Anda di halaman 1dari 2

Soalan-Soalan Tugasan TH20203 Bab 1 Latar Belakang Sejarah Geografi Timur Tengah 1.

Perihalkan peristiwa-peristiwa sejarah yang penting dan sejarah ringkas empayar-empayar yang menguasai Timur Tengah. 2. Hubungkaitkan kepelbagaian agama dan kebudayaan masyarakat dengan isu-isu di Timur Tengah.

Bab 2 Sejarah Geografi Timur Tengah: Siri Perang Salib 1. Nyatakan faktor-faktor berlakunya Perang-Perang Salib dan impak Perang Salib terhadap rantau Timur Tengah.

Bab 3 Empayar Uthmaniyyah Sekitar Abad Ke-17 dan 18 1. Perihalkan zaman awal dan kegemilangan Empayar Uthmaniyyah Sekitar Abad Ke-17 dan 18 2. Bincangkan faktor kelemahan dan kemerosotan Empayar Uthmaniyyah

Bab 4 Pemodenan dan Pembaharuan Empayar Uthmaniyyah: Era Sultan Salim III dan Sultan Mahmud II 1. Bandingkan zaman keagungan pemerintahan Sultan Salim III dengan Sultan Mahmud II 2. Bincangkan hubungan Empayar Uthmaniyyah dengan Barat, khususnya dengan Perancis. Jelaskan Pengaruh Revolusi Perancis ke atas Empayar Uthmaniyyah. 3. Beri pendapat anda tentang keberkesanan agenda pembaratan dan proses sekularisasi ke atas Empayar Uthmaniyyah.

Bab 5 Polisi Barat di Kawasan Arabia di Sekitar Perang Dunia Pertama 1. Jelaskan peristiwa Perang Dunia I dan kesannya terhadap politik dan wilayah Uthmaniyyah. 2. Tafsirkan kaitan Persetujuan Sharif Hussein dengan negara Arab merdeka. 3. Beri penilaian anda tentang Persetujuan Sykes-Picot dan Dasar Perlindungan Barat di Kawasan Arabia di Sekitar Perang Dunia Pertama.

Bab 6 Sistem Mandat di Timur Tengah 1. Hubungkaitkan pembahagian wilayah Uthmaniyyah oleh kuasa Barat dengan pembentukan Sistem Mandat di Timur Tengah. 2. Sejauhmana perjuangan kemerdekaan di kalangan negara Arab berjaya selepas pembahagian wilayah Uthmaniyyah oleh kuasa Barat dan pembentukan Sistem Mandat di Timur Tengah?

Bab 7 Pembentukan Negara Kebangsaan Yahudi 1. Perihalkan susur galur pembentukan negara kebangsaan Yahudi (Israel) di Palestin dan Perisytiharan Balfour. 2. Nyatakan peranan kuasa-kuasa Barat khususnya Britain, Perancis, dan Pertubuhan Zionis dalam pembentukan negara kebangsaan Yahudi (Israel) di Palestin. 3. Bincangkan perkembangan politik Israel, penentangan Arab dan penghijrahan orang Yahudi hingga Perang Dunia Kedua

Bab 8 Mandat British di Palestin 1. Bahaskan isu-isu utama Palestin dan perkembangan wilayah Israel dengan Mandat British di Palestin 2. Jelaskan perhubungan masyarakat Arab-Yahudi dan beri pendapat anda tentang isu pendatang Yahudi.

Bab 9 Mandat British di Iraq 1. Beri penilaian anda tentang pemerintahan monarki Bani Hasyim (Raja Faisal) dengan pengawalan mandat British di Iraq. 2. Huraikan keberkesanan kebangkitan penentangan terhadap British dan perjuangan nasionalis Arab untuk kemerdekaan.

Bab 10 Mesir: Kebangkitan Nasionalisme 1. Tafsirkan dasar British di Mesir pada abad ke-20 hinga Perang Dunia Pertama 2. Bincangkan isu persaingan kuasa antara Parti Nasionalis Wafd, pihak Istana dan British di Mesir. 3. Perihalkan perjuangan kemerdekaan dan peranan Gerakan Ikhwan al-Muslimin di Mesir.

Bab 11 Saudi Arabia: Beberapa Isu Utama Sehingga Perang Dunia Kedua 1. Bincangkan persaingan kuasa di antara Ibnu Saud dan Sharif Hussein di Saudi Arabia dan pembentukan Kerajaan Arab Saudi, 1932. 2. Hubungkaitkan Polisi Brtitish di Wilayah Arabia ketika Perang Dunia Pertama dengan Beberapa isu utama sehingga Perang Dunia Kedua. 3. Huraikan keberkesanan peranan Wahhabi dalam Dinasti Ibnu Saud dalam Kebangkitan Nasionalisme di Saudi Arabia.

Anda mungkin juga menyukai