Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum warahmatu Allahi wabarakatuh Terima kasih pengerusi majlis,para hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa

yang sentiasa setia dengan detik jam randiknya ,barisan para guru yang disanjungi dan rakan rakan pelajar sekalian . Pada pagi yang mulia ini marilah sama-sama kita bersyukur kepada Allah dengan segala nikmat kurniaannya . Berdirinya saya di pentas ini untuk mempersembahkan sebuah cerita yang bertajuk KETABAHAN NABI AYUB ALAHI SALAM Rakan-rakan yang dikasihi sekalian.. Tahukah kawan-kawan tentang asal usul nabi Ayub Alaihisalam? Nabi Ayub merupakan salah seorang dari 25 rasul yang wajib kita ketahui . Nabi Ayub adalah cucu kepada nabi Ishak alaihi salam yang diutuskan oleh Allah untuk mengajak masyarakat Rom dan Parsi mengenal Allah . kehidupan Nabi Ayub sebagai rasul banyak menempuh cabaran dalam usaha menyebarkan dakwah .Oleh itu, ketabahan nabi Ayub dalam menghadapi kehidupan sebagai hamba Allah, mestilah menjadi pengajaran kepada kita semua. Allah telah mengurniakan nikmat melimpah ruah kepada nabi Ayub.Baginda kuat dan tabah beribadat kepada Allah dan sentiasa taat perintah Allah .Baginda dikurniakan anak yang ramai ,tubuh yang sehat dan mempunyai harta yang banyak .alangkah bahagianya keluarga nabi Ayub ,kesyukuran tidak terhingga kepada pencipta alam (p) begitu juga kita dan umat islam mestilah sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat Allah dengan taat segala suruhannya dan tinggalkan segala larangannya menjadi orang bertakwa firman Allah : Justeru marilah kita sama-sama menhargai dan bertanggungjawab menjaga keamanan negara kita. Rakan-rakan sekalian Malaikat sentiasa memuji-muji Ayyub, Namun Iblis merasa

panas hati mendengar kata-kata pujian. Ia tidak rela melihat seorang dari anak cucu Nabi Adam menjadi seorang mukmin yang baik. Lalu iblis menghadap Allah dengan berkata :wahai tuhan ,sesungguhnya Ayub menyembah mu bukan ikhlas bahkan kerana kebendaan Allah berfirman kepada Iblis : " Sesungguhnya Ayyub adalah seorang hamba-Ku yang sangat taat kepada-Ku, ia seorang mukmin sejati, apa yang ia lakukan untuk mendekati dirinya kepada-Ku semata-mata didorong oleh iman yang teguh . Syaitan telah musnahkan tanaman dan menggoda isteri nabi Ayub lalu meniggalkannya , (p) Perhatikanlah kawan-kawan ketabahan nabi Ayub dari godaan syaitan tersebut.Ingatlah akan Allah jangan kita terpedaya dengan hasutan syaitan .. (isu) jangan kita terikut mereka yang tinggalkan solat kerana terpengaruh dengan godaan syaitan dan . Rakan-rakan sekalian Allah taala telah menguji nabi Ayub dengan terkena penyakit yang amat parah selama tujuh tahun tanpa didampingi isteri dan anak sehingga ia tidak mampu berjalan dan mencari hasil keperluan hidup.Allah taala juga mematikan anak-anak nabi ayub padahal dia amat mencintainya. Seluruh kekayaannya habis sehingga menjadi seorang fakir yang memerlukan pertolongan orang lain .Namun semua ujian itu diterimanya dengan tabah dan sabar .Beliau tetap redha dengan ketentuan Allah . Maksudnya : sesungguhnya kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar .Dialah sebaik-baik hamba .sesungguhnya dia amat taat kepada tuhannya Semua ujian Allah merupakan kecintaan kepada hambanya untuk menilai tahap kesabaran seseorang .peristiwa tsunami ,tanah runtuh dan banjir semuanya ujian kepada orang beriman dan bala kepada orang berdosa. Rakan rakan sekalian Berkat kesabaran dalam menghadapi ujian Allah ,Nabi Ayub mendapat rahmat dengan kenikmatan-kenikmatan yang tidak disangka.Beliau sembuh dan sihat kembali dari sakitnya tatkala Allah memerintahkan dan memberi ilham agar dia

menghentakkan kakinya yang sudah letih dan lemah ke permukaan tanah. Setelah dia mematuhi perintah Allah ,tiba-tiba memancar air dari bawah tumitnya . Air inilah berfungsi sebagai makanan dan ubat kesembuhannya. dengan firmannya : Bermaksud: Hentakkanlah kaki mu ,inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum Setiap penyakit ada ubatnya .selalulah berdoa dan memuji Allah kerana Allah tuhan maha penyayang yang Sentiasa bersama hamba yang sabar dan mengharapkan pertolongannya. Perhatikanlah kawan-kawan ,chikugunya dan sebagainya. penyakit demam denggi

Rakan rakan sekalian Setelah sembuh dari sakitnya ,Allah memberikan kesempatan umur yang panjang kepadanya sehingga memperoleh anak kembali sebagai ganti anak nya yang meninggal bahkan lebih ramai dari yang dia miliki dulu. Malahan anak-anaknya lebih baik dan lebih soleh . Firman Allah : Kami kembalikan keluarganya kepadanya dan kami gandakan bilangan mereka sabagai rahmat dari sisi kami. lipat

Allah taala juga telah memberikan kembali kekayaan yang pernah dimilikinya dahulu bahkan lebih banyak .Begitu juga Allah mendamaikan beliau dan isterinya namun sumpahan nabi Ayub atas kedegilan isterinya yang mengikut syaitan ditunaikan juga dengan memukul menggunakan seikat rumput . Mestilah kita mendidik anak menjadi soleh ,harta yang dimiliki dicurahkan untuk kepentingan agama Allah .

Peperangan di palestin ramai anak yang gugur ,sesungguhnya Allah akan membalas rahmat dan syurga ke atas mereka yang tabah. Rakan-rakan sekalian Hayatilah ketabahan nabi Ayub dalam menghadapi pelbagai ujian dan dugaan .Hasil kesabaran beliau Allah mengantikan kembali segala nikmat yang diperolehi sebelum ini. Setakat ini sahaja saya akhiri dengan sebuah pantun : Sepuluh jari ku pohonkan, Salah silap bicaraku tadi Kisah nabi Ayub as banyak pengajaran Agar sentiasa di semat di hati sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai