Anda di halaman 1dari 55

Tart coklat

Bahan-bahan ( dalam 100 keping )



250 gm (1 buku) butter 1 cawan gula halus 2 biji telor 1 sudu teh esen vanila Tepung gandum secukup adunan 125gm cokolat masak 25gm shortening 25gm butter/margerin 2 sudu makan susu segar

Cara-cara
1. Pukul butter dan gula sehingga sebati 2. Masukkan vanilla essence serta telur dan kacau hingga sebati

3. Masukkan tepung sedikit-sedikit sehingga ia menjadi doh (sehingga adunan tak lekat di mangkok)

4. Canai adunan agak2 ketebalannya.

5. Terap menggunakan cetak kuih tart. 6. Bakar dengan gas mark 4 selama lebih kurang 20 minit atau hingga kekuningan.

7. Sementara tart sejuk, masukkan semua bahan dalam mangkok.

8. Masukkan ke dalam microwave selama 1 atau 2 mins.

9. Keluarkan dari microwave dan kacau hingga sebati. 10. Ambil sedikit cokolat yang telah cair dan letakkan ke atas tart yang telah sejuk.

11. Boleh dihiaskan dengan manik jika suka.

12. acuan ni ada 2 pattern bergigi atas bawah so boleh pilih nak guna yang mana...

13. Ni ler rupa acuan tartnya... skyblue ;)

Cornflakes Choco

Bahan-bahan ( 45 biji )

100gm cornflakes 150gm coklat masakan (guna coklat yg takde brand, boleh dapat di kedai pemborong brg kuih) 1 sudu minyak jagung (sebagai pengilat coklat) sedikit badam hancur untuk hiasan paper cup

Cara-cara
1. masak coklat guna teknik double boil 2. bila dah hampir cair, masukkan minyak jagung 3. kacau sebati dan biar coklat benar2 cair 4. ramas cornflakes, jangan terlalu hancur 5. campurkan ke dalam coklat yg dah dicairkan tadi 6. gaul sebati dan isi dalam paper cup (kena cepat coz coklat akan cepat mengeras) 7. tabur badam halus 8. biar seketika sehingga coklat sudah mengeras.. dan siap..

Biskut Bangkit Nyonya

Bahan-bahan ( 70 biji )

350 gm tepung ubi 150gm gula icing 20 gm mentega 1 biji kuning telur 130 gm santan pekat 1/8 sudu teh baking powder

Cara-cara
1. Sanggar tepung ubi di dalam oven 2. Gaul sebati gula acing, mentega & kuning telur. 3. Masukkan santan dan gaul sebati lagi 4. Gaul sebati baking powder kedalam tepung ubi. 5. Masukkan tepung kedalam adunan santan tadi & uli hingga menjadi doh. 6. Canai doh dan terap mengikut bentuk yg disukai. 7. Bakar pada suhu 150'C hingga masak.

Tart Nenas Gebu

Resepi ini diambil dari blog princessharyati

Bahan-bahan ( 150 biji )



BAHAN UNTUK DOH TART: 2 1/2 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung jagung 2 1/2 sudu besar tepung kastard 2 sudu besar tepung susu 1 cawan mentega (226 gm) 1 sudu besar minyak sapi 1 biji kuning telor 1 sudu teh esen vanilla 1 sudu besar gula

BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS: 4 biji nenas muda 2 senduk gula pasir sedikit esen vanilla Bunga Cengkih Kulit Kayu Manis Daun pandan

Cara-cara
1. CARA MEMBUAT DOH TART: 2. Pukul bersama mentega, susu, minyak sapi, gula hingga sebati. 3. Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi. 4. Masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati dan lembut. 5. Panaskan oven.

6. Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem nenas yg telah siap, kemudian gulung secara perlahan, letakkan di dalam dulang membakar (boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas).

7.

Ulangi sehingga habis. 8. Bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak. 9. CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS: 10. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.

11. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. 12. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis. 13. Kacau tanpa henti hingga likat.

14. Angkat dan sejukkan.

Kuih Sarang Semut

dari kecik sampai besar saye wat kuih ni,,, :)

Bahan-bahan ( 60-100 biji )



250 gm butter 1/2 gelas gula 1/4 gelas tepung jagung 2 1/2 biji kuning telur 2 1/2 gelas tepung gandum 1 tea spoon esen vanila coklat rice utk hiasan

Cara-cara
1. Butter dikembangkan bersama gula 2. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan esen vanila 3. Ayak tepung gandum dan tepung jagung dan masukkan sedikit2 ke dalam mentega tadi sehingga menjadi doh. 4. Sagat tepung dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. Masukkan coklat rise (boleh juga guna ceri merah dan hijau) 5. Bakar dalam oven 150', api atas bawah selama 15-20 minit @ sehingga masak.

Biskut Makmur

Juga dipanggil biskut bom,snow ball n sbgnnya..

Bahan-bahan ( saiz sdrhana leh dpt byk! )



1kg Tepung Gandum Minyak sapi (Tin sederhana atau secukupnya) Gula halus secukupnya

Cara-cara
1. Cairkan minyak sapi di atas api yg kecil. Setelah cair,ketepikan. 2. Sediakan kuali dan masukkan tepung.Masak tepung dengan api sederhana perlahan sehingga masak. nak tau dah masak ke belum, warna tepung bertukar sedikit kekuningan. Pastikan sentiasa dikacau agar tidak hangus..sebab kalo hangus spoil habis laa... Dah tepung masak,sejukkan. 3. Bila tepung dah sejuk,ayak tepung tu dahulu. Saja nak pastikan tepung tak berketul. 4. Tuangkan minyak sapi yang sudah dicairkan tadi sedikit demi sedikit sehingga boleh membentuk doh. 5. Bentukkan bulat2 dan letakkan atas dulang pembakar. 6. Bakar dalam oven untuk seketika(cuma nak memanaskan supaya gula lebih melekat). setelah di angkat dari oven,gaul bersama gula halus. Sejukkan sbelum masuk bekas kedap udara. Selamat Mencuba! :)

Peanut Butter Cookies

Bahan-bahan ( <20 biji )



1 cawan Peanut Butter (Mentega Kacang) 1/2 cawan gula 1 biji telur 4 oz Coklat (dicairkan) 1/2 cawan kacang yang dicincang

Cara-cara
1. Gaulkan Peanut Butter, gula, dan telur sehingga sebati 2. Sejukkan di dalam peti ais selama lebih kurang 30 minit 3. Keluarkan dan adun adunan menjadi 20 biji bola kacil 4. Letakkan di atas tin pembakar. Jarakkan bebola lebih kurang 2 inci 5. Dengan menggunakan garfu, tekan bebola untuk menjadi criss-cross pattern 6. Bakar di dalam oven selama 15-20 minit pada suhu 180 degree Celcius 7. Sejukkan di atas wire mesh selama lebih kurang 5 minit sementara mencairkan coklat 8. Celupkan hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan kemudian celup ke dalam kacang yang telah dicincang 9. Letakkan di atas kertas minyak dan sejuk bekukan di dalam peti ais 10. Peanut Butter Cookies sudah sedia untuk dimakan.

Serunding Popia

Bahan-bahan ( 300 biji kot )



500 gm Isi ayam tanpa kulit 2 cawan Kacang tanah yg telah di goreng tanpa minyak 10 gm serbuk cili BABAS 1 sudu makan penuh Serbuk kari daging Babas garam secukupnya 1 sudu makan Gula. 1/2 sudu makan perasa ajinomoto 1/2 sudu teh serbuk lada putih 1 bungkus kecil kulit Popia putih telur secukupnya - utk pelekat minyak utk mengoreng

Cara-cara
1. Campurkan isi ayam bersama serbuk kari dan goreng sehingga masak. toskan dan biarkan sejuk sebentar. 2. Bila dah kurang panas, siat-siatkan ayam tadi dan jemur separuh kering. 3. kemudian kisar ayam hingga halus. ketepikan seketika. 4. kisar kacang tanah hingga halus dengan putaran laju. JANGAN kisar terlalu lama.Biarkan ianya kering

5. Gaulkan ayam tadi bersama kacang kisar,serbuk cili,garam,gula,perasa dan serbuk lada putih. gaul sebati.

6. kulit popia di potong kepada 4 bahagian

7. letak sedikit inti ayam tadi dan gulung. pelekatkan dengan putih telur..

8. panaskan minyak, dan goreng mengunakan api yang perlahan. Supaya popia masak sepenuhnya.

9. angkat dan toskan menggunakan tisu manyak.

Biskut nestum

Bahan-bahan ( bahan-bahan )

2 biji kuning telur 1 cawan gula halus 6 camca mentega 1 cawan gula perang 6 sudu tepung kastard 4 cawan tepung gandum 2 cawan nestum

Cara-cara
1. masukkan mentega dan gula.kacau hingga menjadi krim 2. masukkan telur kuning satu demi satu.kacau lagi 3. masukkan bahan-bahan yang lain hingga menjadi doh 4. terap menggunakan acuan yg disukai. 5. kemudian bakar dengan suhu 160 darjah celcius dalam masa 15 minit

Biskut coklat chips


Bahan-bahan ( dalam 70 biji )

1 buku buttercup 250 gm tepung gandum 150 gm coklat chip 2 biji kuning telur 1 sudu teh baking powder 2 sudu serbuk koko 50 gm tepung jagung 1 sudu kecil esen vanilla 250 gm gula kaster kacang badam garam sedikit

Cara-cara
1. 1)pukul buttercup dan gula sehingga kembang. 2. 2)masukkan kuning telur,tepung jagung,garam,esen vanilla,serbuk koko,coklat chip,gaul sehingga rata dan letakkan kacang badam yang telah dikisar kasar. 3. sapu loyang dengan majerin.sudukan adunan biskut ke dalam loyang. 4. bakar di dalam oven sehingga masak dan sejukkan. 5. Klik untuk isi cara-cara di sini

BISKUT ALMOND LONDON

Bahan-bahan ( 150 BIJI )



1 ketul butter (250gm) 1 cawan gula halus 1 cawan tepung beras 1 cawan tepung jagung 2 cawan tepung gandum 1 sudu teh emplex 1/2 cawan badam kisar Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara
1. Gula + butter gaul sebati dalam bekas. Masukkan tepung beras dan tepung jagung dalam bekas tadi tu dah gaul sehingga sebati. kemudian masukkan emplex gaul lagi. kemudian masukkan tepung gandum sikit demi sedikit sehingga jadi doh yang lembut. Adunan mestilah lembut dan bukannya kering. last sekali masukkan 1/2 cawan badam kisar atau gajus kisar tu. gentel dgn buah badam (jgn buat besor2, nanti bila dibakar jadi tembam pulak, tapi kalu betul adunan tu lembutnya, insyaAllah, elok jer dia terletak masa dibakar, sebaik2nya saiz doh nak digentel tu sama besar dgn biji badam tu). Bakar hingga masak. sejukkan sebelum celup dgn coklat.

Tepung pelita

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )



1 cawan tepung beras 1 cawan gula 5 cawan air 4 sudu besar tepung beras(ratakan) 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati. 2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan. 3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat. 4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap. 5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat. 6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi. 7. Sejukkan

murtabak segera

Bahan-bahan ( 6 keping )

100 g daging cincang 2 biji ubi kentang 1 sudu setengah rempah kari 1/2 biji bawang besar 1 ulas bawang putih daun sup minyak 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto kulit popia 2 biji telur

Cara-cara
1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang. 2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.

3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.

4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati. 5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.

6.

goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

Cakoi

Bahan-bahan ( 10 biji [15cm] )



1 cawan air 2 cawan tepung roti sudu kecil instant yeast 1 sudu kecil gula 1 sudu kecil garam sudu kecil tawas (alum) sudu kecil baking soda sudu kecil ammonia atau Nutre Powder (utk menghasilkan cakoi yg lebih ranggup, takde pun takpe... susah nak cari ammonia for cooking) 1 sudu besar minyak Minyak utk menggoreng

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker, pilih menu buat doh dan ON kan. Bila dah siap uli, keluarkan doh dari breadmaker. Taburkan tepung ke atas papan canai.Bahagikan doh kepada 2, buatkan bentuk panjang (40cm) setiap satu.Tutup doh dgn kain atau plastic wrap, biar naik dlm suhu bilik selama 45 minit.

2. Ratakan doh dgn tangan, biar jadi 1cm tinggi dan 5-6cm tebal. Potong 2-2.5cm seperti dlm gambar, biar rehat selama 10-15 minit lagi.

3. Panaskan minyak utk menggoreng (deep-fry) dgn api kecil. Ambil sekeping doh, bubuh sedikit air dgn mengunakan lidi sate seperti dlm gambar.

4. Letak sekeping doh diatas doh tadi, tekan di tengah2 dgn lidi sate.

5. Pegang kedua-dua hunjung dan tarik pelahan-lahan, biar jadi 15-20cm panjang dan terus masuk ke dalam minyak panas. Kacau sikit apabila dia dah timbul kat permukaan minyak supaya dia jadi lebih kembang. Goreng sehingga perang keemasan.

6. Ni gambar cakoi yg dah siap digoreng. 7. note: Doh ni agak lembut, kena taburkan tepung banyak. Doh yg betul2 naik, senang nak ditarik. Boleh buat saiz besar sikit jika guna kuali yg besar. Saiz yg i buat ni agak kecil sbb i guna periuk kecil utk menggoreng.

Tepung kapur

Bahan-bahan ( satu keluarga kecik (4 orang) )



3 cawan tepung gandum 2 cawan air 1/2 kerek manisan atau 1 cawan gula melaka sesudu kapur makan garam secukup rasa kelapa parut

Cara-cara
1. masakkan manisan dengan air sampai cair. sejukkan sekejap. 2. masukkan air manisan tadi kedalam tepung gandum, masukkan sikit - sikit. adunannya taklah cair sangat, tak jugak pekat likat, biasa - biasa je.masukkan sekali kapur makan yang dibancuh ngan sikit air, juga masukkan garam. 3. tapiskan dalam loyang yang dah digris ngan minyak atau mentega. 4. kukus dalam masa 30 - 45 minit. 5. bila dah masak, sejukkan kejap, kemudian potonglah kuih ni ikut suka hati. nak lonjong ke berpetak ke, segienam atau heksagon. potong nipis dan kecik senang nak makan. 6. kelapa parut gaulkan ngan garam sikit. kemudian gaulkan kuih yang dah dipotong tadi ngan kelapa parut. 7. dah siap, boleh la makan.

Donut

Bahan-bahan ( 40 biji )

1kg tepung gandum 250gm marjerin 750ml air suma atau mengikut 11gm yis kering 1 sudu makan baking powder 1 sudu makan garam

Cara-cara
1. Masukkan tepung gandum,baking powder,garam,yis dan magerin kedalam sebuah bekas. Campurkan semua sehingga menjadi serbuk roti. 2. Kemudian air suam tadi masukkan gula kedalamnya dan gaul sehingga gula hancur. 3. Setelah itu adunan tepung tadi masukkan sedikit demi sedikit air. Uli sehingga menjadi doh yang lembut. 4. Bulat-bulatkan mengikut kesukaan anda. Dan biarkan selama 30 minit atau sehingga kembang sedikit dan bolehlah digoreng. *untuk mendapat donut yang cantik. api jangan kuat.

Roti Pandan Kukus

Bahan-bahan ( loyang 8x4 inc. )



1/2 buku roti perancis - dihiris (atau 10 keping roti putih) 1/2 cawan gula pasir* 3 biji telur* 200 ml santan pekat dicampur air menjadi 2 cawan santan* 5-7 helai daun pandan dikisar bersama 1 cawan air* - ditapis atau 2 sk pandan pes dicampur 1 cawan air

Cara-cara

1. Loyang disapu majerin sekeliling.Satukan bahan2 bertanda* di dalam mangkuk.Kacau sebati.Celupkan roti sekeping2 dan susun di dalam loyang yg telah disediakan hingga roti habis.Siram lebihan campuran santan di atas roti rata2.Perapkan sebentar sementara memanaskan kukusan.

2. Kukus selama 1/2 jam atau sehingga kelihatan permukaan puding kering.

3. Biar puding sejuk di dalam loyang.

4. Potong dan boleh dihidangkan.

Cakoi Mudah

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )



400gm tpg gandum 1 cawan air 1 sudu besar marjerin (cairkan) 1 sudu kecil garam 3 sudu besar gula 1 sudu besar susu pekat manis (akak pakai susu tepung je) 1 biji kuning telur 2 sudu teh yis kering (mauripan) 1/2 sudu teh soda bikerbonat minyak utk goreng

Cara-cara
1. campur semua sekali kecuali tepung. kacau sebati. 2. pastu masukkan tepung sket2 dan uli lagi. kalu agak2 macam lembik sangat sampai susah nak uli,tambah tepung sket lagi hehe...biasa la edit2 nih... 3. kalu ikut cara betul kena uli sampai tak melekat.tapi akak dah tak larat..tinggalkan je...agak2 lebih dari setengah jam bleh le uli lagi..tabur sket tepung untuk mudahkan. 4. canai agak2 4-5cm memanjang..potong memendek anggaran 1-1.5 inci. nak cantumkan dua cakoi tu,basahkan lidi n gores kat tengah2 cakoi pertama.just nak bagi dia melekat je.pastu amik 1 lagi dan letak atasnya. 5. bila minyak dah panas,baru angkat cakoi tadi n tarik sket sebelum buh dalam minyak..sebab tu dia nampak panjang. saiz asal setengah je dari tu hehe. 6. harap sume dapat paham caranya... mudah je walaupun nampak cam berjela-jela..

Laksa Johor Simple

Bahan-bahan ( 6 Orang perut biase )



Bawang puteh 1/2 labu Bawang merah besar 1/2 biji Cili boh ikut suke Serbuk kari 5 sudu besar (x kesah kot kari ape pon) 5 ekor ikan Sanma(ikan muncung pnjg standed 80yen kat supa) Asam keping Garam Gula Spaghetti Bahan Hias Timun Bawang merah Ape2 lg y rse seswai. Kalo ade kcg pnjg sdp jg tp kat jpon ikot msm pyh cari.. Santan

Cara-cara
1. Rebus ikan sanma sampai masak dan toskan. buang tulang2 dan blendkan isi2 ikan. Asingkan. 2. Blend bawang merah + bawang puteh. Panaskan minyak dan mayangkan. 3. Tambahkan cili boh ikot ske. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. 4. Bila rase da seswai o pecah minyak masokkan isi ikan yang da diblend tadi. 5. Masokkan santan 6. Masokkan garam + gula secukup rase. 7. Masokkan asam keping ikot rase. Laksa kalo x masam x best ah. 8. Tambahkan air ikot seswai.Biakan atas api sederhana smpai da ckop masak. 9. kalo nk pekat kurangkan air. Tp biasenye laksa johor org mkn pekat2.

Laksa penang / kuala kangsar

Bahan-bahan ( 4 - 6 org makan )



500 gm ikan sardin / ikan kembung 150gm udang 6 sudu makan lada blend (lada kering) 4 asam keping 2 kuntum bunga kantan seikat daun kesum garam air rebusan ikan dan udang Daun salad Timun Lada merah tepung gandum Udang Telur Air Limau purut

Cara-cara
1. Rebus ikan sardin bersama2 udang. Asingkan isi ikan dr tulangnya. 2. Kisar isi ikan dan udang. Kemudian kisarkan tulang ikan. 3. Masukkan isi ikan, udang dan tulang yg dikisar bersama2 lada blend dan air rebusan. Masak hingga mendidih. 4. Masukkan asam keping, bunga kantan yg dihiris, daun kesum dan garam. 5. Utk cucur udang. Bancuhkan tepung gandum, telur, sedikit garam, serbuk kunyit dan air. Semasa menggoreng letakkan seekor udang bagi setiap cucur.

6. Hiris daun salad, timun, lada merah, cucur udang. 7. Hidangkan laksa bersama2 cucur udang, salad, timun, lada merah dan limau purut.

Laksam

Bahan-bahan ( 2-3 orang )



3cwn tpg beras 1/2 cwn tpg gandum 4cwn air suam >>bahan kuah: Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh Sdkt halia Sdkt bwg putih Sdkt bwg merah/besar Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok Santan Asam keping Sdkt garam Sedikit gula merah/gula >> Bahan ulam timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus) >>cili: cili merah belacan garam limau

Cara-cara
1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak. 2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis 3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat. 4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

Paprik

Bahan-bahan ( 4 )

ekor ayam - dipotong kecil2 4 ulas bwg merah - ditumbuk 2 ulas bwg putih - ditumbuk 1 labu bwg besar - dimayang 2 btg serai - dititik 2 biji buah tomato - dipotong 4 5 biji cili padi - ditumbuk bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis bahan2 perasa

Cara-cara
1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). 2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap. 3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. 4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Tauhu ayam

Bahan-bahan ( 4 orang )

1 keping dada ayam 280g tauhu 1 sudu kecil serbuk lada sulah 1 sudu kecil serbuk lada 3 tangkai daun sup 1 biji telur ayam garam secukup rasa sedikit gula

Cara-cara
1. Cincang isi ayam 2. Lecek tauhu dengan garfu 3. Potong halus daun sup 4. Gaul semua bahan-bahan diatas dengan isi ayam, tauhu dan juga daun sup 5. Kemudian goreng dalam minyak penuh seperti goreng cekodok

Ayam percik

Bahan-bahan ( 4 orang )

1 sekor ayam yang dipotong 4 1 1/2 cawan santan pekat 2 biji bawang putih 1 labu bwg besar 2 cm halia 2 batang serai 1 camca kecil ketumbar 1/2 camca kecil jintan putih 1/2 cawan tepung beras sedikit air asam jawa@asam keping cili kering (optional... kalau nak kuah merah) garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam. 2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat. 3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar. 4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan. 5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2

Ayam Coca Cola

Bahan-bahan ( 4 )

2 ketul paha ayam (yang besar) 1 tin coca cola 3 batang serai (diketuk) 4 inci halia (diketuk)

Cara-cara
1. Ayam dibersihkan kemudian lumurkan sedikit garam dan susun dalam pan yang ada penutup. 2. Aturkan halia dan serai yang telah diketuk di atas ayam. 3. Tuangkan setin coca cola ke atas ayam tadi. Nyalakan api gas sederhana kecil. Sekali sekala kautkan air cola dan simbah ke atas ayam. Masak sehingga air cola hampir kering. Hidangkan bersama nasi.

Ayam golek

Bahan-bahan ( 2 )

2 bhgian paha ayam 1 mangkuk santan 5 biji bawang merah 1 batang serai 2 ulas bawang putih 3 tangkai cili kering sedikit kunyit dan sedikit halia

Cara-cara
1. bawang merah,bawang putih,kunyit,halia,serai,cili kering dikisar halus 2. kemudian masukkan bahan2 kisar serta ayam kedlm santan pekat.masak hingga ayam separuh masak. 3. kleuarkan ayam td dan bakar antara 20-25mnt 4. kuah rebusan ayam td di sapukan pada ayam yg sedang dibakar. 5. siap utk dimakan

Ayam goreng ala-ala KFCBahan-bahan ( satu family pon bleh )


1 ekor ayam (ikut suka kalo nak banyak buat banyak) 1 biji telur 2 sudu minyak bijan 2 sudu serbuk lada putih 1 kotak tepung goreng kentucky Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Ayam dipotong ikut suka. Kemudian dibersihkan. 2. Di dalam satu mangkuk, masukkan ayam, telur, minyak bijan dan serbuk lada putih. Gaulkan sehingga rata. 3. Perapkan lebih kurang 30 minit. 4. Ambil ayam yang diperap dengan bahan-bahan tadi kemudian digolek-golekkan dengan tepung kentucky. 5. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga masak dan keperangan. Ulang hingga habis ayam yang diperap tadi. 6. Sedia untuk dimakan. Sedap dimakan ketika panas. Selamat mencuba!

Ayam Harum Thai

Bahan-bahan ( 6 orang )

Bahan A ** semua bahan A dihiris nipis 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 inci halia Bahan B *** campurkan semua bahan B jadikan sos 2 sudu besar - sos cili 1 sudu besar - sos tomato 2 sudu besar - pes tomyam 2 sudu besar - kicap cair 2 sudu besar - kicap manis 1 biji air perahan limau nipis daun sup (dihiris nipis) Isi ayam (dipotong dadu) - diambil dari 1/2 ekor ayam 2 batang serai - dititik 4 helai daun limau purut 2 biji lada bengala/capsicum (dibelah 4)

Cara-cara
1. Panaskan minyak didalam kuali tumiskan Bahan A hingga wangi Kemudian masukkan Bahan B & tumiskan 2. Masukkan isi ayam, serai dan daun limau purut 3. Masak lebih kurang 10 minit dengan api perlahan & kacau2... 4. Akhir sekali masukkan lada bengala/capsicum...

Kek Coklat

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

2 biji telur 1 cawan minyak masak 1 cawan gula pasir 1 cawan gula perang Bahan A 1 sudu kecil vanila 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe Bahan B 2 sudu kecil sodium bicarbonate 1 sudu kecil baking powder 1/2 cawan serbuk koko 2 cawan tepung gandum ============================== ** Topping ** 1/2 cawan koko van hauten 1/2 cawan susu pekat 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara
1. Pukul telur hingga kembang 2. Masukkan gula dan pukul lagi 3. Kemudian masukkan minyak masak 4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati. 5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak 6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Kek span

Bahan-bahan ( saiz 18 cm )

3 biji telur 1 cawan tepung gandum (100g) 1 cawan gula (110g) - kalau nak kurang manis kurangkan gula 2 sudu kecil susu segar 15g butter - panaskan susu dan cairkan butter di dalamnya esen vanila

Cara-cara

1. panaskan oven ke suhu 180 darjah. asingkan telur putih dan kuning. pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan

2. dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk. 3. masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata 4. masukkan kuning teluar yg telah dipukul tadi ke dalam adunan. 5. masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila. pukul hingga sebati. 6. masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30 minit.

Kek batik lepas

Bahan-bahan ( 5-6 orang )



biskut marie yg telah dipatah dua 1 buku mentega 1 tin susu pekat 1 paket kecil milo 1 botol kecik serbuk koko sedikit kacang yg telah digoreng tanpa minyak sedikit kismis

Cara-cara
1. Cairkan mentega di dalam kuali. 2. Masukkan susu pekat dan kacau sehingga rata. 3. Masukkan milo dan serbuk koko dan kacau dgn rata. 4. Apabila sudah rata, masukkan biskut marie, kacang dan kismis ke dalamnya. Kacau dgn cepat sebelum campuran coklat tadi mengeras di dalam kuali. Gunakan api yg kecil saja. 5. Masukkan ke dalam bekas yg telah disapu sedikit mentega. Mampatkan kek ini dgn menggunakan plastik dan ditekan dgn tangan. Pastikan kek ini telah diratakan dgn sekata ke dalam bekas. 6. Sejukkan selama setengah hari. Boleh dihidangkan pada waktu petang atau dijadikan hantaran.

Kek Batik Sarawak

Bahan-bahan ( untuk 3 loaf tin )



1/2 cawan serbuk koko 1 cawan milo 1 suduteh serbuk kopi 1 cawan air panas 1 tin susu pekat manis 1 tin susu sejat (bukan susu cair) 250g mentega 1 1/2 paket biskut Marie (berperisa biasa atau kopi atau kedua-duanya sekali) 1 1/2 cawan nestum

Cara-cara
1. Cairkan mentega dalam periuk. Jangan biarkannya bertukar warna ke coklat atau terbakar. Padamkan api. 2. Masukkan serbuk koko, milo, kopi, air panas, susu pekat manis dan susu sejat. Gaul sehingga sebati. 3. Campurkan nestum dan buka api sehingga ia mendidih. 4. Biarkan ia menyejuk. Sementara itu, patah-patahkan biskut marie menjadi kepingan besar. 5. Masukkan biskut marie ke dlm campuran di atas dan gaul. Tapi jangan terlalu kuat sampai biskut tu pecah-pecah. 6. Lapik tin dengan plastic (clingfilm) dan masukkan campuran tadi kedalamnya. Mampatkan dengan sudu. 7. Letakkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama beberapa jam. Lagi lama lagi bagus. Setelah ia mengeras, potong dan hidangkan

Kek Coklat(Kukus)

Bahan-bahan ( 8 in )

1 cawan gula perang 1 cawan susu segar perisa coklat 1 cawan minyak 3/4 cawan serbuk koko 1/2 cawan susu pekat manis 1 1/4 cawan tepung gandum 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh baking powder 3 biji telur

Cara-cara
1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder 2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api. 3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko. 4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati. 5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak. 6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan. 7. Angkat dan sejukkan.

mee campak

Bahan-bahan ( 4 orang )

600 gm atau sekati mee kuning 200 gm udang sederhana besar..kalau tak makan udang boleh ganti dengan ayam atau daging 100 gm sawi (kalau suka banyak boleh tambah) 2 sudu besar kicap manis air untuk jadikan kuah Bahan untuk kisar: 2 labu bawang besar dan 5 ulas bawang putih Bahan untuk sambal kicap: 5 biji cili padi, 3 ulas bawang putih dan 2 sudu besar gula pasir ditumbuk sekali dalam lesung batu. Kemudian tambahkan air perahan limau kasturi dan kicap manis...sure terangkat punye!

Cara-cara
1. Basuh mee kuning tadi dan toskan 2. Buang kulit udang..untuk senang makan. Kalau guna ayam atau daging, potong kecil 3. Basuh sawi dan potong ikut saiz yang disukai 4. Kisar bawang besar dan bawang putih sehingga hancur 5. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak atau kelihatan sedikit keperangan awas jangan sampai hangus pula! 6. Masukkan air (biar lebih) dan biar mendidih...jika guna daging atau ayam, masukkannya sebelum masukkan air, biarkan daging tu kecut dulu baru masuk air 7. Bila dah mendidih masukkan udang biar sekejap, masukkan pula kicap manis, mee, sawi dan secubit garam....gaul semua dalam 2 minit, boleh tambah air kalau terkurang kuahnya..jangan lupa tambah kicap dan garam untuk imbangkan rasanya 8. Dah siap!, boleh la dihidangkan dengan sambal kicap..baru terangkat dan pasti nak lagi! Makan panas2, kalau budak2 makan tak payah la letak sambal kicap tu!

Mee bandung dagang

Bahan-bahan ( 4 orang )

500g udang kering segar cili untuk menumis gula pasir bawang merah 10 biji untuk menumis dan 10 biji lagi untuk buat pes bawang putih 3 biji untuk menumis dan 3 biji lagi untuk pes mee kuning 1 peket sotong basah telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan Sayur sawi 2 ikat tauhu goreng 5 keping garam air untuk kuah 5 biji tomato segar minyak untuk menumis daging (optional) Bawang goreng

Cara-cara
1. Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili. 2. Potong kecil sotong basah dan daging lembu. 3. Hiris tauhu goreng nipis-nipis 4. Cuci mee kuning dan toskan 5. Potong sayur sawi dan tomato 6. Untuk memasak perencah mee bandung: Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak) 7. Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak. 8. Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi. 9. Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan minyak ,tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan. 10. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih) 11. Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur. 12. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam, bawang goreng dan rasa secukup rasa. 13. Tomato dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan. 14. Selain mee kuning anda boleh juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat.

Kueh teow kung fu

Bahan-bahan ( 1 orang )

kueh teow 2 biji telur lada hitam / lada putih mix seafood lobak 1~1setengah sudu besar tepung jagung 1 cawan air sayur-sayur lain (optional) (sayur2 kat rumah dah abis la pulak) 1 ulas bawang putih 2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih) sos tiram

Cara-cara

1. pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas.

2. masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas. (dah terlebih masuk kueh teow)

3. tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis.

4. balikkan supaya kedua-dua belah masak.

5. masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung. 6. [untuk kuah] tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix. 7. tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali. 8. masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.

9. biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)

Pad Thai

Bahan-bahan ( 4 orang )

1 bungkus mee Pad Thai (300 gram) 1/2 biji bawang besar-mayang 10 ekor udang sederhana besar 2 sudu besar udang kering- ditumbuk 2 sudu teh garam 2 sudu teh kicap sotong 1 sudu teh gula 1 sudu teh asam jawa-bancuh dengan sedikit air 4 biji cili 1 biji telur Bahan hiasan-pelengkap hidangan ini: 1 cawan taugeh 2 biji limau nipis Sedikit daun bawang 1 keping tauhu-potong kiub 1/2 cawan kacang tanah-dipanggang dan cincang kasar

Cara-cara
1. Rendamkan mee pad thai didalam air panas kira-kira 20 minit atau sampai lembut. 2. Panaskan minyak cukup untuk menumis. Goreng tauhu hingga kekuningan dan angkat. 3. Kemudian dalam kuali tadi tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.Kemudian masukkan cili merah dan udang kering,kacau hingga garing. 4. Masukkan udang dan air asam jawa. Kemudian masukkan gula,garam dan kicap sotong. 5. Masukkan mee Pad Thai. Tambahkan air sebanyak lebih kurang 3-4 sudu besar supaya mee cepat masak. 6. Ketepikan mee dibahagian tepi kuali. Besarkan api, letakkan 1 sudu minyak dan pecahkan telur.Kacau hingga masak.Kemudian gaul bersama mee. 7. Hidangkan panas-panas bersama bahan hiasan.

Mee Kolok Mukah (basah)

Bahan-bahan ( 1 org )

1 gulung mee kering (mee sanggul/yee mee) 3 ulas bawang putih (mayang) 2 sudu besar minyak 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap pekat 2 sudu besar kicap cair 4 helai daun sawi (potong 1 inci) 1/2 cawan daging / ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi) 3 cawan air rebusan daging/ ayam 1/2 labu bawang besar (potong berbaji halus) Garam , gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa HIASAN - Daun bawang dan bawang goreng secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan bawang besar.Kacau seketika hingga layu.Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam. 2. Masukkan mee.Biarkan sedikit lembut.Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.Kacau seketika.Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis).Masak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu. 3. Angkat dan hidang segera.Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng. Tambahkan lada sulah jika suka.

Kek Coklat

Bahan-bahan ( 1 biji kek..satu family )


250gm butter (1 buku) 1 3/4 cawan gula castor 2 cawan tepung gandum 3 biji telur 1/2 cawan serbuk koko 1 1/2 cawan susu coklat 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
1. Pukul butter dan gula hingga kembang. 2. Masukkan telur satu-satu. Masukkan esen vanilla. Pukul lagi. 3. Masukkan serbuk koko. tepung gandum dan baking powder diselang selikan dengan susu coklat. Pukul rata. 4. Masukkan kedalam loyang yg dialas dengan kertas dan dilengser. 5. Bakar hingga masak. Bila sejuk, bolehlah dihias dengan icing/topping.

Mee sup ayam cendawan

Bahan-bahan ( 3 orang makan )



1 biji Bawang Besar,2 ulas Bawang Putih,1/2 inci Halia ditumbuk lumat. 2 dada Ayam & 1 bahagian tulang dipotong kecil2 Carrot(dipotong ikut suka) Cendawan Butang(potong 2) Daun Sup(hiris halus) 1 sk Rempah Sup Ayam Adabi 1 inci kulit kayu manis,1biji bunga lawang,2 biji buah pelaga & 2 biji bunga cengkih. 1 kiub Ayam & sedikit Serbuk Lada Putih Mi Sanggul Cintan(4-5 keping mi,rebus sehingga masak & toskan) Sedikit Minyak Sayur & Minyak Bijan 4 cawan Air(jika kurang tambahla)

Cara-cara
1. Panaskan sedikit minyak sayur.Masukkan kk manis,b.lawang,b.pelaga& b.cengkih serta bahan yg ditumbuk lumat & juga rempah sup.Kacau rata & tunggu sehingga sehingga naik bau. 2. Masukkan air,ayam,kiub ayam & serbuk lada putih.Biar mendidih sehingga ayam masak. 3. Bila ayam dah masak keluarkan dada ayam sahaja.Masukkan Carrot,Cendawan,secubit garam & sedikit minyak bijan.Biar mendidih sekejap.Tutup api. 4. Goreng ayam tadi kemudian siat2kan nya.Letak mi yg tlh direbus tadi tuangkan kuah sup & hiaskan dgn ayam yg disiat tadi,daun sup & bwg goreng. Enak dimakan ketika panas.Selamat mencuba.

Bakso

Bahan-bahan ( 7-8 org )



Mee Hoon 1 bungkus (400 gm) Taugeh Kobis dihiris halus *UTK BEBOLA 400 gm daging cincang 2 biji bawang merah diracik halus 2 biji bawang putih diracik halus 2 sb telur (1/2 biji) 1 sk tepung ubi / tepung jagung sedikit serbuk lada sulah n garam *UTK KUAH 3 biji bawang merah dihiris * 3 ulas bawang putih *1/2 inci halia *1sk lada sulah biji 1 batang serai diketuk 1 sb pati daging / pati ayam sedikit serbuk lada sulah garam n perasa

Cara-cara
1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai. 2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa. 3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola 4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain. 5. Biasanya di indonesia..bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....

Mi / Soto Pekalongan

Bahan-bahan ( 10 orang )

1/2 kilo daging -dipotong kecil2 halia sebesar ibu jari - diketuk lengkuas sebesar ibu jari - diketuk 6 sb taucu - ditapis dan disiram sedikit 1 cawan kicap manis bahan2 berikut hendaklah dikisar bersama:5 batang lada merah 15 biji bawang kecil 6 ulas bawang putih bahan2 utk taburan:1 ikat su'un - dicelur hingga lembut dan dipotong 1 inc. bawang goreng daun sup dan daun bawang - dihiris sambal kicap cili padi mi hoon - dicelur hingga lembut atau nasi himpit - dipotong kecil tauge - dicelur

Cara-cara
1. daging direbus dalam 2 ltr air bersama dgn halia dan lengkuas hingga empuk lalu masukkan taucu dan kicap. Tambah air lagi jika perlu kerana ketika merebus air akan menjadi kurang. 2. bahan2 kisar, ditumis dgn sedikit minyak hingga garing dan tuangkan ke dlm rebusan daging tadi dan rebus terus hingga mendidih . 3. bubuh garam , gula dan penyedap rasa secukupnya.(hati2 ketika menambah garam dan gula kerana taucu dan kicap manis juga menerbitkan rasa dlm masakkan.) 4. Cara menghidang:5. Isikan mi hoon atau nasi himpit ke dlm mangkuk dan bubuh tauge.Siram kuah bersama daging dan tabur diatasnya dgn bahan2 taburan yg lain. 6. sajikan ketika panas2.

Nasi kerabu perantau

Bahan-bahan ( 4-5 orang )



@@ Nasi @@ 4 cwn beras 1 sudu kecil garam 4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air 2-3 titik pewarna kuning 2-3 helai daun limau purut(optional) 1 btg serai-diketuk(optional)- saya tak letak sebab tak suka. @@ Sambal Tumis @@ 5-10 biji lada kering 1/2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1cm halia 1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit 200ml/ 1/2 tin santan pekat 2 btg serai 2 keping asam gelugur 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan garam dan gula melaka @@ Sambal ikan @@ 1 ekor ikan kembung- saiz besar 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut 2 ulas bawang putih 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah) 1 batang serai 1cm halia @@ Kerabu @@ kubis timun taugeh daun kesum @@ Bahan lain- optional @@ solok lada telur asin bawang jeruk ayam goreng kunyit sambal belacan

Cara-cara

1. ## Sediakan sambal tumis ## 2. blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat. 3. Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak 4. ## Masak nasi ##

5. Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.

6. ## Cara sedia sambal kelapa ikan ## 7. Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa

8. Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas. 9. Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus. 10. Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor . 11. Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing. 12. Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati. 13. @@ Kerabu @@ 14. Hiris semua sayur dan gaul ratakan.

15. Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu..lagi sedap

Nasi Ayam Sarawak

Bahan-bahan ( 4 org )

BAHAN NASI 500 gram beras (basuh dan toskan) 1 inci halia (mayang halus) 2 ulas bawang putih (mayang halus) 2 ulas bawang merah (mayang halus) 2 cawan santan pekat 1/2 cawan stock ayam maggi Garam, gula dan MSG secukup rasa Air rebusan ayam secukupnya utk masak nasi 3 sudu besar marjerin 2 helai daun pandan (simpulkan) BAHAN AYAM 1 ekor ayam (potong 8) 4 ulas bawang merah (kisar) 4 ulas bawang putih (kisar) 1 inci halia (kisar) 2 ketul kiub ayam maggi 2 ulas bawang merah (mayang) 2 ulas bawang putih (mayang) 1 inci halia (mayang) 5 sudu besar sos tiram 5 sudu besar kicap pekat 5 sudu besar sos cili Air, minyak utk menumis, garam, gula dan MSG secukupnya BAHAN ACAR 1 biji timun (buang empulur & potong nipis tanpa membuang kulitnya) 1 batang lobak merah ( potong lidi) 2 ulas bawang merah (mayang) 2 ulas bawang putih (mayang) 1/2 inci halia (mayang) 1/2 cawan gula 1/4 cawan cuka

Garam secukup rasa BAHAN SOS 1 cawan sos cili 2 ulas bawang putih (cincang) 1/2 inci halia (mayang halus) 1/2 cawan air Gula secukup rasa BAHAN KICAP 1/2 cawan kicap manis 1/2 cawan kicap masin 1/2 cawan air 5 biji cili padi (belah 2)

Cara-cara
1. NASI 2. Panaskan marjerin.Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.Masukkan beras.Gorengkan seketika.Masukkan pula stock ayam maggi, garam, gula dan MSG.Kacau sebati.Padamkan api.Pindahkan bahan-bahan ini ke dalam periuk nasi.Masukkan santan dan air rebusan ayam serta daun pandan.Masak nasi seperti biasa. 3. AYAM 4. Panaskan minyak dalam periuk.Tumis bahan yang dimayang hingga wangi.Masukkan air, kiub ayam dan ayam.Masak hingga ayam masak dan air tinggal 1/2 dari asal.Angkat ayam dan toskan airnya.Biarkan sejuk sebentar ayam tadi. NOTE : air rebusan ayam ini boleh di buat sup dan memasak nasi.Utk sup cuma perlu tambahkan garam. 5. Gaulkan ayam, yang telah sejuk dengan bahan selebihnya utk ayam.Perapkan selama 30 minit.Kemudian anda boleh pilih sama ada mahu goreng atau kukus ayam tadi. 6. ACAR 7. Rendam timun, lobak merah, halia, bawang merah dan bawang putih di dalam air cuka selama 1 jam.Kemudian masukkan gula.Rendam kira-kira 2 jam lagi.(seeloknya buat acar ini dahulu).Kemudian toskan airnya hingga tersejat. NOTE : Acar ini boleh disimpan selama sebulan di dalam peti sejuk. 8. SOS 9. Masak kesemua bahan sos hingga sedikit pekat. 10. KICAP 11. Masak bahan kicap hingga sedikit pekat. 12. Hidangkan nasi bersama ayam, acar, sos dan kicap dan sup.

Daging Goreng Berlada Hitam

Bahan-bahan ( 2 1/2 Orang )



Daging 500 gram 4 camca besar minyak masak 40 gram perencah maggi 1 labu bawang besar (dihiris) 2 pokok daun bawang yang dihiris sederhana halus 1 cawan air 5 batang kacang panjang dipotong 3 cm

Cara-cara
1. Daging dihiris nipis-nipis (hirisan filet) 2. Rebus daging dengan secawan air 3. Sesudah itu, keluarkan air rebusan dan simpan dulu air tersebut untuk diguna kembali. 4. Masukkan minyak dan goreng daging tersebut selama 3 minit dengan api besar 5. Masukkan 40 gram perencah Maggi serta bawang besar yang dicampur dengan air rebusan tadi. 6. Goreng hingga daging masak. Sesudah itu, masukkan hirisan daun bawang dan kacang panjang. 7. Goreng selama 1 minit. Itu saja! :)

Kari sotong

Bahan-bahan ( 2-4 orang )



6-8 ekor sotong (sederhana besar) *1 ulas bawang merah *1 ulas bawang putih *setengah biji bawang besar *2 hiris halia satu tangkai daun kari 2 biji lada besar 2 sudu makan serbuk kari satu sudu makan serbuk kurma sedikit air asam jawa secubit garam 1 sudu makan cili boh 1 batang kulit kayu manis (bahan yang bertanda * di mayang)

Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar bersama secubit garam. 2. Apabila dah naik bau, masukkan kulit kayu manis, bawang putih, bawang merah, halia, cili boh dan daun kari. tumis hingga naik bau 3. Kemudian, masukkan sotong dan serbuk kari serta serbuk kurma. tambah sedikit air jika perlu. 4. Kacau dan terus tutup periuk untuk satu minit. (kecilkan api) 5. Terus masukkan santan, lada besar dan kiub pati ayam. kacau hingga mendidih 6. Masukkan gula dan air asam jawa secukup rasa. 7. Bolehlah diangkat dan terus dihidangkan. ( pd sesiapa yg sukakan tomato blh jg dimasukkan sekali)

Rendang Udang

Bahan-bahan ( 5-6 orang )



1 kilo udang harimau - bersihkan dan toskan 1 senduk cili kisar 1 biji bawang besar * 4 ulas bawang putih * 2 hiris halia * 4 sb serbuk rempah kari 2 batang serai - dititik 2 lembar daun kari - dipetik2 1 cawan santan - drpd 1/2 biji kelapa 3 sb penuh kerisik garam dan gula secukup rasa 1 kpg asam gelugur atau sedikit air asam jawa minyak utk menumis

Cara-cara
1. Kisar bahan2 yg bertanda * dan campurkan cili kisar dan rempah kari. 2. Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan campuran bahan kisar,serai dan daun kari hingga wangi. 3. Masukkan santan,garam,gula,asam dan kerisik,gaul rata,tambah sedikit air dan masak mendidih.Masukkan udang dan gaul rata dan masak hingga udang berubah warna.Matikan api dan siap utk disajikan.

Ikan kukus

Bahan-bahan ( 2 orang )

1 ekor ikan saiz besar ** Bahan tumbuk** 1 ulas bawang putih 1cm halia ** Bahan hiris ** 5 batang serai 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1 cm halia 2 tangkai daun bawang 1/2 bunga kantang ** Bahan-bahan lain ** 1 labu bawang jeruk- potong 4 2-3 tangkai daun sadri 5 biji limau kasturi-ambik airnya 1 sudu kecil tepung jagung garam gula bahan perisa - (optional) 1 sudu besar minyak masak 2-3 biji cili padi 2 helai daun limau purut

Cara-cara
1. Bersih ikan dan kelar. Lumurkan dengan bahan tumbuk. Masukkan ikan ke dalam bekas yang sesuai untuk dikukus 2. Masukkan semua bahan-bahan lain dan yang telah dihiris 3. Kalau nak pedas, cili padi tadi bolehlah dipotong 4. Kukus sehingga masak

Ikan masam manis

Bahan-bahan ( 3-5 orang )



1 ekor ikan kerapu / ikan bawal 1/2 batang timun dibuang biji 4 keping nenas dipotong panjang 2 biji tomato 3 biji bawang putih 5 sudu makan cili kering / cili boh 6 sudu makan sos tomato 2 sudu sos ikan 1/2 batang lobak merah 2 bji bawang besar 1 tangkai

Cara-cara
1. Goreng ikan hingga kering, kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan 2. Masukkan pula cili, sos tomato, sos ikan, lobak merah, nenas, timun, bawang, air, gula,garam dan serbuk perasa secukupnya 3. Kemudian masukkan pula bawang besar dan kacau hingga rata 4. Biar sehingga masak, padam api dapur 5. Tuangkan kuah di atas ikan dan tabur daun sup dan daun ketumbar diatasnya. Hidangkan

Ikan siakap kukus

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok( 1/2 camca teh garam 1/2 camca teh tepung jagung 1/2 camca teh lada sulah 3 camca besar jus limau kasturi* 1 1/2 camca besar minyak masak* 1 1/2 camca teh gula* 1/2 camca teh garam* 5 - 10 biji cili padi, dihiris* 2 batang serai, dihiris halus* 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris* 1 helai daun limau purut, dihiris halus* 1/2 inci halia muda. dihiris halus* 2 ulas bawang putih, dihiris halus* 1/2 camca teh tepung jagung* 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

Cara-cara
1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya. 2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan. 3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat. 4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

Otak otak

Bahan-bahan ( 2 keping saiz 4"x6"x1" )



isi tenggiri 1 kg 2-3tbsp santan pekat 2 biji telur 100g tepung ubi lbh kurang 1/4 cwn minyak masak garam, aji,gula **bhn sambal** 3-4tbsp cili boh 4 biji bwg merah 1 biji bwg besar 4 biji bwg putih 1" halia 1" kunyit 1" lengkuas 4-5 batang serai 4 biji buah keras 1- 1 1/2 tsp belacan 3-4 tbsp rempah kari

Cara-cara
1. Bersihkan ikan macam biasa.Kikis isi tenggiri, asingkan 2. kisar semua bahan sambal 3. tumis dgn 1/4 cwn minyak. kalo time tumis rase xcukup minyak, leh tmbah minyak sket

4. masukkan bahan perisa dan tumis sampai agak pekat. ni le end result sambal tu.. 5. tutup api n biar sejuk 6. bila dah sejuk, ambil sambal n masukkan dalam isi ikan tadi .(masukkan sikit2 dulu) 7. masukkan juga tepung, santan n telur. gaul sebati

8. alaskan plastik dlm bekas tupperware 4 segi. masukkan otak2 tu,tututp balik ngan plastik, tekan2 sket bg mampat..n keep frozen. bile nak bakar/kukus..thaw skejap 9. kalau rajin, bule bungkus kecik2 n bakar/kukus. 10. **note: sambal tu xsemestinye abis guna. kna agak2. camtu gak ngan tepung. kalo xmoh liat, kurangkan tepung. kalo xmoh lemak sgt, kurangkan santan

Anda mungkin juga menyukai