Anda di halaman 1dari 29

KUMPULAN 4 FITRIA, SUHANA, MAIZURA, NOR AZIEZAH, SH.

FATIMAH & FATIMAH BT KIPLI

APA ITU BONEKA ?

Boneka adalah sebarang benda atau objek yang digerak dan dilakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej menggunakan jalan cerita yang pelbagai.

TUJUAN

Digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita dengan lebih berkesan, menarik dan menghiburkan.

FUNGSI

Ke arah pendedahan kepada kanakkanak untuk mereka berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita dan merangsang daya imaginasi.

Memberi pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan dengan cara yang lebih interaktif dan menarik.

SEJARAH RINGKAS BONEKA


Perkataan Pupet atau boneka berasal daripada perkataan Latin iaitu Pupa. Boneka mula dijumpai kira-kira 3000 tahun sebelum masihi oleh orang Mesir dan Cina. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan boneka adalah kayu, tanah liat atau tulang binatang. Boneka yang lebih indah dibuat daripada lilin dan gading gajah.

BONEKA ZAMAN DAHULU


Boneka Bola daripada gading gajah

Boneka Kayu Tradisional Rusia

Boneka Lilin Keluarga Ramanov

Boneka Lilin yang telah diperindahkan dengan pakaian

BONEKA P& P
Boneka sarung tangan Boneka lidi Wayang kulit Boneka bertali Topeng

BONEKA SARUNG TANGAN

Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.

BONEKA LIDI

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.

WAYANG KULIT

Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahaian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayangbayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. OHP boleh juga digunakan sebagai sumber cahaya untuk memaparkan imej boneka pada skrin.

BONEKA BERTALI

Boneka bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache , plaster-ofParis atau kayu. Talitali halus disambungkan kepada bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggotaanggota boneka tersebut bergerak.

TOPENG

Topeng diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach . Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral.

CONTOH-CONTOH BONEKA LAIN

Boneka tangga

Boneka Sudu

Boneka Jari

TEKNIK PENGGUNAAN BONEKA


Memilih cerita Menggunakan terlebih dahulu sebarang boneka untuk mencipta yang akan menjadi skrip, kemudian watak dalam cerita. membina boneka berdasarkan watakwatak dalam cerita tersebut

JENIS CERITA

Pelbagai jenis cerita yang dijadikan bahan untuk kanak-kanak seperti cerita haiwan, kehidupan seharian, keadaan semasa dan lain-lain.

Teknik bercerita dengan menggunakan boneka sesuai digunakan bagi pengajaran bertema yang boleh dihubungkaitkan dengan tajuk pelajaran lain seperti mewarna, pengetahuan sains dan pengajaran bahasa.

RUMUSAN

Aktiviti P&P menggunakan boneka dapat merangsang minda untuk memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru harus lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan. Perancangan yang rapi perlu bagi menghasilkan penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

CONTOH CERITA
SIGADIS KECIL BERTUDUNG MERAH

Pada suatu hari, si gadis kecil bertudung merah hendak melawat neneknya.

Hmmmpergilah. Bawalah buahbuahan ini bagi nenek kamu.

Mak, bolehkah saya melawat nenek ?

Jangan singgah ke mana-mana. Terus ke rumah nenak. Jangan bercakap dengan orang yang tidak dikenali.

Baiklah mak.

Dalam perjalanan, gadis kecil itu ternampak bunga-bunga yang cantik.


Hai gadis kecil ! Kamu mahu memberikan bunga ini kepada siapa ?

Wahcantikya bunga ini ! Baik saya petik dan beri kepada nenek. Pasti dia gembira

Ohsaya hendak memberikan bunga ini kepada nenek. Pasti dia gembira.

Serigala itu pun berlari dengan pantasnya ke rumah nenek si gadis kecil itu.

Masuklah sayang, pintu tak berkunci.

Nekcucu nenek datang ni...!!!!

Serigala pun terus menerjah masuk. Nenek pun terkejut lalu bersembunyi di dalam almari. Serigala terus mengambil kesempatan untuk menyamar menjadi nenek.

Tidak lama kemudian, si gadis kecil pun sampai di rumah nenek.

Masuklah sayang, pintu tak berkunci.

Neknek.. saya datang.

Supaya mudah melihat kamu sayang.

Neknek kenapa mata nenek besar ?

Supaya mudah untuk mendengar suaramu sayang.

Neknek.. kenapa telinga nenek besar ?

Supaya mudah nenek makan dagingmu sayang..hahaha ha.

Neknek.. kenapa gigi nenek besar ?

Tolong.tolong. ..tolong !

Si gadis kecil menjerit meminta tolong. Jeritan si gadis kecil itu semakin kuat. Pada masa yang sama, seorang pembelah kayu telah terdengar suara si gadis kecil itu meminta tolong. Lalu berlarilah ke arah suara itu.

Pembelah kayu itu datang membawa kapak. Serigala itu takut melihat kapak yang dibawa pembelah kayu lalu terus lari ke hutan.
Serigala jahat ! Jaga kau. Pakcik tolong saya..ada serigala nak makan saya

Sama-sama nak.

Terima kasih pakcik.

Nenek keluar dari almari lalu memeluk cucunya


CuLain kali dengarlah nasihat ibu.

Nenek.saya takut. Saya menyesal tidak mendengar nasihat ibu supaya tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali.

SEKIAN

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai