyak rahsia dan hikmah yang terkandung dalam penulisan ini sehingga Rasulullah SAW dan para sahabat r.a begitu mengambil berat terhadap penulisan ini.

17. DEFINISI RASM UTHMANI Dr.Syaban Muhammad Ismail berpendapat Rasm Uthmani ialah satu keterangan yang membicarakan mengenai mushaf-mushaf yang ditulis pada zaman Sayyidina Uthman r.a dan dihantar ke kota-kota Islam ketika itu. Dimana kaedah penulisannya merangkumi tujuh huruf al-Quran(qiraat), ditulis tanpa titik dan baris serta bertepatan dengan tulisan dan bacaan semasa ardhul akhir(semakan akhir) dan tidak dimansuhkan bacaan. 18. Penulisan al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah SAW yang diikuti secara ijma ( sepakat ) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyah iaitu satu ketetapan dari Rasulullah SAW. Cara penulisannya adalah menurut kaedah-kaedah tertentu yang berbeza dari kaedah lain seperti : 19. hazf ( membuang) ziyadah ( menambah ) ibdal ( mengganti ) maqtu wa maushul ( memisah dan menyambung) penulisan hamzah. 20. Para sahabat menulis wahyu dengan menggunakan rasm tersebut di bawah pemerhatian dan pengawasan Rasulullah SAW sendiri. 21. KAEDAH PERTAMA: Al-HAZF( MEMBUANG HURUF ) Al-Hazf ialah membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu. Dalam Rasm Uthman, al-hazf bermaksud huruf-huruf yang tidak ditulis tetapi wajib dibaca, sama ada ketika washal atau wakaf . Terdapat enam huruf yang dibuang mengikut kaedah Rasm Uthmani iaitu alif, waw, ya, lam, nun dan huruf-huruf permulaan di beberapa surah tertentu. 22. HAZF HURUF ALIF Semua mushaf Uthmani ditulis dengan membuang hurufhuruf alif pada keadaan-keadaan berikut: Huruf alif bagi hamzah al-wasal yang terdapat pada kalimah ( ) dalam firman Allah SWT ( ) Huruf alif yang terletak di antara dua huruf lam , contoh seperti firman Allah SWT ( ) 23. Huruf alif pada fi l al-amr dari kalimah ( ) yang dimulai dengan huruf waw atau fa seperti ( ) dan ( ) Huruf alif selepas huruf ya al-nida seperti ( ) dan ( ) dan lain-lain lagi. 24. HAZF HURUH WAW Semua Mushaf Uthmani ditulis dengan membuang huruf waw pada keadaan-keadaan berikut: Huruf waw yang kedua apabila sebelumnya juga terdapat huruf waw sama ada ianya mufrad atau jama seperti ( ) , ( ) dan sebagainya. 25. Huruf wau yang menjadi fil marfu. Terdapat empat tempat semuanya iaitu firman Allah SWT ( ) ) , ( ), ) dan ( ) 26. HAZF HURUF YA Semua Mushaf Uthmani ditulis dengan membuang huruf ya pada keadaan-keadaan berikut: Huruf ya di hujung kalimah yang disebut sebagai lam kalimah. Contohnya seperti firman Allah SWT ( ) ), ( 27. Huruf ya pada ism manqus yang bertanwin ketika marfu atau majrur . Contohnya seperti firman Allah SWT ( ) ), ( Huruf ya pada semua kalimah ( ) dalam surah al-Baqarah 28. HAZF HURUF LAM Semua Mushaf Uthmani ditulis dengan membuang huruf lam pada keadaan-keadaan berikut:

29. Huruf lam yang didahului oleh alif lam marifah , sama ada ia mufrad, muthanna atau jama, pada perkataan: ( ) ), ( ), ( ), ( dan sebagainya. Huruf lam yang didahului oleh lam marifah pada perkataan( .) 30. HAZF HURUF NUN Semua Mushaf Uthmani ditulis dengan membuang huruf lam pada keadaan-keadaan berikut: Huruf nun yang pertama yang terdapat pada kalimah ( ) dalam firman Allah SWT ( .) 31. Huruf nun yang kedua yang terdapat pada kalimah ( ) dalam firman Allah SWT ( .) 32. HAZF HURUF-HURUF DI PERMULAAN SURAH Semua Mushaf Uthmani ditulis dengan membuang huruf-huruf permulaan pada surah-surah tertentu. Contohnya seperti: 33. ( ) dibaca dengan ( ) ), ( dibaca dengan ( ) ), ( dibaca dengan ( ) 34. AL-ZIYADAH ( MENAMBAH HURUF ) Al-ziyadah ialah menambah sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu. Dalam Rasm Uthmani, al-ziyadah adalah hurufhuruf yang mesti ditulis tetapi haram dibaca sama ada ketika wasl atau waqaf terdapat tiga huruf yang ditambah mengikut kaedah penulisan Rasm Uthmani iaitu alif, lam, wau dan ya 35. ZIYADAH HURUF ALIF Semua Mushaf Uthmani ditulis dengan menambah huruf alif pada keadaan-keadaan berikut: 36. Huruf alif selepas huruf wau ganti nama pada jama muzakkar yang berhubung dengan feil madhi, mudhari, dan amr yang berada di akhir kalimah seperti ( (,) ) dan ( .) 37. Huruf alif selepas huruf wau perumah hamzah atau waw yang ditukar dari huruf alif seperti ( ) dan ( ) Huruf alif selepas mim pada kalimah ( ) seperti ( ) dan ( ) Huruf alif sebelum ya yang terdapat pada kalimah ( ) dalam firman Allah SWT ( ) 38. ZIYADAH HURUF WAU Semua Mushaf Uthmani ditulis dengan menambah huruf waw pada keadaan-keadaan berikut: Huruf wau selepas huruf hamzah yang terdapat pada kalimah-kalimah berikut, iaitu ( ,) ), ( ), ( ),( dan ( ) 39. Huruf wau selepas huruf hamzah yang terdapat pada kalimah ( ) dan ( ) 40. ZIYADAH HURUF YA Semua Mushaf Uthmani ditulis dengan menambah huruf wau pada keadaan-keadaan berikut: Huruf ya selepas hamzah yang terdapat pada kalimah ( ) dalam firman Allah SWT( ) dan ( ) 41. Huruf ya pada tujuh tempat-tempat berikut, antaranya ialah pada firman Allah SWT ( ) ) ), ( ), ( ), dan sebagainya. 42. KAEDAH KETIGA: Al-HAMZ ( Penulisan Huruf-Huruf Hamzah ) Huruf hamzah terbahagi kepada dua iaitu: i- Hamzah Washal , ii- Hamzah Qata

43. HAMZAH WASHAL Hamzah Washal ditulis dengan alif sama ada didahului oleh huruf atau tidak, dan di atasnya diletak tanda kepala shod seperti ( ) dan ( .) 44. Hamzah Washal yang dibuang bentuknya terdapat lima keadaan: i) terletak pada fa kalimah terletak di antara wau atau fa dan hamzah qata seperti ( ) dan ( ,) ii) terletak pada feil amr kalimah ( ) selepas wau atau fa seperti ( ) dan ( ,) 45. iii) terletak pada lam al-taarif selepas lam seperti ( ) ), ( dan ( ,) iv) terletak pada feil selepas hamzah istifham seperti ( ,) terletak pada lafaz ism al-majrur dengan ba sekiranya diidhafahkan kepada lafz al-jalalah seperti ( .) 46. HAMZAH QATA Huruf-huruf hamzah qata di dalam al-Quran terletak sama ada di permulaan, di pertengahan atau di hujung kalimah. Dalam mushaf-mushaf Uthmani , keadaan penulisan huruf-huruf hamzah tersebut pula adalah berbeza antara satu sama lain berpandukan kepada kedudukannya. 47. Huruf hamzah di pangkal kalimah semua ditulis dengan surah (rumah) alif, sama ada fathah , kasrah , atau dhammah. Contohnya seperti ( ) ), ( ),( dan sebagainya. ii) Huruf hamzah didahului dengan huruf ziyadah seperti( (,) ) dan lain-lain lagi. 48. iii) Huruf hamzah di pertengahan kalimah berbeza cara penulisannya antara satu sama lain: sekiranya huruf hamzah itu fathah atau pun sukun dan sebelumnya fathah , ia ditulis dengan surah alif seperti ( ) ), ( dan sebagainya. 49. sekiranya huruf hamzah itu dhammah atau pun sukun dan sebelumnya dhammah, ia ditulis dengan surah wau seperti ( ) ),( dan sebagainya. Huruf hamzah berbaris fathah selepas dhammah ditulis dengan perumah wau seperti ( ) 50. Hamzah berbaris kasrah selepas fathah atau dhammah atau kasrah atau berbaris fathah atau dhammah selepas kasrah ditulis dengan perumah ya seperti ( ) ), ( ), ( Huruf hamzah yang berbaris fathah sebelumnya alif dibuang perumah hamzah sperti ( ) dan lain-lain 51. iv) Huruf hamzah diakhir kalimah juga berbeza cara penulisannya di antara satu sama lain. Huruf hamzah ditulis mengikut baris dan bentuk sebelumnya. Ditulis ya selepas kasrah dan tulis wau selepas berbaris dhammah seperti ( ) ), ( dan sebagainya. Tiap-tiap hamzah ditulis tanpa perumah jika didahului tanda sukun seperti ( ) ), ( ), ( dan sebagainya. 52. KAEDAH KEEMPAT: AL-IBDAL ( Menukar Huruf) Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf kepada huruf yang lain. Dalam penulisan Mushaf Rasm Uthmani , kaedah ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu: i- ibdal alif kepada wau ii - ibdal alif kepada ya iii - ibdal nun kepada alif iv - ibdal ta al-marbutah kepada ta almaftuhah v - ibdal wau kepada alif 53. i. IBDAL ALIF KEPADA WAU pada empat kalimah yang selalu berulang-ulang iaitu ( ) ), ( ), ( dan ( .) pada empat kalimah dalam surah-surah tertentu iaitu ( .) ), ( ), ( ), (

54. ii. IBDAL ALIF KEPADA YA Apabila alif terletak dihujung kalimah, sekalipun ia berhubung dengan dhamir (ganti nama) seperti ( ) ),( dan sebagainya, melainkan pada beberapa keadaan berikut: 55. Alif yang bersebelahan dengan huruf ya sama ada sebelum atau selepasnya seperti ( ,) tetapi pada kalimah ( ) dan ( ,) ia tetap ditulis dengan huruf ya. Kalimah-kalimah ( ) ), ( ), ( ), ( ), ( ), ( dan ( ). Huruf alif pada kalimah ( ) yang membawa maksud ( ,) juga pada kalimahkalimah ( ) ), ( ), ( ), ( dan ( ) melainkan pada kalimah ( ) pada firman Allah SWT ( ) 56. iii. IBDAL NUN KEPADA ALIF ( sila rujuk Buku Panduan Rasm Uthmani m/s:56) Nun taukid pada kalimah ( ) ), ( Nun pada kalimah ( ) seperti firman Allah SWT ( ) 57. iv. IBDAL TA AL-MARBUTAH KEPADA TA AL- MAFTUHAH ( sila rujuk Buku Panduan Rasm Uthmani m/s:56) Kalimah ( ) ditulis dengan ta al-maftuhah ( ) ada tujuh tempat dalam al-Quran. Kalimah ( ) ditulis dengan ta almaftuhah ( ) pada sebelas tempat dalam al-Quran 58. Kalimah ( ) ditulis dengan ta al-maftuhah ( ) ada lima tempat dalam alQuran Kalimah ( ) ditulis dengan ta al-maftuhah ( ) ada tujuh tempat dalam al-Quran Kalimah ( ) ditulis dengan ta al-maftuhah ( ) ada dua tempat dalam al-Quran dan lain-lain lagi. 59. v. IBDAL WAU KEPADA ALIF ( sila rujuk Buku Panduan Rasm Uthmani m.s:63) Semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf yang ketiganya ialah huruf wau seperti ( ) ), ( ), ( dan ( ,) melainkan semua kalimah ( ) dan kalimah yang lain iaitu ( ) ), ( ), ( dan ( .) 60. KAEDAH KELIMA: AL-MAQTU WA AL-MAUSHUL ( memisah dan menyambung ) Al-Maqtu ialah menulis perkataan secara berasingan, manakala al-Maushul pula menulis perkataan secara bersambung.Al-Maqtu wa al-Maushul ialah kaedah memisah dan menyambung tulisan pada kalimah-kalimah tertentu. Di dalam penulisan Rasm Uthmani terdapat banyak kalimah yang ditulis dengan cara bersambung pada sesuatu tempat , tetapi ditulis dengan cara berpisah pula pada tempat yang lain dan begitu juga sebaliknya. 61. AL-MAQTU DAN AL-MAUSHUL terbahagi kepada tiga bahagian: Perbezaan ulama antara maqtu dan maushul Persepakatan ulama pada maqtu Persepakatan ulama pada maushul 62. KAEDAH KEENAM: KALIMAH YANG MENGANDUNGI BEBERAPA QIRAAT DITULIS DENGAN SALAH SATU DARIPADANYA Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau beberapa wajah qiraat , kalimah itu ditulis dengan salah satu dari wajah -wajah qiraat tersebut. Kaedah penulisan kalimahkalimah yang termasuk dalam bahagian ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. 63. Tulisannya boleh dibaca dengan dua wajah qiraat. Terdapat beberapa kalimah yang ditulis tanpa huruf alif ( hazaf alif ), tetapi bacaannya boleh dibaca dengan dua wajah qiraat iaitu sama ada dengan alif (panjang) atau tanpa alif (pendek)

64. Contoh: i- kalimah ( ) yang boleh dibaca dengan panjang atau pendek pada huruf fa ii- kalimah ( ) yang boleh dibaca dengan panjang atau pendek pada huruf mim dan kalimah-kalimah yang seumpanya. 65. Ditulis mengikut salah satu dari wajah qiraat . Apabila terdapat dua wajah qiraat pada sesuatu kalimah, maka ia ditulis dengan menggunakan salah satu wajah yang lebih masyhur. Contohnya: Kalimah ( ) ditulis dengan huruf sad walau pun terdapat sebahagian qiraat yang membaca dengan huruf sin dan huruf zai yang diisymamkan. 66. Ini disebabkan bacaan dengan sad itu adalah lebih masyhur dan banyak digunakan dalam qiraat-qiraat yang mutawatir jika dibandingkan dengan bacaanbacaan yang lain. 67. Berlaku penambahan disebabkan wajah qiraat yang berbeza. Terdapat beberapa perbezaan qiraat yang melibatkan penambahan sesuatu huruf atau kalimah, dan ini menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi qiraat tersebut tidak sesuai digunakan bagi qiraat yang lain. Oleh itu ia ditulis pada sebahagian mushaf dengan satu kaedah dan sebahagian lagi mushaf dengan kaedah yang lain. 68. Contohnya: Firman Allah SWT ( ,) ia ditulis sedemikian pada sebahagian mushaf dan mushaf yang lain pula dengan penambahan kalimah ( ) menjadi ( ) dan lain-lain lagi. 69. PENUTUP Rasm Uthmani ini mempunyai kelainannya yang tersendiri sehinggakan ianya terlalu sukar untuk diperkatakan. Hanya mereka yang mengkaji dan memperhalusinya sahaja yang akan dapat menafsirkan keunikannya ini. Rasm Uthmani ini adalah suatu kaedah penulisan yang wajib dipelihara dan diamalkan.

BAHAGIAN B KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI 1.PENDAHULUAN Al-quran adalah kalam Allah yang mengandungi berbagai-bagai mukjizat,sama ada mukjizat yang mampu difikirkan oleh akal fikiran dan dilihat oleh mata manusia ataupun yang tersembunyi yang mana hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Alquran adalh satu mukjizat yang paling besar diberi kepada Rasulullah oleh Allah. Seterusnya,Rasulullah telah menyebarkan ayat-ayat Al-quran kepada para sahabat untuk dihafaz dan mengamalkannya.Seterusnya setelah kewafatan Rasulullah,para sahabat telah mengumpulkan ayat-ayat Al-quran untuk dijadikan satu mashaf.Salah satu ilmu yang perlu dipelajari dalam 2.SEJARAH RASM UTHMANI 1.Sejarah tulisan arab

Masyarakat arab pada zaman jahiliyah merupakan masyarakat yang tidak tahu membaca dan menulis.Al-quran telah menerangkan dengan jelas mengenai kenyataan ini berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Jumuah ayat 2. Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata. Ini menandakan bahawa akan ada seorang rasul yang akan diutuskan bersama dengan Al-quran untuk menyebarkan risalah ini.Terdapat perselisihan ulama dalam menentukan orang yang mula-mula sekali menciptanya.Ada ulama yang berpendapat bahawa Nabi Adam yang menciptanya.Diriwayatkan bahawa Nabi Adam telah telah menulis semua tulisan Arab di atas tanah-tanahyang telah dibakar.Sebelum beliau wafat tulisan-tulisan tersebut telah dipadam.Setelah berlaku taufan,tulisan-tulisan tersebut telah timbul dan dijimpai oleh satu kaum.Kaum itu telah mempelajarinya berpandukan ilham daripada Allah. Sebahagian ulama pula berpendapat orang yang pertama sekali mencipta bentuk tulisan arab ialah penulis wahyu Nabi Hud iaitu Khaljan bin alQasm.Diriwayatkan tulisan-tulisan Arab yang dibuat telah dipelajari oleh Maramih Bin Murrah,Aslam Bin Sidrah dan Amir bin Judrah.Kemudian penduduk penduduk Anbar daripada mereka.Lalu tersebarlah ilmu penulisan tersebut ke seluruh negeri Iraq.Ada juga ulama yang mengatakan tulisan ini dicipta oleh Nabi Ismail.Diriwayatkan tulisannyang beliau buat bersambung huruf-hurufnya antara satu sama lain sehinggakan huruf alif dan ro pun bersambung.Kemudian ketiga-tiga orang anaknya yang memisahkan huruf-huruf tersebut. 2.Penulisan pada zaman permulaan islam Sewaktu islam mula-mula bertapak,hanya 14 orang bilangan orang islam yang mengetahui tentang penulisan Arab.Banyak hadis sahih yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W adalah seorang yang tidak tahu membaca dan menulis.Ini berlaku sebelum Rasulullah belum menjadi rasul tetapi setelah itu,islam mula berkembang maka Allah telah mengurniakan pengetahuan membaca dan menulis kepada baginda.Satu riwayat ada mengatakan bahawa penulisan Al-quran pada zaman rasulullah telah disempurnakan oleh lebih daripada 40 orang para sahabat yang dilantik sendiri oleh baginda. 3.Penulisan pada zaman Rasulullah Rasulullah telah menghafaz setiap wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada baginda dan akan menyampaikannya kepada sahabat.Cara sahabat menerima apa yang disampaikan berbez-beza kerana ada di antara sahabat menulis sebahagian surah-surah atau ayat dan ada juga yang menulis semuanya tetapi kebanyakan mereka menghafaznya.Ini disebabkan oleh dua faktor iaitu kebolehan luar biasa

yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka dan sifat semula jadi mereka yang tidak tahu membaca dan menulis.Rasulullah telah melantik secara khusus beberapa orang sahabat yang boleh menulis segala wahyu yang diturunkan.Ayat-ayat al-quran yang ditulis pada pelepah-pelepah tamar,kulit-kulit kayu,tulang-tulang dan sebagainya. 4.Penulisan dan pengumpulan Al-quran pada zaman Khalifah Abu Bakar r.a Setelah Rasulullah wafat,para sahabat telah memilih untuk melantik Khalifah Abu Bakar r.a sebagai khalifah yang pertama untuk menggantikan Rasulullah untuk menegakkan agama islam.Semasa hayat Rasulullah,Allah tidak pernah memerintahkan baginda untuk mengumpulkan al-quran pada satu tempat kerana para sahabat yang hidup bersama-sama baginda dapat menjaga amanah yang diberikan oleh Allah dengan menghafaznya.Tetapi pada zaman selepas baginda,Allah telah mengilhamkan kepada Sayyidina Umar r.a dan Khalifah Abu Bakar untuk mengumpul dan menulis semula Al-quran dalam satu mashaf. 5.Penulisan dan pembukuan al-quran pada zaman Khalifah Uthman r.a Setelah khalifah Abu Bakar r.a meninggal dunia pada tahun 13H,beliau telah digantikan oleh Khalifah Umar bin al-Khattabr.a dan beliau telah mengambil tugas untuk menyimpan suhuf Abu Bakar.Semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar,suhuf ini tetap digunakan sebagai sumber rujukan dan pembacaan alquran.Tetapi pada zaman tersebut,umat islam masih mengutamakan hafazan dalam pembacaan al-quran.Selepas Khalifah Umar r.a meninggal dunia,suhuf tersebut disimpan oleh anak perempuannya iaitu Hafsah bt Umar.Beliau menyimpan mashaf itu sehingga beliau meninggal dunia. Sayyidina Uthman al-Affan r.a telah dilantik menjadi khalifah islam yang ketiga pada tahun 23H selepas Saiyyidina Umar wafat.Pada zaman itu,penaklukan islam ke beberapa negara sangat hebat berjalan maka ramai orang yang ditawan itu memeluk islam.Amalan pembacaan al-quran menjadi amalan yang utama dalam kehidupan mereka.Mereka juga telah mempelajari kaedah-kaedah pembacaan al-quran daripada para sahabat yang mashur yang berhampiran dengan mereka. 3. KELEBIHAN RASM UTHMANI Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak kelebihan antaranya:i. Mengikut sunah Rasulullah s.a.w. ii. Mengikut tulisan Al-Quran yang Imla'i iii. Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar dari maksud yang sebenar iv. Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis bacaan) v. Sebagai hujah kepada bahasa Al-Quran yang fasih vi. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat vii. Bertepatan dengan riwayat bacaab mutuwatir viii. Satu satu dari mukjizat Al-Quran vix. Salah satu dari rukun bacaan Al-Quran al-Karim x. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas

xi. Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat) xii. Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf 4. TAHAP PENULISAN AL-QURAN Penulisan Al-Quran resam uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahaptahap berikut:i. Tahap pertama - belum diletakkan sebarang tanda ii. Tahap kedua - ditandakan titik yang dipelopori oleh Abu al-Aswad al-Duali (meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian) iii. Tahap ketiga - mula ditandakan dengan titik yang dipelopori oleh Yahya bin Ya'mar dan Nasir bin Asim al-Lisi dengan perintah gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi iv. Tahap keempat - mula diletakkan dengan tanda-tanda baris (harakah) yang dipelopori oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul Malik bin Marwan v. Tahap kelima - ditambah dengan tanda-tanda wakaf dan lain-lain lagi Tulisan Al-Quran dengan menggunakan khat nasakh mula dicetak buat pertama kalinya di Hamburg, Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam yang lain sehingga ke hari ini. 5. CARA BACAAN AL-QURAN YANG DIAMALKAN MASA KINI Terdapat beberapa cara bacaan yang diamalkan pada masa kini iaitu:i. Bacaan mengikut riwayat Hafs dari al-Imam Asim adalah paling banyak diamalkan di negara-negara Islam ii. Bacaan mengikut riwayat Warsy dari al-Imam Nafi' adalah banyak diamalkan di negara Afrika iii. Bacaan mengikut riwayat Qalun dari al-Imam Bafi' adalah banyak diamalkan di negara-negara Asia Tengah iv. Bacaan mengikut riwayat al-Duri dari al-Imam Abu Amru al-Basri adalah banyak diamalkan di Sudan 6. PENULISAN AL-QURAN (ILMU RASM) a) Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau sebutan untuk memelihara penyebutan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf

asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf b) Penulisan (Rasm) Al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. yang diikuti secra ijma' (sepakat) oleh seluruh ulam mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tsuqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w. 7. PEMBAHAGIAN RASM Rasm Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:i. Rasm Qiasi / Imla'i iaitu penulisan menurut kelaziman pengucapan/pertuturan ii. Rasm Istikahi.Uthman iaitu penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan Hamzah Kebanyakan mashaf ditulis mengikut kaedah-kaedah ini. Oleh itu, penulisan bermashaf Uthmani ini diakui penulisan yang bersifat tauqifi (penetapan, penentuan Rasulullah s.a.w.), maka penggunaan tulisan Imlai atau Qiasi tidaklah diharuskan. 8.KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI 1.Kaedah pertama:Al-Hadhf Al-Hadhf ialah membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Dalam Rasm Uthmani,ia bermaksud huruf-huruf yang tidak boleh ditulis tetapi wajib dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf.Ada enam huruf yang dibuang mengikut Rasm Uthmani iaitu ,,,,dan huruf-huruf di permulaan beberapa surah tertentu. 1)Hadhaf huruf alif.Semua mashaf Uthmani ditulis dengan membuang huruf alif pada keadaan-keadaan berikut: Huruf Alif bagi Hamzah al-wasl pada kalimah ( )dalam firman Allah S.W.T ()

Huruf alif yang terletak di antara dua huruf lam.Contohnya seperti firman Allah ( ) dan sebagainya. Huruf alif yang menjadi surah (rumah)bagi hamzah al-Qat apabila selepasnya terdapat huruf alif yang lain.Contohnya seperti ( )(,)dan sebagainya. Huruf alif pada Fih al-Amr dari kalimah ( )yang dimulai dengan huruf atau .Contohnya seperti ( (dan () Huruf alif selepas hamzah al-qaf yang kedua pada kalimah (, )melainkan firman Allah S.W.T (( 2.Kaedah kedua:Al-Ziyadah(penambahan)

Al-Ziyadah ialah menambah sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Dalam Rasm Uthmani,Al-Ziyadah bermaksud huruf-huruf yang mesti ditulis tetapi haram dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf.Ada tiga huruf yang ditambah mengikut kaedah penulisan Rasm Uthmani iaitu huruf ,dan . Contoh ziyadah huruf : Huruf alif selepas waw pada akhir nama yang menunjukkan jama.Contohnya seperti )(),( Huruf alif selepas waw yang ditukar dari alif ,iaitu pada lafaz (( Contoh ziyadah huruf : Huruf waw selepas hamzah pada kalimah ))dalam firman Allah S.W.T (( Huruf waw selepas hamzah pada kalimah-kalimah berikut,iaitu (()( Contoh ziyadah huruf ya Huruf ya selepas hamzah pada kalimah (( Huruf ya pada tujuh tempat-tempat berikut (( ),( ) ( ) ( ) ( )( 3.Kaedah ketiga:Al-Hamz(Penulisan huruf hamzah) Huruf-huruf hamzah di dalam al-quran terletak sama ada di permulaan,pertengahan atau di hujung kalimah.Dalam mashf uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf hamzah tersebut berbeza antara satu sama lain berpandukan kepada kedudukannya. Huruf hamzah di pangkal kalimah -Semua huruf hamzah yang terletak di pangkal kalimah ditulis dengan surah alif sama ada ia fathah,kasroh atau domah. Contoh:)( Huruf hamzah di pertengahan kalimah -Huruf hamzah yang terletak di tengah kalimah berbeza cara penulisannya antara satu sama lain: Sekiranya sebelum huruf hamzah ada satu huruf sukun maka ia ditulis tanpa surah.

Contoh:(( Sekiranya huruf hamzah itu kasrah ataupun sukun dan sebelumnya kasrah maka ia ditulis dengan surah ya Contoh:(( Sekiranya huruf hamzah itu dommah ataupun sukun dan sebelunya dhommah,maka ia ditulis dengan surah waw. Contoh:)( Sekiranya huruf hamzah itu fathah ataupun sukun dan sebelumnya fathah,maka ia ditulis dengan surah alif. Contoh: Huruf hamzah di hujung kalimah Sekiranya sebelum huruf hamzah itu kasrah,Ia ditulis dengan surah ya Contoh: (( Sekiranya sebelum huruf hamzah itu dommah,ia ditulis dengan surah waw. Contoh:)( Sekiranya sebelum huruf hamzah itu fathah ia ditulis dengan surah alif. Contoh:)( Sekiranya sebelum huruf hamzah itu sukun,ia ditulis tanpa surah. Contoh:)( Hukum-hukum khas Apabila selepas huruf hamzah terdapat alif maka ia ditulis tanpa surah. Contoh:)( Apabila selepas huruf hamzah terdapat ya,maka ia ditulis tanpa surah. Contoh:)( Apabila selepas huruf hamzah terdapat waw,maka ia ditulis tanpa surah. Contoh:((

4.Kaedah keempat:Al-Ibdal (Menukarkan huruf) Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf itu kepada huruf yang lain.Dalam penulisan Rasm Uthmani kaedah ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu ibdal alif kepada waw,ibdal alif kepada ya,ibdal nun kepada alif,ibdal ta marbutah kepada ta maftuhah dan ibdal waw kepada alif. Ibdal alif kepada waw. Pada empat kalimah yang selalu berulang-ulang Contoh:)( Ibdal alif kepada ya Apabila alif terletak di)( Huruf alif pada kalimah ( (yang membawa maksud (( Ibdal nun kepada alif Nun taukid khafiyyah pada kalimah (( Nun pada kalimah (( Ibdal ta marbutah kepada ta maftuhah Kalimah ( (ditulis dengan ta maftuhah (( Ibdal waw kepada alif Semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf yang ketiganya ialah waw. Contoh:(( 5.Kaedah kelima:Al-wasl wa al-Fasl(Menyambung dan memisahkan) Al-wasl wa al-fasl ialah kaedah menyambung dan memisahkan tulisanpada hurufhuruf atau kalimah-kalimah yang tertentu.Dalam penulisan Rasm Uthmani terdapat banyak kalimah yang ditulis dengan cara bersambung pada sesuatu tempat,tetapi ditulis dengan cara berpisah pada tempat yang lain dan begitu juga sebaliknya. Ditulis dengan bersambung pada kalimah-kalimah berikut: Semua kalimah ( (dalam al-quran melainkan pada sepuluh tempat Semua kalimah ((dan ((

Ditulis dengan berpisah pada kalimah berikut: Semua kalimah (( Kaedah keenam:Ma fih Qiraatan(Kalimah yang mengandungi dua wajah qiraat) Bertepatan tulisannya dengan dua wajah qiraat Ada beberapa kalimah yang ditulis dengan hadhaf huruf alif,tetapi bacaannya bertepatan dengan dua wajah qiraat iaitu sama ada dengan alif panjang atau alif pendek. Contoh: huruf mimnya boleh dibaca panjang atau pendek. Ditulis mengikut salah satu dari dua wajah qiraat Apabila terdapat dua wajah qiraat pada sesuatu kalimah,maka ia ditulis dengan menggunakan salah satu wajah yang lebih masyhur. Contoh:( (ditulis dengan huruf sad walaupun ada qiraat yang membaca dengan huruf sin dan huruf zay yang diisymamkan. Berlaku penambahan disebabkan wajah qiraat yang berbeza Terdapat beberapa perbezaan qiraat yang melibatkan penambahan sesuatu huruf atau kalimah dan ini menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi qiraat tersebut tidak sesuai digunakan bagi qiraat yang lain.Jadi,ia ditulis pada sebahagian mashaf dengan satu kaedah dan sebahagian lagi mashaf dengan kaedah yang lain. Contoh:(( 9.KESIMPULAN Melalui sirah, nabi melakukan semakan terakhir bacaan Al-Quran dengan malaikat Jibril a.s dan Zaid bin Tsabit, seorang sahabat yang rapat dengannya turut berada bersama dengannya. Oleh sebab demikian, Zaid telah dipertanggungjawabkan untuk menulis dan mengumpul Al-Quran oleh dua orang khalifah iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman untuk menulis berdasarkan pembentangan tersebut. Dengan kajian konsep ilmu Rasm Uthmani ini, ianya dapat memelihara dari kesalahan dalam penulisan Al-Quran. Penulisan yang betul dan tepat adalah perkara yang penting untuk kesahihan dalam sebutan sesuatu kalimah. 10.BIBLIOGRAFI

Abdul Hafiz Bin Haji Abdullah.2003.Keberkesanan Kaedah Hafazan di Pusat Tahfiz. Skudai:Universiti Teknologi Malaysia. Abdullah al-Qari bin Haji Salleh.1972.Kursus Qari dan Qariah.Kota Bharu:Pustaka Aman Press Sdn.Bhd. Abdul halim el-Muhammady.1990.Al-Quran dan Pembelajarannya di Malaysia.Jurnal Pendidikan Islam3(3):1-12. Al-Imam an-Nawawi.1992.At-Tibyan Fi Adab Hamalai al-Quran.Beirut : Dar al-Fikr Al-Lubnani. Mohd Ali Bin Abu Bkar. 1991 . Seni Lagu al-Quran di Malaysia ,Kuala Lumpur:Darul Fikr. BAHAGIAN C IMPLIKASI HIJRAH TERHADAP UMAT ISLAM MASA KINI 1.PENGERTIAN HIJRAH Mungkin kita memahami pengertian hijrah itu semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana Rasulullah s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Kefahaman bahawa hijrah Rasulullah s.a.w itu hanyalah semata-mata untuk memperolehi kesenangan dan mengelakkan penderitaan, adalah tidak ubah seperti pendapat orientalis Barat. Antara dakwaan mereka ialah hijrah itu berlaku disebabkan Rasulullah s.a.w tidak lagi popular di kalangan masyarakat Arab Mekah. Maka sebab itulah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah bertujuan untuk mencari peminat. Konsep hijrah seperti itu mungkin benar bagi orang yang ingin mencari jaminan hidup berupa kebendaan yang lebih baik. Sebenarnya hijrah membawa pengertian yang luas, keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredhaan dari Ilahi. Tanpa sifat-sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan berhasil. Islam tidak menyuruh kita berdiam diri dan menunggu Tuhan memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Ar-Rad ayat 11 yang bermaksud: 'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka'.

2.IMPLIKASI HIJRAH KEPADA UMAT ISLAM MASA KINI Hijrah memberi impak yang amat besar kepada umat islam pada masa kini. Hijrah telah memberi kesan yang besar pada pembangunan, ekonomi serta sosial. Perkembangan ini amat penting dalam sesebuah negara islam yang bertamadun. Untuk melahirkan sebuah negara islam yang kuat ciri-ciri tersebut dapat dijadikan sebagai model. Kesannya dapat dilihat dari pelbagai aspek,antaranya ialah :1.Pembangunan Semasa penghijrahan rasul ke madinah, pembangunan di sana tidaklah membangun. Namun setelah rasul berhijrah dan rasul dilantik sebagai pemimpin. Pembangunan disana telah berkembang dengan pesat. Rasul telah menekankan pembangunan jiwa, mental dan fizikal. Rasulullah telah menerapkan akidah-akidah yang kukuh pada setiap mukmin. pada masa kini, malaysia telah mengikut cara pemerintahan rasul. Contohnya pembanguna jiwa yang dilakukan oleh negara ini dengan pembinaan masjid-masjid sebagai pusat ibadat untuk mengukuhkan jiwa. Selain itu, madrasah juga didirikan bagi membangunkan mental seseorang.Negara ini juga menitikberatkan pembangunan fizikal. Contohnya di dalam sukatan pelajaran negara kita terdapat subjek pendidikan jasmani. Ia penting bagi mengimbangi diantara kesihatan tubuh. 2.Pembinaan negara islam Penghijrahan rasul ke madinah telah menunjukkan bukti bahawa pembentukan sebuah negara islam. kepentingan hijrah rasul pada pada masa kini dapat dilihat dengan corak pemerintahan yang adil dan tidak mengamalkan penindasan. Contohnya malaysia, corak pemerintahan pada masa kini mengikut corak pemerintahan pada zaman rasul.Pemerintah tidak mengamalkan sikap sekularisama dan Al-Quran serta As-Sunnah dijadikan panduan sebagai perlembagaan di negara ini. Di dalam pemerintahan Rasulullah juga telah wujud pelbagai jawatankuasa agar tidak membebankan pemerintah serta tidak wujud penyelewengan. Kesan tersebut jelas dilihat pada masa sekarang.Pentadbiran negara kita ia tidak membebankan.Pelbagai jawatankuasa dibentuk berdasarkan contoh yang diambil daripada Rasullallah. Kesan daripada aspek tersebut, perjalanan sesebuah pemerintahan akan lancar dan senang. 3.Ekonomi Kesan ekonomi pada zaman rasulullah pada masa kini dapat dilihat dengan jelas. Ekonomi merupakan asas penting untuk sesebuah negara. Ekonomi yang kukuh dapat memastikan sesebuah negara berjalan lancar. Perniagaan telah berkembang pesat setelah penghijrahan Rasul. Pada masa kini juga perniagaan adalah sumber utama. Nabi telah bersabda bahawa 9/10 daripada pintu rezeki adalah berniaga. Selain itu juga, kegiatan bercucuk tanam dan juga perdagangan telah dimulakan pada zaman rasul. Pada masa kini, kegiatan ini juga merupakan sektor utama juga di

negara ini. Bagi membantu golongan miskin, zakat telah dikutip. Ia bagi meringankan beban para fakir agar tidak berlaku penindasan berlandaskan apa yang diajar oleh Rasullallah. 4.Sosial Kesan sosial pada masa kini amat dirasai. Umat islam pada zaman Rasul ditindas teruk oleh kaum musyrikin. Setelah behijrah, umat islam telah mendapat perlindungan. Cara hidup mereka telah berubah. Golongan ansar sanggup menolong kaum muhajirin yang telah berhijrah tanpa sebarang harta. Mereka sanggup membahagikan harta mereka. Pada masa kini juga negara kita telah mengamalkan satu malaysia agar tidak mempunyai penindasan antara kaum.Begitulah hebatnya kesan hijrah yang berjaya memberi kesan kepada umat masa kini. 3.KESIMPULAN Hijrah membawa pengertian yang luas, keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredhaan dari Ilahi. Tanpa sifat-sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan berhasil. Islam tidak menyuruh kita berdiam diri dan menunggu Tuhan memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha. 4.BIBLIOGRAFI Syed Othman Alhabshi (1993). Belanjawan 1993: Satu Penilaian. Yusuf Qardhawi. Fiqh Prioritas. http://media.isnet.org/islam/ Qardhawi/prioritas/index Yusuf Qardhawi (1973). Fiqh Zakat. Jilid 2. Muassah Al Risalah, Beirut, Lebanon, m/s 999 Bajet 2007 dan Maklumat Cukai (2006). Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia. Council of Islamic Ideology, Annual Report 1977-1978. Government of Pakistan, Islamabad. Institution Al Framework of Zakah: Dimensions and Implications. Islamic Development Bank and Islamic Research and Training Instituition,Jeddah;Saudi Arabia.
http://smilegivechance.blogspot.com/2011/06/tuntutan-syahadah-dan-kaedah-penulisan.html Sejarah Pembukuan Al-Quran

Ahad, 26 Oktober 2008 Berikut adalah sejarah ringkas tentang pembukuan Al-Quran. Tulisan Arab

Nabi Muhammad s.a.w. telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya buta huruf (tidak boleh membaca dan menulis), tidak boleh mengira bahkan hampir tidak boleh mengenal sesuatu bentuk tulisan. Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin alKhattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Abu Sufyan bin Harb, Mu'awiyah bin Abi Sufian, Abban bin Said dan al'Ala' bin al-Hadrami. Semuanya dari kalangan penduduk Mekah al-Mukarramah manakala dari kalangan penduduk Madinah pula ialah Amru bin Said, Ubai bin Ka' ab, Zaid bin Thabit dan al-Munzir bin Amru. Setelah Rasululah s.a.w. berhijrah ke Madinah, Baginda telah menggalakkan penulisan dan mendorong agar umat Islam belajar menulis sehingga mensyaratkan setiap orang tawanan Perang Badar dari kalangan orang Quraisy Mekah yang ingin dibebaskan hendaklah terlebih dahulu mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam di Madinah. Melalui usaha ini, Baginda mengharapkan berlakunya pertambahan jumlah penulis di kalangan masyarakat Islam. Akhimya Rasulullah s.a.w. mempunyai lebih daripada 40 orang penulis (kebanyakannya penulis wahyu) sebelum al-Quran sempurna diturunkan kepada Baginda. Tulisan dan Penulisan Al-Quran

Menurut Bahasa Arab, perkataan khat ( .7 ) bererti garis memanjang pada sesuatu perkara dan juga cara yang paling mudah untuk menulis, dengan menggunakan peralatan seperti pen, qalam dan sebagainya. Terdapat perbezaan di antara khat atau tulisan dan rasm. Khat adalah berhubung dengan pembentukan huruf manakala

rasm adalah mengenai pembentukan perkataan menerusi huruf-huruf Hijaiyyah. Khat yang dipelajari oleh Harb bin Umayyah dan mengajarkannya kepada orang-orang Quraisy ialah khat al-Anbari alHairi. Apabila khat ini diperkenalkan ke Hijaz, ia dinamakan dengan khat al-Hijazi. Bentuk khat inilah yang telah digunakan oleh para penulis surat, syair dan lain-lainnya. Sehinggalah kedatangan Islam, bentuk khat tersebut telah digunakan dalam penulisan wahyu hinggalah ia digunakan pada Suhuf Abu Bakar al-Siddiq dan digunakan juga pada penulisan Mushaf Uthmaniah. Apabila Islam telah tersebar di serata pelusuk dunia, maka terdapat sekumpulan dari penulis-penulis Kufah yang telah mengelok dan mencantikkan lagi khat alHijazi. Setelah berlaku proses tersebut, khat al-Hijazi itu dinamakan dengan khat al-Kufi. Penulisan dan Pengumpulan Al-Quran pada Zaman Rasulullah s.a.w

Menurut Ahli Sejarah, penulisan al-Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. di mana sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. menerima wahyu, Baginda mengarahkan penulis-penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat alQuran yang diterimanya. Antara penulis wahyu Baginda Rasulullah s.a.w. ialah Khulafa' al-Rasyidin yang empat iaitu Saiyidina Abu Bakar aldinulislam.saifulbahri.net http://dinulislam.saifulbahri.net Dikuasai oleh Joomla! Dijanakan : 10 April, 2012, 16:42