Anda di halaman 1dari 11

KPF 4013 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia Ulasan Artikel

Tajuk Jurnal: Efficient educators are culturally competent communicators Program: DPLI GSTT
Pensyarah: Dr Abdul Talib Bin Mohamed Hashim Nama: Maisarah Bt Abd Halim No Matrik: L20112007405

Johann Le Roux/Efficient educators are culturally competent communicators/Carfax Publishing/37-48 m.s

Sinopsis:

Artikel ini merupakan hasil kajian yang dijalankan oleh Johann Le Roux yang bertajuk Efficient educators are culturally competent communicators (Pendidik yang berjaya biasanya adalah penyampai yang mahir).Artikel ini mengkaji tentang prinsip pengajaran berkesan dan komunikasi yang berkesan yang boleh diaplikasikan untuk menjadi pendidik yang berjaya dalam abad ke-21 ini.Penulisan beliau lebih berfokus kepada cara pengajaran yang berkesan untuk pelajar yang terdiri daripada pelbagai budaya.Penyelidik banyak menghuraikan fakta yang diperoleh dari sumber yang dipercayai seperti penulisan artikel dan sumber dari persatuan antarabangsa.Beliau mengolahkannya dengan cara tersendiri dan mudah difahami kerana beliau memberi tajuk bagi setiap perenggan yang berlainan.Penyelidik menghuraikan dengan terperinci 4 cara pelajar belajar munurut UNESCO dan melalui cara ini,guru harus tahu cara yang

berkesan untuk mendidik pelajar abad 21 yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya dengan melihat kepada aplikasinya kepada pelajar dan faedah yang bakal diperoleh oleh negara dan pelajar itu sendiri.

Seterusnya,penyelidik membincangkan tentang komunikasi yang berkesan yang terdiri daripada verbal dan bukan verbal.Penyelidik menyatakan bahawa komunikasi secara verbal dan bukan verbal penting dalam kebudayaan yang pelbagai di kalangan pelajar kerana komunikasi yang berkesan boleh menjana faedah kepada setiap budaya jika komunikasi diaplikasikan dengan betul oleh guru. Ini kerana,kepelbagaian budaya dan bangsa selalu menyumbang kepada berlakunya masalah komunikasi dan konflik.Oleh itu,tajuk artikel iaitu Pendidik yang berjaya adalah biasanya penyampai yang mahir adalah bercanggah jika melibatkan pelbagai bangsa dan budaya dalam sesuatu komunikasi.Jadi, dalam kajian ini,penyelidik ingin merungkai jalan penyelesaian untuk mencari cara pengajaran dan komunikasi pendidik yang berkesan bagi pelajar abad ke- 21 yang mempunyai latarbelakang budaya berbeza. Pendidik harus tahu bahawa semakin besar jurang latarbelakang budaya antara pemberi dan penerima dalam proses

komunikasi,semakin besar makna yang tersirat disebalik maklumat yang disampai dan semakin besar perlakuan sosial yang bakal berlaku.

Dunia pendidikan abad ke- 21 ini, menjanjikan cabaran yang besar dalam mencapai misi bukan sahaja untuk memberi kebaikan untuk diri pelajar itu sendiri bahkan untuk menyokong atau menjana ekonomi negara.Jadi,tugas pendidik masa kini adalah lebih kompleks berbanding tahun-tahun sebelumnya di mana guru harus memperkembangkan cara perhubungan pelajar yang mana pelajar sekarang dibesarkan dengan suasana ciri tradisional dan budaya yang semakin dilupakan.Jadi,pendidikan yang berkesan haruslah dilakukan secara adil tanpa mengira latarbelakang budaya untuk mengadaptasi keperluan semasa dan perubahan dalam masyarakat sekarang yang mementingkan pencapaian.Hal ini dapat menyediakan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan keperluan dan perubahan dalam masyarakat supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus semasa.Terdapat 4 peringkat pembelajaran yang harus dikaji dalam memperbaiki komunikasi antara pelajar pelbagai bangsa iaitu belajar untuk hidup bersama-sama; learning to live together,belajar untuk mengetahui sesuatu; learning to knowbelajar untuk membuat sesuatu ;learning to dodan belajar untuk mencapai sesuatu; learning to be.

Tujuan/persoalan: 1.Tujuan artikel ini adalah mengkaji cara-cara pengajaran yang berkesan dalam abad ke-21 di mana terdapat pelbagai ragam pelajar yang berbeza latarbelakang budaya yang memberi cabaran kepada pendidik. 2. Menguji perkaitan antara komunikasi verbal dan bukan verbal yang berkesan dengan kecekapan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa. 3. Masalah guru yang sepatutnya peka dan menjangka masalah yang mungkin atau akan berlaku dalam komunikasi pelbagai budaya dalam satu kelas yang terdiri dari berbilang bangsa dan sepatutnya tahu cara mengatasi masalah tersebut. 4. Pernyataan pendidik yang berjaya adalah penyampai yang mahir boleh diterima dengan syarat tidak terdapat kepelbagaian dalam budaya di kalangan pelajar kerana untuk menjadi penyampai yang baik di kalangan pelbagai budaya bukan perkara yang mudah.
3

Idea Utama : Idea utama penyelidik adalah penerangan tentang cara pengajaran guru dan komunikasi yang berkesan kepada pelajar abad 21 yang terdedah kepada pelbagai cabaran termasuklah cabaran dalam hal kesepaduan budaya yang difikirkan penting untuk dirungkai dan diselesaikan bagi memajukan kehidupan manusia di era globalisasi yang menuntut masyarakat supaya tidak menjadikan budaya dan bangsa yang berlainan sebagai isu utama ketidaksefahaman dan kemunduran dalam kehidupan.

1. Pendidikan berkesan dapat membangkitkan semangat toleransi dan kerjasama dalam kalangan budaya yang berbeza.

Penyelidik menyatakan tahap pembelajaran ada 4 antaranya yang pertama adalah Learning to live together atau dalam erti kata lain belajar untuk hidup bersama-sama; menurut UNESCO bermaksud pendidikan sepatutnya boleh membantu dalam menyemai semangat empati dalam diri pelajar supaya dapat memberi kesan positif terhadap tingkah laku sosial sepanjang hidup mereka. Memahami antara satu sama lain,menyelesaikan konflik konflik melalui dialog dan perbincangan harus menjadi alat penting dalam pendidikan hari ini.Oleh itu, setiap pelajar yang terdiri dari pelbagai budaya haruslah diberi latihan oleh guru untuk memupuk semangat kerjasama dan toleransi di kalangan mereka.Pelbagai jenis latihan boleh diberikan guru termasuk mengadakan aktiviti perkhemahan,acara sukan dan mengadakan mesyuarat kokurikulum.Kesemua aktiviti ini menuntut mereka untuk melibatkan diri dalam perbincangan untuk mencari satu jalan penyelesaian.Ini menggalakkan penglibatan setiap ahli bekerjasama dengan sepenuh hati bagi mencapai objektif yang dikehendaki.Aktiviti atau latihan seperti ini haruslah diajar sejak dari kecil lagi agar perasaan satu hati di kalangan pelbagai kaum wujud dan berkekalan.Menurut (Fuller,1999),ada sebab tertentu untuk guru mengajar pelajar di usia muda dan menyediakan pendidikan berkenaan budaya yang pelbagai kepada mereka. Pendidikan atau perasaan sebegini penting untuk dipupuk dalam diri setiap pelajar kerana ia akan mewujudkan suasana yang harmoni ketika sesi pengajaran berlangsung.

Mengikut Jean Gordon,dengan mengajar mereka hidup bersama-sama, ia akan mengajar setiap pelajar yang pelbagai bangsa cara untuk memahami perasaan orang lain dengan meletakkan situasi orang lain di tempat mereka sendiri dan memahami reaksi orang lain.Perkara ini amat sesuai untuk diterapkan kepada pelajar yang berlatarbelakangkan pelbagai bangsa dan budaya untuk belajar memahami perasaan orang lain supaya pelajar dapat bersatu hati.Oleh demikian,pelajar bukan sahaja dapat mengamalkan budaya mereka dengan bebas malah dapat mempelajari budaya bangsa lain dalam suasana yang muhibbah.Jadi, sesi pembelajaran di dalam kelas akan menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan kerana pelbagai benda baru dapat dipelajari dan wujud kesatuan antara bangsa yang berlainan budaya dan amalan.

Menurut penyelidik,pendidikan yang berkesan untuk abad ke-21 akan memperkenalkan pelajar kepada realiti bangsa manusia yang pelbagai, menekankan persamaan dan saling

bergantungan antara semua manusia di seluruh dunia. Justifikasinya, setiap manusia ada kekurangan masing-masing yang harus diakui kerana setiap manusia adalah berbeza.Perbezaan manusia mudah dikenalpasti jika dilihat dari latarbelakang budaya dan bangsanya masingmasing.Guru harus melayan pelajar secara mesra dan adil tanpa membezakan budaya mereka kerana dengan perlakuan begitu,pelajar akan tertarik.Hal ini akan mengurangkan sifat perkauman yang ada dalam diri pelajar kerana kemesraan yang ditunjukkan guru menyebabkan suasana dalam pembelajaran aktif dengan pergaulan yang tidak mengenal kaum,budaya,dan agama ;dan guru yang boleh duduk bersama-sama dengan pelajar untuk membantu pelajar.Jadi,pendidikan yang berkesan mesti ada rasa hormat dan toleransi terhadap kaum kaum yang berbeza dengannya.Pendidikan yang berkesan membangunkan pemahaman dan lain-lain latar belakang, nilai,dan tradisi. Hal ini akan mewujudkan kesedaran antara budaya dan kepekaan terhadap halhal kebudayaan luar.Pendidikan yang berkesan juga akan menyamaratakan peluang bagi setiap pelajar kerana dalam pengajaran dalam kelas,setiap pelajar akan dilayan dengan sama rata oleh guru.

2. Belajar tentang pelbagai jenis ilmu dapat memberi kefahaman mengenai dunia di sekeliling mereka . Learning to know atau belajar untuk mengetahui sesuatu menurut Unesco adalah belajar untuk mengetahui hal-hal berkaitan kewujudan manusia.Masyarakat perlu belajar untuk

memahami dunia di sekeliling mereka.Oleh demikian,pelajar harus dipupuk oleh guru untuk mencintai pelbagai cabang ilmu agar mereka dapat mempelajari dan mengamalkan ilmu yang membawa kebaikan dan perubahan kepada diri mereka.Perubahan dalam aspek sosial menjadikan mereka seorang yang pandai bergaul, memahami keperluan manusia,dan bijak menangani konflik.Cara pemikiran mereka turut berkembang kerana mereka akan dapat berfikir dan menyelesaikan masalah dengan matang berdasarkan ilmu yang mereka pelajari. Menurut penyelidik,pendidikan yang berkesan perlu untuk menyediakan pelajar dengan passport kepada pembelajaran sepanjang hayat. Sistem pembelajaran yang berkesan dalam era ini amat diperlukan kerana ilmu yang dipelajari akan digunakan secara meluas untuk aplikasi pelajar sewaktu PnP sehingga dibawa kepada pengaplikasian dalam sektor pekerjaan mahupun sebagai panduan kehidupan. Pendidikan yang berkesan juga menekankan pemerolehan pembaharuan dan penggunaan pengetahuan secara bertanggungjawab.Oleh demikian,

penggunaan ilmu secara berkhemah oleh pelajar perlu agar pelajar tidak tersasar dari landasan yang sebenar kerana dugaan yang sangat mencabar menanti pelajar zaman ini.Pendidik harus mengajar pelajar supaya bijak menjangka masalah yang akan atau bakal berlaku jika isu yang sensitif dibicarakan secara terbuka.Ilmu yang dipelajari daripada guru harus diamalkan dengan sewajarnya oleh semua pelajar kerana mereka mungkin akan ketinggalan dan di pandang rendah jika tidak berbuat demikian.Ketinggian taraf seseorang bukan bergantung kepada budaya dan bangsanya tetapi terletak pada ketinggian ilmu yang dimiliki.Guru perlu bijak menangani pelajar yang kurang berminat dalam menuntut ilmu dengan menggunakan kaedah pengajaran yang terkini agar semua golongan pelajar yang berlatarbelakang budaya yang berbeza dapat mengikuti pembelajaran guru dengan mudah dan dalam suasana yang kondusif.Jika komunikasi guru dalam menyampai ilmu dengan pelajar baik, maka pelajar akan mudah memahami apa yang diajarkan dan komunikasi antara pelajar dengan pelajar juga akan mesra.Oleh itu,ilmu yang berguna dan guru yang berdedikasi dalam mengajarkan subjek kepada pelajar dapat menggalakkan pelajar supaya terus bersemangat untuk mempelajari apa jua jenis ilmu untuk meninggikan martabat
6

mereka tanpa melupakan asal usul diri dan menghormati budaya kaum lain.Guru harus memahami setiap pelajar mereka berkenaan dengan budaya dan amalan mereka dengan mengambil berat dan berhubung baik dengan ibu bapa untuk memudahkan guru memahami pelajar dan menangani pelajar yang berbeza latarbelakang budaya. Menurut Anais Nin,semakin banyak kita belajar mengenal manusia,semakin tinggi tahap keyakinan diri kita.Jadi,pelajar harus belajar memahami manusia begitu juga guru.Apabila pelajar mempelajari sifat manusia,perasaan syak dan pemikiran stereotaip terhadap sesuatu bangsa dapat dihapuskan.Guru pula perlu terlebih dahulu memahami pelajar berkaitan dengan amalan,perwatakan,dan perawakan setiap pelajar mereka agar guru dapat menunjukkan kempimpinan melalui teladan. 3. Ilmu yang dipelajari mengubah pelajar menjadi seorang yang mahir dalam segala bidang termasuklah hal pergaulan seharian dengan masyarakat Learning to do atau belajar untuk melakukan sesuatu menurut UNESCO bermaksud pembelajaran mestilah dapat membuatkan seseoarang itu mengubah ilmu yang dipelajari untuk mewujudkan kemahiran.Ia dinilai dengan melihat pada campuran bakat, tingkah laku

sosial, inisiatif peribadi dan kesediaan seseorang untuk bekerja.Ini sering disebut sebagai kemahiran interpersonal atau kemahiran bergaul oleh majikan.Ilmu pengetahuan dan sifat-

sifat lain seperti komunikasi, membina semangat berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah paling dituntut oleh sektor perkhidmatan hari ini.Oleh itu,pelajar harus tahu bahawa perubahan dalam pendidikan akan berlaku merentas zaman.Pendidikan diberikan bukan hanya untuk memahirkan pelajar untuk melalukan kerja yang rutin tetapi juga untuk memahirkan pelajar melakukan sesuatu di luar ekpektasi.Ini sejajar dengan dunia globalisasi sekarang yang mana pekerjaan tidak terhad untuk memajukan negara sendiri samata-mata tetapi juga untuk kemaslahatan penduduk dunia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya,dan amalan.Ini kerana ilmu yang dipelajari terutama ilmu sains dan teknologi akan disebarkan untuk digunakan oleh semua orang bagi memudahkan tugasan harian mereka.

Menurut Ting-Toomey (1999) menyatakan bahawa budaya menyediakan banyak fungsi di mana ia adalah satu komponen yang penting untuk manusia hidup dan berjaya dalam persekitaran mereka.Oleh itu, kemahiran dalam pergaulan di dalam persekitaran yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai budaya dan bangsa amat ditekankan kerana penghidupan masa kini tidak lagi bergantung pada pergaulan dengan satu bangsa sahaja jika ingin berjaya.Dunia global masa kini menuntut pelajar untuk tidak ketinggalan memperkasakan diri dengan pelbagai lapangan ilmu dengan sentiasa melakukan komunikasi antara masyarakat berlainan negara,budaya,bangsa,dan agama untuk mengetahui perkembangan ilmu semasa agar mencapai kesejahteraan bersama-sama.Ini kerana kemodenan yang berlaku tidak boleh digunakan secara bersendirian kerana nikmat kemodenan harus dirasai bersama-sama agar kelangsungan perkongsian dan kemajuan ilmu berlaku dengan cekap dan terancang.Pendidik yang berjaya dapat membimbing pelajar sehingga mahir dalam mengaplikasikan pengajaran setelah teori diajarkan kepada pelajar.Kemahiran yang ada pada seseorang pelajar seharusnya dikongsi dan disampaikan kepada pelajar lain.Perkara ini tidak mudah seperti yang disangka berikutan perbezaan kaum yang wujud.Guru harus bijak memainkan peranan dengan menggunakan komunikasi yang berkhemah kepada pelajar yang cenderung untuk bersifat prejudis kepada kaum lain.

Menurut penyelidik,pendidikan yang berkesan adalah kecekapan dan kemahiran dalam memperoleh maklumat, keadilan dalam serta penerapan norma dan nilai -nilai yang perlu untuk melakukan keadilan kepada orang lain yang serupa atau berbeza dengan kita dalam masyarakat pelbagai budaya.Pendidikan masa kini menekankan cara untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai situasi dengan kaedah perbincangan yang melibatkan pelbagai jenis masyarakat yang berbeza latarbelakang budaya.Ini menuntut kepada kemahiran melakukan sesuatu secara bermatlamat dan berasaskan hasil yang ingin diperoleh.Oleh yang demikian pendidik harus peka dengan keperluan pendidikan zaman kini di mana industri pekerjaan memerlukan pekerja yang bukan sahaja mahir melakukan tugas hakiki mereka malah mahir juga dari segi kemahiran sosial seperti kebolehan bekerjasama dalam kumpulan dan kebolehan memimpin.Kemahiran ini boleh dipupuk oleh pendidik dengan menggalakkan mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum.

4. Pembangunan

secara

menyeluruh

manusia

agar

menjadi

warganegara

yang

bertangungjawab Learning to be atau belajar untuk menjadi menurut UNESCO bermaksud matlamat pembangunan adalah memenuhi keperluan manusia dan pembangunannya secara yang

menyeluruh sebagai ahli

individu,keluarga,masyarakat,dan sebagai warganegara

bertanggungjawab.Oleh itu,pelajar harus dibimbing oleh pendidik untuk menjadi seorang manusia yang mempunyai ciri-ciri ideal manusia berjaya.Kejayaan mereka pula tidak hanya pada bidang akademik malah mereka harus mempunyai akhlak yang terpuji,dan mengamalkan nilai keagamaan sepenuhnya untuk melahirkan masyarakat yang berkualiti yang menghargai manusia sekeliling mereka. Dengan ini,konflik antara masyarakat dapat dielakkan dan kerjasama untuk memajukan negara dapat dibangunkan kerana setiap pelajar seharusnya ada sumbangan yang bermakna untuk negara.

Menurut

penyelidik,

pendidikan

harus

membenarkan setiap

pelajar untuk diri, dapat

menyelesaikan masalah sendiri,membuat keputusan

sendiri,memperkembangkan

membuat pertimbangan sendiri, dan berkebolehan memikul tangungjawab.Pendidikan bertujuan untuk menyediakan dan memperkenalkan pelajar kepada pelbagai bidang seperti estetik, seni, sukan,sains, budaya dan sosial. Dalam usaha untuk merialisasikannya secara optimum, pendidikan yang berkesan tidak akan mengabaikan mana-mana aspek pelajar yang berpotensi. Setiap individu dalam abad 21 perlu menerima bahawa untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama,ia amat bergantung kepada diri setiap individu untuk merialisasikannya. Bakat seseorang tidak akan terbiar tanpa diterokai dan diperkembangkan. Oleh yang demikian,pelajar haruslah diberikan kebebasan dalam memberikan pendapat dan memperkembangkan bakat untuk menjadikan pelajar seorang yang berinovasi dan kreatif. Di sekolah, pendidik haruslah menggalakkan mereka melakukan aktiviti yang memberi ruang kepada mereka untuk menujukkan bakat seperti membuat kraftangan dan melukis kerana sistem pendidikan yang agak rigid yang hanya mementingkan kecemerlangan akademik menyebabkan kemahiran sosial pelajar kurang menyerlah.Pada zaman kini,pelajar lebih suka membuat hal sendiri dan kurang memikirkan masalah orang di sekeliling mereka.Perkara ini amat membimbangkan

memandangkan interaksi berkesan antara semua golongan manusia sangat penting disebabkan komunikasi dunia yang tiada sempadan dalam meneroka dan memindahkan teknologi baru.

Kesimpulan Realiti kepelbagaian budaya di dalam sekolah hari ini menuntut cabaran yang besar kepada guru-guru atau pendidik kerana wujudnya kepelbagaian sosial yang menuntut kepada kecekapan pengendaliannya.Komunikasi lisan dan bukan lisan antara pendidik dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar adalah amat penting dalam menentukan kecekapan dalam proses perkongsian dan memahami budaya kaum lain. Komunikasi dalam pertemuan pelbagai budaya adalah kompleks dan berpotensi membawa masalah.Walaupun bahasa yang digunakan adalah sama,ia tidak menjamin komunikasi antara budaya yang berkesan. Guru yang berkualiti akan terus mencuba sesuatu yang baru,berinisiatif dalam mengaplikasikan amalan-amalan

pengajaran berkesan yang telah dipelajari dan sensitif terhadap keperluan pembelajaran semua pelajar tidak kira pelajar itu dari golongan kaum majoriti atau minoriti.

Kekuatan artikel ini adalah terletak pada huraiannya yang berdasarkan fakta dari sumber antabangsa.Artikel ini menerangkan tentang pendidik yang berkesan adalah penyampai yang mahir dengan cara menghuraikannya dalam 4 tahap pendidikan yang telah dikeluarkan oleh Unesco melalui Suruhanjaya Antarabangsa mengenai Pendidikan untuk abad ke-21.Unesco manyatakan bahawa sistem pengajaran haruslah berlandaskan 4 sistem asas pembelajaran kerana sistem ini mengambil kira cabaran yang bakal ditempuh dalam dunia pendidikan berdasarkan keperluan masyarakat masa kini.Olahannya amat mudah untuk difahami.Ini memudah penyelidik lain membuat kajian dengan menjadikan jurnal ini sebagai rujukan.Kelemahan artikel ini pula mungkin terletak pada cara pengolahan yang tidak memberikan contoh yang bersesuaian untuk diaplikasikan oleh guru kepada pelajar di dalam kelas.Penerangan artikel ini lebih tertumpu kepada pendidikan berkesan secara umum berbanding penerangan mengenai pengajaran berkesan oleh guru kepada pelajar.

10

Cadangan bahan bacaan sebagai rujukan adalah sumber internet yang beralamat
http://www.teachers.ab.ca/SiteCollectionDocuments/ATA/Publications/Human-Rights-Issues/MON3%20Here%20comes%20everyone.pdf dari The Abertas Teacher Association dengan tajuknya

Teaching in the Intercultural Classroomyang menceritakan perihal bagaimana cara mengajar di kelas yang pelajarnya terdiri daripada pelbagai kaum.Artikel tersebut mengajar pelajar memahami budaya kaum lain.Guru-guru juga berperanan untuk menggalakkan pelajarnya berkomunikasi dengan mesra dengan pelbagai kaum.

Cadangan bahan bacaan kedua adalah dari sumber internet yang beralamat di http://www.jcu.edu/education/ed350/Delpit_Education%20in%20a%20Multicultural%20Society .pdf yang mengajar guru cara mendidik pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum dan cara guru menyelesaikan masalah pelajar yang miskin yang terdiri daripada pelbagai kaum

Rujukan:
1.http://www.teachers.ab.ca/SiteCollectionDocuments/ATA/Publications/Human-Rights-

2.Issues/MON-3%20Here%20comes%20everyone.pdf
3. http://readperiodicals.com/201103/2331088001.html#b 4.http://www.jcu.edu/education/ed350/Delpit_Education%20in%20a%20Multicultural%20Societ

y.pdf
5.

http://www.nationalforum.com/Electronic%20Journal%20Volumes/Ameny-

Dixon,%20Gloria%20M.%20Why%20Multicultural%20Education%20is%20More%20Importan t%20in%20Higher%20Education%20Now%20than%20Ever.pdf 6.http://www.citehr.com/96499-four-pillars-learning.html

11

Anda mungkin juga menyukai