Anda di halaman 1dari 2

ELEMEN 3.

0 :
Unsur Patriotisme...

Bagaimanakah slogan diatas dapat menyuburkan semangat patriotism dalam kalangan rakyat Malaysia

Sudah terang lagi bersuluh, Malaysia kini merupakan salah satu Negara yang sedangpesat berkembang dalam bidang ekonomi. Salah satunya ialah bidang pembuatan pengguna yang menjadi kebanggaan Negara ini. Antara produk penting ialah kereta nasional , perabot-perabot berkualiti, batik, kraf tangan dan sebagainya. Oleh sebab itu, kerajaan melancarkan kempen belilah barangan buatan Malaysia agar rakyat memberi kerjasama supaya produk tempatan dapat memenuhi keperluan aspirasi Negara di samping melahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Produk tempatan bukan sahaja standing dengan barangan import malah kualiti dan harganya amat memuaskan hati semua pihak. Hal ini menggambarkan bahawa rakyat Malaysia begitu rajin dan gigih dalam menghasilkan sesuatu barangan atau pihak pengguna bersandarkan kepada kemahiran semulajadi dan teknologi moden yang disediakan oleh pihak kerajjan dan swasta. Malah pada masa kini, kawasan-kawasan industri dan industri kecil di desa-desa yang diberi insentif istimewa supaya rakyat berpeluang melibatkan diri sebagai pengusaha atau pekerja yang mahir. Pada masa yang sama rakyat digalakkan membeli barangan tempatan supaya aliran wang ke luar Negara dapat dikurangkan di samping dapat menanam rasa cinta akan Negara kita sendiri. Sesungguhnya pemimpin dan rakyat Negara ini saling membantu dan bekerjasama dalam bidang pembuatan Negara kita. Pembangunan sesebuah Negara akan terjamin sekiranya pembangunan yang telah dirancangkan. Justeru, kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia patut diteruskan untuk memberi kesedaran dan mewujudkan rakyat yang bertanggungjawab untuk memajukan Negara sendiri.