Anda di halaman 1dari 2

CHAPTER 1 E4800 PLC

Sistem Kawalan Automasi : sistem yang berupaya mengawal suatu proses dengan pertolongan insani yang minima / tanpa insani & mempunyai keupayaan untuk memulakan, melaras, bertindak memapar / mengukur pemboleh ubah di dalam proses & memberhentikan proses dalam usaha mendapatkan keluaran yang diperlukan. Tujuan utama Sistem Kawalan Automasi digunakan dalam industri adalah untuk meningkatkan produktiviti dari segi : 1) Meningkatkan kuantiti keluaran 2) Memperbaiki kualiti keluaran 3) Mengawal kos perbelanjaan PENGKELASAN SISTEM KAWALAN AUTOMASI : 1) Automasi Tetap [Fixed Automation / Hard-Wire Control] Direka untuk melakukan 1 tugas yang khusus. Fungsi adalah tetap & kekal. Kerja akan menjadi rumit jika kita ingin melakukan kerja lain selain dari tugas yang telah sedia ada pada sistem kawalan jenis ini. 2) Automasi Boleh Aturcara [Flexible Automation / Programmable Control System] Sejenis sistem kawalan yang kompleks yang dapat melakukan berbagai-bagai tugas. Fungsi diaturcarakan oleh pengguna & boleh diubahsuai. Apabila tugas yang perlu dilakukan oleh mesin bertukar, perubahan Cuma perlu dilakukan dengan melakukan pengubahsuaian pada aturcara kawalan mesin tersebut. Kegunaan Kemudahan membuat perubahan / penambahbaikan Penyelenggaraan Keupayaan Kelajuan Kecekapan dari segi ekonomi Fixed Automation Khusus Sukar Flexible Automation Berbagai-bagai Mudah

JENIS-JENIS SISTEM KAWALAN : i. Sistem kawalan pneumatik ii. Sistem kawalan hidraulik iii. Sistem kawalan elektrik SISTEM KAWALAN PNEUMATIK : Satu sistem yang menggunakan udara yang dimampatkan untuk menghasilkan daya / tenaga untuk menjalankan kerja. Boleh dikawal secara insani & automatik. Sistem pneumatik memerlukan : i. ii. iii. iv. Bekalan udara mampat Injap kawalan Tiub penghubung Pemindaharuh (Transducer)
Insani / PLC

Penapis

Pemampat

Injap Kawalan

Tiub Penghubung

Isyarat Keluaran

SISTEM KAWALAN HIDRAULIK : Satu sistem yang menggunakan bendalir untuk menghasilkan daya/tenaga untuk menjalankan kerja. Bendalir yang biasa digunakan adalah minyak. Sistem hidraulik memerlukan : i. Bekalan Bendalir Hidraulik ii. Injap kawalan iii. Silinder SISTEM KAWALAN ELEKTRIK : Satu sistem kawalan yang menggunakan arus elektrik sama ada arus terus (AT) / arus ulang-alik (AU) sebagai sumber bekalan. Boleh dikawal secara insani & automatik. Sistem ini memerlukan : i. Bekalan elektrik (AT) / (AU) ii. Elemen masukan (suis, penderia, pemindaharuh, injap, komponenkomponen elektronik dsb.) iii. Elemen keluaran (motor, lampu, dsb.) iv. Kabel penyambung

Sukar Bergantung kepada reka bentuk & pembuatan Perlahan Sesuai untuk sistem yang kecil

Mudah Sangat tinggi Laju Sesuai untuk jenis sistem

semua

LiyanaZakaria

PERBANDINGAN : Sistem kawalan pneumatik Sistem pemasangannya mudah Reka bentuk sistemnya ringkas Menggunakan udara mampat sebagai sumber bekalan untuk melakukan kerja Sistem kawalan hidraulik Sistem pemasangannya rumit Menggunakan bendalir seperti minyak sebagai sumber bekalan untuk melakukan kerja Jika berlaku kebocoran akan menyebabkan kekotoran Sistem kawalan elektrik Sistem yang mudah Menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber bekalan untuk melakukan kerja Penggunaannya meluas

LiyanaZakaria