Anda di halaman 1dari 9

Konsep 5P adalah singkatan bagi elemen penggabungjalinan, penyerapan,pengayaan, pemulihan dan penilaian.

Kelima - lima elemen adalah sangat penting dan amat di tekankan penggunaannya di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Setiap elemen ini penting untuk membantu guru merangka strategipengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang efektif dan menyeronokkan. Didalam sukatan pengajaran Bahasa Melayu, konsep 5P digunakan bermula dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Ini adalah untuk memudahkan para guru di dalam melaksanakantugas dan juga memastikan murid - murid terus bertambah mahir dan sekaligusmenguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih mendalam.Penggabungjalinan adalah bertujuan untuk menbantu guru memastikan muridmenguasai beberapa kemahiran secara serentak. Secara tidak langsung ini jugamembolehkan guru untuk menjadikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran lebihmenarik dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan. Melaluipenggabungjalinan juga, guru boleh mewujudkan lebih banyak lagi aktiviti danmelibatkan lebih ramai pelajar. Penggabungjalinan di dalam Bahasa Melayu mempunyai pelbagai bentuk,antaranya adalah pengabungjalinan sekurangkurangnyadua kemahiran bahasa melayu sendiri atau dengan kemahiran mata pelajaran yanglain. Contohnya adalah membaca kuat teks dan seterusnya menulis isi - isi pentingyang terkandung di dalam teks tersebut.Penyerapan pula adalah bertujuan untuk memenuhi elemen Pengisian Kurikulumdi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan adalah proses di manailmu,nilai,kewarganegaraan,peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah diserapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bentuk penyerapanadalah seperti penyerapan isi mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran BahasaMelayu,penyerapan nilai - nilai murni dan semangat kewarganegaraan masyarakatMalaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dan yangterakhir sekali penyerapan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiranberfikir,kemahiran belajar cara belajar,kajian masa depan,kemahiran teknologi dankomunikasi,kecerdasan pelbagai,konstruktivisme, dan kontekstual. Penyerapan di

https://www.docstoc.com/pass?download=1&doc_id=28221337

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam bilik darjah.

PENGENALAN - Hasil usaha tentang sesuatu yang ditulis untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesebuah bengkel atau seminar. - Dibentangkan juga untuk urusan-urusan perancangan projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu. - Kertas kerja perlulah terlebih dahulu diserahkan kepada pihak tertentu untuk disemak dengan diteliti bagi memastikan cadangan-cadangan yang dikemukakan boleh diluluskan atau sebaliknya. CIRI-CIRI UMUM KERTAS KERJA

Kertas Kerja Seminar 1. Tajuk 2. Nama penceramah 3. Nama Institusi 4. Abstrak (Sinopsis/Ringkasan) 5. Pengenalan 6. Perkaedahan 7. Keputusan 8. Perbincangan 9. Rujukan 10. Lampiran Kertas Kerja Projek/Kajian 1. Tajuk 2. Rasional 3. Objektif/Matlamat 4. Jangka masa diperlukan 5. Kumpulan sasaran 6. Andaian-andaian halangan yang mungkin timbul kajian/projek. 7. Sumber kewangan perbelanjaan yang diperlukan 8. Penubuhan jawatankuasa 9. Menentukan jadual tugas 10. Pelaksanaannya

semasa

membuta

CARA MENULIS KERTAS KERJA Mengenal pasti audien sasaran 1. Audien ialah khalayak langsung dan serta-merta. 2. Sasaran terdiri daripada khalayak langsung dan pembaca umum kertas kerja tertentu. 3. Pertimbangan sewajarnya perlu diambil terhadap kedua-dua kumpulankumpulan sasar sebelum menulis kertas kerja berkaitan. Mengenal pasti bentuk penulisan 1. Kertas kerja tinjauan - Pastikan kertas kerja itu untuk tujuan memberi panduan bagi menerokai bidang-bidang pengetahuan baru. 2. Kertas kerja deskriptif - Tentukan kertas kerja itu untuk tujuan memberi penerangan terperinci tentang sesuatu.

3. Kertas kerja penjelasan - Pastikan kertas kerja itu untuk memberi penjelasan terhadap sesuatu kejadian yang berlaku. 4. Kertas kerja perumusan Tentukan kertas kerja itu untuk mencadangkan tindakan-tindakan tertentu. Mengenal pasti bahasa yang digunakan 1. Penulis perlu mematuhi peraturan-peraturan tatabahasa dan gaya penulisan sesuatu bahasa yang digunakan. 2. Penulisan juga perlu mengikut gaya penulisan yang baik: a) Keseragaman dari segi ejaan, tanda baca dan cara menulis petikan yang seragam serta selalu merujuk kamus b) Kebolehbacaan, iaitu memilih perkataan, istilah, laras dan wacana yang sesuai dengan latar belakang pengetahuan dan pendidikan audien. c) Memenuhi kehendak pembaca, iaitu menggunakan gaya bersahaja tetapi jelas. Mengenal pasti teknik penulisan 1. Kertas kerja hendaklah ditaip langkau dua baris. 2. Petikan-petikan yang melebihi dua baris hendaklah diketengahkan dan ditaip dengan langkau satu baris. 3. Panjang setiap kertas kerja seelok-eloknya tidak melebihi 4000 patah perkataan. Mengenal pasti bahagian-bahagian kertas kerja 1. Bahagian sinopsis merupakan ringkasan atau abstrak bagi kertas kerja. Bahagian ini penting untuk memberi gambaran umum terhadap initisari utama kertas kerja. Lazimnya tidak melebihi 200 patah perkataan. 2. Bahagian pengenalan merupakan mukaddimah, iaitu bahagian yang menerangkan latar terhadap kandungan kertas kerja yang lazimnya tidak meelebihi dua muka surat 3. Bahagian utama merupakan bahagian yang meliputi huraian tajuk, keterangan, penjelasan dan sebagainya yang dipecahkan kepada bahagian bahagian kecil. 4. Bahagian penutup memuatkan rumusan atau saranan (jika ada) dan ringkasan kertas kerja berkaitan. 5. Lampiran meliputi bibliografi, gambar rajah, glosari dan sebagainya.

PROSES MENULIS KERTAS KERJA Proses sebelum menulis 1. Tentukan tujuan utama penulisan dan audien yang menjadi sasaran penulis. 2. Kumpulkan data terkini melalui rujukan perpustakaan dan penyelidikan. Proses semasa menulis 1. Tuliskan draf yang melibatkan perkembangan idea dalam rangka penulisan dari segi pemilihan kata, istilah, penstrukturan, pembinaan perenggan, pembinaan idea dan pemilihan jadual/ilustrasi/statistik tertentu.

2. Tentukan idea utama ditulis dalam satu ayat dan peecahan-pecahan ideanya dihuraikan dalam satu perenggan. 3. Pastikan wujud kesinambungan dalam penulisan 4. Tentukan istilah-istilah teknikal diberi penjelasan. Proses selepas menulis 1. Sebelum ditaip dan dicetak, manuskrip hendaklah disunting dan diedit. 2. Pastikan kertas itu memenuhi kehendak audien dan sasaran.

PANDUAN UMUM MENULIS KERTAS KERJA 1. Tajuk Bergantung kepada tujuan kertas kerja dibuat dan meliputi segala idea utama yang hendak disampaikan. Ringkas, sebaik-baiknya tidak melebihi 15 patah perkataan.

2. Nama penulis dan institusi (untuk kertas kerja seminar) Nama penulis perlulah mengikut kad pengenalan. Nama penulis juga hendaklah ditulis tanpa gelaran. 3. Abstrak Ringkasan tujuan dan kandungan kertas kerja. Ditulis tidak melebihi 200 patah perkataan. 4. Pengenalan Merujuk kepada penerangan sesuatu tajuk secara menyeluruh tetapi ringkas. Juga menyatakan apa yang hendak dibincangkan yang ditulis dalam satu halaman kertas kerja itu. 5. Objektif Merupakan tujuan/matlamat sesuatu kertas kerja. Lebih merupakan idea penulis dan menentukan daya menarik kepada audien untuk menilai isi kertas kerja tersebut. Objektif ditulis dalam bentuk pecahan yang menggunakan nombor seperti 1.1.1 , 1.1.2 , 1.1.3, dan seterusnya. 6. Petikan Hendaklah ditulis seperti sumber asalnya tanpa sebarang pindaan atau perubahan misalnya dari segi ejaan dan sumber petikan. 7. Senarai rujukan, bibliografi dan nota rujukan

Senarai rujukan ialah sumber-sumber khusus yang menyokong sesebuah kertas kerja untuk seminar. Bibliografi ialah nama-nama buku yang menjadi panduan menulis latar kertas kerja dan berguna kepada audien untuk bacaan lanjutan. Biasanya ditulis di bahagian akhir kertas kerja. Nota rujukan pula ialah catatan bahan-bahan atau sumber-sumber yang payah didapati seperti surat peribadi, wawancara melalui telefon atau manuskrip yang tidak diterbitkan. Cara menaip adalah sama dengan senarai rujukan dan bibliografi. Senarai rujukan, bibliografi dan nota rujukan hendaklah disusun mengikut abjad. 8. Cara menaip Menaip kertas kerja pada kertas berukuran A4 dengan meninggalkan jarak anggaran dua setengah inci di sebelah tepi kiri kertas dan jarakkan satu setengah inci di bahagian tepi sebelah kanan serta di bahagian atas dan bawah seperti rajah berikut: Setiap jadual/rajah hendaklah diberi nombor dan tajuk. Setiap akronim hendaklah ditulis sepenuhnya pada pengenalan pertama. Gunakan mesin taip atau komputer untuk menaip kertas kerja. CONTOH-CONTOH KERTAS KERJA 1. Kertas kerja projek - Hari Cemerlang http://www.mediafire.com/?bqwq9b2ci4u4b75 2. Kertas kerja projek - Hari Keluarga http://www.mediafire.com/?gx6bunafmb9s2nk 3. Kertas kerja Seminar Kerjaya http://www.mediafire.com/?3ci5431j3dgh1o2 4. Kertas Cadangan Seminar Mengangkasakan Bahasa Melayu http://www.mediafire.com/?rb1bmmnv6rvuh5h
Posted by shaza