Anda di halaman 1dari 6

Penulisan Jurnal

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN
MINGGU PERTAMA 18.03.2012 HINGGA 22.03.2012 Pengenalan Minggu ini adalah minggu pertama saya di Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik untuk menjalani latihan praktikum. Sebagai memenuhi syarat untuk menamatkan latihan dalam Kursus PISMP yang menetapkan guru-guru pelatih harus menjalani praktikum selama 4 minggu atau sebulan bagi Praktikum 1. Pada 18 Mac 2012, saya dan rakan seperjuangan saya telah tiba ke Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik pada jam 7.15 pagi. Selepas tiba ke sekolah, kami berdua terus ke pejabat pentadbiran dan berjumpa dengan Penolong Kanan 1 kerana Guru Besar masih belum tiba ke pejabat. Setelah sesi pengenalan diri, saya turun ke dewan terbuka bagi menghadiri perhimpunan pagi. Setelah sesi perhimpunan selesai, kami mulakan sesi pengenalan diri kepada Guru Besar, Puan Yuhanis dan juga Penolong Kanan Pendidikan Khas, Encik Jaafar. Saya telah berbincang dengan guru penyelaras Pendidikan Khas iaitu Encik Mohd Asuat untuk mendapatkan jadual sesi pengajaran. Pihak IPG telah menetapkan kami supaya mengambil 12 waktu bagi setiap minggu sesi pengajaran di dalam kelas. Kemudian, saya jalankan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu bagi murid Kelas Sukses dan Ujian Diagnostik Matematik bagi murid Kelas Komitmen. Guru penyelaras Pendidikan Khas sekolah ini telah maklumkan kepada saya bilangan kelas serta bilangan murid dalam setiap kelas. Selain itu, saya juga dimaklumkan serta diberi bahan maklumat tentang murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di sekolah ini. Melalui maklumat diri para murid tersebut, barulah saya dapat menganalisis ciri-ciri mereka serta membuat sedikit pemerhatian terhadap tingkah laku mereka.

Penulisan Jurnal
Seterusnya, mengenai jadual mengajar saya, Encik Asuat memberi cadangan kepada saya supaya saya mengajar dua jam tanpa henti dan berharap agar saya bersetuju dengan cadangannya. Hal ini kerana jadual waktu sudah terhad dan saya harus beri laluan kepada guru asal masuk ke kelas untuk mengajar. Pada awalnya saya berat untuk bersetuju dengan cadangan tersebut, tetapi setelah difikir masakmasak, apa salahnya saya mencuba jadual seperti itu. Saya harus anggap bahawa perkara ini merupakan cabaran yang pertama bagi sesi praktikum satu ini. Malah, saya dan Bazilah telah mengumpulkan bahan-bahan seperti sukatan pelajaran KBSR dan juga KSSR. Namun begitu, tidak semua kelas menggunakan sukatan yang terbaru iaitu KSSR. Sebagai contoh, Kelas Sukses masih menggunakan sukatan pelajaran KBSR manakala Kelas Komitmen dan Kelas Tekun sudah menggunakan sukatan KSSR. Masalah Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di sekolah ini terletak di bangunan yang berasingan dan berada di tengah-tengah antara bangunan bilik guru dan bilik tahun 2. Kelas PKBP berkongsi bangunan dengan PK Masalah Pendengaran. Ia hanya mempunyai 3 buah kelas iaitu Sukses, Komitmen dan Tekun. Purata setiap kelas mempunyai enam orang murid. Keadaan murid yang ramai sangat menyesakkan memandangkan keadaan kelas PKBP agak sempit. Keadaan ini kadang-kala menjadi faktor penyumbang kepada beberapa masalah tingkah laku kepada murid-murid kelas pendidikan khas ini. Murid-murid di PKBP ini terdiri daripada pelbagai kategori seperti lembam (slow learner), autisme, terencat akal, celebral palsi dan ADHD. Saya harus bersedia menghadapi murid-murid ini kerana pengalaman saya selama empat kali PBS telah memberi sedikit gambaran bagaimana cara untuk mengawal mereka dan juga cara pendekatan dari aspek pengajaran di dalam kelas. Selain itu, murid bagi kelas K iaitu Komitmen terdiri lebih dari dua jenis masalah pembelajaran. Oleh itu, saya harus tentukan cara pendekatan yang sesuai dengan masalah murid-murid tersebut. Pada hari Rabu, 21 Mac 2012 yang lalu, sepatutnya saya mengajar subjek Matematik bagi murid-murid kelas S pada jam 10.15 hingga 10.45. Namun begitu, ada guru yang mengambil waktu saya mengajar. Saya berasa sedikit terkilan

Penulisan Jurnal
dengan situasi ini. Hal ini kerana saya telah menyediakan rancangan pengajaran harian dan juga alat bantu mengajar matematik. Saya harus ambil tindakan yang pantas supaya pertindihan jadual tidak berlaku lagi kerana saya risau jika pensyarah pembimbing akan memantau pengajaran saya pada hari Rabu kelak. Masalah yang seterusnya ialah kawasan kelas yang tidak kondusif iaitu tiada pembahagian kelas. Jadi bagi kelas yang tidak mempunyai guru akan turut serta mengikuti pengajaran kelas yang ada guru. Malah, murid-murid tidak dapat beri perhatian yang lama apabila mereka terlihat murid-murid lain bermain-main di belakang kelas. Keadaan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai masalah menyebabkan kelas tidak dapat dikawal. Guru-guru asal juga kadang kala sudah putus asa untuk mengawal mereka. Tempikan, marah dan pelbagai cara telah digunakan namun begitu murid-murid masih tidak dapat dikawal. Mereka tidak mendengar cakap dan saya terpaksa meninggikan suara

sewaktu memberi arahan kepada mereka. Menurut Saadah Bt. Sumrah, Salwan Bt. Sulaiman dan Roslee B. Ahmad ( 2008 ) faktor-faktor penyebab berlakunya

masalah tingkah laku antaranya seperti : Faktor Biologi : Genetik ialah unitunit baka yang diwarisi oleh ibu bapa kepada anakanak yang diwarisi oleh ibu bapa kepada anakanak. Ia terkandung dalam kromosom sel manusia yang terdapat kumin mengamdungi gen. Kerosakan gen ini membawa kepada masalah jiwa.

Terdapat juga hormon dalam badan manusia iaitu adrenalin dan noradrelin yang boleh menyebabkan manusia sentiasa tegang dan tertekan. Menurut DSMIV ( Dragnostik + Statistikal Manual of Mental Disorders of the American Psychiatric Association ) masalah tingkah laku boleh diklasifikasikan mengikut senarai tingkah laku, criteria membuat diagnosis, kategori dan dirujuk oleh pakar pakar psikiteris dan psikologis. Manakala menurut Kerr & Nelson, masalah tingkah laku boleh dilihat sebagai : Tingkah laku yang mengganggu ( Disruptive Behavior ) iaitu tingkah laku untuk mendapat perhatian orang lain, misalnya outofseat, merayaurayau, mengejek, tidak mengikut arahan guru dan ibu bapa.

Penulisan Jurnal
Analisis Masalah Saya telah cuba membuat beberapa pemerhatian dan rujukan perihal muridmurid ini dengan rakanrakan guru PKBP. Saya juga meminta pandangan penyelaras PKBP mengenai sikap atau tingkah laku muridmurid ini. Rakan-rakan guru yang lain juga mendakwa bahawa murid-murid menunjukkan perangai atau tingkah laku seperti yang saya utarakan tadi. Malah ada murid yang menunjukkan tingkah laku yang lebih teruk lagi seperti mencucuk rakan menggunakan pisau yang diambil daripada bekas alat tulis pembantu pengurusan murid. Individu yang bertingkahlaku seperti ini tidak terhad di sekolah sahaja tetapi mereka turut bertingkah laku sedemikian di rumah ataupun di manamana sahaja mereka berada. Tingkah laku yang mereka tunjukkan sangat mengganggu orang lain kerana guru terpaksa melayan kerenah mereka yang kadang kala tidak dapat ditangani dengan pujukan lemah lembut. Saya mengambil inisiatif untuk

mengetahui punca sebenar kenapa murid berkelakuan sedemikian. Hal ini kerana pada hari Rabu minggu pertama ini pengajaran dan pembelajaran ( P & P ) akan bermula. Saya sangat risau sekiranya tingkah laku mereka tetap sama tidak berubah seperti tingkah laku mereka pada minggu ini kerana pada minggu hadapan pensyarah pembimbing akan mula memantau P & P saya. Pelbagai persoalan timbul di benak fikiran saya seperti : Adakah mereka tidak suka kepada saya ? Adakah saya tidak pandai untuk mengawal kelas ? Adakah aktiviti aktiviti yang kami lakukan membosankan mereka ? Kenapa mereka cepat sangat timbul sifat bosan ? Bagaimanakah cara yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah ini ? Bagi merungkaikan permasalahan ini, saya telah membuat beberapa andaian terhadap tingkah laku yang berkemungkinan disebabkan oleh beberapa perkara seperti: 1. Faktor suara saya kerana kemungkinan arahan yang saya keluarkan tidak didengari oleh mereka. 2. Guru kurang tegas yang mana sedikit sebanyak menyumbang kepada timbulnya masalah tingkah laku dikalangan murid-murid.

Penulisan Jurnal
3. Pengawalan kelas yang longgar di mana murid-murid akan mengambil kesempatan masa yang terluang walaupun sedikit untuk mengganggu

sebarang aktiviti yang dilakukan. 4. Keadaan kelas yang agak sempit dan tidak mempunyai pembahagian kelas serta agak terbuka antara satu sama lain. Cadangan

Di bawah ini saya menyenaraikan beberapa cadangan bagi menghadapai masalah yang telah saya utarakan sebelum ini iaitu : 1. Guru haruslah menjadi lebih tegas tetapi masih mengekalkan sifat lemah lembut. Guru harus memberitahu murid bahawa tingkah laku mereka sebenarnya tidak baik dan akan menyusahkan ramai orang. 2. Ketika memberi tugasan, pastikan arahan yang diberikan oleh guru jelas dan mudah difahami. Hal ini bagi memastikan murid dapat menyiapkan atau menjalankan tugasan dengan jayanya. 3. Pastikan tugasan yang diberikan menarik, mencabar dan bersesuaian

dengan tahap kognitif muridmurid. 4. Guru haruslah memberi peneguhan positif seperti pujian ataupun token sekiranya muridmurid bertingkah laku positif. 5. Guru harus memberi teguran baik sekiranya hendak membetulkan tingkah laku negatif yang dilakukan oleh murid. 6. Elakkan daripada percampuran antara muridmurid hiperaktif dengan murid yang lain. 7. Pertindihan jadual dapat diselesaikan dengan perbincangan dengan semua guru asal. 8. Pembahagian kumpulan yang tepat dan penyusunan meja yang sesuai agar guru dapat mengawal murid dalam masa yang singkat.

Tempoh Penyelesaian

Penulisan Jurnal
18 Mac hingga 25 Mac 2012. Tindakan Susulan Daripada pembacaan dan sedikit pengalaman ketika membuat PBS sebanyak empat kali di setiap sekolah yang berbeza, saya merasakan bahawa menggunakan kaedah peneguhan seperti pemberian token adalah lebih berkesan. Guru harus beri perhatian ke atas ketekunan murid-murid supaya guru tidak terlepas pandang tingkah laku positif murid-murid untuk memberi token kepada mereka. Selain itu, bimbingan daripada guru-guru perlu lebih kerap tetapi guru-guru harus pastikan tidak memberi jawapan kepada murid-murid tetapi membimbing murid-murid mencari jawapan. Kesimpulan Pembelajaran akan berkesan sekiranya konsep yang disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak terasing antara guru dengan murid iaitu keserasian. sepatutnya memahami dan mngetahui Guru

jenis aktiviti-aktiviti yang bersesuaian

dengan minat dan kebolehan murid tersebut. Hal ini agar murid-murid mendapat hasil daripada pembelajaran yang guru laksanakan. Sesebuah P & P yang dikatakan Berjaya apabila ada perubahan tingkah laku negatif murid-murid kepada tingkah laku positif. Pujian dan ganjaran bolehlah dipraktikkan kerana secara tidak langsung ia menjadi perangsang untuk seseorang murid dalam meningkatkan lagi kendiri dalam diri mereka. konsep

Beri Nilai